You are on page 1of 18

Produksi Daun 201

MALB113 SEM 1 (2014/2015)

Disediakan untuk: Dr. Mardian Shah Omar / Dr. Marniyati


Disediakan oleh: Produksi Daun
No.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Nama
Wan Mohamad Aiman Bin Rozali
Mohd Syafiq Bin Mohd Fauzi
Mohd Rozaidey Bin Aris
Muhammad Fathin Bin Shahruddin
Asyraf Bin Mohd Tardmizi
Hwa Seu Long

MALB113 (SEM 1 2014/2015)

ID
ME095609
ME095818
EP093422
EE093182
EE094001
IS090020

Produksi Daun 201


4
Isi Kandungan
PERKARA

MUKA SURAT

1.0 Penghargaan
2.0 Pengenalan
3.0 Tugasan
3.1 Surat Mohon Kerja
3.2 Resume
3.3 Testimoni
3.4 Poster
4.0 Rumusan
5.0 Nota

3
4
5 - 16
5-7
8 - 11
12 - 14
15 - 16
17
18

MALB113 (SEM 1 2014/2015)

Produksi Daun 201


4
1.0 Penghargaan
Syukur kepada Pencipta yang Maha Esa kerana dengan rahmat-Nya Folio
Tugasan Bahasa Melayu Korporat ini Berjaya disiapkan. Tahniah diucapkan kepada
semua ahli kumpulan kerana memberikan kerjasama yang terbaik dalam
menyiapkan semua tugasan yang diberikan.
Sekalung penghargaan kami ucapkan kepada Dr Marni dan Dr Mardian
kerana membimbing kami tanpa jemu dalam menyelesaikan setiap tugasan yang
diberikan. Walaupun tugasan-tugasan yang diberikan mencabar namun dengan
kesabaran, mereka tetap gigih membantu pelajar untuk melahirkan buah idea yang
bernas serta kreatif.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan kami yang terlibat
atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan tugasan yang
bantuan atau sumbang saran mereka, kami mungkin tidak terfikir
khatulistiwa pemikiran kreatif. Banyak idea dan kritikan mereka
menambahkan lagi kualiti hasil tugasan kami.

secara langsung
diberikan. Tanpa
untuk meluaskan
digunakan untuk

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa
kami kerana memahami dan membantu kami menyiapkan tugasan ini tidak kira
secara ilmiah atau material. Segala sumbangan mereka amat bermakna untuk
membuahkan hasil tugasan yang terbaik.

MALB113 (SEM 1 2014/2015)

Produksi Daun 201


4
2.0 Pengenalan
Mata pelajaran Bahasa Melayu Korporat atau lebih dikenali dengan kod
subjek MALB 113 adalah satu mata pelajaran yang membuka ruang untuk pelajar
menajamkan kemahiran Bahasa Melayu serta meningkatkan kemahiran komunikasi
secara menyeluruh.
Setiap pelajar perlu memiliki kemahiran komunikasi yang mantap, bukan
sahaja untuk lulus subjek ini semata mata, malah mereka perlu tahu untuk
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Kemahiran komunikasi
yang dipelajari dalam mata pelajaran ini sangat berguna dalam membantu pelajar
untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat serta alam pekerjaan yang akan
ditempuhi oleh para pelajar kelak.
Folio Tugasan Bahasa Melayu ini adalah satu manifestasi tugasan yang
diberikan. Tugasan tugasan yang diberikan merupakan ujian untuk menguji para
pelajar dalam mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi sama ada dari segi
bertulis atau mengekspresikan idea. Tugasan seperti surat mohon kerja, resume
dan testimoni merupakan medan untuk pelajar mencuba berkomunikasi secara
tulisan dalam suasana yang formal. Situasi seperti ini adalah untuk membiasakan
pelajar untuk berkomunikasi secara formal dan tertib semasa mereka bekerja nanti.
Tugasan menghasilkan poster pula adalah untuk membantu pelajar
mengekspresikan idea idea mereka dengan lebih kemas dan teratur. Walaupun
tugasan ini berbentuk grafik, secara tidak langsung pelajar didedahkan dengan
aspek penggunaan grafik dan pengendalian warna untuk menarik perhatian
khalayak umum dalam menyampaikan idea. Penatacaraan idea juga memainkan
peranan agar kesinambungan idea dapat dijelaskan secara tepat dan tuntas.

MALB113 (SEM 1 2014/2015)

Produksi Daun 201


4

3.1

SURAT MOHON
KERJA
MALB113 (SEM 1 2014/2015)

MALB113 (SEM 1 2014/2015)

Produksi Daun 201


4
Bidin Bin Al-Zaifa,
No. 3,
Kg. Dato Abu Bakar Baginda,
43000 Kajang,
Selangor.
21 Januari 2014.
ABC Engineers Sdn. Bhd.
NO. 9A Jalan Chung Thye Phin,
30250 Ipoh,
Perak.
Tuan/Puan,
Permohonan Jawatan Sebagai Jurutera Mekanikal.
Merujuk perkara di atas, saya Bidin Bin Al-Zaifa ingin memohon kepada pihak tuan
untuk menerima saya bekerja di syarikat ABC Engineers Sdn. Bhd.
2.
Menurut iklan tersebut, pihak tuan sedang mencari individu yang boleh
menjadi ketua yang mampu membimbing para juruteknik mekanikal serta mahir
berhubung aspek teknologi bahan.
3.
Semasa cuti semester, saya menjalani latihan amali di syarikat DEF
Engineering Services Sdn. bhd. Sudah menjadi tanggungjawab saya di situ untuk
menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jika perlu. Dengan
menggunakan kemahiran yang didapati melalui kursus yang mana berkaitan
dengan ijazah kejuruteraan mekanikal, saya mampu membantu dalam
menyelesaikan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh kumpulan saya.
Kemahiran semasa menyertai Persatuan Pelajar di Universiti sedikit sebanyak
membantu saya bekerja dalam pasukan disamping membantu antara satu sama lain
jika diperlukan.

MALB113 (SEM 1 2014/2015)

Produksi Daun 201


4

4.
Rakan saya yang pernah menjalani latihan amali di syarikat tuan
memberitahu bahawa kawasan persekitaran syarikat tuan teratur, bersih dan
selamat. Saya yakin boleh menyesuaikan diri dengan peraturan dan undangundang yang telah ditetapkan oleh pihak tuan. Tambahan pula, syarikat ABC
Engineers Sdn. Bhd pernah meraih Anugerah Inovasi Terbaik bagi tahun 2011, 2012
dan 2013. Atas alasan-alasan yang telah dinyatakan, saya membuat keputusan
memilih syarikat tuan untuk merebut jawatan jurutera mekanikal di syarikat tuan.
5.
Bersama surat ini dilampirkan sekali testimonial dari dekan tempat pengajian
saya serta sijil pencapaian saya yang terbaik sepanjang menjadi pelajar yang aktif
dari segi aspek kokurikulum dan akademik. Sepanjang tempoh saya menuntut di
institusi pengajian tinggi, saya merupakan pelajar yang sangat aktif. Saya mampu
melakukan beberapa kerja dalam satu masa. Saya yakin keistimewaan saya boleh
memberi manfaat kepada syarikat tuan.
6.
Jika diberi peluang, saya yakin bahawa saya dapat membantu syarikat tuan
sebagai jurutera mekanikal dan seterusnya dapat berkongsi bersama ilmu yang
saya dapat semasa di dalam kelas mahupun sewaktu dilatihan amali. Saya juga
berkeyakinan tinggi bahawa kemahiran yang ada pada saya amat bersesuaian
dengan jawatan ini.
Terima kasih di atas pertimbangan pihak tuan dan jasa baik tuan amatlah dihargai.
Sekian, Terima kasih
Yang Benar,
..................................
Bidin Bin Al-Zaifa.
+60145286172
bidin_al_zaifa@gmail.com

MALB113 (SEM 1 2014/2015)

Produksi Daun 201


4

3.2

RESUME
MALB113 (SEM 1 2014/2015)

MALB113 (SEM 1 2014/2015)

Produksi Daun 201


4
Bidin Bin Al-Zaifa
No. 3,
Kg. Dato Abu Bakar Baginda,
43000 Kajang,
Selangor.
+60145286172
bidin_al_zaifa@gmail.com

Objektif
Memohon jawatan sebagai Jurutera Mekanik Bendalir di Petronas Research and
Development Sdn. Bhd. Selain itu, saya mencari kelainan dalam suasana kerja dan
mencabar kebolehan sendiri. Saya juga ingin mempelajari pelbagai kemahiran baru
serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Kemahiran

Mempunyai kemahiran asas berkomputer dan menggunakan aplikasi pejabat.


Pengkhususan kemahiran dalam bidang kejuruteraan, pengatucaraan
komputer dan pengiraan dinamik bendalir.
Boleh mempelajari perkara baru dan bersedia untuk dilatih lebih lanjut.

MALB113 (SEM 1 2014/2015)

Produksi Daun 201


4
Pengalaman
Pegawai Perhubungan Antarabangsa,
Maybank Berhad (MBB).
Kuala Lumpur 2010 - Sekarang
Bertindak sebagai pegawai advokasi antarabangsa untuk MBB. Bertugas untuk
menerima dan menyelesaikan masalah, aduan serta maklum balas daripada
pelanggan dan cawangan luar negara merangkumi sektor Eropah dan Amerika Utara.
Selain itu, segala laporan dan tindakan yang dilakukan dilaporkan kepada Ketua
Pegawai Eksekutif MBB.
Pencapaian
Pegawai Perhubungan MBB Terbaik 2011.
Anugerah Emas Perkhidmatan 2011.
Penilaian Prestasi (PMS) Tahap 5 (2011, 2012, 2013).
Pemenang pingat emas acara tenis untuk Sukan Antara Bank 2010 dan 2012
mewakili Jabatan Perhubungan Antarabangsa.
Pembantu Kajian(separuh masa),
Universiti Tenaga Nasional RnD Sdn. Bhd. (UTN RnD),
Bangi 2005 - 2007
Melakukan tugas membantu kajian secara separuh masa yang dijalankan dan diselia
oleh Dr. Afham Zainudin Bin Ibrahim dalam bidang Mekanik Bendalir. Bertindak sebagai
pembantu makmal kajian serta kerani makmal kajian.
Pencapaian
Berjaya merangkul pingat emas dalam kategori Kajian Berkumpulan.
Mewakili Dr. Afham Zainudin Bin Ibrahim untuk membentangkan kertas kerja
Intersection of Fluid Mechanics and Computational Fluid Dynamics ke
Persidangan Kejuruteraan Mekanik Bendalir di Geneva,Switzerland.
Menerima anugerah Pembantu Makmal Separuh Masa terbaik oleh UTN
RnD.

MALB113 (SEM 1 2014/2015)

10

Produksi Daun 201


4
Pendidikan
Bachelor of Mechanical Engineering (Hons), 2008,
Universiti Tenaga Nasional,
Selangor.
CGPA 3.98 (Deans List)
Foundation in Mechanical Engineering, 2003,
Universiti Tenaga Nasional,
Selangor.
CGPA 4.00 (Deans List)
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 2002,
SM Sains Seremban,
Negeri Sembilan.
6A+ 3A.

Rujukan
Dato Ibrahim Bin Muda,
Ketua Pegawai Ekskutif,
Maybank Berhad.
+6035099008 ext: 01
ibrahim@maybank.com.my
Dr. Afham Zainudin Bin Ibrahim,
Pensyarah Kanan,
Universiti Tenaga Nasional.
+6035053008 ext: 51
afham@uniten.edu.my

MALB113 (SEM 1 2014/2015)

11

Produksi Daun 201


4

3.3

TESTIMONIAL
MALB113 (SEM 1 2014/2015)

MALB113 (SEM 1 2014/2015)

12

Produksi Daun 201


4
TESTIMONI
Wan Mohamad Aiman Bin Rozali
950427-03-5771
Pelajar berikut merupakan seorang calon yang kompeten dan mempunyai potensi untuk
menjadi seorang pemimpin yang berwibawa.
Pelajar ini merupakan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dengan gred
purata terkumpul sebanyak 3.91. Beliau selalu memberi tumpuan yang tinggi semasa
dalam kelas dan dalam menyiapkan tugasan. Pelajar ini tidak pernah gagal untuk
mencurahkan kreativiti dalam setiap tugasan yang saya pernah berikan dengan
melaksanakan tugasan melebihi jangkaan saya sebagai pensyarah di institusi ini.
Selain itu, kebolehannya untuk memimpin dalam organisasi sangat menyerlah. Beliau
kerap kali dipilih menjadi ketua kumpulan untuk tugasan berkumpulan oleh rakan
sekelasnya kerana kewibawaan dan kecekapan beliau dalam melaksanakan tugas.
Pelajar ini juga banyak menyumbang tenaga dengan berkhidmat sebagai setiausaha
untuk Kelab Catur UNITEN dan presiden Kelab Orator UNITEN. Kebolehan beliau
dalam menyampaikan maklumat secara lisan melalui medium pidato dan syarahan
sangat mengagumkan. Pelajar ini juga mempunyai bakat yang memberangsangkan
dalam debat. Beliau pernah dinobatkan sebagai johan debat alam sekitar peringkat
kebangsaan anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada tahun 2012 dan
2013.
Dalam bidang sukan, pelajar ini merupakan seorang pesaing yang kompetetif dalam
sukan tenis dan golf. Beliau pernah mewakili Universiti dalam kedua-dua sukan untuk
Sukan antara IPT (SUKIPT) pada tahun 2011, 2012 dan 2013. Pelajar ini mengungguli
acara Golf dengan menyumbang pingat emas kepada Universiti dan merangkul pingat
perak untuk acara tenis. Walaupun pelajar ini seorang pelajar yang aktif, beliau mampu
untuk memenuhi komitmennya terhadap pelajaran. Beliau merupakan seorang graduan
yang mempunyai potensi besar untuk berjaya di organisasi pihak tuan. Saya sangat
menyarankan agar pihak tuan menerima calon ini untuk bekerja di organisasi tuan
kerana beliau mempunyai bakat yang menyeluruh, seimbang dan mampu memberikan
impak yang besar terhadap organisasi tuan.

MALB113 (SEM 1 2014/2015)

13

Produksi Daun 201


4

Sekian.
Yang benar,

__________________________
(Zakri Bin Amri,Prof. Dr. Ir)
Dekan,
Kolej Kejuruteraan,
Universiti Tenaga Nasional.
Tel : 03-8813000 Ext : 012
Email : zakri@uniten.edu.my

MALB113 (SEM 1 2014/2015)

14

Produksi Daun 201


4

3.4

POSTER
MALB113 (SEM 1 2014/2015)

MALB113 (SEM 1 2014/2015)

15

Produksi Daun 201


4

MALB113 (SEM 1 2014/2015)

16

Produksi Daun 201


4
4.0 Rumusan
Secara umumnya, tugasan ini banyak membantu kami dalam
mengaplikasikan kemahiran kemahiran berkomunikasi yang dipelajari dalam
kuliah. Walaupun tugasan tugasan ini dilihat remeh oleh sesetengah pelajar,
namun banyak ilmu ilmu baru yang kami dapat melalui pelaksanaan tugasan yang
diberikan.
Melalui penulisan resume, surat mohon kerja dan testimoni, kami mendapati
bahawa penstrukturan dan organisasi idea itu sangat penting untuk menonjolkan
kebolehan kita dalam menyusun idea yang ingin disampaikan. Kesinambungan di
dalam setiap ayat menjadi suatu perkara yang amat dititikberatkan supaya setiap
ayat dalam sesuatu perenggan itu menjadi suatu idea mantap yang mampu
menunjukkan kebolehan serta kematangan seseorang manusia berfikir. Melalui
tugasan ini juga, kami dapati bahawa penulisan formal merupakan sesuatu yang
perlu dipraktikkan kerana di alam pekerjaan, kami akan banyak berdepan dengan
komunikasi tulisan yang formal. Kosa kata perlu dijaga agar setiap perkataan
memberikan maksud yang sama dengan konteks komunikasi.
Penghasilkan poster pula banyak membantu kami untuk melahirkan idea
idea yang ada dalam bentuk visual. Ekspresi idea secara visual ini penting kerana
tidak semua komunikasi perlu dalam bentuk lisan. Warna dan bentuk berperanan
memberikan karakter karakter yang tersendiri kepada poster yang bertindak
sebagai medium komunikasi. Setiap interaksi perlu mempunyai karakter tersendiri
agar kecantikan komunikasi itu dapat dinikmati secara dua hala.
Dalam proses menghasilkan tugasan ini, kami banyak belajar untuk
berinteraksi antara satu sama lain. Nilai kerjasama dan kesabaran menjadi tunjang
kekuatan kepada kami untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

MALB113 (SEM 1 2014/2015)

17

Produksi Daun 201


4
NOTA

MALB113 (SEM 1 2014/2015)

18

You might also like