You are on page 1of 31

BAB 4

AY AT PASIF
4.1

Pendahuluan

Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai unsur yang
diterangkan. Ayat pasif boleh dibentuk daripada ayat aktif transitif. Tetapi ayat aktif tak transitif tidak
boleh dipasifkan. Abdul Hamid Mahmood: 1993:74 ) Dalam bidang sintaksis kejadian ayat aktif dan
pasif tergolong dalam huraian ragam ayat. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan
subjek asal sebagai judul, manakala ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. Bagi
bahasa-bahasa seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, huraian antara ayat aktif dengan ayat pasif
umumnya melibatkan tempat frasa nama yang rnenjadi subjek dan objek ayat berkenaan ( Nik Safiah
Karim 1995 : 326 ). Binaan atau struktur pasif BM terdiri daripada struktur pasif dengan ganti nama
diri dan bukan dengan ganti nama diri.

4.2

Pembahagian Ayat Pasif

Pada umumnya, ayat-ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada:

(i)

ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif

(ii)

ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua

ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja
.

(iii)

4.2.1 Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif

Ayat pasif jenis ini tidak menggunakan ganti nama diri tetapi menggunakan imbuhan. Za1ba (1964:
135-141) telah memberikan struktur-struktur pasif kena, pasif her-, pasif ter-, dan pasif ke-...-an
sebagai pasif bukan dengan ganti nama diri. Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli bahasa
dalam menentukan ayat pasif jenis ini. S.T.Alisjahbana ( 1964: 53 ) rnengemukakan dua jenis pasif
bukan dengan ganti nama, iaitu pasif ke-...-an dan pasif ter-, sedangkan Slametrnuljana ( 1969: 93113)
menyatakan ayat jenis tersebut dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu pasif kena, pasif ter- , dan pasif
ke-,..-an. Mees ( 1969: 65 ) telah membahagikan ayat pasif bukan dengan ganti nama diri kepada dua,
iaitu pasif ter- dan pasif ke-...-an. Asmah (1970: 29 ), Raja Mukhtaruddin Dain (1979/80:27) dan Asraf
(1974 :54-56 ) mempunyai persamaan dengan pendapat Za'ba.

Ayat pasif jenis ini merupakan ayat yang kata kerjanya mengandungi
imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-, Contohnya:
Kata Kerja Pasif
Subjek

Oleh+ Frasa Nama

Keterangan

1. Ikan itu

suclah disiang

oleh Ibu

pagi tadi

2. Pokok kelapa

ditebang

oteh ayah

semalam

terlanggar

oleh lori

3. Kereta itu

pada bahagian tepinya

4. Masjid itu

terbina
oleh penduduk di situ

dalam mas a setahun

Jadual 1: Ayat Pasif Imbuhan di- dan ter

Ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif c/z-kata sendi oleh pada binaan oleh + FN
yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat.
Ayat-ayat di atas, misalnya, boleh menjadi:

Ikan itu sudah disiang ibu pagi tadi Pokok kelapa ditebang ayah semalam

Namun demikian, sekiranya binaan oleh + FN itu terletak jauli daripada kata kerja, maka oleh tidak
boleh digugurkan. Perhatikan contoh-contoh berikut:

Ikan itu sudah disiang pagi tadi oleh ibu


*

Ikan itu sudah disiang pagi tadi ibu

Pokok kelapa ditebang semalam oleh ayah


*

Pokok kelapa ditebang semalam ayah

Demikian juga, untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi oleh tidak boleh
digugurkan, misalnya :

Kereta itu terlangar oleh lori pada bahagian tepinya.


*

Kereta itu terlanggar lori pada bahagian tepinya.

Masjid itu terbina oleh penduduk di situ dalam masa setahun

Masjid itu terbina penduduk di situ dalam masa setahunAyat-ayat pasif di atas

semua bahagian binaan oleh + FN boleh juga digugurkan. Keadaan ini berlaku apabila tinsur
subjekaya hendak diberi tekanan. Perhatikan contoh-contoh berikut:

a,

Ikan itu sudah disiang ibu pagi tadi


b.

a.

Ikan itu sudah disiang pagi tadi

Pokok kelapa ditebang ayah semalam


b.

a.

Kereta itu terlangar oleh lori pada bahagian tepinya


b.

a.

Pokok kelapa ditebang semalam

Kereta itu terlangar pada bahagian tepinya

Masjid itu terbina oleh penduduk di situ dalam masa setahun


b.

Masjid itu terbina dalam masa setahun

Ayat pasif boleh juga dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber- dan
ke-.,.-an , Dalam
Contohnya:

Petani-petani itu

ayat-ayat berbentuk begini oleh + FN biasanya tidak diperlukan.


Subjek

Predikat
kegemparan

Selendang itu

kehujanan

sepanjang hari

Seluruh kampung
berjahtt dengan

belum berjawab

benang sutera
Sural sahabcttnya

Jadual 2: Ayat Pasif kata kerja ber- dan -an

Perlu diterangkan bahawa ayat-ayat pasif dengan kata kerja di- digunakan dengan frasa nama
objek orang ketiga. Kata ganti nama diri orang pertama dan orang kedua mempunyai bentuk ayat pasif
yang berlainan, yang dibincangkan di bawah.

4.2.2 Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua

Ahli-ahli bahasa tidak sependapat dalam menentukan ayat pasif kata ganti nama diri (KGD). Asmah IIaji Omar telah membicarakan konstruksi pasif BM dalam bukunya Bahasa Melayu Kini 2 ( 1970
edisi pertama) dan beliau telah membahagikan ayat pasif BM kepada dua golongan iaitu, pasif jati dan
pasif semu. Slametmuljana (1969) memberikan istilah bentuk pasif uraum bagi ayat pasif dengan
awalan di-. Farid M.Onn menggunakan istilah clear passive ( pasif jati). Lutfi Abas (1971:232234)
menghuraikan lima bentuk struktur pasif BM dengan menggunakan istilah "Ragam Pasif' dan
"Penanda Pasif' untuk maksud jenis ayat pasif dan imbuhan pasif. Awang Sariyan (1984:184)
membahagikan ayat pasif BM kepada enam bentuk dan menggunakan istilah "Ayat Pasif Diri
Pertama" , "Ayat Pasif Diri Kedua" , " Ayat Berita Pasif Biasa Diri Ketiga" dan "Ayat Berita Pasif
Songsang Diri Ketiga". Secara amnya ayat pasif KGD dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu :

(i)

ayat pasif dengan ganti nama diri pertama

(ii)

ayat pasif dengan ganti nama diri kedua

ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga

(iii)

Ayat pasif bentuk ini, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini demikian
kerana kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan
di- . Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua yang hadir di hadapan kata kerja dasar itu boleh
berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas. Kata ganti diri yang berbentuk kata penuh adalah seperti
saya, aku, engkau, awak, cmda, kami, kita manakala bentuk kata ringkas ialah ku bagi aku, dan kau
bagi engkau. Contoh-contohnya :

Subjek

Keterangan
Frasa Kerja Pasif dengan Ganti

Sural itu

Nama Diri Pertama/Kedua


sudah saya baca

semalam

Hidangan itu

beium aku jamah

lagi

Hidangan itu

belum kujamah

lagi

Hutang itu

akan engkau jelaskan

sepenuhnya

Hutang itu

akan kaijelaskan

sepenuhnya

Perkara

belum awak putuskan

sehingga kini

tersebut

harus anda sampaikan

dengan segera

Persetujuannya

mesti kami pikul

dengan sepenuh tenaga

Tugas ini

akan kita tanggung

bersama-sama

Beban ini

Jadual 3: Ayat Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua

4.2.3 Pasif Songsang

Terdapat juga bentuk pasif songsang seperti yang berikut:

Saya sircim pokok itu Yang berasal daripada ayat


pasif susunan biasa Pokok itu saya siram

Kadangkala penutur-penutur bahasa Melayu terkeliru dengan menganggap ayat Saya siram pokok itu
sebagai ayat aktif, iaitu sania seperti ayat Saya menyiram pokok itu, Kekeliruan ini dapat dielakkan
dengan membezakan cara menyebutkan kedua-dua ayat itu, iaitu melalui intonasi. Bagi ayat aktif, pola
intonasinya ialah 2-4-2-3, sementara pola intonasi ayat pasif songsang ialah 2-3-1, seperti berikut:

Saya si

pokok I tu.

4.2.4 Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena

Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima
awalan. Binaan oleh + FN boleh secara pilihan digugurkan seperti dalam contoh-contoh berikut:

Subjek

Kena

Kata Kerja dasar

Pencuri itu

kena

tangkap

Dia

kena

tipu

Mereka

kena

hasut

Perajurit itu

kena

tembak

Budak-budak itu

kena

kejar

Oleh + Frasa Nama

Jadual 4: Ayat Pasif dengan Kata Bantu kena 4.3

Ayat Majmuk Pasif


Dalam bahasa Melayu sesuatu ayat itu boleh terdiri daripada satu ayat tunggal, atau deretan ayat yang
dibina melalui proses-proses gabungan, relatif, komplemen, atau keterangan yang membentuk ayat
majmuk. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan
percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu . Ayat
aktif yang mempunyai kata kerja transitif boleh dijadikan ayat pasif . Pembentukan ayat tunggal pasif
dan ayat majmuk pasif adalah sama, iaitu ayat pasif mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. Sanat
Md.Nasir ( 1976/77:57-58) menyatakan bahawa proses pasif merupakan proses yang menukar
kedudukan di antara subjek dengan objek, iaitu: subjek + kata kerja + objek menjadi objek + kata
kerja + subjek. Abdul Hamid Mahmood (1992:37) menyatakan proses pasif adalah satu rumusan

yang memutar kedudukan Frasa Nama ( FN) Subjek dengan Frasa Nama Objek struktur dasar.

4.3.1 Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu
dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti
dan, atau, tetapi, dan sebagainya ( Nik Safiah Karim et.al, 1995:478). Contoh-contoh ayat
majmuk gabungan adalah seperti berikut:

Aktif: Saya minum teh dan Aminah makan nasi lemak Pasif: Teh saya
minum dan nasi lemak dimakan oleh Aminah Aktif: Beliau memandang
saya ketika beliau berdiri di situ Pasif: Saya dipandang oleh beliau
ketika beliau berdiri di situ.

Perkaitan antara ayat-ayat dalam ayat majmuk jenis ini dapat digambarkan secara
gambar rajah seperti yang berikut:

Rajah 3 : Pembentukan Ayat Majmuk

Dalam rajah di atas, ayat majmuk gabungan ( Ayat 1 ) terdiri daripada gabungan Ayat 2 dengan Ayat
3, melalui kata hubung. Dari segi teori, ayat majmukjenis ini boleh terdiri daripada percantuman
beberapa ayat tunggal, seperti dalam gambar rajah berikut:

Ayat 1

Rajah 4 : Proses Pcmbentukan Ayat Majmuk


Kata hubung dalam ayat-ayat di atas letaknya antara dua ayat yang dihubungkan dan tidak
berpihak kepada mana-mana ayat. Tugas kata hubung adalah untuk menghubungkan ayat-ayat dan
menjadikannya satu ayat yang lebih besar. Dalam penyambungan ayat-ayat ini beberapa perkara dapat
berlaku pada bahagian- bahagian ayat yang terlibat, iaitu ada bahagian dikekalkan dan ada pula yang
digugurkan. Jikalau ayat-ayat yang digabungkan itu mempunyai unsur-unsur yang sama dan diulang,
maka bahagian-bahagian yang sama itu boleh digugurkan. Misalnya, daripada ayat-ayat.

Nasi lemak climakan oleh Haftz Rati


canai dimakan oleh Hafiz Boleh dihasilkan ayat:
Nasi lemak dan roti canai dimakan oleh Hafiz

Ayat-ayat yang clihubungkan adalah daripada jenis yang sama dan boleh terdiri daripada
ayat penyata ( AP ), ayat perintah ( AH ), atau ayat tanya ( AT ), tetapi ayat-ayat tersebut biasanya
tidak boleh dicampuradukkan jenisnya.

* Hanif menjawab semua soalan itu (AP ) dan bolehkcih awak selesctikannya. ?
(AT)
* Ular itu memagut tangannya (AP) danpergilah dari sini! (AH)

Selain itu, ayat-ayat terbitan yang merupakan ayat-ayat yang digabungkan dengan kata
hubung dan perlu mempunyai hubungan tnakna untuk menjadikan ayat-ayat tersebut gramatis.
Perhatikan contoh-contoh berikut:

Pencuri itu ditangkap polis dan dibawa ke tempat kejadian.


*Pencuri itu ditangkap polis dan emak memasak di dapur.

Proses penggabungan ayat boleh digunakan untuk deretan beberapa ayat. Perhatikan ayat berikut:

Pada cuti sekolahyang lalu datuk, nenek, pak cik, mak cik dan saudara- mara di
kampung, saya lawati.

Ayat-ayat di atas terdiri daripada lima ayat tunggal yang telah dijadikan satu ayat majmuk dengan
menggugurkan empat frasa yang berulang-ulang, iaitu pada cuti sekolah yang lalu saya melawat.
Demikian juga kehadiran dan yang berulang-ulang boleh diguggurkan, kecuali yang akhir, seperti
dalam contoh berikut:

Akhbar dibaca oleh ayah, pokok disiram oleh ibu, dan surat saya tulis.

yang berasal daripada:

Akhbar dibaca oleh ayah dan pokok disiram oleh ibu dan surat saya tulisAyat-ayat gabungan
dibentuk dengan menggunakan beberapa kata hubung. Penggunaan kata hubung yang berbeza ini
menghasilkan dua jenis gabungan utama, iaitu :

i.

Gabungan yang susunan fakta-faktanya berurutan, yakni satu demi satu. Contoh
ayat tersebut adalah seperti berikut:

a.

Saya dipandangnya sambil tersenyum

b. Pendapat beliau amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara yang tidak
menarik.

c.

Isteri saya baik orangnya, malahan jarang-jarang sekali hati saya disakitinya.

d. Mula-mula saya disuruh duduk, kemudian diajak berbincang,

akhirnya dibawa masuk bertemu dengan majikannya

ii.

Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat


yang digabungkan itu. Contohnya:

a. Kelas-kelas tambahan telah dihadirinya tetcipi pelajaran matematik masih tidak


dapat dikuasainya.

b. Buku yang dibelinya terlalu mahalpadahal ada yang lebih murah.

14

4.3.2 Ayat Majmuk Pancangan

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayatayat itu tidak sama, sedangkan ayat majmuk gabungan lebih bersifat sama taraf, yakni masingmasing dapat berdiri sendiri. Dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat
induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi
sebahagian daripada ayat induk itu.

Ayat majmuk pancangan bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu :

i.

Ayatrelatif

ii.

Ayat komplemen

iii.

Ayat keterangan

Jenis-jenis ayat di atas ditentukan oleh cara pembentukannya dan jenis ayat yang dipancangkan,

4.3.2.1 Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Ayat relatif ialah ayat yang dikenal dengan penggunaan perkataanjwng, seperti dalam contohcontoh berikut:

Pasif: Wayang yang lucu itu ditonton oleh mereka Pasif: Buku yang dihaca adik itu buku agama,
Pasif: Pendatang tanpa izin yang ditangkap itu dikenakan hukuman sebat.
Pasif: Buah yang diperam oleh abang telah masak Pasif: Pokok yang ditanam oleh ayah telah
berbunga.

16

Ayat-ayat di atas sebenarnya terdiri daripada dua ayat.iaitu ayat induk dan ayat kecil. Contoh:

Pokok-pokok yang ditanam oleh ayah telah berbunga.


Ayat Induk : Pokok-pokok itu telah berbunga.

Ayat Kecil: Pokok-pokok itu ditanam oleh ayahApabila kedua-dua ayat dimajmukkan,
ayat Pokok-pokok itu ditanam oleh ayah dipancangkan ke dalam ayat induk Pokok-pokok itu telah
berhunga. Oleh sebab ungkapan pokok-pokok itu diulang, maka pokok-pokok yang kedua itu
digugurkan dan diganti dengan kata relatif yang . Proses ini boleh dianggap sebagai mengalami
tingkat-tingkat perubahan seperti yang berikut:

Pertama: Ayah menanam pokok-pokok itu + Pokok-pokok itu telah berbunga Kedua : Ayah
menanam pokok-pokok itu + 0 telah berbunga

Ayat kecil relatif dijadikan ayat pasif untuk menghasilkan ayat ketiga di bawah.

Ketiga : Pokok-pokok itu ditanam oleh ayah itu telah berbunga .


Keempat: Pokok-pokok yang ditanam oleh ayah itu telah berbunga .

4.3.2.2 Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

Pembentukan ayat majmuk komplemen biasanya disertai penggunaan beberapa perkataan tertentu
yang digunakan sebagai kata komplemen untuk menandakan hubungan ini. Terdapat dua kata
komplemen dalam bahasa Melayu, iaitu bahawa dan untuk.

Aktif: Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan.

Dalam
ayat di
atas
bahawa
ujian
akan
bermula
pada
bulan
hadapan
merupaka
n objek
kepada
kata kerja
transitif
menerang
kan.
Dalam
ayat
tersebut
terdapat
subjek
guru dan
kata kerja
transitif
menerang
kan, dan
bahawa
ujian
akan
bermula
pada
bulan
hadapan,
seolaholah
menjadi
objek
kepada
kata kerja
transitif
itu. Ini
dapat
digambar
kan
dengan
gambaraja
h
berikut:Ay
atl

Predikat

FN

FK

Ayat2 *

(Objek)
kt.k

Guru
menerang
kan
bahawa
ujian
akan
bermula
pada
bulan
hadapan.

A
yat di
atas
terdiri
daripad
a dua
ayat,
iaitu
ayat
induk
dan
ayat
kumple
men

yang
dipanc
angkan
,
seperti
yang
berikut
:

Guru
menerang
kan
bahawa
ujian
akan
bermula
pada
bulan
hadapan.

Ayat
induk
:
Guru
menerang
kan
(sesuatu)

Ayat
komplem
en : Ujian
akan
bermula
pada
bulan
hadapan.

Kata
komplem
en
:
bahawa

Setelah
berlaku
proses
pemasifa
n

ayat,

terhasilla
h

ayat

seperti di
bawah:

Pasif:
Bahawa
ujian
akan
bermula
pada
bulan
hadapan
diterangk
an
guru,

oleh

Aktif:
Untuk
Azamudd
in
melakuka
nnya
amatlah
senang.

Ayat
induk

Azamudd
in
melakuka
nnya.

Ayat
komplem
en;
Perkara
itu

amat

senang.

Kata
kompleme
n : untu

4.3.2.2.1 Jenis-Jenis Ayat

Terdapat tiga jenis ayat komplemen:

i.

Ayat komplemen frasa nama

ii.

Ayat komplemen frasa kerja

iii.

Ayat komplemen frasa adjektif

4.3.2.2.1.1

Komplemen

Kata Kerja

Ayat komplemen frasa nama

Ayat-ayat komplemen frasa nama dapat menduduki dua tempat, iaitu sebagai ayat
komplemen frasa nama subjek (FNs) dan ayat komplemen frasa nama objek tepat (FNo),
seperti yang berikut;

i.

Bahawa Islam menjamin keadilan memanglah tepat (FNs).

ii.

Sesungguhnya amat mustahil untukpencuri itu melepaskan diri (FNs).

iii.

Sungguh tidak munasabah bahawa masalah itu tidak dapat diselesaikan melalui
perundingan (FNs).

25

iv.

Lokman telah mengakui bahawa dia telah memenangi peraduan mengarang


cerpen. (FNo),

v.

RTM melaporkan bahawa lebuhraya itu tidak boleh dilalui kenderaan ber at.
(FNo)

4.3.2.2.1.2

Ayat komplemen frasa kerja

Frasa kerja dalam ayat boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif, iaitu yang diikuti bukan oleh
frasa nama tetapi oleh keterangan-keterangan lain yang bertujuanmelengkapkan frasa tersebut.
Ada ayat komplemen yang berfungsi sebagai pelengkap kepada kata kerja ini, yang bukan frasa
nama. Sekali imbas ayat-ayat ini kelihatan seolah-olah ayat komplemen frasa nama objek, tetapi
terbukti tidak demikian oleh sebab ayat-ayat tersebut tidak boleh mengalami proses pasif, iaitu
satu ukuran bagi menentukan status frasa nama objek.( Nik Safiali Karim 1995:491 ) Oleh itu,
ayat-ayat demikian digolongkan ke dalam jenis ayat-ayat komplemen frasa kerja, seperti contohcontoh berikut:

Kenyataan itu bermaksud bahciwa kerajaan mampu melaksanakan projek itu. Dia sedar
bahawa nasihat arwah gurunya itu benar.

Penduduk kampung itu berharap bahawa janji-janji manis itu akan ditunaikan.

4.3.2.2.1.3 Ayat komplemen frasa adjektif

Ayat komplemen boleh terdiri daripada ayat komplemen adjektif, iaitu yang merupakan ayat
kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk dan jumlahnya dalam bahasa Melayu sangat
terhad, seperti contoh-contoh berikut:

26

i. Anak-anak yatim itu sedar benar bahawa mereka harus belajar bersungguhsungguh.
ii.

Mereka insaf bahawa mereka lemak

4.3.2.3 Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

27

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan
satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan musabab,

akibat, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, tujuan, dan perbandingan kepada predikat.
Perhatikan contoh-contoh di bawah:

i.

Oleh sebab mereka datang lambat mereka terpaksa berdiri di luar dewan ( musabab
).

ii.

Orang tua itu menjerit terlalu kuat hingga ia tidak dapat bernafas (akibat).

iii.

Jika diizirikan Allah saya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
( syarat).

iv.

Sementara menanti ketibaan ibunya budak itu merabaca buku cerita (waktu).

v.

Meskipun sudah lewat petang ayah masih lagi merumput di kebun (pertentangan).

vi.

Kita mestilah bersabar agar segala usaha kita diberkati Allah (harapan ).

vii.

Nurul Fatini menyiapkan kerjanya dengan menggunakan komputer (cara).

viii.

Demi mempertahankan kesucian Islam Rasulullah s.a.w. sanggup berhijrah ke


Madinah (tujuan).

ix.

Mangsa keganasan itu menjerit dan menangis bagai anak ayam kehilangan ibu
(perbandingan).

Aktif: Hanif akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya.


Pasif: Buku itu akan dibeli oleh Hanif kalau ayah membenarkannya.
Pasif: Hanif akan membeli buku itu kalau dibenarkan oleh ayah.

Aktif: Sungguhpun badannya letih, Ali tetap menghadiri majlis perayaan itu. Pasi f: Sungguhpun
badannya letih, majlis perayaan itu tetap dihadiri oleh Ali.

4.3.3 Ayat Majmuk Campuran

Ayat Majmuk Campuran ialah ayat yang terbentuk lebih daripada satu jenis ayat,

iaitu terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis
ayat majmuk. Contohnya :

i. Ibu sedang menguli tepung, tetapi ayah dan adik-adikyang sudah letih lesu telah lama
tidur.

Ayat ini terdiri daripada ayat majmuk gabungan yang disambung dengan kata hubung tetapi.
Ayat pertama ialah ayat Ibu menguli tepung. Ayat yang kedua iaJah Ayah yang sudah letih lesu telah
lama tidur. Ayat yang ketiga ialah Adik-adik yang sudah letih lesu telah lama tidur. Ayat kedua dan
ketiga merupakan ayat majmuk pancangan relatif kerana terdapat ayat relatif yang sudah letih lesu
dipancangkan ke dalamnya..

Panjang atau pendek ayat bukanlah ukuran untuk menentukan jenisnya tetapi isi kandungan ayat itu
yang lebih penting. Contohnya:

Motorsikcil merah anak Tok Penghulu Kampung Bunga Emas telah melanggar seekor anak ayam
katik di perkarangan surau lama pada hari cuti sekolah yang lain. Ayat di atas ialah ayat tunggal.
Subjek : Motorsikal merah anak Tok Penghulu Kampung Bunga Emas
Predikat: telah melanggar seekor anak ayam katik di perkarangan surau lama pada
hari cuti sekolah yang lalu.

Kesimpulannya, dalam bahasa Melayu sesuatu ayat itu boleh terdiri daripada satu ayat
tunggal, atau deretan ayat yang dibina melalui proses-proses gabungan, relatif, komplemen,
keterangan atau pemajmukan.

You might also like