You are on page 1of 4

PK07-Pengurusan Mesyuarat

PK07/3
SMK DATO IBRAHIM MAJID, KLUANG
MINIT MESYUARAT PANITIA PERDAGANGAN BIL 1/ 2015

Tarikh

: 30.12.2014 ( SELASA)

Masa

: 10.30 12.30 pagi

Tempat

: Bilik PBS SmartDim

Pengerusi

: En. Hj Sakdun Bin Abd Kadir


( GKMP Teknik dan Vokasional )

Kehadiran

: 1. Pn.Zarina Bt Mohd Yusof


2. En. Nasaruddin Bin Ismail
3. Pn.Norihan Bt Puteh
4. Pn.Siti Kamila Bt Suandi

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli panitia yang sudi hadir ke mesyuarat
panitia kali pertama tahun 2015 serta ucapan tahniah kepada guru yang berjaya meningkat
peratus PT3 2014. Pengerusi menekankan untuk tahun 2015 strategik membantu pelajar
intervensi dalam peperiksaan PT3 2015. Diharap semua guru dapat bekerjasama untuk
peningkatan panitia pada tahun 2015.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
- TIADA 3.0 PERKARA BERBANGKIT
- TIADA 4.0 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA / ISU SEMASA
4.1 Pelantikan Ahli Jawatankuasa Panitia
4.1.1 Pn.Siti Kamila Binti Suandi dilantik sebagai Setiausaha 2015.
4.2 Pengurusan Panitia
4.2.1 Pengurusan Sistem Fail
GKMP meminta semua guru panatia melengkapkan fail dari tahun 2013 2015 serta
menyerahkan jadual waktu yang terkini dan maklumat diri yang lengkap untuk dimasukkan
1

PK07-Pengurusan Mesyuarat

dalam fail. Guu-guru boleh mendapatkan sukatan dan rancangan tahunan daripada fail
sukatan.
4.2.2 Program Peningkatan Akademik
Semua guru panatia telah memberi senarai progam kepada GKMP dalam pelan strategic
tahun 2015 pada akhir bulan November 2014. Diminta guru bidang masing-masing ambil
perhatian dan penambahbaik program yang dinyatakan.
Tindakan : Semua Guru
4.2.3 Kursus Dalaman
Guru- guru yang akan menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang teknik
dan vokasional perlu mengadakan in house di sekolah untuk memberi pendedahan kepada
guru lain. Serta tarikh mesyuarat akan datang :
Bil
1
2
3
4

Tarikh
1 mac 2015
16 jun 2015
18 ogos 2015

Perkara
Kursus dalaman ( PnP PTV abad 21)
Mesyuarat kali 2 ( post-mortem)
Mesyuarat kali 3 ( strategic peningkatan akademik PT3 dan
SPM)
20 oktober 2015 Mesyuarat kali 4 ( post mortem PT3 dan Percubaan SPM)
Tindakan : Semua Guru

4.2.4 Kajian Tindakan


Ketua Panitia akan membuat kajian tindakan berkaitan cara-cara menjawab soalan KBAT.
Tindakan : Semua Guru
4.2.5 Pembelian Bahan Bantu Mengajar dan Pengurusan Stok
Guru-guru boleh membeli bahan bantu mengajar seperti kertas mahjong, pen marker, kad
manila, dan sebagainya untuk memperkasakan lagi pengajaran abad 21. Selain itu,
penambahan buku rujukan untuk pelajar.
4.2.6 Pengurusan Bilik Khas
GKMP bercadang mewujudkan Bilik kemahiran hidup sebagai bilik abad 21, dan memilih
bilik jahitan sebagai bilik abad 21. Diminta kerjasama semua guru untuk membantu
menceriakan lagi bilik tersebut dengan bantuan pentadbiran sekolah. Contohnya membuat
roda impian untuk aktiviti pelajar.

PK07-Pengurusan Mesyuarat

4.3 Pengurusan Pembelajaran dan Pemudahcaraan


4.3.1 Buku Persediaan Mengajar
Perlu menulis aspek- aspek utama seperti tajuk, objektif / hasil pembelajaran, aktiviti, nilai,
kbat, bbm, dan refleksi. Perlu lengkap dengan senarai nama pelajar, markah TOV, sukatan,
RPT dan HSP.
4.3.2.Sukatan dan Rancangan Mengajar
Boleh diambil daripada fail panitia untuk membuat salinan dan diubah mengikut
kesesuaian.
4.3.3 Pencerapan PdP
Guru perlu mengadakan PdP abad 21 yang melibatkan semua pelajar dalam kelas supaya
pelajar berminat dalam mata pelajaran dan mengelakkan pelajar tidur dalam kelas.
Antara aktiviti yang dicadangkan ialah pembentangan kumpulan, tontonan video klip dan
sebagainya.
4.3.4 Pemeriksaan Hasil Kerja Murid
Buku latihan murid akan disemak oleh pentadbir mengikut takwim. Diminta semua guru
memberi latihan yang mencukupi kepada pelajar, menyemak buku latihan dan mengisi 2
borang semakan buku latihan sebelum dihantar kepada pentadbir.
4.3.5 Bahan Relief
Guru-guru yang mengambil cuti perlu sediakan bahan untuk guru ganti. Perlu diserahkan
kepada ketua panitia sebelum 30hb Januari 2015.
Tindakan : Semua Guru
4.4 Analisis Pentaksiran Sekolah dan PT3
Kelulusan PT3 KH (ert) 2014 ialah sebanyak % dan KH (pertanian)
% sahaja.
Diminta guru-guru yang mengajar tingkatan 3 meningkatkan lagi strategi dan membantu
pelajar mendapat kelulusan yang tinggi. PBS untuk tingkatan 1, 2, dan 3 akan dijalankan
seperti biasa.
Tindakan :Guru Mata Pelajaran Tingkatan 3
4.5 TOV dan ETR 2015
TOV untuk perdagangan SPM 2015 ialah sebanyak 13.33 % dan ETR yang ditetapkan ialah
53.33%. Manakala TOV untuk ekonomi asas SPM 2015 ialah sebanyak 63.64 % dan ETR
yang ditetapkan ialah 90.90%.
3

PK07-Pengurusan Mesyuarat

Tindakan :Guru Mata Pelajaran Tingkatan 5


5.HAL-HAL LAIN
GKMP meminta kerjasama semua ahli panitia untuk menyediakan modul panatia masingmasing untuk mempertingkatkan prestasi matapelajaran masing- masing dalam PBS, PT3 dan
SPM 2015. Nama guru matapelajaran mengikut tingkatan adalah seperti berikut :
Bi
l
1

Nama Guru

Mata pelajaran

En. Hj Sakdun b. Abd Kadir

Kh pertanian

1KRK, 1I, 1K DAN 2I

Pn. Zarina bt Mohd Yusof

Kh ert, sains pertanian

1I,1K,4I DAN 5I

Pn.Norihan Bt Puteh

Kh ert

1KRK,2I,3I,3K

Pn.Siti Kamila Bt Suandi

perdagangan

4P, 4K

En. Nasaruddin b. Ismail

Kh pertanian, ekonomi
asas

2K,3I 4K DAN 5K

6. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh,

(SITI KAMILA BT SUANDI)


KETUA PANITIA PERDAGANGAN
SMK DATO IBRAHIM MAJID

Tingkatan

You might also like