You are on page 1of 1

MUHAMMAD AJRUL HANIF BIN RASLI@ROSLI (911012-09-5041)

SEMESTER 6 PISMP JAN 2013 TESL (SK) P6J

REFLEKSI BINA INSAN GURU (BIG) PISMP SEMESTER 6 2015


Program Bina Insan Guru (BIG) bertempat di Dewan Mursyi Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim telah diadakan pada 29 September 2015 yang lepas, dimana
semua pelajar semester 6 diwajibkan hadir. Program BIG ini bermula pada pukul 7.30 pagi
sehingga pukul 5.00 petang. Program ini dibahagikan kepada 3 slot ceramah motivasi yang
melibatkan 3 orang pensyarah yang berpengalaman iaitu Ustaz Md. Zaki, Cik Teh Sooi kim
dan Dr. Pushpavalli A/P Appoo. Slot petama disampaikan oleh pensyarah Ustaz Md. Zaki
Bin Hashim dengan tajuk ceramahnya yang berjudul Guru dan Amalannya. Tajuk mengenai
amalan guru yang diamalkan memfokuskan kepada amalan baik yang sepatutnya
diamalkan oleh setiap guru. Selain daripada itu Ustaz Zaki banyak berkongsi pengalaman
beliau sebagai seorang guru dalam hal pengurusan acara, minit mesyuarat, resolusi
mesyuarat dan teknik komunikasi yang berkesan iaitu dikenali sebagai PODC. PODC ini
merupakan singkatan akronim daripada panning, organizing, directing dan controlling.
Melalui perkongsian ilmu dan maklumat dalam susun atur aktiviti mesyuarat dan program
yang disampaikan oleh Ustaz Zaki ini banyak memberikan manfaat kepada kami sebagai
persiapan menempuh dugaan dan rintangan yang bakal kami hadapi kelak setelah bergelar
seorang pendidik.
Seterusnya, slot yang kedua telah disampaikan oleh Cik Teoh Sooi Kim. Beliau
memulakan ceramahnya melalui tayangan slide yang berjudul budaya guru cemerlang
yang mana telah menarik perhatian kami disamping meningkatkan motivasi diri untuk terus
berjaya dalam bidang yang telah kami ceburi ini. Melalui ceramah beliau terdapat satu
perkataan Akronim yang bermakna yang dapat saya kongsikan disini iaitu TEACHER.
Perkataan TEACHER membawa maksud T-Terrific, E-Energetic, A-Able, C-Cheerful, HHardworking, E-Enthusiastic, R-Remarkable. Slot terakhir yang berjudul Guru dan Budaya
Inovasi, disampaikan oleh Dr. Pushpavalli A/P Appoo yang mana telah membuka mata dan
pemikiran kami kerana terdapat banyak info-info baru yang telah kami perolehi melalui
ceramah beliau. Antara info baru yang telah didedahkan kepada kami adalah mengenai
teknik-teknik pengajaran yang diaplikasikan di luar negara yang secara tidak langsung
mampu mewujudkan suasana fun and enjoyable learning.
Akhir kata, Program BIG yang telah dijalankan pada kali ini telah banyak membuka
mata dan pemikiran kami dalam bidang pendidikan kerana bidang pendidikan ini
sebenarnya luas dan masih banyak perkara yang belum kami terokai sebagai seorang guru
pelatih. Harapan yang tinggi supaya segala ilmu yang telah kami pelajari pada program ini
akan dapat membantu kami kelak sebagai seorang pendidik.

You might also like