You are on page 1of 11

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Latar Belakang

Kajian yang dicadangkan ini akan menumpu kepada elemen-elemen yang terdapat
dalam campuran pemasaran. Tumpuan kajian ialah produk, promosi dan pengedaran.
Kawasan kajian yang dipilih ialah di Proton Holdings Berhad, Malaysia. ( Rujuk
Lampiran A Peta Lokasi Kajian)

1.2

Objektif Kajian

Berikut ialah 4 objektif kajian yang dapat dijana melalui objektif di atas :
1.1.1

Mengenal pasti strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh Proton Holdings

1.1.2
1.1.3
1.1.4

Berhad, Malaysia (PHBM)


Mengetahui jenis-jenis produk yang dikeluarkan oleh PHBM.
Memahami bentuk pengedaran produk yang diamalkan oleh PHBM.
Mengetahui kaedah promosi yang digunakan oleh PHBM untuk memasarkan produk.

1.3

Soalan Kajian
1

Berikut ialah 4 soalan kajian yang dapat dihasilkan melalui objektif kajian di atas :
1.1.5

Apakah strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh Proton Holdings Berhad,

1.1.6
1.1.7
1.1.8

Malaysia (PHBM) ?
Apakah jenis-jenis produk yang dipasarkan oleh PHBM ?
Apakah bentuk pengedaran produk yang diamalkan oleh PHBM ?
Apakah kaedah promosi yang dilakukan oleh PHBM untuk memasarkan produk ?

1.4

Kepentingan Kajian

Elemen campuran pemasaran adalah penting sebagai penggerak utama sesebuah


perniagaan ke arah mencapai keuntungan. Selain itu, campuran pemasaran juga boleh
membantu perniagaan menceburi pasaran antarabangsa. Kajian terhadap Proton
Holdings Berhad, Malaysia bertujuan mengetahui campuran pemasaran yang
diamalkannya.

1.5

Skop Kajian

Skop kajian yang dicadang akan fokus kepada 3 elemen utama dalam campuran
pemasaran iaitu produk, pengedaran dan promosi. Kajian ini juga hanya menumpu
kepada Proton Holdings Berhad, Malaysia.

1.2 RUMUSAN

Kesimpulannya, campuran pemasaran adalah gabungan aktiviti perniagaan yang


melibatkan produk, pengedaran dan promosi. Elemen ini dijadikan sebagai garisan utama
perniagaan dalam mengeluarkan produk yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan
pengguna.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

KONSEP-KONSEP PENTING BERKAITAN KAJIAN

Bahagian ini akan membincangkan definisi dan maksud bagi beberapa konsep penting
berkaitan kajian ini.

2.1.1 Campuran Pemasaran

Menurut Gary Armstrong (1997), campuran pemasaran adalah satu set elemen-elemen
pemasaran yang boleh dikawal dan berstrategi di mana setiap organisasi
menggabungkannya untuk menghasilkan maklum balas yang dikehendaki di dalam
sasaran pasaran. Empat elemen tersebut adalah produk, harga, saluran agihan dan
promosi.
Menurut Philip Kotler (1997) pula, campuran pemasaran merupakan kombinasi unsurunsur atau input yang dapat dikawal oleh organisasi bagi memenuhi kehendak pihak
yang hendak ditujukan ataupun sasaran pasaran. Gabungan input ini terdiri daripada
produk, promosi, pengedaran dan penentuan harga. Keempat-empat ini merupakan
aktiviti dan pemboleh ubah yang mesti dijalankan bagi memenuhi kehendak dan
keperluan pengguna di samping berhadapan dengan kuasa luar dan persekitaran.
Secara umumnya, campuran pemasaran boleh didefinisikan sebagai gabungan 4
elemen utama campuran pemasaran iaitu produk, pengedaran, penetapan harga dan
promosi. Hal ini supaya sesuatu keluaran yang dipasarkan dapat memenuhi kehendak
dan keperluan pengguna.

2.1.2 Produk
4

Menurut Sandra E. Moriarty (1995), produk merupakan sesuatu yang ditawarkan


kepada pasaran untuk perhatian, milikan atau kegunaan yang akan memenuhi sesuatu
keperluan atau kehendak pengguna. Produk tidak terhad kepada objek fizikal sematasemata tetapi merangkumi juga individu, tempat, organisasi, aktiviti, idea atau
perkhidmatan.
Menurut Heizer (1999) pula, produk boleh didefinisikan sebagai barang dan
perkhidmatan yang dikeluarkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.
Produk boleh dikategorikan ke dalam kategori seperti pembaharuan sebenar dan
pengambilalihan adaptif dan tiruan.
Secara umumnya, produk merupakan barangan ataupun perkhidmatan yang memberi
faedah atau manfaat kepada pengguna dalam memenuhi kehendak dan kerperluannya.

2.1.3 Pengedaran

Menurut Norman Gaither (1999), pengedaran merujuk kepada individu atau organisasi
yang bertanggungjawab di dalam aktiviti pengaliran produk secara pemindahan fizikal
daripada pengeluar kepada pengguna.
Menurut Render, B. (1999) pula, pengedaran membawa maksud pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak untuk memastikan produk yang ditawarkan sentiasa
tersedia dan mudah didapati oleh pengguna pada masa, tempat yang diperlukan dan
kuantiti yang diharapkan.
Secara umumnya, pengedaran merupakan satu proses penghantaran barangan atau
produk hingga ke tangan pengguna akhir melalui individu atau organisasi yang
bertanggungjawab untuk melakukannya tanpa mengira tempat, masa dan kuantiti.

2.1.4 Promosi

Menurut Thomas R. Duncan (1995), promosi adalah usaha organisasi mempengaruhi,


memujuk dan meyakinkan pelanggan tentang kelebihan keluaran yang diberikan. Ini
termasuk usaha menyampaikan maklumat melalui berbagai-bagai cara yang boleh
mempengaruhi kelakuan dan tanggapan pengguna terhadap sesuatu keluaran yang
ditawarkan.
Menurut Gareth R. Jones (1998) pula, promosi ialah jalinan perhubungan komunikasi
di antara penjual dan pembeli. Ia digunakan oleh pemasar-pemasar untuk
memberitahu, menggalak, dan meyakinkan pembeli-pembeli yang berpotensi mencuba
dan membeli keluaran di pasaran.
Secara umumnya, promosi merupakan satu kaedah yang digunakan oleh sesebuah
organisasi untuk menarik minat, memujuk, mempengaruhi dan memberi keyakinan
kepada pelanggan untuk membeli sesuatu keluaran yang dipasarkan oleh sesebuah
organisasi.

2.1.5 Rumusan

Elemen produk, pengedaran dan promosi merupakan satu strategi pemasaran yang
penting dan berkesan bagi mencapai matlamat serta mencapai tahap keuntungan yang
maksimum dalam sesebuah perniagaan.

BAB 3
6

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Kaedah Kajian

Kajian yang dicadangkan ini adalah jenis kaedah tinjauan. Sumber yang saya akan
gunakan untuk mendapatkan maklumat semasa kajian ini dijalankan adalah sumber
data sekunder, iaitu melalui internet, majalah, surat khabar serta buku.

3.2

Prosedur Kajian

Kajian akan dilakukan sebaik sahaja Kertas Cadangan Kajian diluluskan. Setelah
Kertas Cadangan Kajian diluluskan, saya akan mula mencari data dan maklumat
melalui soalan kajian. Apabila data dan maklumat diperoleh, saya akan mula
menganalisis data tersebut. Seterusnya, saya akan menulis laporan kajian. ( Rujuk
Lampiran B Jadual Perlaksanaan Aktiviti Kajian)

RUJUKAN
7

1. Gareth R. Jones (1998), Contemporary Management, Irwin McGraw-Hill Companies,


Inc, United States of Amerika.
2. Heizer, J. and Render, B. (1999), Operations Management, Fifth Edition. Prentice
Hall.
3. Norman Gaither (1992), Production and Operations Management ( Sixth Edition),
Dryden Press.
4. Philip Kotler, Gary Armstrong (1997), Marketing An Introduction (Sixth Edition).
Prentice Hall International.
5. Sandra E. Moriarty & Thomas R. Duncan (1995), Marketing Prentice Hall, Inc.
6. Time to share great values; retrieved at 29 June 2015 http://www.proton.com.my/

LAMPIRAN A

Peta Lokasi : Proton Holdings Berhad, Malaysia.

LAMPIRAN B

Tajuk : Jadual Perlaksanaan Aktiviti


Masa
24 - 27 Jun 2015

Perancangan dan Pelaksanaan aktiviti


Mendapatkan maklumat mengenai Proton

26 29 Jun 2015

Holdings BHD, Malaysia


Mencari maklumat mengenai definisi bagi
setiap konsep elemen campuran
pemasaran
Menghantar kertas cadangan
Tulis laporan lengkap kajian
Sesi pembentangan akan dijalankan

30 Jun 2015
1 Julai 5 Ogos 2015
22 September 2015

10

11

You might also like