You are on page 1of 3

Laporan Sebelum BIG

Program Bina Insan Guru (BIG) pada kali ini melibatkan dua aktiviti iaitu khidmat
masyarakat dan juga bengkel. Setelah berbincang dengan pihak Jabatan Seni Visual
serta mentor kami iaitu En. Shahril Bin Awang, kami telah bersetuju untuk mengadakan
khidmat masyarakat di dalam kawasan IPG Kampus Ilmu Khas. Antara aktiviti yang
kami jalankan adalah mengecat semula mural di kawasan bawah blok pentadbiran, dan
juga mengecat tembikar yang berada di Jabatan Seni Visual. Proses ini mengambil
masa selama seminggu kerana kami dengan cuaca yang tidak mengizinkan dan juga
kekangan masa.
Sebelum aktiviti ini dimulakan kami telah bermesyuarat untuk melantik Ahli
Jawatankuasa (AJK) bagi memastikan kelancaran aktiviti ini dilaksanakan. Mesyuarat
yang pertama telah diadakan di bilik mesyuarat Jabatan Seni Visual. Kami telah
berbincang bersama pensyarah untuk membahagikan kerja kepada semua pelajar
Major Pendidikan Seni Visual iaitu pelajar kelas G 3.7. terdapat dua kumpulan yang
akan melaksanakan khidmat masyarakat ini. Separuh pelajar daripada bilangan kelas G
3.7 iaitu seramai 12 orang akan mengecat mural. Manakala separuh lagi iaitu seramai
17 orang akan mengecat tembikar. Saya pula telah mendapat bahagian mengecat
tembikar.

Program BIG ini bertujuan menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan yang
berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Selain itu, melahirkan pelatih yang
mempunyai ketahanan fizikal, mental dan semangat juang. Objektifnya juga dapat
menguasai kemahiran menguasai keahiran menguruskan diri, kumpulan dan masa
dengan berkesan serta dapat menguasai kemahiran asas interpersonal. Pelatih juga
dapat memperkembangkan potensi sebagai sebagai insan melaui pembinaan portfolio
dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri.

Semasa
Pada hari yang berlangsungnya khidmat masyarakat kami, kami telah menyediakan
beberapa lakaran untuk dipersetujui oleh pensyarah pembimbing. Selepas sahaja
diluluskan, kami telah mengambil alatan di dalam stor. Antara alat dan bahan yang
diperlukan adalah cat pelaka, berus, dan juga masking tape. Kami juga telah
membersihkan tembikar kerana bahagian di dalam tembikar itu terlalu kotor kerana
terdapat sampah dan juga pasir dan kapur di dalam itu.
Kami membasuhnya dengan menggunakan air dan kain. Selepas itu,kami telah
mengecat lapisan pertama dengan menggunakan cat pelaka mengikut idea kumpulan
masing-masing. Saya telah berkumpulan bersama Mohd Fahmi Iqwan. Kami
mengambil tema hitam putih yang bercorak flora. Tujuan kami mengambil tema hitam
putih adalah kerana kami ingin mengaitkan ying yang yang membawa maksud
keseimbangan dan saling bergantungan antara satu sama lain.
Semasa mengecat tembikar itu, kami mengalami beberapa masalah seperti cat pelaka
yang kering dan merekah menyebabkan permukaan tembikar menjadi tidak licin. Kami
mengambil keputusan untuk menyembur dengan pemati warna supaya warna itu kekal
dan kelihatan licin serta berkilat. Saya mengambil bahagian yang bewarna putih,
manakala fahmi mengambil bahagian yang bewarna

Selepas
Selepas 3 hari kemudian, tembikar yang kami hasilkan telah pun siap. Hasilnya begitu
menarik dan kami berasa teruja kerana dapat menyiapkannya walaupun masa yang
diberi amat singkat dan tidak mencukupi. Saya juga berpuas hati kerana dapat
membantu pihak Jabatan Pendidikan Seni Visual untuk mencantikkan lagi pasu dan

tembikar yang ada. Daripada terbiar begitu sahaja, lebih baik ianya dicantikkan dan
dijadikan hiasan. Luas pemandangan, banyak pengalaman.

You might also like