You are on page 1of 4

Charles Louis Montesquieu dilahirkan di Chateau de la Brede,

barat daya Perancis pada 18 Januari 1689. Berasal dari keluarga


aristokrat dan meninggal dunia pada 10 Februari 1775. Beliau
merupakan lulusan undang-undang dari Universiti Bordeaux dan
Berjaya menjadi peguam pada tahun 1708. Beliau adalah salah
seorang tokoh pemikir politik Perancis yang banyak memberikan
sumbangan dan idea semasa Zaman Pencerahan
(Enlightenment). Bapa saudaranya menjadi Penasihat Parlimen
Bordeaux. Selepas bapa saudaranya meninggal dunia pada tahun
1716, Montesquieu telah dilantik sebagai Presiden Parlimen
Bordeaux.

Salah satu idea melalui bukunya Spirit of The Laws, beliau


menegaskan bahawa kerajaan yang berbeza-beza dibentuk
berdasarkan iklim dan keadaan tertentu. Beliau berpendapat
bahawa pemerintahan mutlak sesuai untuk memerintah di
sebuah empayar yang luas. Sistem demokrasi pula subur di
Negara-negara kecil. Idea beliau masih diperdebatkan sehingga
hari ini.

Antara idea utama diutarakan oleh Charles Louis Montesqueiu


ialah idea politik pemerintahan yang telah diperkenalkan melalui
doktrin pengasingan kuasa. Teori ini dibincangkan melalui
karyanya, Spirit of The Laws. Karya ini telah memberi kesan
mendalam sama ada dalam bidang intelektual mahupun dalam
amalan bidang politik dan pemerintahan terhadap Negara-negara
di dunia. Perkara yang dibincangkan dalam karya ini termasuklah
bentuk-bentuk pemerintahan, adat kebiasaan dan iklim, masalah
ekonomi dan masalah agama.

Beliau menjelaskan bahawa konsep pengasingan kuasa dalam


pemerintahan terbahagi kepada tiga buah badan bebas iaitu
badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman.
Ketiga-tiga badan tersebut mempunyai bidang kuasa tersendiri
dan setiap cabang pemerintahan tidak mencampuri urusan badan
lain. Doktrin ini dikemukakan kerana beliau menentang
pemerintahan berkuasa mutlak. Menurut beliau, kuasa
pemerintahan di Perancis perlu dibahagikan antara parlimen,
golongan bangsawan, estet-estet provinsi, majlis perbandaran
dan pihak gereja. Pemusatan kuasa dalam sistem monarki berlaku
secara berleluasa kerana raja mempunyai kuasa yang tidak
terbatas dalam semua bidang.

Beliau berpendapat jika kuasa menggubal undang-undang


(legislatif) dan kuasa memerintah (eksekutif) dimiliki oleh orang
yang sama, pasti kebebasan tidak akan wujud kerana pihak
pemerintah akan menggubal undang-undang yang zalim supaya
mereka terus berkuasa. Kebebasan juga tidak akan berlaku jika
hakim-hakim tidak diberi kebebasan untuk melaksanakan
tugasnya. Menurutnya, pengasingan kuasa ini perlu supaya
penyalahgunaan kuasa dapat dielakkan. Doktrinnya mempunyai
pengaruh dalam penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat
pada tahun 1787.

Selain itu melalui karya The Considerations on the Causes of the


Grandeur and Decadence of the Romans yang diterbitkan pada
tahun 1734 memaparkan sejarah kebangkitan, kegemilangan dan
kejatuhan kerajaan Rom. Montesqueiu menyatakan untuk
memahami kegemilangan dan kejatuhan sesebuah
empayar,seseorang harus memahami masyarakatnya. Beliau juga
mengkaji peristiwa yang menimpa tentera Rom yang akhirnya
membawa kepada kejatuhannya. Selain daripada kesetiaan

tentera kepada pemimpin dan bukan kepada Negara,


pertambahan bilangan tentera upahan telah melemahkan
semangat tentera Rom yang sebenarnya merupakan nadi kepada
empayar Rom.

Montesquieu telah menunjukkan cara beliau menginterpretasikan


sebab dan akibat sejarah dengan memfokuskan kepada sebabsebab tersirat dari segi sosial dan moral bagi kejatuhan Rom.
Beliau digelar ahli sosiologi pertama kerana sumbangannya
dalam mengkaji kesan dan akibat sosial dan fenomena
persekitaran terhadap tingkah laku manusia.

Melalui karya ini, Montesquieu telah mengenal pasti beberapa


factor yang menjadi punca kejatuhan empayar Rom. Penambahan
bilangan tentera upahan dan pemberian taraf kewarganegaraan
kepada warga asing yang kurang setia kepada Negara menjadi
penyumbang kepada kemerosotan empayar Rom. Selain itu, sikap
tamak kepada harta rampasan perang di wilayah-wilayah yang
ditakluki menyebabkan sebahagian masyarakat meninggalkan
pekerjaan dalam bidang kemahiran dan perniagaan. Kemerosotan
moral dalam kalangan anggota masyarakat seperti ini membawa
kepada kejatuhan empayar Rom.

Melalui karyanya iaitu Letters Persanes yang diterbitkan pada


tahun 1721, beliau telah mengkritik masyarakat Perancis
terutamanya kerana kemerosotan moral pada penghujung zaman
pemerintahan Raja Louis XIV dan Raja Louis XV. Karya ini
mengisahkan dua orang Persia yang bernama Usbek dan Rica
yang mengembara ke Perancis. Semasa pengembaraan, isteriisteri mereka dikawal oleh sida yang bertanggungjawab menjaga
keselamatan isteri-isteri tersebut.

Kesimpulannya, Charles Louis Montesquieu telah banyak


memberikan sumbangan kepada Perancis semasa Zaman
Pencerahan terutamanya dalam sistem pemerintahan. Tidak
hairanlah jika doktrin pengasingan kuasa yang diketengahkannya
mempunyai pengaruh dalam penggubalan perlembagaan di dunia
hari ini.

You might also like