You are on page 1of 18

Pengenalan

Sebelum mengetahui sesuatu tempat, kita mestilah memahami


latar belakang tempat tersebut. Oleh sebab itu, Latar Belakang
Tamadun merupakan matlumat penting untuk membolehkan
anda mengenali tamadun yang begitu unik ini.
    Oleh sebab tamadun manusia ini bersifat dinamik, maka,
tamadun awal ini terus berkembang kerana mesyarakat yang
mendukung tamadun tersebut sentiasa berusaha untuk
mencapai kemajuan hidup. Oleh itu, kita dapat melihat
Peningkatan Tamadun yang pesat ini.
    Setiap tamadun sedikit sebanyak telah menyumbang kepada
masyarakat kini. Tamadun China juga tidak dikecualikan.
Terdapat banyak Sumb

Latar Belakang Tamadun


Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas
hingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini
bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar
yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam
tamadun China. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M.
dan berakhir pada tahun 206 S.M..
   

Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin


   
dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga
terbantuk sebuah empayar. Jajahan takluknya amat luas
sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. Zaman empayar
merupakan zaman jajahan takluknya yang luas dapat
disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.

Peningkatan Tamadun
Secara umumnya, peningkatan tamadun merujuk pada kemampuan manusia
menggunakan pemikiran mereka mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam
persekitaran untuk membentuk kehidupan yang lebih maju dan kompleks.
Peningkatan itu berkait secara langsung dengan kemahiran menghasilkan idea-idea
baru dalam memajukan dan meningkatkan cara hidup. Kemajuan tamadun dapat
diukur melalui pencapaian menusia dalam tiga aspek utama, iaitu Peningkatan
Politik, Peningkatan Ekonomi dan Peningkatan Sosial.

Peningkatan Politik
Pemerintahan dan Pentadbiran
Dalam tamadun China perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk
sistem feudal kepada pemerintahan telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti
Chin dari tahun 221-206 S.M.. Pada masa ini, konsep raja telah bertukar kepada
maharaja. Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem
pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh
maharaja. Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut
dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam, iaitu Hon Kao
Tsu. Pelantikan pegawai-pegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka dalam
peperiksaan awam. Sistem ini diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan
oleh dinasti lain. Tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi
Huang Ti. 

Perundangan 
Han Fei Tzu

Dalam tamadun China, sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama, iaitu hukuman
berat dan bercorak kolektif. Teras undang-undang ini adalah daripada falsafah legalisme.
Undang-undang ini telah digubalkan dan diperkenalkan oleh ahli falsafah yang bernama Han
Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin. Mengikut falsafah tersebut, undang-undang yang tegas dan
kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia. Dalam menjalankan undang-undang tidak
harus wujud rasa belas kasihan. Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara
tidak kira dalam apa jua keadaan. Ini adalah perlu untuk membendung tidakan liar manusia,
dan dengan sebab itu raja mestilah memiliki kuasa yang utuh. Undang-undang yang
berasaskan falsafah ini bertentangan dengan undang-undang yang berteraskan ajaran
Confucius yang diamalkan pada zaman selapasnya, iaitu Zaman Dinasti Han dari tahun 206
S.M..-8S.M. Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan
menjaga ke harmonian manusia serta masyarakat.

  

Perluasan Kuasa    Shih Huang Ti


Dalam Tamadun China, perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada
zaman Dinasti Chin, iaitu di bawah pemerintahan Shih Huang Ti yang telah berjaya
menyatukan seluruh kerajaan kecil di China. Shih Huang Ti memerintah secara autokratik,
iaitu tegas dan mutlak. Beliau juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan
melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir. Bagi mempertahankan empayar
China daripada serangan orang gasar, beliau telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar
China.

    Kejatuhan Dinasti Chin telah diganti dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti
Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang juga digelar sebagai Maharaja Tentera telah
berjaya memperluas kawasan takluknya melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat.
Antara kawasan yang berjaya ditaklukinya termasuklah Sinkiang, Lembah Tarim dan Tutor
di utara, Yang Tze, Kwangsi, dan Kwang Tung di selatan. pada zamannya, pengaruh China
telah tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan dan kemakmuran negeri China telah
berjaya diwujudkan.

Peningkatan Ekonomi
Dalam bidang pertanian, sejak Zaman Dinasti Han lagi, tenggala telah
diperkenalkan untuk membuat batas tanaman, kolar kuda untuk
membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan kereta sorong
beroda, selain penyisir tanah. Pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming,
dan Ching, perkembangan terus meningkat dalam penciptaan alat kegunaan
pertanian. Sistem penenaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk
menjaga kesuburan tanah. Kawasan bukit telah ditereskan untuk pertanian
pada zaman Dinasti Shang. Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah
dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal.
Kawalan terhadap banjir juga telah diambil berat dengan menggunakan
terusan yang dibina.
    Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak
zaman Dinasti Han lagi. Hasil perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan
di luar China dan Barat. Hasil ini mula-mula dibawa melalui jalan darat,
iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudian melalui Jalan Laut mulai Dinasti
Tang. Buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan
awal di kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, barangan logam juga telah
didagangkan.

    Hasil perusahaan China itu bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi
didagangkan di negeri China sendiri. Di negeri China, muncul persatuan
perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan
yang besar. Perkembangan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh
perkembangan dalam sisitem perhubungan, iaitu pembinaan jalan raya,
jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.

 Peningkatan Sosial
Pendidikan
Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan, dan
kesusasteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus
peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu peedidikan
rendah, menengah dan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan bertumpu
pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembillan buah buku
suci tanpa memahami maknanya. Pada peringkat menengah, tumpuan adalah
terhadap karangan dan sastera, dan pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah
untuk menterjemah buku suci.

    Pendidikan di China lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran.


Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap
kedua Chun-Jen, dan tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah
pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor
falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap pertama
dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota
empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus
tahap atau ijazah pertama yang berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah
ketiga pula layak menjadi pendiik. Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan tiga
tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.  

Seni Binaan

Tembok Besar China


         Kedudukan Tembok
Besar China

   Tembok Besar China     

Tamadun China mempunyai reka bentuk seni binaan yang agak berlainan daripada
tamadun lain. Salah satu seni binaan yang telah dihasilkan ialah Tembok Besar
China. Tembik ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh
dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking.
Sementara itu bandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang, Peking dan
Loyang juda dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Tembok-tembok
di kawasan bandar lain pula dibuat daripada tanah liat dan batu-bata. Malahan di
kampung-kampung juga terdapat tembok biarpun dibina daripada tanah limpur.
Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan
menara.

   Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah


istana maharaja yang masih kekal sehinggan kini ialah Kota Larangan. Istana ini
mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai
penghadapan serta tempat pagoda. Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa buah
bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan.
Namun demikian bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula
berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai bentuk
oktagon dan segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bagi
semua binaan dan tempat.

Sumbangan Tamadun

                       Kertas pertama di dunia

     Teknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan


Tembok Besar China merupakan warisan yang dikagumi dan berharga
sebagai sumber pelancongan dan juga sumber contoh seni bina. Tamadun
China juga mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar.

      Mercun

    Semasa Dinasti Tang, mercun talah diciptakan. Pada mulanya, mercun
ini digunakan untuk meraikan sesuatu perayaan sahaja. Kemudiannya,
mercun digunakan secara meluas untuk peperangan.
   
Kompas

     Kompas yang pertama juga dicipta oleh penduduk China. Sebernanya,


tujuan utama penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja.
Kompas itu diperbuat daripada kayu dan sebatang sudu magnet.

    Setiap tamadun juga meninggalkan hasil sastera yang masih dibaca
dan dujadikan rujukan hingga ke hari ini. Tamadun China juga tidak
dikecualikan. Tamdun China meninggalkan rekod sejarah dalam bentuk
ensiklopedia, kisah perjalanan dan matlumat geografi yang dapat
digunakan sebagai sumber sejarah.
                                      Confuicius

     Selain itu, tamadun China juga merupakan tempat kemunculan ajaran
utama di dunia, iaitu Confucianisme dan Taoisme. Ajaran Confunisme
diasaskan oleh Confucius yang lahir pada sekitar 551 S.M. di negeri Lu
(di Shantung). Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu.
Namun demikian, beliau telah meletakkan jawatan dan telah
mengembara untuk menyebarkan ideanya kepada penduduk China.
Masyrakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan
tokoh Conficius telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam
masyarakat China. Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral
yang tinggi seperti perkemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan
kepada ibu bapa (xiao). Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseprang
itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus
dipertegaskan kepada semua lapisan mayarakat.

                             
          Lao Tze                                                    

                  

      Salah satu lagi ajaran yang penting dalam tamadun China ialah
Taoisme. Ajaran ini muncul agak lewat berbanding dengan ajaran
Confuicianisme. Pengasas kepada ajaran ini ialah Lao Tze. Beliau lahir di
negeri Chu pada sekitar tahun 604 S.M.. Beliau juga pernah bekerja di
negeri Chou. Seperti Confucius, Lao Tze juga telah mengembara ke luar
untuk menyebar pengaruhnya. Beliau telah menghasilkan buku yang
bertajuk "Tao Te Ching" yang mengandungi idea falsafah Taoisme.
Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudiannya
menjadi ajaran berbentuk agama. Dasar ajaran ini lebih menumpukan
konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akan ditentukan oleh
Tao. Oleh sebab itu manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa
yang berlku. Keadaan ini dirujuk oleh Tao sebagai tidak mengambil
sebarang tindakan atau wu-wei. Jika manusia bertindak, maka, perkara
ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan
dunia. Oleh sebab itu Lao Tze tidak mnyetujui bahawa manusia boleh
mengubah sesuatu ke arah kebaikan.

Konsep Yin-Yang dalam Taoisme


TOKOH2 ISLAM DI CHINA

Salleh Wang Shexing,Tokoh Terkenal Dalam Bidang Kebajikan Masyarakat


2010-01-06 15:48:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Salleh Wang Shexing dilahirkan pada tahun 1921 dalam sebuah keluarga yang kuat
berpegang kepada ajaran Islam secara turun-temurun di Bandar Suzhou, provinsi Jiangsu.
Empat generasi nenek moyangnya berkhidmat sebagai imam di masjid Suzhou. Sejak kecil
lagi, beliau amat mematuhi ajaran Islam.

Ketika umurnya 30 tahun, Salleh Wang Shexing bekerja di Hong Kong dengan pendapatan
agak lumayan. Pada tahun 1952, beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan dan pergi
ke bahagian timur laut China untuk berkhidmat dalam bidang pendidikan. Pada tahun 1953,
beliau menyandang jawatan sebagai guru bahasa Mandarin di Sekolah Menengah Kereta Api
Bandar Hailaer di padang rumput bahagian timur laut China. Pada tahun 1957, beliau
berkhidmat pula sebagai guru di Sekolah Menengah Kereta Api Bandar Manzhouli yang baru
ditubuhkan. Kemudian, beliau berusaha meningkatkan bidang pendidikan di kawasan
pergunungan Daxinganling yang rendah taraf penghidupannya.

Setelah bersara, beliau kembali ke Bandar Suzhou dan terlibat dengan kerja penyuntingan
"Kamus Besar Bahasa Mandarin". Selepas kamus tersebut berjaya diterbitkan, beliau
dianugerahi hadiah penggalakan oleh Jabatan Penerbitan dan Penerangan Negara China.
Pada pertengahan tahun 1980-an, Salleh Wang Shexing membuat kunjungan ke lebih 20
provinsi, wilayah autonomi dan bandar di China. Ini membawanya mengembara sejauh 100
ribu kilometer. Beliau melawat tadika dan sekolah Islam serta masjid-masjid di pelbagai
tempat di China. Hidupnya begitu sederhana, amat berjimat dan berusaha menyumbangkan
derma kepada tadika dan sekolah Islam serta masjid yang memerlukan. Selain itu, beliau
berusaha menggalakkan penduduk Islam yang lain membantu saudara Islam yang hidup
susah.

Sehingga tahun 2003, Encik Wang Shexing telah menyumbang derma sejumlah lebih 80 ribu
yuan RMB. Beliau merahsiakan identitinya semasa menyumbangkan derma, kerana tidak
mahu badan-badan yang menerima sumbangan tahu mengenai sumbangan yang
dilakukannya. Encik Wang Shexing juga menulis lebih 20 rencana mengenai pengetahuan
Islam serta tokoh-tokoh Islam yang terkenal dalam pelbagai akhbar dan majalah.

Banyak sumbangan yang diberikannya kepada sekolah dan masjid, sedangan beliau sendiri
hidup secara berjimat-cermat. Ketika melawat ke sekolah Islam dan masjid di pelbagai
tempat di China, beliau menggunakan alat pengangkutan yang paling murah, makan
minumnya secara ala kadar sahaja seperti mi segera atau roti dan hanya minum air suam.

Setelah bersara, Salleh Wang Shexing berusaha membantu rakan-rakannya untuk


menerbitkan buku-buku mengenai Islam seperti "Akhlak Islam", "Kaedah Mendidik Belia
Islam"dan "Sejarah Agama Islam di Taiwan".

 
Di saat-saat melalui hari hari tuanya dan mengidap pelbagai jenis penyakit, seperti tekanan
darah tinggi, sakit tulang belakang dan rabun, beliau tetap rajin berusaha untuk
mengembangkan agama Islam di China. Salleh Wang Shexing menyandang jawatan sebagai
penasihat bagi pelbagai majalah agama Islam di China seperti "Berita Muslim",
"Penerokaan", "Umat Islam di Gansu", "Amin", dan "Umat Islam di Shanghai".

Pada usia 83 tahun, beliau menunggang basikal yang dibelinya pada tahun 1984 ketika
menjalankan usaha kebajikan. Hatinya gembira walaupun tinggal di teratak yang amat usang
yang hanya diisi dengan perabot yang ringkas.

Dengan usaha gigihnya, Salleh Wang Shexing diberikan pelbagai anugerah oleh kerajaan
seperti "utusan etika", "10 tokoh cemerlang yang baru"dan "bintang pembangunan moral
warga emas".

Abddul Rahman Na Zhong, Tokoh Islam yang Terkenal di China


2010-01-13 10:13:01 CRI Cetak

Profesor Abddul Rahman Na Zhong yang berketurunan etnik Hui dilahirkan di Pekan Nagu
Kaunti Tonghai Provinsi Yunnan China pada bulan Februari tahun 1910. Beliau merupakan
pakar sejarah Arab, ahli pendidikan bahasa Arab dan ulama terkenal di China.
Setelah tamat daripada Sekolah Bahasa China-Arab Peringkat Tinggi Kunming pada tahun
1929, Na Zhong berkhidmat sebagai pengunting akhbar "Utusan Islam". Beliau menulis
sejumlah besar rencana yang menonjolkan ajaran Islam dan budaya di Arab dalam akhabar
Islam tersebut.

Bermula pada tahun 1931 hingga tahun 1940, Na Zhong melanjutkan pelajaran dalam bidang
pengajian Islam, bahasa Arab, sejarah dan kebudayaan Arab di Universiti Al-Azhar di Mesir.

Pada tahun 1932, Na Zhong menterjemahkan banyak karya Islam yang berbahasa Arab ke
bahasa Mandarin. Karya-karya tersebut termasuklah "Agama Islam", "Tamadun Islam dan
Arab" dan lain-lain.

Pada tahun 1936, Na Zhong memperoleh ijazah sarjana daripada Universiti Al-Azhar Mesir.

Setelah Na Zhong pulang ke tanah air pada tahun 1940, beliau menyandang jawatan Pengetua
Sekolah Menengah Mingde Yunnan merangkap Ketua Editor akhbar "Utusan Islam".

Bermula pada bulan Februari tahun 1943, Profesor Na Zhong menyandang jawatan sebagai
profesor atau dekan di Universiti Nanjing, Universiti Yunnan, Institut Hubungan Luar
Beijing dan Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing. Dalam tempoh tersebut,
Profesor Na Zhong telah menerbitkan atau menterjemahkan lebih 20 karya tentang agama
Islam dan bahasa Arab.

Pada tahun 1961 dan tahun 1991, Profesor Na Zhong telah dua kali menerima anugerah
sebagai guru cemerlang di Beijing. Pada tahun 1991, Profesor Na Zhong dianugerahkan
sebagai pakar atas sumbangan besarnya terhadap pendidikan peringkat tinggi oleh Dewan
Negara China. Beliau juga telah diberikan subsidi khas sebagai seorang pakar terkenal oleh
kerajaan China.
Jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh Profesor Na Zhong termasuklah Ahli Akademi
di Universiti Yunnan, Institut Hubungan Luar Beijing dan Universiti Pengajian Bahasa-
bahasa Asing Beijing. Beliau juga turut menjadi Pengerusi Persatuan Pengajian Sejarah
Afrika China, ahli akademi Institut Pengajian Sejarah Dunia dan Institut Pengajian Asia Barat
dan Afrika Akademi Sains Sosial China. Selain itu, beliua juga merupakan Anggota
Persatuan Akademi Bahasa Arab Damsyik, Syria. Anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis
Permesyuaratan Politik Rakyat China, Anggota tetap dan penasihat Persatuan Agama Islam
China dan lain-lain.

Hasil-hasil karya dan terjemahan Profesor Na Zhong termasuklah "Sejarah Arab" yang
diterbitkan pada tahun 1997, "Sejarah Kebudayaan Negara-Negara Islam" yang diterbitkan
pada tahun 1948, "Kebudayaan Islam" yang diterbitkan pada tahun 1941, "Sejarah Moden
Mesir" edisi bahasa Mandarin dan edisi bahasa Arab pada tahun 1963, "Selayang Pandang
Masyarakat Yemen pada tahun 1975, "Kesenian Iraq" pada tahun 1962 dan banyak lagi.

Pada bulan March 1943, Profesor Na Zhong menyampaikan kuliah bahasa Arab di Universiti
Pusat dan menjadi penyunting buku teks bahasa Arab untuk institusi pengajian tinggi yang
pertama di China.
Pada tahun 1945, Profesor Na Zhong menyampaikan kuliah sejarah dan kebudayaan Islam di
negara Arab di universiti tersebut.

Profesor Na Zhong menubuhkan jurusan pengajian bahasa Arab di Institut Hubungan Luar
Beijing pada tahun 1962. Beliau berusaha mendidik ramai tenaga profesional di institut
berkenaan.

Pada tahun 1962, Profesor Na Zhong menubuhkan jurusan bahasa Arab di universiti
Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing. Buku teks bahasa Arab yang disunting oleh beliau
sangat terkenal dalam bidang pengajian bahasa Arab di China.

Profesor Na Zhong telah memberikan sumbangan besar dalam usaha meningkatkan hubungan
persahabatan dan pertukaran akademi antara China dengan negara-negara Arab.

Ketika menyertai "Persidangan Ulama Islam Antarabangsa" yang berlangsung di Islamabad


Pakistan pada tahun 1983, Profesor Na Zhong membentangkan kertas kerja akademik yang
bertajuk "Pengaruh Agama Islam terhadap Kebudayaan Dunia".

Pada tahun yang sama, Profesor Na Zhong telah mengadakan lawatan ke Malaysia dan telah
menyampaikan ceramah di Institut Islam Negara. Beliau memperkenalkan sejarah, adat resam
dan keadaan kehidupan penganut Islam China kepada saudaraIslam di Malaysia.

------Andika

You might also like