You are on page 1of 31

BAB 4 Perlembagaan

Persekutuan: Tiang Seri


Hubungan Etnik

Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan sikap akomodatif yang wujud
dalam kalangan pelbagai etnik semasa
penggubalan Perlembagaan Persekutuan.
2. Membahaskan peranan dan kepentingan unsurunsur tradisi dan permuafakatan sosial dalam
konteks hubungan etnik di Malaysia.
3. Menganalisis rasional unsur-unsur tradisi
dalam Perlembagaan Malaysia.

PENGENALAN
Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh
perjuangan nasionalisme Melayu dan bumiputera
serta penglibatan etnik-etnik lain yang berunding
sesama mereka dan dengan Sultan negeri-negeri
dan British.
Kepentingan setiap rakyat, negeri dan kumpulan
minoriti diambil kira dan dilindungi oleh
Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang
tubuh setiap negeri.

Definisi dan Konsep Perlembagaan


Perlembagaan : dokumen yang mengandungi
semua undang undang tertinggi.
Perlembagaan - sumber kepada undang-undang
dalam negara berkenaan.
Semua undang undang lain tidak boleh
bertentangan dengan undang-undang dan
prinsip-prinsip perlembagaan dan jika
bertentangan, maka undang undang
perlembagaan yang lebih unggul diterima pakai
sebagai undang undang yang lebih utama.

Keperluan perlembagaan ~
Menjamin kestabilan politik
Sistem pemerintahan negara > cekap &
adil
Perpaduan nasional & pembangunan
negara
Melindungi kepentingan semua
kumpulan etnik

Kandungan perlembagaan secara ringkas


Mengandungi 15 Bhg, 183 Perkara & 13 Jadual
Mengandungi 1 set peraturan ttg hak, kuasa
dan prosedur pihak yg mengawal hubungan
antara satu autoriti autoriti lain & autoriti
rakyat
Badan kerajaan iaitu perundangan,
kehakiman & eksekutif serta Yang di-Pertuan
Agong juga tertakluk dibawah Perlembagaan
Malaysia

Perlembagaan Msia telah menelusuri banyak


pengalaman sejarah negara ~
Dijajah selama 446 tahun
Siri-siri peperangan dgn kuasa yg menjajah
(:- Peperang dgn Siam, British, Jepun)
Siri-siri perundingan
(cthnya ~ kekalahan Jepun 1945 &
kedatangan British semula ke Tanah Melayu)
Malayan Union & tentangan rakyat
terhadapnya

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN


PERSEKUTUAN
Malayan Union diistihar pada 1 April 1946.
Mendapat tentangan kerana;
i. Kuasa Raja-raja Melayu
ii. Pemberian hak kerakyatan yang sama - prinsip jus
soli.
iii. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa
mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak
memiliki apa-apa keistimewaan.
iv. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan
Raja-raja Melayu.

. Akhirnya MU telah digantikan dgn Persekutuan


Tanah Melayu (1 Feb 1948)

Kerjasama Antara Etnik dalam Menuju


Kemerdekaan
Dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu,
kerjasama antara etnik Melayu dan bukan Melayu mula
terjalin. Sebagai contoh, penubuhan Jawatankuasa
Perhubungan Kaum (CLC) 1949 yang terdiri daripada
pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah
masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang
wujud akibat permintaan yang berlainan daripada
pelbagai etnik
PRU1955, Parti Perikatan telah bertanding dalam
pilihan raya dengan meletakkan calon bagi semua 52
kerusi iaitu Parti Negara sebanyak 33 kerusi danPAS
sebanyak11 kerusi.

Jadua l 4.1: Kedudukan Calon Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955

PARTI

PERUNTUKAN
KERUSI

PERATUSAN
KERUSI

PERATUSAN
PENGUNDI

UMNO

35

69

84.2 (Melayu)

MCA

15

28

11.2 (Cina)

MIC

3.9 (India)

PRU1955 memperlihatkan penolakan sikap


perkauman dalam kalangan orang Melayu
Jan 1956 ~ rombongan kemerdekaan yg diketuai
oleh Tunku Abdul Rahman & 8 wakil (Raja-raja
Melayu & wakil Perikatan) telah berangkat ke
London utk menuntut kemerdekaan Tanah
Melayu
Perundingan berlangsung pd 18 Jan hingga 8
Feb 1956 dgn pihak British ~ telah menghasilkan
Perjanjian London

Perjanjian London telah menetapkan agar


perlembagaan yang hendak digubal perlu
mengambil kira perkara-perkara berikut:
i. Pembentukan sebuah persekutuan dengan
kerajaan pusat yang kuat.
ii. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan,
kehormatan dan hak Raja raja Melayu.
iii. Pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar
Yang di-Pertuan Agong.
iv. Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu
serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain.
v. Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan
yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah
Melayu.

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN


Penting utk mewujudkan identiti Malaysia
Unsur tradisi ini menstabilkan sistem politik negara
Satu bentuk prasyarat & pemuafakatan yg diterima
oleh orang Melayu & bukan Melayu
Pembentukan Msia pada 1963 ~
Kemasukan Sabah & Sarawak, bumiputera diberikan
status sama spt orang Melayu
Sabah & Sarawak t.tangan Perjanjian 20 Perkara &
Perjanjian 18 Perkara ~ utk melindungi kepentingan
& autonomi rakyat Sabah & Sarawak

4 UNSUR TRADISI
DALAM
PERLEMBAGAAN

PEMERINTAHAN
BERAJA

Sistem raja mutlak


kepada
raja
berperlembagaan

AGAMA ISLAM

KEDUDUKAN
ISTIMEWA
ORANG MELAYU

BAHASA
MELAYU

Agama
rasmi
Persekutuan

Dijamin
perlembagaan
dan
dipelihara
oleh YDPA

Bahasa
kebangsaan

Perkara-perkara yg menyentuh hubungan etnik


dlm Perlembagaan Msia ialah ;~
Perkara 8 persamaan & hak samarata
Perkara 10(4) batasan hak kebebasan bersuara
Perkara 38 kuasa Majlis Raja-Raja
Perkara 150(a) kedudukan agama Islam, adat
istiadat, kewarganegaraan bagi org Melayu &
bumiputera Sabah dan Sarawak
Perkara 152 Bahasa Kebangsaan (B.Melayu)
Perkara 153 kedudukan istimewa org Melayu

Kesultanan atau Pemerintahan Beraja


Wujud sejak berabad-abad lamanya.
Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja adalah
unsur tradisi yang amat penting di Malaysia.
Menurut sistem beraja, raja mempunyai kuasa
mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran
negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang
dilantik khususnya sebelum penjajahan British.
Sebelum Perang Dunia Kedua (1939-1945), sultan
merupakan pemerintah yang berdaulat dan memiliki
kuasa penuh dalam negeri masing-masing walaupun
berada dalam penjajahan British.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai


kemerdekaan padatahun 1957, institusi
pemerintahan beraja diteruskan dengan
beberapa pindaan supaya disesuaikan dengan
konsep demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan.
Menurut konsep Raja Berperlembagaan, mereka
dikehendaki menerima nasihat daripada menteri
dan bertindak menurut nasihat itu.
Contoh - di peringkat pusat, Yang di-Pertuan
Agong menjalankan tugasnya menurut nasihat
Kabinet.

Institusi beraja yang wujud hari ini dilindungi


oleh perlembagaan; tiada pindaan boleh dibuat
terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis
Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak
mereka untuk warisan sebagai raja negeri masingmasing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
Yang di-Pertuan Agong juga menjadi lambang
perpaduan masyarakat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai etnik. Etnik Melayu,Cina, India,
bumiputera Sabah dan Sarawak dan bangsabangsa lain menganggap baginda sebagai
pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik
di Malaysia.

Sifat berkecuali - bagi mengelakkan baginda


daripada dipandang sebagai alat pemerintah .
Raja/Sultan - ketua agama di negeri masingmasing.
Mereka bertanggungjawab menjaga agama Islam
serta sebarang pindaan yang ingin dibuat terhadap
agama Islam perlu mendapat perkenan raja-raja
terlebih dahulu.
Yang di-Pertuan Agong - lambang keadilan dan
kesaksamaan kerana baginda yang melantik
semua hakim Mahkamah Persekutuan dan
Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri
setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Agama Islam
Perkara 3 Agama Islam sebagai agama
Persekutuan tetapi kaum lain mempunyai
kebebasan beragama.
Rasionalnya ~
Islam dipilih sbg agama rasmi kerana ianya
telah bertapak lebih 600 di T.Melayu
Banyak mempengaruhi cara kehidupan &
pemikiran orang Melayu
Agama bagi masyarakat majoriti di Malaysia

Islam dalam Perlembagaan Persekutuan


i. mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara
Islam,
ii. agama Islam berada di bawah bidang kuasa
kerajaan negeri,
iii. kebebasan beragama dan undang-undang yang
menghalang penyebaran mana-mana
kepercayaan dalam kalangan orang Islam.
. Kewujudan peruntukan Islam dalam
perlembagaan telah memberi keistimewaan
kepada agama Islam.

Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa


kebebasan ini tertakluk kepada undang-undang
yang diluluskan bagi mengawal atau menyekat
pengembangan agama yang lain daripada Islam
dalam kalangan umat Islam.
Dengan kata lain, agama lain boleh diamalkan
secara aman jika tidak mengganggu
ketenteraman awam dan tidak menyakitkan hati
penganut agama lain.

Bahasa Melayu
Perkara 152 Bahasa Kebangsaan
(B.Melayu)
Rasionalnya ~
BM - sbg wadah komunikasi, bahasa rasmi &
bahasa pertuturan umum yang dapat menyatu
padukan rakyat berbilang kaum
BM bahasa kebangsaan tetapi tidak
menjejaskan penggunaan bahasa ibunda kaum
lain
BM telah menjadi lingua franca di Nusantara
sejak berabad, mudah dipelajari.

Peruntukan di bawah Perkara 160(B) yang


menjelaskan bahawa jika perlembagaan
diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan dan
jika terdapat percanggahan teks terjemahan dengan
teks dalam bahasa Inggeris, maka teks kebangsaan
itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris.
Sebelum Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu
digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti
mesyuarat, surat-menyurat, perundangan dan
kehakiman di Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu, Jabatan Polis dan sebagainya bagi
memudahkan urusan pentadbiran kerana
kakitangannya terdiri daripada pelbagai kaum

Pegawai Eropah yang memegang lebih 95 peratus


jawatan Kumpulan I perlu mempelajari bahasa
Melayu, mengambil ujian bahasa Melayu dan
dikehendaki lulus, barulah boleh ditempatkan di
Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu.
Keadaan ini menunjukkan bahasa Melayu telah
diterima sebagai bahasa perantaraan rasmi
walaupun pada zaman penjajahan British.
Pemimpin Melayu pada asasnya adalah adil dan
berpandangan luas bagi memastikan bahasa Melayu
dijadikan alat perpaduan.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu


Perkara 153 tidak boleh dipinda, diubah &
dilucutkan tanpa mendpt persetujuan Majlis RajaRaja Melayu .
Perkhidmatan Awam - Tanggungjawan YDPA
(menentukan rizab bagi org Melayu & Bumiputera
~ kadar bilangan pekerjaan awam dll)
Ekonomi - Jurang pendapatan org Melayu &
bukan Melayu adalah tinggi. Org Melayu perlu
dibantu .
Pendidikan
Sistem pendidikan British
Sistem pendidikan sekarang x menghapuskan sekolah
jenis kebangsaan, kouta org Melayu dlm MRSM, sistem
meritokrasi

Persoalan Perkara 153


Persoalan Perkara 153 difokuskan kepada dua, iaitu
dari segi pencapaian pendidikan dan ekonomi
Manakala persoalan tentang pencapaian dalam
perkhidmatan awam tidak dibincangkan kerana
dengan adanya penggunaan sistem kuota, bilangan
etnik Melayu yang menjawat jawatan tinggi dalam
perkhidmatan awam adalah semakin ramai
berbanding sebelum tahun 1970.
Berdasarkan statistik kerajaan, Perkara 153 ini telah
membantu ke arah mengeluarkan etnik Melayu
daripada kemiskinan dan meningkatkan pencapaian
mereka dari sudut ekonomi dan pendidikan

Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian


Perkara 18 bagi Sarawak
Perjanjian Malaysia (1963) merupakan satu
persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang dikenali
sebagai Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan
Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak.
Antara tuntutannya adalah tentang imigresen,
bahasa, kewangan dan hak istimewa bumiputera
Sabah dan Sarawak.
Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan
dilindungi oleh kuasa Yang di-Pertua Negeri
berkenaan.

Perkara 165 dalam Perlembagaan Malaysia


memasukkan Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan
Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak. Antara perkara
tersebut adalah:
i. Agama - Sabah menuntut supaya negeri itu tidak
memperakukan suatu agama sebagai agama rasmi
negeri.
ii. Bahasa - Sabah bersetuju bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi/kebangsaan, tetapi memohon supaya
bahasa Inggeris boleh terus digunakan tanpa had
masa.
iii. Perlembagaan - Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu menjadi asas Perlembagaan Malaysia, tetapi
penggubalannya patut melibatkan semua negeri

iv. Imigresen - Bersetuju bahawa kuasa imigresen


ialah kuasa pusat, tetapi soalan tentang keluar
atau masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah
sendiri.
v. Kewangan - Sabah wajar mengawal
kewangannya sendiri.
vi. Bumiputera Sabah - Mendapat hak istimewa
seperti orang Melayu (Persekutuan Tanah
Melayu), tetapi formula berkenaan harus
disesuaikan dengan keadaan (sifat demografi)
Sabah.

Kesimpulan
Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan
mengambil kira kepentingan setiap etnik di
Malaysia.
Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu
menggubal perlembagaan adalah persetujuan yang
telah diterima oleh semua etnik pada ketika itu.
Pengingkaran kepada permuafakatan sosial akan
menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam
kalangan etnik.

You might also like