Professional Documents
Culture Documents
Blok Podium, Kompleks Kelana Centre Point, Jalan SS 7/19, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Kepada
Guru besar/Pengetua
Sekolah-sekolah Daerah Petaling (Utama)
Tuan,
… 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Maklumat dan ICT bersama Pusat Kegiatan
Guru Puchong akan mengadakan Kursus Aplikasi Linus dalam Pendidikan. Kursus ini akan dijalankan
seperti ketetapan berikut;
Peserta : Seperti di lampiran.
Tarikh : 30, 31 hb Mac dan 1 April 2010
Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Puchong
d/a SK Puchong, 47100 Puchong
3. Peserta kursus perlu membawa bersama Komputer Riba (Laptop) dan Wayar Penyambung
(Extension Wire) setiap hari sepanjang Kursus tersebut. Peserta yang lewat mendaftar akan dianggap
tidak berminat menghadiri Kursus ini.
4. Untuk makluman tuan, pihak urusetia akan menyediakan makan dan minum sepanjang kursus
ini secara percuma. Pihak PPD telah dimaklumkan bahawa semua peserta bersetuju untuk tidak
membuat tuntutan perjalanan untuk menghadiri kursus ini. Oleh yang demikian, peserta kursus tidak
dibenarkan untuk membuat tuntutan perjalanan sepanjang menghadiri kursus ini. Peserta kursus
juga adalah dituntut mematuhi sepenuhnya etika berpakaian ke pejabat sepanjang kursus
berlangsung.
Kerjasama dan komitmen yang pihak tuan berikan bagi menjayakan kursus ini adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih. Selamat berkursus.
ICT/YAHYA/01