You are on page 1of 2

INFO PROGRAM myLESEN

Program myLesen ini merupakan satu inisiatif yang dirangka khusus kepada orang
ramai khususnya golongan belia yang belum memiliki lesen memandu yang sah dan
terdiri daripada mereka yang berumur 16 tahun ke atas di bandar dan luar bandar.
Program myLesen dengan kerjasama Institut Memandu bagi latihan menunggang
motosikal kelas B2 tunggal sahaja (motosikal tidak melebihi 250 s.p.) ini dilaksanakan
dengan objektif mewujudkan satu program komuniti berbentuk Corporate Social
Responsibility (CSR) ke arah:
i.
ii.
iii.

iv.

melahirkan penunggang yang kompeten, mematuhi peraturan dan


berhemah.
memberikan manfaat kepada golongan belia dan mereka yang layak
melalui insentif yang mengurangkan bebanan peningkatan kos sara hidup.
membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya (motosikal)
melalui pengurangan golongan belia yang memandu tanpa lesen
memandu yang sah.
menanam rasa hormat (respect of law) dan patuh kepada undang-undang
sebagai budaya selamat oleh pengguna jalan raya.

Program myLesen dengan tagline: 1Rakyat 1Lesen JPJ bersama Institut Memandu ini
adalah lanjutan komitmen kerajaan melalui JPJ berdasarkan konsep merakyatkan
perkhidmatan awam akan dilancarkan serentak di seluruh negara pada 15 September
2015. Objektif Program myLesen ialah:

i.

Menggalakkan orang ramai memiliki lesen memandu yang sah.

ii.

Membantu orang ramai yang amat memerlukan lesen memandu tetapi


kurang mampu.

iii.

Memberi pendidikan tentang undang-undang Jalan raya serta membina


etika pemanduan selamat.

iv.

Mengelakkan pihak ketiga bagi mengambil keuntungan yang melampau


daripada calon pemandu.

v.

Merealisasikan sasaran kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan


motosikal melalui program peningkatan taraf pengetahuan, kemahiran dan
sikap mengenai keselamatan jalan raya.

vi.

Meningkatkan tahap kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya


menunggang tanpa lesen memandu yang sah.

Garis panduan, peraturan dan syarat-syarat penyertaan program myLesen adalah


sebagaimana yang digariskan dalam borang pendaftaran myLesen. Sebarang
pertanyaan berhubung butiran program myLesen hendaklah merujuk terus kepada
pengurus program myLesen Institut Memandu berdekatan yang berdaftar dengan JPJ.
Borang pendaftaran myLesen dan senarai Institut Memandu yang melaksanakan
program myLesen boleh dimuatturun daripada laman portal JPJ: www.jpj@gov.my.

BAHAGIAN PELESENAN PEMANDU


IBU PEJABAT JPJ
SEPTEMBER 2015

[TAMAT]

You might also like