You are on page 1of 7

HBEF 2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

NAMA:

NO.MATRIK:

NRIC:

731216-12-5857
NO.TELEFON:

EMAIL:

NAMA TUTOR:

PUSAT PEMBELAJARAN: PPT OUM SANDAKAN


1

AKTIVITI 3: ULASAN DAN RUMUSAN KERTAS KERJA 2


Setelah mendengar taklimat Motivasi Pelajar yang di sampaikan oleh Tuan Haji Ibrahim Sakimin
dapati bahawa saranan beliau adalah berfokus kepada peluang pembelajaran guru-guru yang
diberikan pada hari ini. Beliau berpendapat bahawa guru hendaklah meneruskan budaya
menuntut ilmu seterusnya melahirkan bangsa yang berilmu dan berguna kepada negara. Selain
daripada itu, saranan beliau di dalam ucapan yang disampaikan ialah guru hendaklah bersyukur
dengan setiap peluang yang diberikan kepada mereka. Hak dan perjuangan guru yang sentiasa
diperjuangkan oleh guru-guru terdahulu kini dinikmati dan perlu disyukuri.
Menurut beliau, pada zaman sebelum pendidikan menjadi perhatian dan agenda utama
negara , nasib guru masih lagi belum terbela. Kekurangan daripada aspek sara diri dan
infrastruktur sangat menyedihkan untuk profesion ini. Namun segalanya berubah apabila guru
mempunyai suara yang kuat dan ini menjadikan profesion keguruan salah satu daripada
profesion pilihan serta antara kakitangan yang paling ramai di negara ini. Oleh yang demikian,
kementerian memberikan peluang kepada guru-guru yang mempunyai masa dan tenaga untuk
meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Peluang yang diberikan adalah peluang
seumur hidup yang diberikan kepada golongan guru yang mahu mencapai tahap akedemik serta
mempunyai pendapatan yang stabil dan sesuai dengan kerjaya sebagai guru.
Perjalanan sebagai seorang guru adalah perjalanan yang penuh dengan cabaran jika tidak
diseimbangkan dengan ilmu pengetahuan yang terkini, kemungkinan guru itu akan ketinggalan
di belakang. Ini menyebabkan kementerian pendidikan pada hari ini bertindak serta merta kerana
risau akan masa depan para penyampai ilmu di dalam negara ini. Peluang melanjutkan pelajaran
yang diberikan ini juga merupakan salah satu jambatan kearah sebuah negara maju. Kini
kedudukan profesion keguruan terletak ke 2 selepas doktor. Ini menunjukkan bahawa guru-guru
mendapat tempat yang kedua utama di dalam masyarakat kerana bertanggungjawab untuk
melahirkan individu yang berilmu sebagai pelapis pemimpin pada masa hadapan. Oleh yang
demikian, tanggungjawab kementerian untuk memberikan sumber pengetahuan baru kepada

guru-guru melalui program pensiswazahan guru yang dikendalikan oleh Universiti Terbuka
Malaysia.
Guru-guru pada hari ini hendaklah berbangga dengan profesion yang disandang sekarang.
Ini adalah kerana guru-guru pada hari ini mempunyai peluang yang lebih banyak berbanding
dengan profesion lain. Ini adalah disebabkan oleh pentadbiran kerajaan pada hari ini yang lebih
banyak memberikan penumpuan kepada pembangunan modal insan yang akan memandu
wawasan negara. Apakah sumbangan yang perlu kita cuba untuk menghargai usaha kementerian
ini. Terdapat 3 bahagian yang dicadangkan oleh Tuan Haji Ibrahim Sakimin. Pertama ialah
dengan nilai, daripada segi nilai contohnya masa. Apabila guru mempunyai sikap yang menepati
masa maka tidak akan ada sebarang kecacatan semasa menjalankan tugas. Selain daripada itu,
pendekatan ketika mengajar di dalam kelas perlu diubah sesuai dengan zaman murid pada hari
ini. Sebagai contoh pada hari ini, tugas seorang guru tidak lagi mengajar isi kandungan yang
disediakan di dalam buku teks. Guru pada hari ini perlu lebih terbuka menggunakan teknologi
semasa sebagai contoh pembelajaran interaktif yang lebih menarik dan berkesan. Murid pada
hari ini mudah bosan kerana sering melihat guru menggunakan kaedah yang sama. Apabila
pengajaran di dalam kelas berkesan dan menarik. Murid akan lebih suka untuk belajar dan
datang ke sekolah.
Seterusnya sumbangan daripada aspek inovasi yang boleh membantu murid ataupun
dalam pengurusan pendidikan pada hari ini. Ini akan memberikan satu kelebihan yang unik dan
berguna kepada semua warga pendidik kerana ia akan menjadikan sistem pendidikan dan
penyampaian pembelajaran lebih sistematik serta berkesan. Sebagai contoh, pada hari ini
pembelajaran di dalam kelas perlu lebih berfokuskan bahan dan murid. Pembelajaran
berfokuskan guru perlu dikurangkan dan guru pada hari ini hanya sebagai fasilitator ataupun
mentor. Guru berfungsi sebagai pembimbing dan pemerhati yang berkesan dan membetulkan
kesilapan anak didik semasa melakukan aktiviti yang dijalankan.
Oleh yang demikian, guru perlu mempunyai mental dan fizikal yang kuat dalam usaha
untuk membentuk insan-insan yang bakal merubah lanskap pentadbiran pada masa hadapan.
Pencetus kepada perubahan pendidikan negara bermula daripada individu iaitu guru itu sendiri.
3

Apabila guru yang berkualiti dan mempunyai kreativiti menjalankan tugasnya dengan penuh
dedikasi maka muridnya akan lebih memahami dan mengingati perkara yang disampaikan.
Pencetus inovasi memberikan satu lagi laluan kepada guru itu untuk berbakti kepada sistem
pendidikan negara dan membantu rakan sekerja yang lain untuk menyelesaikan tugas melalui
kaedah yang telah dilaksanakan dengan cara yang lebih sistematik. Akhir sekali, perjalanan
sebagai guru akan lebih cerah apabila mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan yang betul.
Ini akan memberikan keyakinan kepada guru untuk menggunakan ilmu pengetahuan yang
dimiliki meskipun berada dimana sahaja tempat yang ditugaskan. Guru Membina Ilmu,
Menyempurnakan Akhlak

AKTIVITI 4 : JURNAL REFLEKTIF


Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat juga saya menyiapkan Tugasan HBEF2803 (123)
Perkembangan Profesionalisme Keguruan pada masa yang ditetapkan. Walaupun terdapat
kekangan-kekangan semasa menyiapkan tugasan ini, namun saya menganggap ia adalah salah
satu cabaran kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Antara kekangan-kekangan yang
dimaksudkan ialah menghadiri kursus, taklimat dan bengkel yang berkaitan dengan tugas-tugas
rasmi yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun tugasan ini dapat saya selesaikan hingga
keakhirnya. Hanya perkataan terima kasih yang tidak terhingga mampu saya ucapkan kepada
rakan-rakan yang terlibat yang memberikan buah fikiran yang cemerlang dan tidak kedekut ilmu
keranan memberikan bimbingan kepada saya dalam melaksanakan tugasan ini secara online
melalui forum EPIC serta keluarga tersayang. Tidak lupa juga buat pihak pentadbiran Open
University Malaysia yang memuat turun kedua-dua tugasan berkaitan seminar Pembangunan
Profesionalisme Berterusan:Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri yang disampaikan oleh Dr.
Nasaruddin bin Basar (2013) dan ceramah yang kedua disampaikan oleh Tuan Haji Ibrahim b.
Sakimin (2013) yang bertajuk

Motivasi Pelajar dalam Portal EPIC. Berbekalkan semangat

daripada kalianlah rumusan dan jurnal reflektif ini dapat dihasilkan. Situasi ini memudahkan
saya mendapat maklumat meskipun jarak lokasi saya di luar bandar, iaitu Daerah Telupid.
Dalam masa yang sama program ini mengaplikasikan teknologi maklumat dan kaedah
pembelajaran terkini secara online. Seterusnya saya juga amat bersyukur dan berterima kasih
kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana menambah baik laluan kerjaya serta
kebajikan guru menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Misalnya, meningkatkan
pendapatan melalui sistem kenaikan pangkat sama ada melalui laluan biasa atau luar biasa.
Dalam masa yang sama, saya dapat menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Jesteru itu ,melahirkan modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif,
berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya
tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.
5

Oleh yang demikian, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai
iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha
meningkatkan kualiti pendidikan. Dalam masa yang sama, saya dapat menambah baik amalan
pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan tahap kompetensi profesional guru dalam aspek
amalan nilai

profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran

pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia
pendidikan.

Lebih-lebih lagi pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada

pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh,
berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi
keperluan negara maju pada tahun 2020. Dalam masa yang sama guru perlu menyebarkan citacita dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Rukun Negara yang boleh membawa
kepada keberhasilan murid, iaitu modal insan mengikut acuan Malaysia. Modal insan adalah
harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan
modal budayanya.
Sebagai seorang guru, saya menyedari bahawa saya harus tingkatkan ilmu pengetahuan
dan harus mempunyai kreativiti yang tinggi serta berinovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
mengikut perkembangan zaman. Selain daripada itu, saya perlu sentiasa meningkatkan
kemahiran profesional setiap masa dan menghayati nilai etika sebagai seorang penjawat awam.
Etika dan nilai seperti jujur, amanah, menepati masa , bertanggungjawab dan bersyukur
hendaklah diterapkan di dalam diri sepanjang masa agar anak murid yang saya hasilkan dapat
memandu negara kearah yang lebih baik pada masa hadapan.
Guru yang hebat perlu berada di tahap profesion keguruan yang hebat serta membuktikan
dengan kemenjadian pelajarnyai. Oleh itu, untuk mencapai kemenjadian murid yang hebat
memerlukan seseorang guru itu mahir dengan bidangnya dan mempunyai kemahiran lain diluar
bidang akedemik untuk membantu murid menyelami situasi sebenar yang melanda graduan yang
masih belum bekerja. Guru ini akan melengkapkan anak didiknya dengan persediaan kemahiran
yang akan memberikan kelebihan kepadanya kelak.

Kesimpulannya, sebagai seorang guru

motivasi untuk berjaya adalah berdasarkan kemenjadian murid yang dihasilkan. Pendapat saya
apabila melihat ini sebagai satu penilaian memberikan petanda bahawa peluang untuk
6

menjadikan murid-murid lebih baik adalah dengan menambah ilmu pengetahuan guru itu terlebih
dahulu dan kesannya akan lebih dirasakan daripada aspek kualiti, teknik, pengisian dan pedagogi
yang berlainan daripada yang sebelumnya. Oleh itu, setiap daripada guru perlu menambah
pengetahuan daripada aspek yang berbeza agar mampu menghadapi perubahan dasar kurikulum
yang sentiasa dinamik bagi memenuhi pasaran kerja yang akan datang.

You might also like