You are on page 1of 3

Stimulan

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis
stimulan iaitu jenis amfetamin atau "Amphetamine-type-stimulants (ATS)" dan kokain.
Jenis-jenis Stimulan
1. Amfetamin

Amfetamin
Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi
amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti
methamphetamine (ice/syabu) dan "Methylenedioxy methamphetamine" adalah dadah yang sangat berbahaya.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur ("chasing the dragon")
2. Methamphetamine

Syabu / Ice
"Methaphetamine hydrochloride" merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya
berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh "methaphetamine hydrochloride" yang
biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai
kegunaan dari aspek perubatan.

Alat untuk "chasing the dragon"


Cara Mengunakan : Menghisap, menyedut ("chasing the dragon")
Nama Jalanan : "Ice"
3. Kokain

Serbuk Kokain
Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di
Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah
di samping negara-negara Eropah.

Cocaine Snorting
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap

Nama Jalanan : "Coke", "Crack", "Snow", "Flake"


Kokain "Freebase" adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen
dengan menggunakan paip khas. Kokain "Crack" adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk
"granusles". "Crack" mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan
ketagihan teruk dalam masa yang singkat.
4. MDMA

Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)


"Methylenedioxy-methamphetamine" (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin.
Ia dipanggil "feel good drug" dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk
dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : "Ecstasy", "XTC"

You might also like