You are on page 1of 15

PENGHARGAAN

Pertama sekali izinkan kami ucapkan setinggi kesyukuran kepada Tuhan yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang kerana tanpanya tidak mungkin kami dapat
menyempurnakan kerja kursus ini tanpa sebarang masalah dan dugaan. Diharap
segala usaha yang dicurahkan ke atas kerja kursus ini diterima oleh pensyarah yang
mengajar.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami En
Hussain B Yaakob yang banyak membantu kami dalam menjayakan kerja kursus ini.
Selain itu bimbingan dan sokongan beliau terhadap kerja kursus kami ini amat dihargai.
Tanpa beliau mungkin kami tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang
telah ditetapkan.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang telah banyak memberi sokongan dan
dorongan tidak kira siang mahupun malam. Ini telah membakar semangat kami untuk
menyiapkan kerja kursus ini dengan lebih sempurna lagi.
Selain itu, ribuan terima kasih diatas sokongan dan bantuan rakan-rakan opsyen
RBT dalam bersama-sama menyiapkan kerja kursus ini dengan memberi maklumat dan
beberapa bantuan bagi permudahkan kami. Kami berharap supaya kerja kursus kami
ini dapat diterima oleh En Hussain dengan jayanya.

PENGENALAN
Kehidupan manusia sangat berkait rapat dengan alam semula jadi. Walaupun
kehidupan mesyarakat yang tinggal di kawasan bandar sibuk dengan aktiviti ekonomi
dan sosial namun secara tidak langsung mereka masih memerlukan suasana
keindahan alam semulajadi terutamanya kehijauan tumbuhan. Berbagai pihak telah
menyedari tentang kepentingan tumbuhan hijau kepada manusia dan mereka telah
mengambil tindakan untuk menyaimbangkan pembangunan infrastuktur dengan
menanam tumbuh-tumbuhan di kawasan perbandaran serta menyedarkan mesyarakat
tentang kepentingan bumi hijau.
Hortikultur dalam bahasa Latin membawa makna Garden Cultivation atau
Hortus ( garden) dan juga culture/ colere (cultivation). Tumbuhan hortikultur hiasan dan
landskap debahagikan kepada bahagian-bahagian mengikut kegunaan, bentuk dan ciriciri pertumbuhan.
Terdapat lapan pengkelasan dalam membezakan tumbuhan hortikultur hiasan
dan lanskap ini, iaitu pokok naugan dan pinggiran jalan, pokok hiasan, pokok renek,
pokok menjalar dan memanjat, pokok palma, pokok lendair, pokok kaktus dan rumput
turf atau hiasan. Setiap pengkelasan tumbuhan tersebut mempunyai ciri-ciri nya yang
tersendiri.

POKOK NAUGAN DAN PINGGIRAN JALAN


Pengenalan:
Pokok naugan
-

Merupakan pokok yang biasanya di tanam bagi mendapatkan tempat teduh.

Biasanya tumbuh merendang serta mempunyai kanopi.

Pokok pinggiran jalan


- pokok yang ditanam di kiri dan kanan ataupun di pembahagi-pembahagi
jalan
- Memberi teduhan kepada orang ramai
Ciri-ciri:

Ketinggiannya melebihi lima meter


Dahannya tidak mudah patah atau rapuh
Kanopinya padat dengan daun dan ranting
Tidak mempunyai akar banir yang boleh merosakkan atau mengotorkan jalan

raya
Tidak mempunyai buah yang besar atau beracun
Mempunyai daun yang besar dan tidak mudah gugur
Kos penyengaraannya rendah

Ciri-ciri lain:

Mempunyai bau. Contohnya Plumeria obtusa (kemboja putih)


Mempunyai khasiat perubatan. Contohnya Myristica fragans (pala)

Kegunaan :
Sebagai naugan di kawasan tertentu
Penahan dan penapis angin
Sebgai sempadan
Untuk meceriakan lanskap

POKOK HIASAN
Pengenalan :

Pokok hiasan daunan ialah spesies tumbuhan yang mempunyai keistimewaan


pada daunnya yang berbagai-bagai saiz dan bentuk 'serta mempunyai warna
yang menarik, sesuai dijadikan tanaman hiasan dalaman atau luaran.
Kebanyakannya jenis renek atau herba dan mempunyai sifat-sifat yang lembut,
memanjat, melekap atau merayap.
Tanaman ini di tanam di kawasan tertentu untuk menghiasi kawasan tersebut.
Tanaman ini di tanam di dalam bekas atau di tanam terus di atas tanah
Antara keluarga tumbuhan yang biasa digunakan ialah keluarga Araceae,
keluarga paku-pakis, keluarga palmae dan keluarga Orchidaceae.
Ciri-ciri:

Tumbuhan ini mempunyai pelbagai bentuk iaitu bentuk bulat, rampak atau tegak
Saiz tumbuhan ini bergantung kepada jenis pokok tersebut
Tekstur tumbuhan ini mempunyai pelbagai tekstur iaitu kasar, sederhana dan

halus
Tumbuhan ini juga mempunyai pelbagai warna seperti warna hijau, kuning,

merah dan sebagainya.


Mempunyai daun, batang, bunga, buah dan bentuk yang menarik
Digunakan untuk menghias kawasan tertentu sebagai penanda kawasan yang

dapat menarik perhatian ramai


Sesuai dijadikan tabir atau pelindung

Fungsi dan kegunaan:


Menjadi hiasan dalam kawasan bangunan atau luar bangunan dan mencantikkan
landskap
Menjadi tempat untuk berteduh
Melembutkan struktur binaan
Jualan dalam perusahaan bunga keratan
Bahan masakan atau perubatan

POKOK RENEK
Pengenalan:
Ialah tumbuhan berbatang yang banyak dan mempunyai pangkal
Mengeluarkan batang, dahan serta ranting dari pangkal
Dibahagikan kepada pokok renek berdaun, berbunga, dan pagaran
Renek berdaun
- Tidak mempunyai bunga yang menarik
- Mempunyai daun yang cantik
- Contoh: pokok akalipa kuning ( Acalypha wilkesiana) dan pokok puding

(Codeaeum sp)

Renek berbunga
- Bunga-bunga yang berwarna menarik
- Berbau harum
- Ditanam secara tunggal atau kelompok
- Contoh: pokok bunga raya (hibiscus rosa sinensis) dan pokok bunga kertas
(bougainvillea sp.)
Renek pagaran
- Ditanam rapat- rapat
- Digunakan untuk memisahkan kawasan ataupun menanda kawasan
-

sempadan
Dibiarkan tumbuh berbentuk semula jadi ataupun dipangkas mengikut
bentuk-bentuk tertentu.

Ciri-ciri:
1. Bentuk
Bulat: Ixora javanica (pecah periuk)
Mengurai: Casia biflora (kasia)
Rampak: Tecomaria sp. (tekomaria)
2. Ukuran
Kadar tumbesaran pokok renek diketogorikan kepada yang cepat (6-12 bulan),
sederhana (1-2 tahun) dan lambat (melebihi dua tahun). Ukuran pokok renek
merujuk pada ketinggian pokok itu yang dapat dicapai pada tahap matang.

Mempunyai ketinggian 1.5 m 4m.


Sederhana tinggi mempunyai ketinggian 1 m
Rendah mempunyai ketinggian kurang daripada 0.5 m

3. Tekstur
Punyai pelbagai tekstur
Ada tekstur kasar
Ada tekstur halus
4. Warna
Mempunyai banyak warna berbanding kumpulan lain
Banyak digunakan untuk mewarnai lanskap

Mempunyai daun warna hijau, terdapat juga berdaun hijau putih dan
pelbagai warna.

Ciri-ciri lain:
iii-

Mempunyai banyak khasiat atau terapeutik


Boleh menjalar dan memanjat

TUMBUHAN MEMANJAT DAN


MENJALAR
Pengenalan:

Kebanyakan pokok yang menjalar atau merayap ialah herby dan terdapat juga
pokok renek yang berkayu lembut.
Ada spesies-spesies, jika mendapat kayu sokongan akan memanjat.
Memanjat:
- Mempunyai alat-alat khas seperti tendril dan pencaku
- Pokok memanjat mempunyai batang yang yang lembut.
- Mempunyai akar yang mengeluarkan pelekat
- Melekat pada sokongan di tanah
- Melilit pada pancang atau struktur yang dibina bagi membolehkannya
-

memanjat.
Contoh: pokok nyonya sirih (Clerodendron thomsonae) dan pokok bunga

kembang sengsang atau kembang pagi (gloriosa superba)


Menjalar:

Tidak mempunyai alat-alat khas


Tumbuh melata
Contoh: hemigrapis (Hemagraphis colorata) dan bunga ros jepun (Portulaca

grandiflora)
Ranjat:
- Ialah tanaman hiasan yang tumbuh tegak
- Boleh memanjat jika dapat sokongan
- Contoh : pokok bunga kertas (Bougainvillea sp.) dan pokok petrea (Petrea
volubilis)

Ciri-ciri:
1. Bentuk
Memanjat- Bergantung pada penyokong atau pancang tempat tumbuhan
itu tumbuh
Menjalar tumbuh melata di atas permukaan secara padat
2. Ukuran
Mempunyai ukuran tertentu
Bergantung pada sokongan yang diberikan
3. Tekstur
Tekstur kasar. Contohnya Vallaris glabra (kesidang)
Tekstur halus. Contohnya Asparagus setaceus (asparagus paku pakis)
4. Warna
Daunya berwarna hijau
Bunganya kebiasannya terdapat warna ungu, kuning dan pelbagai warna
Ciri-ciri lain:

Pertumbuhan yang cepat


Tahan penyakit
Kos penyenggaraan yang rendah

Fungsi:

Sebagai hiasan

Sebagai penutup bumi


Mempunyai khasiat perubatan
Mengeluarkan aroma

POKOK PALMA
Pengenalan:

Palma ialah tumbuhan monokotiledon yang terbesar dan tertua di dunia.


Tumbuhan ini tergolong dalam famili Palmae yang terdiri daripada enam
subfamili. Famili ini mempunyai 200 genus dan tidak kurang daripada 2000
spesies yang terdapat di kawasan tropika dan subtropika. Di Semenanjung
Malaysia terdapat kira-kira 31 genus dan 194 spesies sebagai palma asli.
Daripada jumlah ini, 1 genus dan 82 spesies endemik. Di Sabah terdapat 25
genus dan 131 spesies. Daripada jumlah ini 12 spesies dan 2 varieti endemik. Di
Sarawak pula terdapat 25 genus dan213 spesies. Daripada jumlah ini 56 spesies

endemik. Jumlah ini tidak termasuk spesies yang diperkenalkan dari luar negara.
lklim di Malaysia membolehkan berbagai-bagai spesies palma hidup dengan

baik.
Dalam bidang hortikultur spesies palma bukan sahaja berpotensi sebagai
tanaman hiasan tetapi juga boleh digunakan sebagai tanaman persekitaran yang
boleh mengawal hakisan pantai dan tanah runtuh di cerun-cerun dan bukit.

Jenis pokok palma:


1. Palma berbatang tunggal:
- Terdapat satu batang yang tumbuh tegak dan lurus
- Terdapat pelbagai saiz dan ketinggian
- Kumpulan palma ini tidak bercabang
2. Palma berbatang rumpun:

Terdapat beberapa batang yang tumbuh daripada pangkalnya.


Batang berbentuk silinder, lurus dan mempunyai pelbagai saiz dan
ketinggian.

Ciri-ciri:
1. Bentuk
Tumbuh tegak dan mempunyai bentuk yang pelbagai
Uniknya pokok palma terletak pada bentuk batang dan daunnya.
2. Ukuran
Boleh membesar dan meninggi dari 100 mm hingga 25 m
Kadar tumbesaran pokok adalah cepat dan ada yang lambat
Tumbesaran palma berbatang tunggal setinggi 300 mm setahun
3. Tekstur
Mempunyai tekstur yang berbeza-beza mengikut saiz batang dan silira

pokok
Terdapat tekstur kasar dan halus

Ciri-ciri lain:

Tumbuhan monokotiledon yang terbesar dan tertua di dunia


Dari famili palmae
Mempunyai satu batang yang berakhir dengan jambak daun

POKOK LENDAIR DAN TANAMAN


DALAM BANGUNAN
Pengenalan:

Tidak mempunyai tisu-tisu kayu di bahagian penyokongnya


Sensitif dan manja kepada alam sekitar
Tidak tahan pada cahaya matahari yang kuat
Sesuai ditanam di dalam bangunan
Memerlukan penjagaan yang lebih rapi

Ciri-ciri:

Struktur daun yang tebal dan berlendair


Tidak tahan dengan cahaya matahari yang kuat
Tumbuhan ini tumbuh dengan tegak
Ukuran tumbuhan mengikut jenis dan bekas penanaman
Biasanya berwarna hijau tetapi terdapat juga warna lain

Ciri-ciri lain:

Dibiakkan dengan berbagai-bagai cara


- Biji benih, keratan batang, keratan daun, cantuman dan pembahagian anak
pokok.
Ditanam di dalam bekas dan memerlukan medium pemasuan yang baik

Fungsi dan kegunaan:

sebagai hiasan meja

mempunyai khasiat perubatan

sebagai daya penarik taman herba

POKOK KAKTUS
Pengenalan:

tumbuh-tumbuhan daripada famili Cactaceae.


Kebanyakkan kaktus mempunyai duri
Telah mengalami pengubahsuaian semula jadi untuk membolehkan ia hidup di
gurun pasir yang bersuhu tinggi dan tanpa air.

Ciri-ciri:

Selalunya tumbuh secara menegak


Tahan kepada suhu matahari yang tinggi
Ukuran tumbuhan berbeza mengikut jenis dan bekas penanaman tumbuhan

tersebut
Tekstur tumbuhan kasar dan berduri
Warnanya biasa berwarna hijau tetapi ada juga berwarna hijau kuning

Ciri-ciri lain:

Memerlukan medium khas


- Mengandungi pasir dan sedikit bahan organik
Ditanam di dalam pasu
Dibiakkan secara keratan batang ataupun biji benih
Tidak berapa sesuai ditanam atas tanah biasa kerana mudah reput jika tanah
lembap

Fungsi dan kegunaan:

Hiasan meja
Taman bertemakan gurun
Khasiat perubatan

RUMPUT TURF DAN RUMPUT HIASAN

Pengenalan:

Di Malaysia terdapatberbagai-bagai spesies rumput yang boleh ditanam untuk


taman, halaman dan padang sukan. Sekarang ini terdapat pengusahapengusaha ladang rumput yang mengimport berbagai-bagai spesies rumput

untuk dipasarkan.
Pemaju taman hendaklah mengenal pasti rumput yang benar-benar sesuai untuk
taman-taman di Malaysia. Rumput yang dipilih hendaklah dipastikan dapat hidup

dengan mudah dan subur dalam keadaan dan iklim tempatan.


Rumput turf
- Nama diberikan kepada sekumpulan rumput daripada famili Poaceae
(Graminae)
- Diberi penjagaan yang baik
Rumput hiasan
- Tumbuhan berupa rumput tetapi tidak semestinya daripada famili Poaceae
- Ditanam semata-mata untuk hiasan
- Tidak semua rumput hiasan boleh dipotong rapi

Ciri-ciri:
1. Bentuk
Tumbuh secara melata atau menjalar di permukaan tanah
Mempunyai tekstur daun yang kasar dan halus
Tekstur daun mengikut kegunaan rumput turf di sesuatu kawasan
2. Ukuran
Mempunyai ketinggian kurang daripada 150 mm dari permukaan tanah
Kadar tumbesaran berbeza

Ciri-ciri lain:
Cepat melata
Tahan penyakit
Tahan dipijak
Tahan kemarau
Fungsi dan kegunaan:

Melindungi dan menahan tanah daripada hakisan


Kurangkan suhu persekitaran
Serap debu dan asap kenderaan
Latar depan reka bentuk landskap
Penyambung susunan gabungan poko dalam landskap
Sebagai pelapik

BIBLIOGRAFI
1. Philips, S. (2004). The Container Gardening Encyclopedia. London: Greenwish
Editions.

2. Saidin, I. (2001). Bunga-Bungaan Malaysia. Kuala Lumpur: Percetakan Dewan


Bahasa dan Pustaka.
3. Shariff, M. K. (2002). Hortikultur hiasan dan Landskap. Kuala Lumpur:
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Vermeulen, N. (1995). The Complete Encyclopedia of House Plants. Netherland:
REBO Publishers.
5. [http://pokoktua.blogspot.com(6 ogos 2009)]
6. (http://fazlisyam.com/2007/08/03/lidah-jin-sesuai-untuk-pagaran)
7. (http://wikipedia.org/pokok_palma)
8. (http://www.rahsiataman.com/Taman/Tumbuhan%20Lanskap.tumbuhan.html)
9. (http://www.mynormas.com)

You might also like