You are on page 1of 13

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaanNya, ahli kumpulan kami


iaitu Shaleh, Zul dan Syairah telah memberikan kerjasama yang baik dan berjaya
menyiapkan tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini. Tugasan ini
mengkehendaki kami untuk membuat satu biografi mengenai tokoh yang
berpengaruh pada zaman dahulu. Dan kami telah memilih Ibn Battuta sebagai
tajuk tugasan kami kerana beliau seorang yang sangat berjasa dan merupakan
pengembara yang hebat.

Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran ketika menyediakan tugasan


ini, kami akhirnya berjaya mengatasi kekangan tersebut dan bantuan Ustaz Basir
b. Alias, kami mampu menyiapkan tugasan ini dengan format yang dikehendaki.
Jutaan terima kasih kami kepada Ustaz atas bantuan yang diberikan. Selain itu,
ribuan terima kasih juga rakan-rakan G1.1 yang sedia berkongsi maklumat dan
pendapat tentang tugasan ini. Dan akhir sekali kepada ibu bapa kami yang
tercinta, ucapan terima kasih juga kami tujukan kerana memberikan kami wang
perbelanjaan untuk membuat tugasan ini selaras dengan piawai yang ditetapkan.

Melalui tugasan ini, kami telah banyak belajar nilai-nilai murni melaui Ibn
Battuta iaitu kita haruslah gigih berusaha dan tidah berputus asa. Kami juga
belajar perlunya ilmu untuk menjamin kehidupan yang sempurna pada masa
akan datang.

Sekian, terima kasih.

1
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

1.0 LATAR BELAKANG IBN BATTUTA

1.1 BIOGRAFI IBN BATTUTA

Nama penuh Ibn Battuta ialah Abu Abdillah Muhammad Ibn Abdillah Ibn
Muhammad Ibn Ibrahim al-Lawati al-Tanji seorang kabilah Barber dari golongan
Muslim Sunni. Beliau telah dilahirkan di Tangier, Maghribi 24 Februari 1304
bersamaan Rejab 704 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 779 Hijrah
bersamaan 1372 Masihi.

Beliau merupakan cendiakawan, ulama Mazhab Maliki dan pernah


berkhidmat sebagai Qadi. Ibn Battuta terkenal sebagai penjelajah dan
pengembara serta menulis mengenai pengembaraanya selama hampir tiga
puluh tahun. Beliau adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya merentasi
benua Afrika dan Asia serta menghasilkan karya penting dunia Islam yang
meliputi daerah Barat Afrika hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia
Tenggara dan Cina.

Abu Abdillah Muhammad Ibn Abdillah Ibn Muhammad Ibn Ibrahim al-
Lawati al-Tanji juga digelar Ibnu Battuta dan diberi gelaran sebagai Syamsuddin
di negeri-negeri timur. Tokoh orientalis Dozy, menggelar beliau sebagai
‘Pengemabara Yang Jujur’. Beliau telah meninggalkan kota asalnya pada tahun
1325 untuk menunaikan haji di Mekah yang mengambil masa selama satu
setengah tahun perjalanan ketika berusia 21 tahun.

1.2 CATATAN PENGEMBARAAN

Kisah pengembaraan beliau dihimpunkan oleh Muhammad Ibnu Juzayy


al-Kalbi atas arahan Sultan Abu 'Inan. Setiap tajuk yang dicatat oleh Ibn Battuta
dalam pengembaraannya dihimpun dalam satu himpunan yang lengkap.
Kemudian, Ibnu Juzayy al-Kalbi memindahkan penceritaan Ibn Battuta dalam
bahasa yang dapat menyampaikan maksud yang dikehendaki oleh beliau

2
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

Catatan pengembaraannya dicatat dengan gaya penulisan yang


menghiburkan pemikiran dan memudahkan pembaca untuk membaca serta
memahami fakta yang ingin disampaikannya. Segala catatannya merangkumi
setiap perkara aneh yang memberikan manfaat, menakjubkan dan menarik
perhatian

Didalam kitabn Tuhfat al-Nazhar, beliau menyatakan selama mengelilingi


dunia hanya ada tujuh raja yang memiliki kelebihan luar biasa, iaitu Raja Iraq
yang berbudi bahasa, Raja Hindustani sangat peramah, Raja Yaman berakhlak
mulia, Raja Turki gagah perkasa, Raja Rom sangat pemaaf, Raja Turkistan
bersifat tolak ansur dan Raja Melayu Malik Al-Zahir (Sumatra) yang berilmu
pengetahuan luas dan mendalam buku tersebut diterjemahkan ke dalam
pelbagai bahasa dan diterbitkan dibanyak tempat.

1.3 PENGEMBARAAN IBN BATTUTA

Ibn Battuta meninggalkan Tangier pada hari Khamis, 14 Jun 1325 masihi
ketika usianya 21 tahun. Pengembaraan beliau mengambil masa 38 tahun
meliputi perjalanan sejauh 120,000 kilometer yang meliputi 44 negara di benua
Afrika dan Asia. Sepanjang perjalanan, beliau turut mengunjungi kota besar di
Parsi dan Iraq, menemui para sarjana, gabenor dan seorang raja Mongol.

Ringkasnya, beliau telah melakukan tiga siri pengembaraan yang


mengambil masa selama 30 tahun. Pengembaraan yang pertama iaitu dari
Maghribi hingga China. Negara seperti Mesir, Syam, Semenanjung Arab, Afrika
Timur, Asia Kecil, Rusia Selatan, India, China, Andalus ( Sepanyol ) dan negeri
orang berkulit hitam iaitu Mali di Afrika Selatan turut di kunjungi beliau.

Semasa dalam perjalanan, Ibn Battuta terlihat satu kafilah sedang


menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji lalu beliau bergabung dengan
rombongan itu dan menetap di Makkah selama 2 tahun. Beliau meneruskan

3
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

pengembaraannya ke Yaman melalui jalan laut dan melawat Aden, Mombosa,


Timur Afrika dan Kulwa. Kemudian, beliau kembali ke Oman dan balik semula ke
Mekkah untuk menunaikan Haji pada tahun 1332 masihi, melaui Hormuz, Siraf,
Bahrin dan Yamama.

Pada siri kedua pengembaraanya, Ibn Battuta ke Syam dan Laut Hitam.
Dari Laut Hitam, Ibn Battuta meneruskan pengembaraannya ke Bulgaria, Rom,
Rusia, Turki serta pelabuhan terpenting di Laut Hitam iaitu Odesia kemudian
menyusuri sepanjang Sungai Danube. Kemudian beliau belayar menyeberang ke
Semenanjung Crimea di mana beliau mengunjungi Rusia Selatan dan
seterusnya ke India. Beliau dilantik menjadi kadi dan tinggal selama beberapa
tahun dan berkhidmat dengan keluarga seorang sultan di India.

Beliau turut melanjutkan pengembaraan hingga ke Sri Langka, Indonesia,


Canton, ibu negara Hong Kong, Sumatera, Indonesia dan melanjutkan
perjalanan melalui laut Amman sebelum meneruskan perjalanan darat ke Iran,
Iraq, Palestin dan Mesir. Beliau kembali ke Makkah untuk menunaikan Ibadah
Haji yang ke tujuh (terakhir) pada bulan November 1348 mesihi.

Pengembaraan siri ketiga bermula pada 753 Hijrah ke Mali, Afrika Barat
sebelum kembali semula ke Pas, Maghribi untuk mentafsir hasil
pengembaraannya. Penulis Dar Ifta' di Pas iaitu Mohad. Ibn Juza telah
menyunting dan menyusun buku beliau dengan gaya bahasa yang teratur
selama 3 bulan untuk menyelesaikannya. Ibn Battuta akan membuat catatan
terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulamak serta kezaliman yang
dilaksanakannya. Turut diceritakan pengalamannya menempuh pelbagai
cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal yang karam dan
nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim. Tetapi malangnya,
pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan
sewajarnya apabila manuskrip catatannya dirampas dan di sembunyikan
kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika.

4
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

2.0) SUMBANGAN IBN BATUTA

Jika disingkap kembali Ibnu Batuta seorang tokoh yang telah banyak
menyumbang dalam perkembangan ilmu pengetahuan yang turut dikongsi
bersama sehingga ke hari ini. Beliau seorang tokoh pengembara yang terkenal
dan muncul sebagai sejarawan Islam yang unggul hasil perantauan beliau ke
seluruh pelusuk dunia. Para Orientalis dan masyarakat Islam umumnya
menganggapnya sebagai The Prince Of Muslim Travellers. Beliau selalu
dibandingkan dan disamakan dengan pengembara-pengembara terkenal Marco
Polo hasil pengalaman pengembaraannya selama lebih kurang 30 tahun.

2.1 BIDANG GEOGRAFI DAN PELAYARAN

Antara salah satu dari sumbangan beliau ialah perkongsian maklumat


yang terperinci dari segi perbandingan tentang budaya, peradaban, sosial dan
geografi sesuatu masyarakat setempat berdasarkan pengamatan beliau apabila
singgah di tempat tersebut. Pengembaraan beliau itu telah memberikan persepsi
yang baru kepada bidang geografi dan pelayaran. Beliau juga banyak
menyampaikan cerita-cerita tempatan yang menakjubkan dan menghiburkan
kepada pengikut-pengikutnya. Pengembaraannya disifatkan sebagai satu
sumber sejarah yang amat bernilai bukan sahaja kepada masyarakat Islam
malahan untuk semua masyarakat dunia.

2.1.1 INDIA

Selama berada di India, beliau telah memerhati tentang akhlak, budaya


dan corak hidup masyarakat India pada waktu tersebut dengan teliti dan menjadi
sumber rujukan yang penting kepada masyarakat. Selain itu, beliau juga telah
dapat menyampaikan maklumat tersebut kepada pengikut-pengikutnya dengan
agak terperinci, jelas dan menarik untuk dikongsi bersama sebagai ilmu yang
bermanfaat.

5
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

Tambahan lagi, beliau juga telah menceritakan tentang pemerintah


India ketika itu iaitu Sultan Muhammad Tughluq. Beliau menggambarkan
baginda seorang yang pemurah dan bersikap terbuka di samping
menggambarkan adat istiadat di istana Sultan India pada masa itu. Secara
umumnya, maklumat yang telah diberikan oleh Ibnu Battuta itu dapat disokong
oleh hasil kajian yang dibuat para ahli sejarah moden terhadap sumber-sumber
sejarah lain tentang India. Beliau juga telah memberikan huraian dan gambaran
yang jelas dan menarik mengenai sistem pemerintahan di India yang muncul
sebagai salah sebuah kerajaan Islam terkuat dan terkaya pada ketika itu.

2.1.2 NEGARA-NEGARA LAIN

Malahan lagi, beliau turut berkongsi maklumat mengenai budaya


setempat di negara-negara lain. Misalnya, cara yang digunakan untuk memetik
kelapa bagi penduduk Semenanjung Tanah Arab selatan dan adat berkelamin
kaum wanita kepulauan Maldives. Di samping itu, beliau juga berminat dalam
aktiviti perdagangan. Hal ini terbukti apabila beliau turut mengamati dari sudut
pengiraan keuntungan dalam perniagaan ketika bergaul dengan pedagang-
pedagang dari Tanah Arab. Pengalaman beliau itu telah diselitkan dalam
karyanya iaitu Rihlah Ibn Batutah.Kita juga dapat memerhatikan sumbangan
besar beliau kepada masyarakat Afrika ketika itu. Beliau telah berkunjung ke
negeri Sudan iaitu Mali di Afrika Barat dan catatan beliau itu menjadi salah satu
sumber penting bagi sejarah Afrika Barat zaman itu.

Selama beliau mengembara, Ibn Battuta telah bertemu dengan pelbagai


jenis dan ragam Raja-raja dari pelbagai negara. Dan selama mengelilingi dunia
Ibn Battuta menyimpulakan bahawa hanya ada tujuh raja yang memiliki
kelebihan luar biasa, iaitu Raja Iraq yang berbudi bahasa, Raja Hindustani
sangat peramah, Raja Yaman berakhlak mulia, Raja Turki gagah perkasa, Raja
Rom sangat pemaaf, Raja Turkistan bersifat tolak ansur dan Raja Melayu Malik
Al-Zahir (Sumatra) yang berilmu pengetahuan luas dan mendalam.

6
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

2.2 AGAMA

Ibnu Batuta juga banyak menyumbang dalam bidang agama. Beliau


adalah terkenal sebagai seorang yang kuat beribadah dan berpegang teguh
kepada ajaran agama. Beliau telah menabur bakti di beberapa buah negara
dalam bidang agama. Contohnya, Beliau telah menetap selama lapan tahun di
India. Dalam tempoh masa tersebut, beliau telah memikul tugas sebagai kadi
besar di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Tughluq. Selain itu, beliau juga
turut dilantik menjadi kadi selama lapan belas bulan di kepulauan Maldives.

Selepas itu, Ibnu Battuta merentasi bumi Palastin menuju Damsyik dan
ke Ladzikiyah, dan seterusnya ke Aleppo. Dalam perjalanan berikut, Ibnu Battuta
terlihat satu kafilah sedang menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji lalu
beliau bergabung dengan rombongan itu. Beliau menetap di Makkah selama 2
tahun. Semasa berada di sana, Ibn Battuta telah banyak belajar mengenai
agama Islam. Disebabkan ketaqwaan serta kecintaan beliau terhadap agama
Islam, beliau telah melakukan haji sebanyak tujuh kali dan kali terakhirn ialah di
Makkah.

Akhirnya, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu sekitar


tahun 1354 masihi, beliau telah memikul amanah juga sebagai kadi di salah
sebuah pekan di Maghribi.

7
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

2.3 HASIL KARYA

Sumbangan yang tidak ternilai kepada seluruh masyarakat dunia ialah


catatan perjalanan dan pengembaraan beliau. Catatan asal beliau berhubung
dengan pengembaraan tersebut sebenarnya telah hilang kerana telah dirompak
oleh lanun di Lautan Hindi. Namun begitu, beliau berjaya juga menerbitkan
sebuah karya yang lengkap setelah menceritakan semula pengalamannya
kepada Muhammad b. Juzay al- Kalbi atau lebih dikenali sebagai Ibn Juza, iaitu

seorang penulis sultan. Ibn Juza mengambil masa selama 3 bulan untuk
menyelesaikan tugasnya pada 9 Disember 1355 masihi.

Akhirnya karya yang diberi nama Rihlah Ibn Battutah telah diterbitkan
hasil kerjasama tersebut. Karya agung tersebut merupakan rekod sejarah zaman
pertengahan yang sangat penting kerana catatannya dianggap sebagai sumber
sejarah abad pertengahan. Kesilapan dan kekaburan yang terdapat dalam karya
itu adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan khazanah maklumat sejarah
dan ilmu alamnya yang terbukti benar apabila dibandingkan dengan sumber-
sumber sejarah lainnya.

Karya ini juga berperanan penting kerana maklumat-maklumat yang


terkandung di dalamnya telah dipetik dalam ratusan karya pengkajian sejarah
yang meliputi bukan hanya sejarah dunia Islam tetapi juga sejarah Cina dan
Empayar Bynzantin. Di samping itu, Rihlah Ibn Batutah juga satu-satunya
sumber maklumat langsung mengenai budaya, adat resam, serta keadaan
masyarakat di beberapa kawasan dunia. Dalam konteks sejarah Asia Tenggara
pula, karya tersebut merupakan satu-satunya karya pengembaraan Arab yang
terbukti kesahihannya.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa karya ini sangat bermanfaat


kerana amat bernilai bagi ahli sejarah, saintis, dan ahli geografi.

8
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

2.4 NILAI

Jika diteliti tokoh ini memiliki nilai moral yang tinggi di dalam dirinya. Ibnu
Batuta adalah seorang tokoh sejarawan Islam yang dijadikan salah satu contoh
tauladan terbaik oleh umat Islam untuk lebih banyak mencapai kejayaan dalam
hidup. Oleh itu beliau boleh disifatkan sebagai salah seorang individu yang
banyak menyumbang dari segi personaliti yang ditonjolkannya untuk menaikkan
semangat umat Islam supaya terus maju dalam semua bidang jika kita benar-
benar menghayati kisah hidup beliau. Contohnya, kegigihan beliau dalam
menimba ilmu pengetahuan jelas terpapar apabila telah merantau ke seluruh
dunia hampir 30 tahun. Walaupun menempuh pelbagai rintangan, beliau tetap
gigih berusaha untuk merantau ke seluruh dunia bagi menimba sebanyak
mungkin ilmu pengetahuan.

Kita seharusnya menjadikan sifat beliau ini sebagai contoh tauladan yang
baik dalam menuntut ilmu pengetahuan. Selain itu, beliau juga seorang yang
patuh pada ajaran agama. Hal ini dapat diperhatikan dalam karyanya yang
banyak menggambarkan ketaatannya kepada agama. Contohnya, beliau telah
beberapa kali menunaikan ibadah haji di Mekah sebelum meninggal dunia. Kita
sebagai umat Islam seharusnya mencontohi sifat murni dan menyelami kisah
hidup beliau bagi membentuk diri menjadi seorang muslim yang sejati.

Sumbangan beliau dari segi sosial pula ialah mempamerkan sikap dan
contoh yang baik dari segi cara bergaul dengan masyarakat setempat tidak
mengira lapisan masyarakat semasa berkelana ke seluruh dunia. Perwatakan
beliau ini boleh dijadikan panduan dan ilmu yang berguna kepada kita dalam
kehidupan seharian sebagai seorang perantauan.

9
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

3.0 APRESIASI MORAL

Kata apresiasi bererti ‘penghargaan’ terhadap suatu objek, hal, kejadian,


atau pun peristiwa. Untuk dapat memberi penghargaan terhadap sesuatu,
tentunya kita harus mengenal sesuatu itu dengan baik dan dengan akrab agar
kita dapat bertindak dengan seadil-adilnya terhadap sesuatu itu. ‘Moral’ pula
ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika. Tingkah laku yang telah
ditentukan oleh etika sama ada baik atau buruk dinamakan moral. Apresiasi
moral adalah kegiatan “menggauli” sebuah sumbangan tokoh, untuk kemudian
memberi penghargaan terhadap karya sastra itu berdasarkan pertimbangan-
pertimbangan objektif atas hasil analisis yang dilakukan terhadap karya prosa
tersebut. Oleh yang demikian, tokoh seperti Ibnu Battuta mendapat perhatian
dalam bidang sejarah.

Jika kita lihat di Malaysia, kehebatan Ibn Battuta mendapat perhatian


media cetak dan juga media elektronik. Pada tahun 1998, dalam Racangan Jejak
Rasul yang masyhur telah menyiarkan kisah beliau dalam episod ke-14 (Jejak
Rasul 3,1998) iaitu ketika para krew penerbitan TV3 telah membuat liputan
penggambaran berhubung dengan Kota Tangiers ( Tanjah ), Morocco. Di mana,
Jejak Rasul 3 telah menjejaki makam Ibn Bathuthah yang terletak dihujung
lorong Rue Gzenaya di Tangiers.ini kerana, Jejak Rasul 3 ini juga menyifatkan
Ibnu Battuta sebagai tokoh pengembara Islam yang terkenal dan berwibawa
dengan membawa obor Islam sepanjang pengembarannya.

Selain itu, Tuhfat al-Nazhar iaitu kadi yang bertanggungjawab mencatat


segala pengalaman yang diceritakan oleh Ibn Battuta dan terhasillah karya
‘Rihlah Ibn Battuta’. Untuk menghargai karya Ibn Battuta tersebut, beberapa
buah buku biografi tentang beliau telah diterbitkan. Buku tersebut menceritakan
tentang pengembaraan Ibn Battuta sepanjang beliau mengembara di seluruh
dunia dan peristiwa-peristiwa yang menarik serta budaya yang terdapat di
negara-negara yang beliau kunjungi. Antara bukunya ialah ‘Pengembaraan Ibn

10
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

Battuta (Pengembaraan Agung, Karya Terulung,Menyingkap Wajah Dunia)’


terbitan Percetakan Yayasan Islam Terengganu SDN. BHD. Pengarang buku
tersebut ialah Ismail Haji Halim dan Wan Rosli Abd. Majid dan dicetakkan pada
tahun 2003. Biografi ini memberi peluang kepada generasi muda untuk
mengambil iktibar dan belajar dari kegigihan Ibn Battuta dalam mengelilingi
dunia.

Tambahan lagi, International Astronomy Union atau lebih dikenali sebagai


(IAU) mengabadikan Ibnu Battuta menjadi nama salah satu kawah bulan. Bagi
orang Astronomi, Ibnu Battuta bukan hanya seorang pengembara dan penjelajah
paling termasyhur, namun juga boleh dilambangkan sebagai sebuah kawah kecil
di bulan yang berada di Mare Fecunditas. Kawah Ibnu Battuta terletak di Barat
daya kawah Lindenbergh dan Timur laut kawah bulan terkenal Goclenius. Di
sekitar kawah Ibnu Battuta tersebar beberapa formasi kawah hantu. Kawah Ibnu
Battuta berbentuk bundar dan bersimetri. Berdasarkan kajian tersebut, dasar
bahagian dalam kawahnya itu mencapai 11 kilometer dan dasar kawah
bahagian dalamnya sangat gelap, segelap luarannya. Kawah Ibnu Battuta
awalnya bernama Goclenius A. Namun, IAU telah menukar nama kawah
tersebut menjadi Ibn Battuta.

Selain itu, Ibn Battuta juga telah diabadikan dan dikenang masyarakat
Dubai, India dengan sebuah pusat membeli belah yang dikenali dengan ‘Ibnu
Battuta Mall’. Di sepanjang koridor pusat membeli belah itu telah dipenuhi dan
terdapat pameran tentang penelitian dan penemuan Ibn Battuta. Walaupun
pengembaraannya telah berlalu enam abad yang lalu, namun kebesaran dan
kehebatannya tetap akan dikenang selamanya.

Kesimpulannya, penghargaan patut diberi kepada Ibn Battuta kerana


beliau telah banyak member jasa kepada kita termasuklah dari segi aspek,
budaya, geografi, sosial dan lain-lain lagi.

11
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

BIBLIOGRAFI

LAMAN SESAWANG

A.S. Chughtai.(tidak dinyatakan). Ibn Battuta - the great traveler.


Dilayari pada 20 Januari 2010 dari laman sesawang http://www.ummah.net

Wikipedia.(tidak dinyatakan).Ibn Battuta.Dilayari pada 18 Januari 2010


dari laman sesawang http://wikipedia/wiki/ibn_battuta

------------------(2008).Kisah Kembara Ibn Battuta Dipersoalkan. Dilayari


pada 19 Januari 2010 dari laman sesawang http://dmaza.com

------------------(tidak dinyatakan) Encyclopedia of World Biography on


Muhammad ibn Battuta. Dilayari pada 20 Januari 2010 dari laman sesawang
http://book.rags.com

-------------------(2009). Tokoh Islam: Ibn Battuta Pengembara Besar.


Dilayari pada 18 Januari 2010 dari laman sesawang http://quntik.blogspot.com

BUKU

Fakhruddin Fannani.(1997). 100 Tokoh Dalam sejarah Islam; Tokoh


Abad Keempat Belas Ibn Battuta. Kuala Lumpur; Pustaka Antara SDN. BHD.

Ghazali Darusalam.(2001).Sumbangan Sarjana Dalam Tamadun Islam.


Kuala Lumpur; Utusan Publications SDN. BHD.

12
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

Ismail Hj, Ibrahim dan Wan Ali.(2003).Pengembaraan Ibn Battutah;


Pengembaraan Agung, karya terulung, menyingkap wajah Dunia.
Terengganu; Percetakan Yayasan Islam Terengganu SDN. BHD

Mahdi Shuib, Ustaz Rumaizuddin Ghazali dan Hazlina Mansor.(2007).


Teks Pra-U STPM Tamadun Islam. Petaling Jaya; Pearson Malaysia SDN.
BHD.

Mahayudin Hj. Yahya.(2008).Teks Tamadun Islam; Kertas 1. Shah Alam


Selangor; Oxford Fajar Bakti SDN. BHD.

13

You might also like