You are on page 1of 2

KERJA KURSUS 1 (25%)

Arahan:
1.

TMA 1 menyumbang 25% markah daripada markah keseluruhan peperiksaan akhir.

2.

Tarikh akhir penghantaran TMA 1 adalah pada 6-8 Mac 2015 sebelum pada 2400 di
sistem OAS.

3.

Pastikan tugasan anda tulen, jika didapati anda meniru/plagiat dari mana-mana
sumber tiada markah akan diberikan.

Jawab soalan berikut.


1.

Jelaskan secara terperinci mengenai Bahasa Melayu Klasik.


( 10 markah)

2.

Apakah kesantunan bahasa? Mengapakah kesantunan berbahasa penting dalam


masyarakat di Malaysia?Berikan contoh.
(10 markah)

3.

Huraikan secara terperinci tiga kategori sistem ejaan bagi kata pinjaman.
( 6 markah)

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan kata kerja? Berikan empat contoh ayat,
masing-masing yang mengandungi kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
(12 markah)

5.

Berikan empat jenis penggolongan kata dan berikan empat contoh bagi setiap jenis.
(12 markah)

KERJA KURSUS 2
Arahan:
1.

TMA 2 menyumbang 25% markah daripada markah keseluruhan peperiksaan akhir.

2.

Tarikh akhir penghantaran TMA 2 ialah pada 24 April 2015. Hantar tugasan anda
menerusi OAS. Penangguhan penghantaran kerja kursus TMA2 tidak dibenarkan.

3.

Pastikan karangan anda tulen, jika didapati anda meniru/plagiat dari mana-mana
sumber tiada markah akan diberikan.

Pilih satu daripada tajuk-tajuk berikut dan buat sebuah karangan yang panjangnya tidak
kurang daripada 350 patah perkataan.

1.

Perpaduan merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam negara yang
mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia. Bincangkan langkah-langkah yang
berkesan untuk menyemarakkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.

2.

Industri berasaskan pertanian di negara ini mempunyai potensi yang amat cerah untuk
berkembang maju. Nyatakan faktor-faktor yang dapat merealisasikan penyataan ini.

3.

Bincangkan peranan yang harus dimainkan oleh sektor swasta dalam usaha kita
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

4.

Globalisasi memberi impak yang sangat besar dalam pelbagai aspek. Bincangkan
kesan globalisasi dalam bidang pendidikan.

You might also like