You are on page 1of 30

i

ii

Kemunculan Semangat Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua


SPM Sejarah Kertas 3
SMK Elopura 2 Sandakan, 2015
Semua hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini
boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula
atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara jua baik secara elektronik,
mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebagainya tanpa mendapat keizinan bertulis
daripada penerbit buku ini.
PENGHARGAAN
Penasihat:
Poh Siew Boon (Pengetua SMK Elopura 2, Sandakan)
Jabidah Lenggang (Pengetua SMK Libaran, Sandakan)
Penyelaras:
Shamsuddin bin Frans @ Junaiddi
Editor:
Hanita binti Ladjaharun
Aidah binti Edin
Shamsuddin bin Frans @ Junaiddi
Serman Shah bin Murad
Syariul Azwan bin Muhammad
Samsul Bahri bin Usman
Panel Penulis:
Semua guru sejarah PPD Sandakan, Sabah
Perkongsian Idea KBAT:
Yusuff bin Ahmad @ Harun
Hanita binti Ladjaharun
Pereka Bentuk & Grafik:
Shamsuddin bin Frans @ Junaiddi
ISBN 978-967-13699-0-6
Diterbitkan oleh

Dicetak di Malaysia oleh

SMK Elopura 2, Sandakan


90500 Sandakan, Sabah
Tel: +6089 632601
Faks: +6089 632934

Sandakan Offset Percetakan Sdn Bhd


90000 Sandakan, Sabah
Tel: +6089 669668
Faks: +6089 667668

iii

KANDUNGAN

SPM SEJARAH KERTAS 3 1294/3 (2015)


TEMA / TAJUK 10.2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
Tema Umum: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Nasionalisme di Malaysia berakar umbi daripada gerakan penentangan pemimpin tempatan terhadap
campur tangan British dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
Tema Spesifik: Berdasarkan Fokus Kajian Berikut:
(i) 2.1 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British (Abad ke 19)
(ii) 2.2 Gerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua (Abad ke 20)
PANDUAN PERUNTUKAN MASA MENGIKUT ASPEK/KONSTRUK
Format
Aspek/Konstruk
Markah
1. Pengenalan
1. Memahami
5 Markah
2. ISI
2. Memahami
30 Markah
dan
3. Menganalisis
15 Markah
HURAIAN
4. Mengaplikasi
10 Markah
5. Menilai
10 Markah
6. Mencipta
10 Markah
7. Menjana Idea
10 Markah
8. Nilai / Iktibar / Patriotisme
5 Markah
3. Kesimpulan
9. Merumus
5 Markah
Jumlah Keseluruhan
100 Markah

Masa
10 minit
50 minit
20 minit
15 minit
15 minit
15 minit
15 minit
10 minit
10 minit
2 jam 40 minit

Catatan: Pelajar disarankan untuk mematuhi panduan ini supaya pelajar dapat menjawab kesemua
soalan. Gunakan 20 minit lagi untuk menyemak jawapan anda.
PANDUAN MENJAWAB SOALAN KERTAS 3
1. Pastikan anda membawa buku teks dan bahan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk.
2. Pastikan anda menulis nombor soalan.
3. Mulakan jawapan anda dengan pangkal ayat atau kehendak perincian soalan.
Contoh soalan. Jelaskan latar belakang gerakan nasionalisme.
Contoh jawapan. Latar belakang gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat.
4. Jawapan perlu ditulis dalam ayat lengkap. Sebaiknya satu perenggan merangkumi fakta, huraian
dan contoh.
5. Mengaitkan isi dengan isi yang berikutnya menggunakan penanda wacana.
6. Contohnya selain itu, di samping itu, walau bagaimanapun, justeru, sehubungan dengan itu
dan akhirnya.
7. Jawapan KBAT perlu ada penyambut/ huraian/ keterangan atau ayat berlapis.
8. Gunakan ayat berlapis menggunakan perkataan seperti bagi,untuk, agar atau supaya.
9. Jawapan dalam bentuk poin dilarang sama sekali.
10. Tidak perlu ayat yang panjang dan meleret-leret.

KEMUNCULAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA


1.0 Maksud dan latar belakang nasionalisme
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara. Perasaan ini telah
mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan.
Contohnya penjajahan British di Tanah Melayu. Selain itu bermaksud membebaskan
negara dari pengaruh budaya barat. Malahan membebaskan negara daripada penguasaan
ekonomi penjajah.
Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja
bentuk penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan didorong oleh hasrat membebaskan
negara daripada kuasa penjajah. Di Malaysia penentangan terhadap British dilakukan oleh
pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19.
Gerakan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka daripada penjajah.
Contohnya sejak abad ke-19, penentangan telah dilakukan oleh beberapa pemimpin
tempatan seperti Dato Maharajalela, Rentap dan Mat Salleh. Walau bagaimanapun
gerakan nasionalisme telah bermula secara menyeluruh pada awal abad ke-20.
2.0 Faktor-faktor penentangan dan pemangkin semangat nasionalisme
2.1 Faktor-faktor penentangan pemimpin tempatan terhadap British di Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak pada abad ke-19.
Antara sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu
ialah dasar penaklukan British. Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan
adalah disebabkan oleh dasar penaklukan British di daerah mereka seperti di Naning,
Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Dasar penaklukan British terhadap
Negeri-Negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kuasa politiknya. Melalui
dasar ini, penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan
perintah dan peraturannya. Contohnya, Penentangan Dol Said terhadap British kerana
mengambil alih Melaka daripada Belanda. Ini kerana Naning dipaksa menjadi jajahan takluk
British dan membayar ufti.
Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan menjadi sebab penentangan
masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu. Penentangan terhadap British
berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingannya.
Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan
pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan
menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah. Ini menimbulkan
kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

Seterusnya, perlaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan. British


memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk
mendapatkan hasil yang maksimum. Peraturan British juga bertentangan dengan amalan
tradisi masyarakat tempatan. Contohnya, tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka
dan tidak perlu membayar cukai. British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada
penduduk tempatan. Contohnya di Terengganu, penentangan berlaku kerana British
menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mesti
mendapat kebenaran British dan tanah tersebut akan dikenakan cukai.
Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada
penentangan penduduk tempatan. British telah memaksa penduduk tempatan menerima
budaya British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan. Misalnya di
Perak, J.W.W. Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu, iaitu
amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan
masyarakat tempatan.
Di samping itu, pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh. Ini kerana British
telah mengambil kawasan pentadbiran mereka. Sebelum penjajahan, kebanyakan
pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan untuk mentadbir kawasan tersebut.
Perlantikan ini telah memberi kuasa kepada mereka untuk menjaga hal ehwal daerahnya
seperti soal pentadbiran, ekonomi dan sosial.. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan
tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan sehingga mendorong mereka
menentang British.
Akhir sekali, kesulitan penduduk tempatan. Penduduk tempatan tertekan dengan
perlaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka. Ini
menyebabkan mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan.
Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua turut mendorong penduduk tempatan
memberikan kerjasama dalam menentang British.
2.2 Faktor-faktor pemangkin semangat nasionalisme sehingga perang dunia kedua
Faktor-faktor pemangkin kebangkitan semangat nasionalisme ialah tindakan Sir Andrew
Clarke memperkenalkan sistem politik barat. Ini telah memusnahkan sistem politik
tradisional tempatan. British telah meletakkan seorang residen yang mengambil alih
pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan. Para pembesar diberikan pencen dan
tempat mereka digantikan oleh pegawai British. Bagi orang tempatan perubahan ini
mencabar sistem atau amalan tradisi mereka dan juga menjatuhkan maruah mereka. Hal ini
membangkitkan kebencian penduduk tempatan terhadap British.
Faktor pemangkin seterusnya ialah sistem pendidikan Inggeris dan vernakular Melayu
yang diperkenalkan pada akhir abad ke-19, telah melahirkan golongan intelek melayu yang

mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya. Mereka menyedari perlunya sumbangan


tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu. Mereka telah menggunakan
idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.
Selain itu, dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu telah menggalakkan sesiapa
sahaja yang datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah
Melayu. Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini. Kemasukan
orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran dan menimbulkan
persaingan kepada penduduk tempatan. Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam
bidang perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan. Orang Melayu mula
kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British.
Seterusnya, British juga telah membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya
sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan.
Kemajuan ekonomi seperti perniagaan serta kewujudan prasarana contohnya elektrik,
perkhidmatan pos, telefon, sekolah, hospital dan lain-lain telah meningkatkan taraf hidup di
bandar. Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar
bandar dengan imigran dan penduduk di bandar. Ternyata, dasar British telah
memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu. Hal ini disedari oleh golongan intelek melayu
dan mereka menjadikannya isu gerakan nasionalisme Melayu.
Faktor pendudukan Jepun juga menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme di
Tanah Melayu. Pihak Jepun dengan konsep kawasan Kesemakmuran Asia telah
menekankan kebebasan Negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing.
Dengan konsep ini Jepun menggalakkan orang tempatan berkerjasama dengannya dan
berjanji akan memerdekakan mereka. Bagaimanapun kesengsaraan hidup akibat
kekurangan makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan
sebilangan besar penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa
Barat atau Timur. Bagi mereka semua penjajah tetap zalim dan menekan kehidupan orang
tempatan.
Seterusnya, penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari pada tahun 1945
juga telah membangkitkan semangat menentang penjajahan dan memulakan penyebaran
ideologi komunis. Dalam tempoh itu, PKM telah menguasai balai-balai polis dan
memerintah dengan kejam. Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang
dianggap sebagai penyokong Jepun. Gerakan ini telah mencetuskan konflik perkauman.
Banyak orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM. Serangan
mereka telah dibalas oleh orang Melayu di Perak, Johor, dan Pahang.
Kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada penyebaran ilmu
pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British. Perkara ini berlaku kerana
melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain idea menentang penjajah itu dapat
disebarkan.

Faktor pemangkin seterusnya ialah Gerakan Pan Islamisme yang telah membangkitkan
kesedaran semangat kebangsaan Tanah Melayu. Gerakan ini merupakan gerakan
intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif
terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas Negara-negara Islam. Gerakan
ini didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia. Gerakan reformis islam yang dimulakan
oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti Al-Azhar Mesir telah tersebar luas.
Dalam tulisannya, beliau telah memberikan kupasan bahawa islam ialah cara hidup yang
menekankan kepentingan dunia dan akhirat, di samping mendorong umatnya menuju
kejayaan. Tulisan Syeikh Muhammad Abduh ini disebarkan dalam majalah al-Manar. Selain
itu gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat sama.
Faktor yang terakhir ialah kesedaran politik serantau yang berlaku di sekitar Asia
Tenggara, terutama di Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah
Melayu. Indonesia yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya
telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Kesedaran ini telah
melahirkan ramai golongan intelektual. Contohnya, Zaba yang banyak mengkritik dasar
British.
3.0 Peristiwa Kebangkitan Pemimpin Tempatan menentang British
3.1 Tanah Melayu
3.1.1 Penghulu Dol Said di Naning.
Penjajah Inggeris telah berjaya menduduki Melaka selepas Perjanjian Inggeris-Belanda
pada tahun 1824. Pihak British telah mendakwa bahawa Naning merupakan sebahagian
daripada wilayah Melaka. Oleh itu, British menganggap Naning berada dibawah kekuasaan
mereka. Oleh itu, Naning terpaksa membayar cukai ke Melaka iaitu 1/10 daripada hasil
yang terdapat di Naning. Selain itu, British juga telah mengarahkan supaya semua
kesalahan-kesalahan jenayah yang berlaku di Naning diselesaikan di Melaka kerana British
menyalahkan tindakan Dol Said yang menyelesaikan kesalahan jenayah di Naning pada
tahun 1828.
Faktor penentangan oleh Penghulu Dol Said berlaku apabila beliau menolak dakwaan
British yang mengatakan Naning berada di bawah wilayah British. Beliau juga telah
menolak tindakan British yang meletakkan Naning didalam wilayah mereka dengan cara
tidak membayar ufti 1/10 yang seperti yang dituntut oleh British.
Peristiwa penentangan di Naning berlaku apabila tindakan Penghulu Dol Said yang
menolak untuk membayar ufti kepada Melaka telah menyebabkan British menghantar
tentera ke Naning untuk menawan Naning pada tahun 1831. Penghulu Dol Said telah
berjaya menewaskan serangan British yang membawa seramai 150 tentera British yang
dipimpin oleh Kapten Wylie dalam usaha mereka menawan Taboh.

Kejayaan Penghulu Dol Said menewaskan tentera British ini kerana Naning telah
mendapat bantuan daripada Yamtuan Ali, Syed Shaba, Penghulu Remai dan Rchat, Dato
Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencheh. Pada Jun 1832, British sekali lagi telah
menghantar seramai 1200 orang tentera untuk menawan Naning. British telah berjaya
menewaskan Penghulu Dol Said kerana Naning telah menghadapi serangan ini sendirian
dengan tidak dibantu oleh sesiapa. Kekalahan Naning kepada British telah menyebabkan
Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri kepada British pada Febuari 1833.
3.1.2 Tok Janggut di Kelantan
Faktor penentangan menentang British di Kelantan oleh Tok Janggut berlaku apabila
British memperkenalkan Sistem Penasihat British di Kelantan. Selain itu, pihak British telah
memaksa penduduk tempatan untuk menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan oleh
mereka.
Peristiwa penentangan Tok Janggut di Kelantan bermula apabila beliau telah
membantah sistem cukai yang telah diperkenalkan oleh British. Beliau enggan untuk
membayar cukai sebagai tanda bantahan kepada sistem cukai yang diperkenalkan oleh
British namun tindakan beliau tersebut tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh.
Sebaliknya British telah mengarahkan pihak polis untuk menangkap Tok Janggut tetapi
gagal.
Pada tahun 1915, Tok Janggut bersama-sama dengan Engku Besar Jeram, Tuan
Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta rakyat tempatan telah membuat
pakatan untuk menyerang Pasir Puteh. Mereka telah berjaya menawan daerah Pasir Puteh
seterusnya membentuk sebuah kerajaan baru di Pasir Puteh. Kerajaan baru itu diketuai
oleh Engku Besar Jeram sebagai raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che
Ishak sebagai Pegawai Daerah.
Bagi menawam semula Pasir Puteh, British telah menggunakan nama sultan bagi
menentang Tok Janggut. Oleh itu, British telah membawa masuk pasukan tentera daripada
Negeri-Negeri Selat dengan kapal perang H.M.S.Cadmus yang telah mendarat di Tumpat
Kelantan. British telah memulakan serangan mereka pada Mei 1915 di Saring. Serangan
British yang tersusun dan penggunaan senjata yang moden telah berjaya melumpuhkan
perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.
Selain itu, Tok Janggut juga telah terkorban semasa serangan yang dilakukan oleh
British. Mayat beliau telah diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar
dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada masyarakat tempatan
supaya tidak berani menentang British.

3.1.3 Dato Maharajalela di Perak


Penentangan di Perak dipimpin oleh Dato Maharaja Lela dengan dibantu oleh semua
pembesar dan sultan. Antara sebab-sebab penentangan ialah residen J.W.W Birch
memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang terkandung dalam Perjanjian
Pangkor 1874. Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka.
Para pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka. Selain itu, para
pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan.
Contoh larangan menggunakan hamba. J.W.W. Birch juga tidak menghormati sistem sosial
tempatan dan tidak pandai berbahasa Melayu.
Peristiwa penentangan bermula apabila Dato Maharaja Lela bermesyuarat dengan
pembesar Melayu di Durian Sebatang untuk menentang undang-undang British pada 21
Julai 1875. Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Anduk, Seputum telah membunuh
J.W.W Birch pada 2 Nov 1875 di Sungai Perak, Pasir Salak. Pihak British dengan 500
orang tentera melancarkan serangan terhadap Pasir Salak . Dato Maharaja Lela dan Dato
Sagor melarikan diri ke Kota Lama. Pada 20 November 1877 Dato Maharaja Lela, Dato
Sagor dan Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhkan hukuman gantung. Sultan
Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana telah dibuang negeri ke
Pulau Seychelles.
3.1.4 Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampong membersihkan tanah di
Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Pada Mei 1925, kira-kira 300
penduduk kampong telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn
Sultan Zainal Abidin III. Tindakan ini telah membimbangkan pihak British. Namun dengan
jasa baik Tengku Nik Maimunah, mereka dapat di suraikan.
Kemuncak kemarahan rakyat ialah pada Mei 1928, iaitu dengan melakukan serangan
bersenjata terhadap bangunan kerajaan di Kuala Berang. Mereka telah berjaya menawan
bangunan kerajaan tersebut. Manakala satu kumpulan lagi berkumpul di Kuala Telemong
bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British.
Namun dengan menggunakan kuasa dan nama sultan, British telah menghantar tiga
pembesar untuk menawan semula Kuala Berang serta menangkap dan memburu sesiapa
sahaja yang menghalangnya. Ini memudahkan British menghadapi penentangan rakyat
kerana orang Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan. Sepasukan polis seramai 25
orang telah menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk
tempatan dengan membunuh 11 orang. Haji Abdul Rahman Limbong telah diserang oleh 50
orang polis yang dibawa dari Singapura. Haji Abdul Rahman Limbong berjaya di tahan dan
telah dibuang negeri ke Makkah.

3.1.5 Dato Bahaman di Pahang


Pada tahun 1888, Dato Bahaman dan pembesar-pembesar Pahang telah bangkit
menentang Residen British pertama di Pahang, iaitu J.P. Rodgers. Dato Bahaman
menentang perlaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam
dan sistem politik tempatan seperti sistem kehakiman, pungutan hasil tanah, sistem cukai,
dan penubuhan pasukan polis luar. Ini kerana undang-undang tersebut telah menghakis
kuasa Dato Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Dato
Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Iman Rasul telah bersatu menentang
British selama lima tahun.
Siri penentangan Dato Bahaman ialah pada 1890, iaitu menentang pembinaan Balai
Polis Lubuk Terua. Pada tahun 1891, beliau telah menyerang British kerana menangkap
anak buahnya. Seterusnya pada tahun 1892 pula, beliau telah menyerang dan menawan
semula Lubuk Terua. Pada tahun 1894, beliau kemudiannya telah menyerang dan
menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Namun akibat tekanan British, pada tahun
1895, Dato Bahaman telah berundur ke Kelantan.
Dato Bahaman dan rakan-rakannya telah mendapat perlindungan daripada penduduk
dan pembesar Terengganu dan Kelantan. Selepas itu, Dato Bahaman kemudiannya
menetap di Hulu Kelantan. Manakala Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu
Terengganu. Pada tahun 1896, Dato Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan
perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn. Beliau telah menetap di Cheing Mai dan
diberikan wang sara hidup sebanyak 1000 baht dan kemudiannya meninggal dunia di sana.
3.1.6 Yam Tuan Antah di Negeri Sembilan
Penentangan oleh pembesar tempatan terhadap penguasaan British telah dilakukan
oleh Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato Syahbandar Sungai Ujong, iaitu Abdullah
Tunggal. Kedua-duanya telah menentang kemasukan British di Sungai Ujong. Malah Dato
Syahbandar Sungai Ujong enggan menandatangani perjanjian dengan British pada 21 April
1874. Dato Syahbandar juga menentang Dato Kelana Sungai Ujong, iaitu Syed Abdul
Rahman yang mempelawa British untuk campur tangan dalam pertikaian mereka.
Kedua-dua pemimpin tempatan ini, berebut kawasan sempadan untuk mengenakan
cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-Negeri Selat. Hasil kerjasama dengan British,
Dato Kelana Syed Abdul Rahman berjaya mengalahkan Dato Syahbandar Abdullah
Tunggal untuk menguasai Sungai Ujong. Ini menyebablam Dato Syahbandar Abdullah
Tunggal terpaksa berundur ke Selangor. Walau bagaimanapun, beliau telah kembali
semula ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November
1874. Akhirnya, Dato Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke
Singapura. Ini membolehkan Dato Kelana Syed Abdul Rahman menguasai seluruh Sungai
Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan British.

3.2 Sarawak
3.2.1 Rentap
Rentap merupakan pemimpin Iban yang menentang James Brooke pada tahun 1853
kerana bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai
lanun. Beliau telah menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga Skrang bagi
menghalang kezaliman James Brooke di daerah tersebut.
Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera James Brooke
telah bertindak balas dengan membakar kampung mereka. Rentap dan pengikutnya
berundur ke Bukit Sadok, namun sekali lagi mereka diserang oleh James Brooke. Tentera
James Brooke berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861. Rentap terpaksa berundur
ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah.
3.2.2 Linggir
Linggir ialah pemimpin Iban di Saribas yang menentang penaklukan James Brooke
pada tahun 1849 dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Serangan ini
merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke dan kapten Farquhar menghalang
pelayaran mereka di Sungai Saribas. Bagaimanapun, Linggir dan pengikutnya tewas dalam
pertempuran tersebut.
4.2.3 Syarif Masahor
Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor dan Datuk Patinggi
Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah
mereka, iaitu di Sungai Rajang pada tahun 1857. Hal ini disebabkan mereka kehilangan
kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan. Pada tahun 1858,
James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit. Syarif Masahor telah menyerang
kubu tersebut. Beliau dan Datuk Patinggi Abdul Gapur kemudian menyerang James Brooke
di Kuching. Bagaimanapun, tentangan mereka gagal. Syarif Masahor melarikan diri ke
Brunei tetapi beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura. Datu
Patinggi Abdul Gapur pula melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh
Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.
3.3 Sabah
3.3.1 Mat Salleh
Di Sabah, terdapat beberapa penentangan oleh pemimpin tempatan terhadap Syarikat
Borneo Utara British (SBUB). Contohnya, Mat Salleh. Beliau ialah pemerintah daerah
Tambunan dan Sungai Sugut. Namun, pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat
Salleh. Ini kerana British bukan sahaja menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh, malah

10

mereka turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu. Pegawai-pegawai
syarikat itu juga bersikap kasar terhadap penduduk tempatan.
Mat Salleh telah ke Sandakan berbincang dengan SBUB pada tahun 1895, tetapi tidak
dilayan. Sebaliknya, Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya. Mat
Salleh terpaksa melarikan diri. Pada tahun 1897, beliau dan para pengikutnya telah
melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. Ekoran itu, SBUB telah
menawarkan pelan damai pada Mat Salleh, iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya.
Namun, SBUB mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang
kubu SBUB. Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat
Salleh. Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.
4.0 Keberkesanan pemimpin tempatan menentang British
4.1 Keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap British pada abad
ke-19.
Keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap Bitish pada abad ke-19 ialah
kejayaan Dato Maharajalela menyatukan dan bekerjasama dengan para pembesar untuk
menentang British. Dalam peristiwa tersebut, Sepuntum telah berjaya membunuh J.W.W
Birch dan Kapten Innes menyebabkan British terpaksa meminta bantuan daripada tentera
SHTI di Hong Kong dan India.
Selain itu, keberkesanan penentangan pemimpin tempatan juga dapat dilihat melalui
kejayaan Dol Said dalam mengalahkan British semasa serangan ke atas Naning pada
tahun 1831. Kebijaksanaan Dol Said mendapatkan bantuan tentera dari Yam Tuan Ali dari
Rembau, Syed Shahban dan Penghulu Remai dapat mengalahkan tentera British seramai
150 orang.
Seterusnya, kejayaan Mat Salleh melancarkan serangan mengejut terhadap kubu
SBUB di Pulau Gaya telah memaksa SBUB mengadakan pelan damai kepada Mat Salleh
dan berjanji akan menyerahkan Tambunan.
Sehubungan dengan perkara di atas, perjuangan Tok Janggut juga berjaya mencabar
British. Keberkesanan perjuangan Tok Janggut terbukti apabila pihak polis yang diarahkan
menangkap Tok Janggut gagal menangkapnya. Malah beberapa pembesar tempatan juga
telah menyerang Pasir Puteh dan mereka berjaya mendudukinya.
Di samping itu, perjuangan Tuan Haji Abdul Rahman Limbong juga memperlihatkan
keberkesanan pada tahap awal. Beliau bersama rakyat Telemong telah beberapa kali
mengingkari peraturan tanah yang ditetapkan oleh British. Beliau mengetuai penduduk
kampung membuka tanah pada tahun 1922 dan 1925.

11

Seterusnya, perjuangan Dato Bahaman juga memperlihatkan keberkesanannya kerana


berjaya menyerang British dan menawan semula Lubuk Terua yang telah dikuasai oleh
British. Dato Bahaman dan pengikut juga berjaya menguasai Kuala Tembeling dan Jeram
Ampai.
4.2 Kejayaan pemimpin tempatan menentang British pada abad ke-19.
4.2.1 Penghulu Dol Said
Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya Naning menghantar 1/10 hasil
sebagai ufti kepada Melaka. Penghulu Dol Said berjaya mengalahkan 150 orang tentera
British pimpinan Kapten Wyllie.
4.2.2 Dato Maharaja Lela
Sultan Abdullah dan Dato Maharaja Lela serta pembesar Perak telah melakukan bantahan
terbuka terhadap campur tangan British di Perak. Dato Maharaja Lela juga telah berjaya
membina kubu di Pasir Salak. Selain itu, kejayaan yang paling besar ialah berjaya
membunuh residen British di Perak iaitu J.W.W. Birch.
4.2.3 Dato Bahaman
Dato Bahaman menyerang British kerana menangkap anak buahnya. Dato Bahaman
menyerang dan berjaya menawan semula Lubuk Terua. Beliau juga berjaya menguasai
Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
4.2.4 Tok Janggut
Kejayaan yang dicapai oleh Tok Janggut ialah ketika menentang British di Pasir Puteh dan
berjaya menawan daerah tersebut. Penawanan daerah Pasir Puteh berjaya membentuk
sebuah kerajaan di mana Engku Besar Jeram telah dilantik sebagai Raja, Tok Janggut
sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
4.2.5 Haji Abdul Rahman Limbong
Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk membersihkan tanah di Kuala Berang
tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Beliau juga bersama penduduk tempatan
melancarkan penentangan bersenjata pada tahun 1928. Mereka telah menyerang dan
berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang.
4.2.6 Rentap
Di Sarawak, Rentap telah menyerang tentera James Brooke di Kubu Nanga Skrang dan
berjaya mengusir James Brooke dari kawasanya.

12

4.2.7 Mat Salleh


Akhir sekali ialah kejayaan pemimpin Mat Salleh di Sabah melakukan serangan mengejut
terhadap Kubu SBUB di Pulau Gaya. Ini menyebabkan SBUB terpaksa menawarkan pelan
damai kepada Mat Salleh dengan menyerahkan Tambunan kepadanya.
4.3 Strategi perjuangan pemimpin tempatan menentang penjajahan British.
Dol Said menggunakan taktik dengan cara mendapatkan bantuan ketenteraan daripada
Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban, Penghulu Remai dan Rechat, Dato Kelana
Sungai Ujung serta Penghulu Gemencheh untuk mengalahkan 150 orang tentera British.
Rentap pula menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang Kapal Nemesis
dekat Batang Lupar. Syarif Masahor telah menyerang kubu James Brooke di Kanowit.
Seterusnya, menyerang James Brooke di Kuching bersama-sama dengan Datu Patinggi
Abdul Gapur.
Mat Salleh telah menggunakan strategi melalui perbincangan tetapi tidak dilayan oleh
pihak SBUB. Mat Salleh dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap
kubu SBUB di Pulau Gaya.
Dato Maharaja Lela membuat bantahan terbuka terhadap campur tangan British dan
mengarahkan pengikutnya untuk membunuh J.W.W. Birch di Sungai Perak, Pasir Salak.
Dato Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua. Kemudian menyerang
dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad,
Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak dan rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh dan
berjaya mendudukinya.
Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai membersihkan tanah di Kuala Telemong dan
tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III. Haji Abdul Rahman Limbong
menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang dan telah berjaya mendudukinya.
4.4 Tindak balas British terhadap kebangkitan pemimpin tempatan
Tindakan British terhadap penentangan di Tanah Melayu ialah menghantar tenteranya
untuk menakluki Naning pada tahun 1831 tetapi dikalahkan oleh penghulu Dol Said. Pada
akhir tahun 1832, seramai 1200 orang tentera telah dihantar oleh British sekali lagi
menyerang Naning dan berjaya mengalahkan penghulu Dol Said.
Seterusnya di Perak pula, pihak British dengan 500 orang tentera melancarkan
serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan yang terlibat. Mereka yang terlibat seperti

13

Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dihukum
gantung. Manakala Sultan Ibrahim dibuang negeri ke Johor, manakala Sultan Abdullah dan
yang lain dibuang ke Pulau Seychelles.
Di Kelantan pula, British telah menggunakan nama sultan Kelantan bagi membawa
masuk pasukan tentera dari negeri selat dengan kapal Perang H.M.S Cadmus yang
mendarat di Tumpat dan memulakan serangan pada bulan Mei 1915 di Saring. Tok Janggut
terkorban dan mayatnya diarak di seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar
dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada penduduk
tempatan yang menentang British.
Tindakan British di Terengganu pula ialah pihak British menggunakan kuasa dan nama
sultan Terengganu dan menghantar tiga orang pembesar untuk menawan semula Kuala
Berang dan menangkap serta memburu sesiapa sahaja yang menghalang mereka. Selain
itu, British juga mengarahkan seramai 25 orang polis menyerang Kuala Telemong dan
berjaya mengorbankan seramai 11 orang penentang. Manakala Haji Abdul Rahman
Limbong ditangkap dan dibuang ke Makkah.
Bagi menghadapi tentangan di Sarawak, James Brooke telah bertindak membakar
kampung Rentap dan menyerang Rentap ketika berundur ke Bukit Sadok.
Di Sabah pula, Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh
apabila beliau membuat perundingan di Sandakan tentang kedudukannya. Tindak balas di
atas serangan Mat Salleh terhadap kubu SBUB telah menamatkan penentangan terhadap
British di Sabah.
4.5 Keberkesanan peranan pertubuhan dan kesatuan dalam memupuk semangat
nasionalisme di negara ini.
Keberkesanan pertubuhan dalam memupuk semangat nasionaisme di negara ini dapat
dilihat melalui penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) oleh Mohammad Eunos
Abdullah. Tujuan penubuhan KMS ialah menjaga kepentingn sosioekonomi penduduk
Melayu Singapura. Melalui desakannya, beliau memperoleh sebuah kawasan penempatan
khas bagi orang Melayu di Singapura.
Selain itu, Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) di tubuhkan oleh S.M Zainal
Abidin B.A. Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan ahli-ahlinya berkenalkenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa. Ini bertujuan
untuk menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan orang Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu.

14

Seterusnya, Persatuan Negeri-Negeri yang ditubuhkan di Perak, Selangor, Pahang dan


Negeri Sembilan. Persatuan-persatuan ini berjaya menggabungkan tenaga intelektual
Melayu untuk membincangkan nasib orang melayu dalam soal ekonomi. Ini bertujuan untuk
menggalakkan perpaduan orang melayu.
Di samping itu, di negeri Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak yang
telah ditubuhkan oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah pada tahun 1939. Persatuan ini
ditubuhkan untuk mengeratkan perpaduan Melayu. Selain itu untuk menggalakkan
masyarakat memperolehi pendidikan untuk kemajuan bangsa. Malahan persatuan ini turut
menjaga maruah bangsa dan menegakkan ajaran agama Islam.
Salah satu lagi keberkesanan dapat dilihat melalui penubuhan Kesatuan Melayu Muda
(KMM) pada tahun 1939. Tokohnya ialah Ibrahim Haji Yaakob dan Mustapha Husein. KMM
bertujuan menggalakkan perpaduan dalam kalangan pemuda Melayu. Di samping itu,
meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu. Mereka juga bekerjasama dengan Jepun
untuk menghalau British. Selain itu, menjadi propaganda Jepun dengan membeli Warta
Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British dan menyediakan kader-kader yang
dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British.
Akhir sekali, penubuhan Kongres Melayu 1939 dan 1940. Tujuan pertubuhan ini
membincangkan kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan layanan pilih kasih
British terhadap anak negeri. Resolusi Kongres dengan menggambarkan perpaduan
melayu untuk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik mereka yang lemah. Akhir
sekali orang Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan mereka
selama ini.
4.6 Kesan gerakan nasionalisme sehingga membawa kepada penyatuan orang
Melayu dalam persatuan.
Kesan gerakan nasionalisme membawa kepada kesan positif dalam penyatuan orang
Melayu. Persatuan Sahabat Pena (PASPAM) antara pertubuhan yang wujud hasil daripada
gerakan nasionalisme. Ditubuhkan pada 1934 yang dipimpin oleh S.M Zainal Abidin.
Penubuhannnya bertujuan untuk menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar
pendapat bagi memajukan diri dan bangsa. Hal ini secara tidak langsung telah
menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan orang Melayu di seluruh
semenanjung Tanah Melayu
Pertubuhan negeri juga telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti di
Perak (1937), Selangor (1938), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938). Objektif utama
penubuhan persatuan negeri ini adalah untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu
bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan
perkhidmatan kerajaan.

15

Disamping itu, kesan dari gerakan nasionalisme juga telah mewujudkan sebuah
persatuan separa politik yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM). Kesatuan ini
dipimpin oleh Ibrahim Hj Yaakob. Objektifnya untuk menggalakkan perpaduan dan
meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.
Manakala di Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (1939) telah
ditubuhkan oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Tujuan penubuhannya adalah untuk
mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, manjaga budaya dan maruah
bangsa serta menegakkan ajaran agama Islam.
Di Sabah, walaupun kesedaran untuk berpersatuan tidak menonjol tetapi masih
terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena yang bergiat di Jesselton (Kota Kinabalu),
Labuan dan Tawau. Walau bagaimanapun, kegiatannya mirip kepada kegiatan persatuan di
Semenanjung. Anggota-anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah
kerajaan dan guru sekolah Melayu.
5.0 Usaha memupuk semangat nasionalisme
5.1 Memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan pada abad ke-19 dalam
memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Antara usaha bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan dalam memupuk
semangat nasionalisme adalah menghayati perjuangan pemimpin tempatan yang sanggup
berjuang untuk kedaulatan negara.
Seterusnya, bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan dalam memupuk
semangat nasionalisme dengan menghidupkan semula watak-watak mereka melalui filem
dan drama agar menjadi tatapan rakyat Malaysia hari ini.
Kita juga boleh memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan melalui pameran yang
menarik dan kreatif di muzium yang dilawati untuk menimbulkan kesedaran tentang
kehebatan perjuangan pemimpin tempatan
Di samping itu, aktiviti penulisan seperti menulis esei bertemakan perjuangan pemimpin
tempatan juga mampu memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Aktiviti ini sesuai dilakukan sempena sambutan bulan kemerdekaan yang perlu dibuka
penyertaan untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Seterusnya, perjuangan pemimpin tempatan dimanfaatkan untuk memupuk semangat
nasionalisme dengan memuatkan peristiwa berkenaan dalam silibus pembelajaran bagi
murid sekolah rendah dan menengah agar dapat mencontohi keberanian dan kegigihan
para pejuang lampau.

16

Selain itu, kita dapat memupuk semangat nasionalisme dengan mengenali pejuangpejuang terdahulu serta menghayati hasil perjuangan mereka dalam membebaskan negara
daripada cengkaman penjajah. Seterusnya, menghargai jasa-jasa dan pengorbanan para
pejuang bangsa terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Dalam pada itu juga, semangat nasionalisme ini dapat dipupuk dengan memelihara
keamanan yang sudah sekian lama dikecapi untuk meneruskan legasi pembangunan
negara secara berterusan. Kita juga wajar mencontohi sikap perjuangan pemimpin
tempatan seperti berani dalam mempertahankan hak walaupun mereka tidak mempunyai
senjata yang canggih. Malahan mereka juga tidak mudah putus asa kerana sentiasa
berusaha untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Akhirnya, kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa pembangunan yang dikecapi
sehingga kini tidak akan tercapai tanpa pengorbanan dan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu.
Justeru melalui penghayatan ini kita dapat memupuk semangat cintakan negara.
5.2 Kepentingan semangat nasionalisme warga Malaysia dalam mempertahankan
kedaulatan negara.
Semangat nasionalisme yang ada pada warga Malaysia sememangnya mampu
mempertahankan kedaulatan negara. Ini kerana semangat nasionalisme akan
mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia, seterusnya memupuk semangat setia dan sanggup
berkorban untuk negara.
Di samping itu, dapat melahirkan warga Malaysia yang tidak mudah terpengaruh
dengan agenda anasir luar dan mengelakkan diri daripada perkara-perkara negatif seperti
rasuah, penyalahgunaan dadah dan pemerdagangan manusia.
Selain itu, semangat nasionalisme bukan sahaja memupuk semangat sifat bekerjasama
antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bersama-sama menjaga maruah bangsa
Malaysia yang berdaulat.
Selanjutnya semangat nasionalisme akan mengekalkan perpaduan antara kaum.
Perpaduan antara kaum akan dapat memastikan keamanan negara dan kemajuan yang
dirancang akan tercapai.
Selain itu, warga Malaysia yang memiliki semangat nasionalisme akan patuh kepada
ajaran agama masing masing. Masyarakat yang patuh kepada ajaran agama akan
mematuhi undang-undang dan mudah diuruskan.
Seterusnya warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme akan
melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna dan menguasai pelbagai

17

kemahiran seperti ilmu komputer, sains dan teknologi. Masyarakat berpengetahuan amat
diperlukan untuk merealisasikan wawasan negara.
5.3 Peranan media massa untuk mengekalkan kedaulatan negara
Media Massa merupakan medium berkesan dalam membantu negara mengekalkan
kedaulatan negara. Buktinya, media massa dapat menyampaikan dasar-dasar kerajaan
kepada umum dengan lebih cepat. Malahan maklumat berkaitan dengan dasar baru
kerajaan dapat diperoleh dan diakses dengan lebih mudah sama ada melalui media sosial,
internet mahupun melalui media penyiaran seperti berita dan hebahan umum.
Di samping itu, media massa juga dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan
sahih kepada umum. Ini kerana kebanyakan rakyat Malaysia bergantung sepenuhnya
kepada media massa untuk mendapatkan berita terkini.
Keberkesanan media massa juga dapat dilihat dalam memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa perpaduan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di media
massa. Hal ini dapat dilihat melalui penyampaian berita, rancangan-rancangan ilmiah dan
forum yang kebanyakkannya disampaikan dengan menggunakan bahasa Melayu. Hal ini
sekaligus membantu ke arah perpaduan kaum di negara ini.
Selain itu, media massa juga merupakan agen perpaduan dan medium penting dalam
mengekalkan keamanan negara. Buktinya, penyiaran berita yang berkaitan dengan
perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat. Mesej berunsurkan semangat keberanian dan kerjasama juga jelas
berjaya disampaikan melalui program-program radio atau siaran rancangan televisyen.
5.4 Ciri-ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi.
Antara ciri-ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi
adalah mempunyai semangat cintakan negara yang kental. Perasaan sayangkan negara
diterjemahkan dengan mematuhi undang-undang negara. Malahan perasaan bangga
menjadi warga negara Malaysia melangkaui semangat perkauman dan kenegerian.
Selain itu, menghormati tokoh-tokoh negarawan yang banyak berjasa sebelum dan
selepas kemederkaan perlu dipupuk sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Jasa dan
pengorbanan mereka perlu diingati dan dihargai serta dijadikan sumber inspirasi terutama
kepada generasi muda.
Seterusnya, setiap warga Malaysia mesti berpegang teguh dengan prinsip Rukun
Negara yang menjadi panduan kepada semua warga. Nilai agama dan budaya perlu

18

diamalkan demi memperkukuhkan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang baik. Warga
Malaysia seharusnya berani, bijak dan yakin dalam sebarang tindakan demi menjaga nama
baik negara sama ada di dalam dan di luar negara.
Di samping itu, mempunyai semangat juang untuk mempertahankan kedaulatan negara
daripada ancaman penceroboh atau anasir asing. Ini penting untuk mengekalkan
keharmonian dan kemakmuran negara.
Warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi akan
mengutamakan perpaduan dan sanggup bekerjasama dengan pelbagai kaum untuk
memastikan kesejahteraan dan keamanan negara. Warga Malaysia juga sewajarnya
mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai lambang
penyatuan bangsa.
Seterusnya, warga Malaysia juga mesti menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan
seperti teknologi dan kemahiran ICT untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun
2020. Akhir sekali warga Malaysia seharusnya mengutamakan pembelian barangan buatan
Malaysia sebagai sumbangan dalam pembangunan ekonomi negara.
6.0 Peranan penulis akhbar bagi mengekalkan kestabilan politik di Malaysia pada
hari ini.
Pada pendapat saya, peranan yang patut dimainkan oleh penulis akhbar bagi
mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini ialah hanya menyiarkan berita
yang benar atau sahih sahaja. Ini penting supaya rakyat memahami perkembangan semasa
politik tanah air yang sebenar.
Seterusnya, penulis akhbar juga perlu kerap memaparkan isu yang menggalakkan
kerjasama dalam masyarakat. Contohnya, menulis berita mengenai aktviti gotong-royong
dan aktiviti Rukun Tetangga yang melibatkan pelbagai kaum di negara ini.
Di samping itu, penulis akhbar juga perlu menyediakan ruangan khas untuk memberi
kesedaran tentang kepentingan perpaduan kaum. Hal ini bertujuan untuk memupuk
perpaduan kaum yang menjadi nadi kestabilan politik sehingga hari ini. Contohnya, gambar
sukan yang memupuk perasaan muhibbah antara pelbagai kaum
Selain itu, penulis akhbar tidak seharusnya menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh
menyemarak api perkauman. Sebaliknya penulis hendaklah membantu mengekalkan politik
yang stabil melalui penulisan. Contohnya, memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan utama di negara Malaysia. Ini kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa
penyatuan antara kaum seperti yang termaktub dalam perlembagaan 152.

19

Akhir sekali ialah penulis akhbar perlu berusaha untuk meningkatkan perasaan cinta
akan bangsa dan negara terutama dalam kalangan generasi muda. Contohnya
menyediakan ruangan Sejarah untuk mengetahui tentang peristiwa penting negara seperti
kemerdekaan dan perjuangan pemimpin tempatan. Ini penting agar rakyat tidak melupakan
sejarah perjuangan negara demi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini.
6.1 Perjuangan pemimpin tempatan tidak berjaya satu perbahasan.
Saya tidak bersetuju dengan pernyataan ini walaupun dari segi perjuangan menentang
penjajah itu gagal, namun kesan yang ditinggalkan ekoran penentangan tersebut telah
menaikkan semangat patriotisme yang sangat tinggi dalam kalangan penduduk Tanah
Melayu .Contohnya perjuangan Dato Maharajalela, Rentap dan Mat Salleh yang sanggup
berjuang sehingga titisan darah terakhir. Perjuangan mereka telah menunjukkan semangat
setia negara yang mendalam kerana sanggup berkorban untuk bangsa dan negara.
Selain itu juga, sifat bekerjasama dan tolong menolong antara pemimpin dengan
pengikut dalam menentang penjajahan British telah menyumbangkan ke arah kejayaan
generasi hari ini. Contohnya kemenangan Dol Said menentang British pada 1831 mendapat
bantuan ketenteraan dari Yam Tuan Ali, Syed Shaban, Penghulu Ramai dan Rechat, Dato
Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemenchah. Sifat inilah yang akhirnya menjadikan
Malaysia negara yang aman dan makmur walaupun terdiri daripada berbilang kaum, agama
dan kebudayaan.
Di samping itu, penentangan ini jelas memperlihatkan sikap tidak mudah putus asa
mereka. Bukti perjuangan yang ditunjukkan oleh pejuang tempatan seperti Tok Janggut,
Mat Salleh dan Rentap telah mengugat kedudukan British di Tanah Melayu. Sikap ini yang
telah diaplikasi oleh generasi hari ini sehingga mampu melahirkan ramai atlet sukan yang
bertaraf antarbangsa seperti Dato Lee Chong Wei, Pandalela Rinong, Dato Nicol David dan
ramai lagi.
Seterusnya hujah yang menyangkal pernyataan ini ialah kejayaan beberapa pemimpin
tempatan yang berjaya mengusir penjajah British. Contohnya, Rentap yang berjaya
mengusir James Brooke dari Nanga Skrang. Begitu juga dengan kejayaan pemimpin
rombongan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Rombongan ini telah
berjaya mendapat kemerdekaan daripada pihak British. Berkat kejayaan perjuangan
pemimpin negara, akhirnya telah menjadikan negara Malaysia sebuah negara industri yang
mampu menghasilkan kereta nasional sendiri sehingga mengharumkan nama negara di
persada antarabangsa.
Seterusnya, keberanian perjuangan tokoh tempatan telah memberi inspirasi dan
melahirkan ramai pemimpin negara yang berwibawa. Mereka dengan lantang bersuara dan
mengeluarkan pendapat dalam arena perbincangan antarabangsa seperti Perhimpunan

20

Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) tentang hak-hak kemanusiaan. Buktinya


keberanian Perdana Menteri kita dalam menyuarakan nasib mangsa pelarian perang
seperti di Syria. Malahan negara Malaysia bersedia membuka pintu kepada 3,000 pelarian
Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian.
6.2 Tema-tema penulisan yang dapat membangkitkan semangat nasionalisme
dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sekiranya saya adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel pada hari ini, tema
penulisan yang akan saya pilih untuk menaikkan semangat nasionalisme kalangan rakyat
ialah tema Perpaduan. Ini kerana Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang terdiri
daripada rakyat pelbagai kaum tetapi mampu hidup dengan aman dan makmur. Contoh
tema ini dapat ditonjolkan melalui pengamalan Rumah Terbuka oleh pelbagai kaum di
Malaysia. Mereka menyambut perayaan masing-masing pada setiap tahun dan diraikan
secara bersama dengan rasa gembira. Hal ini pasti akan berjaya menaikkan dan
menyuburkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Seterusnnya ialah tema Malaysia Boleh merupakan slogan yang diilhamkan oleh Tun
Dr. Mahathir bin Mohamad. Slogan ini merupakan ciptaan terulung yang berjaya mengikis
persepsi orang luar bahawa Malaysia adalah negara kampung. Pada asalnya, slogan ini
dicipta untuk menyuntik semangat atlet Malaysia dalam arena sukan tetapi slogan ini
akhirnya telah berkembang dan berjaya melakukan transformasi besar dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial sehingga dikagumi oleh negara luar. Contohnya, kejayaan dua orang
pendaki negara iaitu Mohanadas dan M. Magendran yang berjaya sampai ke puncak
Gunung Everest kerana semangat Malaysia Boleh!.
Selain itu, tema Keistimewaan Malaysia. Dalam tema ini, saya akan memaparkan
keistimewaan Malaysia yang mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya etnik terutama di
Sabah dan Sarawak. Ini kerana, Sabah dan Sarawak mempunyai pelbagai etnik yang terdiri
daripada pelbagai budaya, makanan dan adat tradisi. Hal ini pasti menimbulkan semangat
kebanggaan rakyat Malaysia kerana mempunyai keunikan yang tersendiri.
Di samping itu, ialah tema Kejayaan Rakyat Malaysia. Semua kejayaan yang pernah
dicipta oleh rakyat Malaysia akan dikumpulkan dalam Malaysia Boof Of Record untuk
dijadikan inspirasi oleh generasi pada hari ini. Contohnya, kejayaan Datuk Dr. Sheikh
Muszaphar sebagai angkasawan pertama negara. Selain itu Datuk Nicol David sebagai
pemain nombor satu dunia dalam sukan Skuasy. Melalui penulisan ini, pastinya akan
menyuntik semangat generasi muda untuk terus melakar kejayaan.
Akhir sekali ialah tema Patriotik. Tema ini mengangkat perjuangan tokoh-tokoh yang
sering dilupakan setiap kali sambutan hari kemerdekaan negara. Contohnya, perjuangan
Tok Janggut di Kelantan, Rosli Dhobi di Sarawak dan Mat Salleh di Sabah. Melalui tema ini
adalah diharapkan generasi pada hari ini akan sentiasa merasa bersyukur kerana hidup

21

dalam suasana aman damai. Ini penting supaya mereka sentiasa berusaha untuk menjaga
keamanan negara. Justeru, semangat nasionalisme harus sentiasa subur demi kedaulatan
negara tercinta.
7.0 Cabaran dan langkah memupuk semangat nasionalisme
7.1 Cabaran yang dihadapi oleh negara dalam usaha memupuk semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat
Cabaran yang dihadapi dalam usaha memupuk semangat nasionalisme adalah
kesukaran mengukuhkan perpaduan di Malaysia kerana kepelbagaian kaum yang terdapat
dalam negara.
Selain itu pengaruh budaya luar yang negatif juga menyebabkan kurangnya semangat
nasionalisme. Ini kerana mereka lebih tertarik dengan budaya luar berbanding budaya
sendiri, Perkembangan teknologi yang melalaikan juga menyebabkan kurangnya semangat
nasionalisme terutama dalam kalangan remaja. Mereka lebih suka berhibur daripada
membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah negara.
Disamping itu, kurangnya program-program yang berunsur patriotisme turut
menyebabkan semangat nasionalisme kurang dihayati.
Akhir sekali wujudnya jurang perbezaan pendidikan seperti memilih sekolah mengikut
kelompok kaum masing-masing. Ini menyebabkan sukarnya untuk mewujudkan semangat
nasionalisme dalam diri pelajar.
7.2 Langkah-langkah mengatasi cabaran memupuk semangat nasionalisme
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk semangat nasionalisme
dalam kalangan rakyat adalah semua rakyat haruslah mengukuhkan perpaduan. Contohnya
menjayakan konsep 1 Malaysia untuk menyatupadukan semua kaum dan menwujudkan
perpaduan.
Selain itu pihak yang berkenaan, seperti pihak media haruslah menapis pengaruh
budaya luar yang negatif sebelum disiarkan. Rakyat juga haruslah bijak memilih maklumat
yang disampaikan. Seterusnya ibu bapa haruslah memantau penggunaan teknologi supaya
anak-anak hanya mengakses maklumat yang positif dan bermanfaat. Ini penting supaya
anak-anak mempunyai ilmu pengetahuan tanpa mengenepikan nilai-nilai murni seperti
berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Kerajaan seharusnya meningkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk
menganjurkan program-program berunsurkan nasionalisme. Contohnya, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah bekerjasama dengan Persatuan Sejarah Malaysia menganjurkan

22

pertandingan Galeri Sejarah Sekolah. Ini penting untuk memupuk semangat cintakan
sekolah dan tokoh-tokoh tempatan.
Akhir sekali menubuhkan sekolah wawasan yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Sekolah ini dapat memupuk semangat nasionalisme kerana para pelajar boleh bergaul dan
bekerjasama tanpa mengira kaum dan agama. Ini penting supaya pelajar saling hormatimenghormati dan memahami budaya serta cara hidup kaum-kaum di negara ini.
8.0 Faktor-faktor dan kesan-kesan semangat nasionalisme semakin luntur
8.1 Faktor-faktor semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi
muda pada hari ini
Semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi muda hari ini adalah
disebabkan generasi muda kini tidak mempunyai semangat cinta akan tanah air. Mereka
juga tidak memahami maksud sebenar patriotisme. Selain itu, generasi muda juga mudah
terpengaruh dengan anasir-anasir yang negatif dari media massa ataupun elektronik.
Generasi muda juga terlalu leka dengan lambakan hiburan yang menyeronokkan. Di
samping itu,generasi muda turut terpengaruh dengan budaya asing yang kini semakin
berleluasa di negara kita. Seterusnya, kurang didikan agama dan kesedaran sivik juga
menyebabkan semangat nasionalisme semakin luntur dalam jiwa generasi muda.
Selain itu, sikap suka mementingkan diri sendiri juga antara sebabnya. Tidak dapat
dinafikan bahawa semangat nasionalisme juga semakin luntur kerana generasi muda kini
tidak memahami konsep Rukun Negara. Generasi muda juga kurang menghayati
perjuangan tokoh-tokoh tempatan. Seterusnya, kurangnya ilmu pengetahuan turut
menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam diri generasi muda kini.
8.2 Kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung.
Kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung ialah generasi muda akan
berpecah belah. Selain itu, keamanan dan keharmonian negara juga akan terancam.
Seterusnya, lahirnya individu yang mementingkan diri sendiri.
Di samping itu, generasi muda juga akan hilang jati diri. Seterusnya, minda generasi
muda akan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar. Gejala sosial dalam kalangan
generasi muda turut meningkat dan sukar dibendung.
Selain itu, perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia tidak akan wujud. Generasi muda
juga tidak akan menghormati Rukun Negara. Seterusnya, pertahanan negara akan tergugat.
Malahan hasrat untuk mencapai Wawasan 2020, kemungkinan tidak akan tercapai.

23

9.0 Menghayati Iktibar dan nilai daripada perjuangan tokoh


Antara iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa menunjukkan kecintaan
kepada negara untuk mengekalkan kedaulatan negara. Selain itu, kita haruslah
bekerjasama dalam mencapai matlamat negara. Kita juga perlu berganding bahu untuk
membangunkan negara supaya setanding dengan negara-negara maju. Seterusnya, kita
mestilah berani dan tabah menghadapi cabaran. Di samping itu, kita haruslah setia kepada
pemimpin dan berhati-hati dengan orang asing supaya negara kita tidak lagi dijajah semula.
Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa menunjukkan semangat kekitaan
dan kesamarataan dalam apa jua tindakan yang dilakukan. Selain itu, kita perlu
menunjukkan kerjasama dan hidup saling hormat-menghormati di antara pelbagai kaum di
Malaysia. Kita juga perlu menunjukkan nilai menghargai dan menghormati agama kaum lain.
Kita juga sentiasa saling memahami dan bertoleransi dalam apa jua perkara yang dilakukan.
Selain itu, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita perlu bersifat
terbuka dengan menyokong perubahan yang membawa kebaikan seperti pembangunan
negara. Selain itu, perpaduan harus diamalkan sepanjang masa supaya keamanan negara
dapat dikekalkan. Kita perlu berbangga dengan keunikan negara yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan budaya. Akhir sekali kita juga wajar menunjukkan penghormatan
terhadap kepimpinan negara dan sentiasa bersyukur dengan kemerdekaan yang telah
dicapai.
Rumusan
Antara Pengetahuan yang saya perolehi ialah mengetahui usaha pemimpin tempatan
menentang penjajah British. Penentangan ini didorong oleh hasrat membebaskan negara
daripada kuasa penjajah. Akhirnya muncullah ramai pemimpin tempatan daripada pelbagai
latar belakang menentang penjajah yang mendatangkan pelbagai kesulitan kepada
penduduk tempatan dari aspek politik, ekonomi dan sosial.
Antara nilai murni yang dapat diterapkan ialah semangat juang yang kental dalam
mempertahankan tanah air. Selain itu mempertahankan kedaulatan negara dengan
menerapkan sikap berani menentang musuh. Di samping itu, memiliki jati diri yang tinggi
agar tidak mudah menerima pengaruh luar. Selanjutnya tidak mudah berputus asa dengan
menunjukkan semangat setia negara yang tinggi. Akhirnya kesanggupan bekorban demi
agama, bangsa dan negara dengan mengetepikan kepentingan diri.
Antara unsur patriotik yang boleh diterapkan dalam diri ialah cinta akan negara yang
tinggi dan sanggup berkorban untuk negara. Contohnya penentangan Tok Janggut yang
sanggup berjuang walaupun terpaksa ditangkap dan dihukum mati.

24

Harapan saya agar rakyat Malaysia hendaklah memperkukuh semangat nasionalisme


yang tinggi. Hal ini juga, supaya dapat mempertahankan negara daripada campur tangan
kuasa asing dan seterusnya dapat mengekalkan kedaulatan negara. Akhir sekali semoga
rakyat Malaysia saling menghormati antara satu sama lain untuk mewujudkan keamanan.
Panduan Menjawab Soalan KBAT
Teknik: Easy Body KBAT
Perkongsian: Cikgu Hanita binti Ladjaharun
SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

25

Teknik: Impak Positif


Perkongsian: Cikgu Hanita binti Ladjaharun
SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
Sesuai untuk soalan yang berkaitan kepentingan / kebaikan / faedah / manfaat dari
pengamalan penghayatan atau kesan
1.

Keamanan / Keharmonian

2.

Perpaduan

3.

Tolak ansur

4.

Kestabilan politik

5.

Memajukan ekonomi

6.

Menjamin hak asasi

7.

Kemajuan pendidikan

8.

Tumpuan pelancong

9.

Dihormati/ disegani

10.

Mengekalkan Kedaulatan

11.

Melaksanakan dasar-dasar kerajaan

Teknik: Kad Jawapan Ajaib


Perkongsian: Cikgu Hanita binti Ladjaharun
SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
1. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk menguasai pelbegai ilmu
pengetahuan seperti sejarah, sains, matematik, dan geografi.
2. Saya akan berusaha kuasai pelbagai kemahiran seperti teknologi maklumat dan
bahasa.
3. Saya mengamalkan akhlak mulia dan nilai-nilai murni seperi bersopan santun
dan menghormati orang lain.
4. Saya akan patuhi segala ajaran agama dengan melakukan kebaikan dan
meninggalkan segala kejahatan yang dilarang.
5. Saya akan berdisiplin dengan mematuhi segala peraturan dan undang-undang.
6. Saya akan sokong dan melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan oleh
pemimpin negara.
7. Saya akan mengamalkan hidup bertolak ansur agar hidup bersatu padu dalam
pelbagai kaum.
8. Saya akan menguatkan jati diri dengan menghormati dan mengamalkan rukun
negara dan lambang-lambang negara

26

Teknik: Lagu Sejarahku Gemilang


Hak cipta: Cikgu Yusuff bin Ahmad @ Harun
SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong, Perak
NILAI

NILAI

1.

Tabah

19.

Satu tekad

2.

Berani

20.

Satu semangat

3.

Bertoleransi

21.

Berdaulat

4.

Cintakan negara

22.

Patuh pada Tuhan

5.

Budi pekerti

23.

Patuh undang-undang

6.

Setia pada raja negara

24.

Kesopanan

7.

Perpaduan

25.

Kesusilaan

8.

Wawasan

26.

Ketaatan

9.

Akhlak mulia

27.

Semangat patriotik

10.

Sanggup berkorban

28.

Kreatif

11.

Sabar

29.

Inovatif

12.

Keamanan

20.

Produktif

13.

Bekerjasama

21.

Guna teknologi

14.

Tolong-menolong

22.

Tambahkan ilmu

15.

Tanggungjawab

23.

Kestabilan

16.

Cintakan alam

24.

Keamanan

17.

Kitar semula

25.

Bersatu hati

18.

Majukan ekonomi

You might also like