You are on page 1of 2

v

ABSTRAK

Pada masa kini industri minyak dan gas di Malaysia berkembang dengan pesat
seiring dengan pembangunan negara. Industri minyak dan gas merupakan salah satu
sumber ekonomi yang banyak menyumbang kepada pendapatan negara. Selain itu
industri minyak dan gas ini juga banyak membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat
setempat kita dan ini serbah sedikit dapat mengurangkan pengangguran masyarakat kita
terutamanya bagi para pelajar yang baru menamatkan pengajian mereka. Seperti industri
pembinaan yang lain, industri minyak dan gas juga menjalankan aktiviti-aktiviti
pembinaan, dan memerlukan perancangan serta pengurusan tapak bina yang sangat
sistematik bagi memastikan kejayaan sesuatu pembinaan siap pada masa yang telah
ditetap. Perancangan dan pengurusan tapak bina terutamanya dalam industri minyak dan
gas adalah sangat penting dan perlu diambil berat. Kajian yang dijalankan dalam kertas
projek ini adalah berkaitan pengurusan tapak bina bagi projek minyak dan gas di
Sipitang Sabah. Objektif pertama ialah mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam
pengurusan tapak pembinaan bagi projek minyak dan gas di Sipitang yang sebahagian
besar memberi kesan kepada pelaksanaan kerja di tapak bina dan objektif kedua ialah
menentukan penyelesaian masalah dalam pengurusan di tapak bina. Kajian ini
mendapati dengan mengenal pasti masalah berkaitan pengurusan di tapak bina iaitu dari
segi pengurusan pekerja, bahan binaan, loji dan jentera, kewangan serta masa akan
menghasilkan bidang kerja yang berkualiti. Masalah ini dapat diatasi dengan mengenal
pasti langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah ini agar projek dapat berjalan
dengan lancar dan mengelak daripada projek sakit.

vi
ABSTRACT

Nowadays oil and gas industry in Malaysia developed rapidly in line with
development of the nation. Oil and gas industry is one of the main economy sources that
contribute much to national income. Apart from that, oil and gas industry also offers so
many job opportunities to our local community and this slovenly a little can reduce our
society unemployment especially for students that just finished their studies. Like others
construction industry, oil and gas also conducted construction activities which involves
planning and systematic site management that to ensure completion of the construction
complete within fixed time. Planning and site management is very important especially
in this oil and gas industry and need to be taken extremely. The researches that have
been carried out in this project are related to the site management for oil and gas project
in Sipitang Sabah. First objective is to identify problems faced in construction site
management for oil and gas project in Sipitang that most affect work implementation on
site and the second objective is the determination to solve management problem that
occur in site management. This research found that, by identify the problem related to
the management namely from aspect of workers management, building material, plant
and machinery, finance and time will produce quality in the organization. This problem
can be overcame by identifying steps in resolving this problem so that project can run
smoothly and shied away from ill project.
.

You might also like