You are on page 1of 4

NURSYAZWANI BT ADANG

910413-11-5256
124008
PISMP SAINS 1 SEM 5/2013

Bilangan Jurnal

Minggu Pratikum

Tarikh Peristiwa / Kejadian

7 April 11 April 2013

Tajuk/Fokus/Isu

Masalah Pengurusan Masa Time


Management

1. Masalah
Pembelajaran pelajar dapat berlaku dengan berkesan sekiranya guru berjaya
mengendalikan aktiviti pengajaran dengan teratur di samping memberi arahan dan
agihan tugas dengan jelas. Kejayaan pengendalian pengajaran dan pembelajaran
boleh dicapai sekiranya guru dapat mengurusnya dengan cekap. Menurut Charles
dan Senter (2002), pengurusan adalah amat penting dalam pengajaran, tanpanya
pengajaran akan gagal atau sukar berlaku. Pada minggu ini, saya telah menghadapi
masalah pengurusan masa time management. Korweit (1989), menyatakan jika
terlalu sedikit masa digunakan dalam pengajaran, subjek tersebut sukar dipelajari.
Oleh yang demikian, lebih banyak masa digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran, lebih banyak kesan positif dalam pencapaian pelajar. Aspek yang
terpenting dalam pengurursan masa ialah masa dalam kawalan guru iaitu
penggunaan masa yang berkesan dalam bilik darjah. Sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran, saya menghadapi masalah dalam melaksanakan sesi pengajaran
dan pembelajaran mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Saya kekurangan 10-15
minit sesi pengajaran dan pembelajaran, sesi pengajaran dan pembelajaran saya
tamat awal.
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana saya tidak mengikut seperti yang dirancang. Selain itu,
saya melaksanakan dalam tempoh tergesa-gesa. Seharusnya saya lebih cekap
dalam merancang persediaan pengajaran dan pembelajaran. Pengendalian aktiviti
memerlukan guru bertindak sebagai pengurus yang cekap. Ini kerana walaupun
proses pengajaran dan pembelajaran telah dirancang dengan baik, suasana
pembelajaran akan menjadi kelam kabut jika ianya tidak dikendali dan diurus

NURSYAZWANI BT ADANG
910413-11-5256
124008
PISMP SAINS 1 SEM 5/2013

dengan baik (Jones & Harty 1981; Packard & Race 2000). Ketidakcekapan guru
mengagihkan masa juga menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak
sempat dihabiskan seperti yang dilaporkan oleh Denis (1994), McBride et al. (2004)
dan Wilkinson dan Ward (1997).
3. Cadangan Untuk Memperbaiki
Bagi memastikan masa yang diperuntukkan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran sains dapat digunakan dengan berkesan serta pelajar terlibat
sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran sains, dicadangkan guru sains:
a) Memastikan pelajar sampai awal ke makmal atau kelas.
b) Membahagi pelajar kepada beberapa kumpulan kecil.
c) Menjelaskan agihan tugas setiap pelajar dalam kumpulan
d) Memberi penerangan isi pelajaran yang lengkap
e) Menunjukkan cara penggunaan peralatan yang diperlukan
f) Menekankan aspek kerjasama dalam kumpulan
g) Mengingatkan had masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti.
h) Mengingatkan supaya membuat kerja amali dengan cepat
i) Mengawal aktiviti pelajar
j) Membuat perbincangan isi pelajaran.

4. Tempoh Masa
Saya akan memastikan masalah time management ini dapat diselesaikan dengan
baik. Pengurusan kawalan masa yang baik perlu bagi memastikan kelancaran
proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi,
objektif dan hasil pembelajaran pada sesuatu pengajaran tidak akan tercapai.
Tambahan lagi, ia untuk memastikan murid-murid memahami sesuatu isi pelajaran.
5. Penilaian Kejayaan
Dengan kerjasama guru pembimbing dan juga guru kelas ini, saya akan meminta
pandangan dalam menyelesaikan masalah ini. Dengan bantuan rakan sebaya
dalam memberi penilaian tentang kejayaan saya dalam pengurusan kawalan kelas.

NURSYAZWANI BT ADANG
910413-11-5256
124008
PISMP SAINS 1 SEM 5/2013

Saya juga akan lebih peka dengan tempoh masa yang saya rancangkan dapat
dilaksanakan dengan lebih baik.
6. Tindakan Susulan
Sebelum saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, saya memastikan
perkara yang saya rancangkan dapat dilaksanakan dengan baik dan mengikut
aspek yang dirancang. Hal ini untuk memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dalam tempoh yang ditetapkan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama

Nama

Tarikh

Tarikh

RUJUKAN :
Aizzat Mohd. Nasurdin, Intan Osman & Zainal Ariffin Ahmad. 2006. Pengantar
Pengurusan. Universiti Sains Malaysia: Utusan Publications& Distributors Sdn. Bhd.
Bell, R. L., Smetana, L. & Binns, I. 2005. Simplifying Inquiry Instruction. The Science
Teacher. 72(10) : 30 33.

NURSYAZWANI BT ADANG
910413-11-5256
124008
PISMP SAINS 1 SEM 5/2013

Carin, A.A. & Bass, J.E. 2001. Teaching Science as Inquiry. 9th.Ed. Upper Saddler
River, New Jersey: Merrill Prentice Hall.
Weistein, C.S. 1996. Secondary Classroom Management: Lessons from Research and
Practice. Boston: McGraw Hill.
Wilkinson.J & Ward. M. 1997. A Comparative Study of Students and Their Teachers
Perceptions of Laboratory Work in Secondary Schools. Research in Science Education,
27 (4): 599-610.

You might also like