You are on page 1of 3

Tamadun India

Sistem Ekonomi
Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian, perdagangan dan perusahaan. Pada zaman
tamadun awal di Lembah Indus, tanaman kapas diusahakan. Kemudian muncul
perusahan memintal kapas. Di kawasan Harappa penduduk telah menanam barli,
kacang, gandum dan kapas. Mereka juga menternak ayam, kambing, kerbau, unta,
gajah , anjing dan khinzir.Roda digunakan sebagai kincir air untuk mengangkut air dari
sungai. Empayar Maurya di bawah Chandragupta Maurya telah membenarkan petanipetani menggunakan tanah milik kerajaan untuk kegiatan pertanian dan 1/3 daripada
hasil perkapita mestilah diserahkan kepada kerajaan. Beliau juga membina sistem
pengairan untuk meningkatkan lagi pengeluaran hasil pertanian. Semasa pemerintahan
Asoka, sistem ekonomi diperkemaskan lagi dengan menyuruh golongan Sudra
membersihkan tanah baru untuk dijadikan kawasan pertanian Perusahaan utamanya
ialah menenum kain kapas, pertukangan gangsa, tembaga, emas, perak dan. tembikar
(tanah liat). Di peringkat antara bangsa, India telah membuat hubungan perdagangan
dengan Mesopotamia, Parsi, Saurashtra, Rajasthan, Afghanistan, Tibet,dan Asia
Tengah. India telah mengimport kulit siput (dari Saurashtra dan Deccan), gangsa (dari
Parsi), perak , firus, dan lapis lazuli (dari Parsi dan Afghanistan) dan batu jed (dari Tibet
dan Asia Tengah).
Kain tenun merupakan eksport utama tamadun ini di samping alat-alatan daripada
gangsa, emas, tembaga, perak dantanah liat. Pada zaman Maurya, perdagangan
peringkat antara bangwsa bertambah aktif. Perdagangan melibatkan negara-negara
Greek, Ceylon, Timur Tengah, China dan Asia Tenggara. Perdagangan dengan Asia
Barat ialah melalui laut. Perlombongan turut diusahakan seperti emas, perak dan
tembaga. Di laut mereka mengusahakan kutipan mutiara, berlian dan garam. Orang
India Selatan merupakan peniaga yang giat menjalankan perniagaan dengan dunia
luar.

FOOT NOTES
-Chandragupta Maurya ( Sanskrit: Candragupta Maurya , 340 SM - 297 SM) =====)
merupakan pengasas Empayar Maurya dan maharaja pertama untuk menyatukan
kebanyakan Greater India ke dalam satu negeri. Beliau memerintah dari 324 BCE
sehingga persaraan sukarela dan pelepasan memihak kepada anaknya, Bindusara , di
297 SM.

-Sudra ======) golongan karya seseorang yang bila hendak melaksanakan profesinya
sepenuhnya mengandalkan kekuatan jasmaniah, ketaatan, kepolosan, keluguan, serta
bakat ketekunannya. Tugas utamanya adalah berkaitan langsung dengan tugas-tugas
memakmurkan masyarakat negara dan umat manusia atas petunjuk-petunjuk golongan
karya di atasnya, seperti menjadi buruh, tukang, pekerja kasar, petani, pelayan,
nelayan, penjaga, dll.

RUJUKAN
1.Hashim bin Musa, 1997. "Konsep Tamadun dan Peranan Tamadun Melayu Islam
dalam Pembinaan Tamadun Dunia dalam Era Globalisasi" (The Concept of Civilization
and the Role of Malay-Islamic Civilization in the Development of World Civilization in the
Globalization Era)", paper presented at Forum Universiti Malaya-Universiti Sumatera
Utara: Nilai Melayu dalam Era Globalisasi, organized by Academi Pengajian Melayu
Universiti Malaya and Universiti Sumatera Utara, at the Universiti Malaya Kuala Lumpur,
3-4 January, 1997.(Buku)
2.Hashim bin Hj Musa, 2001 Pertalian Tamadun India dan China dalam Bahasa dan
Kebudayaan Melayu, dalamJurnal Pengajian Malayu Jilid 10, Akademi Pengajian
Melayu, Universiti Malaya.(Jurnal)

3.Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun ditulis oleh
Penyelenggara : Esa Khalid dan Mohd. Azhar Abd. Hamid ,2010 , Beberapa Aspek
Tamadun Melayu, India, China dan Jepun ,Penerbit Universiti Teknologi Malaysia .

4.Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia Utusan Publication &
Distributors Sdn.Bhd(Buku)

5.Sivachandralingam Sundara Raja Dan Ayadurai Letchumanan (200). Tamadun Dunia.


Fajar Bakti Sdn.Bhd(Buku)

You might also like