You are on page 1of 10

ISI KANDUNGAN

BIL
1

TAJUK
PENDAHULUAN

MUKA SURAT
1

PENGENALAN SENI ANYAMAN

3.

SENI ANYAMAN MASYARAKAT MELAYU


3.1 Jenis-jenis Anyaman Masyarakat Melayu

2
3

3.1.1. Anyaman Tikar

3.1.2. Anyaman Rombong

3.1.3. Anyaman Tudung Saji

4.

SEMIOTIK PADA MOTIF ANYAMAN


4.1 Jenis-jenis motif anyaman

5
6

5.

KESIMPULAN

6.

RUJUKAN

SENI ANYAMAN MASYARAKT MELAYU

1. PENDAHULUAN

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan


masyarakat di Malaysia. Aktiviti menganyam adalah satu cabang kerajinan yang telah lama
kewujudannya. Menganyam merupakan suatu kegiatan menjalin bahan yang berbentuk
pita sehingga satu sama lainnya salingkuat dan membentuk motif-motif tertentu.
Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada
tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan
tumbuh-tumbuhan yang boleh digunakan dalam anayaman ialah lidi, rotan, akar, bilah,
pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang telah dikeringkan. Corak
anyaman mempunyai rupa bentuk yang bentuk yang bernilai seni. Ragam hias pada
anyaman mengkuang dan pada pandan misalnya, merupakan ciptaan daripada motifmotif tertentu yang dimanifestasikan daripada keindahan semula jadi. Kepelbagaian
penghasilan produk ini memaparkan keunikan seni kraftangan masyarakat di Malaysia
yang dianggap seni kraf yang unik di rantau Asia.

2. PENGENALAN SENI AYAMAN

Seni ayaman merupakan kegiatan masyarakat Melayu yang masi dikagumi dan
digemari sehingga ke hari ini. Anyaman adalah salah satu daripada pelbagai teknik yang
digunakan dalam penghasilan kraf dan seni tekstil masyarakat Melayu. Seni anyaman
dapat dikenali dengan anyaman angkat yang mana teknik mengayam dalam aktiviti
mengikat helaian atau bilah anyaman satu, dua, tiga atau empat bagi mewujudkan mata
1

anyaman atau dikenali juga sebagai motif. Anyaman merupakan teknik-teknik dalam
menjalur helaian bilah daun, lidi, rotan, akar, buluh atau beberapa jenis tumbuhan lain
dengan cara menyusun secara bersilang diantara satu helaian dengan helaian yang lain.
Anyaman juga mengajar kita erti menghasilkan barangan yang dapat digunakan dalam
kehidupan seharian menggunakan daya kreativiti yang sangat tinggi (Siti Zainon Ismail,
1989). Selain itu, seni anyaman mengajar kita mendalami makna disebalik penghasilan
barangan yang telah dihasilkan oleh masyarakat terdahulu bukan sesuatu yang sia-sia
sahaja. Penghasilan anyaman turut mengetengahkan kontek budaya masyarakat melayu
secara tersirat yang membicarakan tentang adat resam, pantang larang dan nilai budi
pekerti.

3. SENI AYAMAN MASYARAKAT MELAYU

Anyaman masyarakat Melayu terbahagi kepada dua jenis iaitu anyaman yang
menggunakan kerangka bagi mengukuhkannya dengan anyaman yang tidak menggunakan
kerangka.

Penggunaan kerangka pada sesuatu anyaman membuat anyaman tersebut

menjadi lebih kukuh dan tahan lasak dengan menggunakan teknik pengulangan proses
anyaman. Tambahan lagi, anyaman Melayu tidak mempunyai corak yang spesifik seperti
anyaman kelarai kerana biasanya anyaman tersebut mempunyai corak yang tidak menentu
dimana akan terhasil pada permukaan anyaman tersebut. Selain itu, pelbagai rekacorak
dapat dihasilkan seperti kapal, kelawar dan sebagainya. Pemakaian rangka turut
memudahkan lagi proses menghasilkan corak jika dibandingkan dengan yang tiada
kerangka kerana penghasilan anyaman adalah mendatar. Apabila proses mengayam
dijalankan ia akan menurun kebawah secara sekata dan tidak akan mendapat corak yang

sama seperti sebelumnya. Seterusnya akan menghasilkan bentuk mahupun corak yang
berpecah.

3.1.

Jenis-jenis Anyaman Masyarakat Melayu

Terdapat tiga jenis anyaman Melayu yang terdiri daripada anyaman tikar, anyaman
rombong (bakul) dan anyaman tudung saji. Kita akan lebih menumpukan pada penggunaan
motif, rekacorak dan pengaruh penghasilannya dalam budaya anyaman tradisi sehingga
menghasilkan pelbagai jenis barangan anyaman warisan melayu yang mempunyai nilai
estetik yang tinggi.

3.1.1. Anyaman Tikar


Pada kebiasaannya anyaman Melayu lebih banyak dihasilkan pada anyaman
rombong yang mana ia merujuk kepada bekas barang dan jarang dihasilkan sebagai
hamparan tikar. Pada kebiasaannya anyaman tikar dijadikan sebagai barangan
perhiasan dinding, hadiah mahupun cenderamata. Kebanyakkannya digunakan bagi
urusan diplomatik bertujuan memperkenalkan hasil seni masyarakat melayu kepada
orang luar.

Gambar 1: Contoh Anyaman Tikar Melayu

3.1.2. Anyaman Rombong


Anyaman Rombong merupakan seni anyaman yang boleh didapati negeri Melaka.
Anyaman Rombong kebiasaannya digunakan sebagai tempat menyimpan makanan
dan juga tempat memyimpan barang. Tambahan lagi, anyaman Rombong dapat
dihasilkan dari proses persilangan helaian daun dan seterusnya akan menghasilkan
pertindihan diantara helaian daun pertama dengan helaian daun yang lain. Proses
ini dapat mengukuhkan reka bentuk anyaman dan juga meningkat ketahanan
produk yang dihasilkan dari segi rangka supaya kualiti reka bentuk tidak terjejas
untuk jangka masa yang lama. Selain itu, proses persilangan daun juga dapat
menghasilkan motif bunga bintang.

Gambar 2: Contoh Anyaman Rombong


(Bakul)
Terdapat jg motif-motif yang lain dapat dilihat pada anyaman Rombong kerana
motif-motif yang menghiasi pada anyaman tersebut bergantung pada cita rasa
pembuatnya.

Motif yang dihasilkan juga dijadikan sebagai perhiasan pada

sebarang permukaan anyaman bertujuan mencantikkannya.

3.1.3. Anyaman tudung saji


Tudung saji merupakan hasil kraftangan masyarakat Melayu yang kebiasaannya
dihasilkan daripada daun mengkuang, pandan, rotan atau buluh. Anyaman Melayu
pada tudung saji pula mempunyai kerangka disamping boleh menghasil dan
mengubah warna.

Pengunaan kerangka pada tudung saji memudahkan proses

menghasilkan corak jika bandingkan dengan tudung saji tanpa kerangka yang
dimana penghasilan anyaman adalah mendatar.

Gambar 3: Contoh Anyaman Tudung Saji


(Motif corak kapal)

4. SEMIOTIK PADA MOTIF ANYAMAN

Kesenian dalam anyaman Melayu tidak akan sempurna tanpa penggunan motif-motif pada
anyaman tersebut. Motif tradisi Melayu terbahagi kepada dua bahagian utama ialah motif
hias dan motif penyudah yang bertindak sebagai perhiasan pada sesuatu objek.

Penghasilan sesuatu motif juga mempunyai kaitan rapat serta pengaruh dengan adat resam
yang diwarisi daripada pelbagai rumpun dan keturunan Melayu khususnya.

Tanpa motif masyarakat tidak akan mengenali identity sesuatu bangsa dan etnik
tersebut. Sesuatu bangsa itu akan dikenali melalui keunikan dan perbezaan motif-motif
yang menunjukkan nilai kepandaian dan kepakaran sesuatu bangsa itu dalam menghasilkan
sesuatu seni yang memukau dan dikagumi oleh setiap orang. Oleh itu, semiotik dapat
dilihat pada hiasan motif yang mana dapat membezakan jenis-jenis kesenian yang terdapat
di setiap tempat, daerah dan negeri di Malaysia.

4.1.

Jenis-jenis Motif Anyaman

Anyaman Melayu mempunyai motif-motif yang tertentu digunakan pada pelbagai


jenis anyaman. Motif yang dihasilkan menggunakan bentuk enam segi, kapal, bunga dan
binatang.

Keunikan pada motif-motfi tersebut menjelaskan penganyam pada zaman

dahulu mempunyai pemikiran yang kreatif dan berpandangan jauh.

Motif Tradisional

Motif Baba Nyonya

Kebanyakan motif yang digunakan oleh masyarakat Melayu dalam seni anayaman berkait
rapat dengan alam semulajadi dimana mereka menjadikan alam sebagai idea dalam
menghasilkan kerja bermutu tinggi. Pengunaan elemen alam semula jadi menjadikan
manusia hidup penuh dengan keamanan serta dapat mengecapi ketenangan yang abadi
sehingga lupa tentang kesukaran hidup.

Gambar 4: Contoh tudung saji yang menggunakan motif


Baba Nyonya

Salah satu contoh yang kita dapat lihat pada tudung saji baba nyoya yang terdapat di
Melaka.

Tudung saji tersebut menggunakan motif bunga api dimana motif tersebut

mengambarkan tradisi masyarakat baba nyoya yang akan membakar bunga api pada waktu
malam hari sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Pembakaran bunga api akan

menghasilkan percikan kilauan bunga api di langit mungkin dijadikan sebagai inspirasi
timbulnya anyaman bermotifkan bunga api.

KESIMPULAN

Kebanyakkan motif-motif yang dihasilkan daripada zaman dahulu masih kekal


digunakan pada anyaman masa kini. Semiotik pada motif anyaman Melayu dapat
mendekatkan masyarakat hari ini dengan terminologi dan makna disebalik kepelbagaian
jenis motif yang dihasilkan. Namun begitu, pengetahuan tentang motif anyaman masih
perlu disebarkan supaya generasi masa kini dapat mengetahui dengan lebih mendalam
jenis-jenis motif Anyaman Melayu. Disamping itu dapat mengetahui makna disebalik
penghasilan motif yang mana ia dapat meningkatkan daya kreativiti masyarakat dalam
menghasilkan sesuatu produk seni.

RUJUKAN

i.

Siti Zainon Ismaul (1989) Percikan Seni Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka

ii.

Sartini, N. W. (2010). Tinjauan Teoritik tentang Semiotik. Jurnal Masyarakat


Kebudayaan dan Politik

iii.

Ami Masra (Ogos 1983) Pantai Timur kaya dengan kraftangan, Alam Wanita.

iv.

Abdul Halim Nasir (1987), Traditional Malay Wood Carving. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa & Pustaka.

You might also like