You are on page 1of 3

REFLEKSI AMALI GERKO OLAHRAGA WAJ 3112

Bagi menyempurnakan Amali Gerko Olahrga WAJ 3112, kami pelajar semester 5 telah
melaksanakan tiga aktiviti Iaitu Kejohanan Olahraga Tahunan, larian 7 km, dan sukantara di
mana kami harus menjadi pengelola dan pengurus ketiga-tiga aktiviti tersebut sebagai salah
satu aktiviti institut. Kami telah membahagikan tugas serta jawatankuasa bagi setiap aktiviti
mengikut kelas memandangkan ketiga-tiga aktiviti ini adalah tugasan wajib bagi pelajar
semester 5 dan setiapa pelajar harus mengambil bahagian dalam urusan pengelolaan untuk
subjek WAJ 3112.
Larian 7km yang diadakan pada 19 Januari 2013 telah dikelola oleh pelajar semester 5
jurusan bahasa inggeris ( TESL) bertempat di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu
Khas. Larian ini diwajibkan untuk pelajar semester 5 untuk menajdi peserta dan saya telah
mendapat tempat ke 12 dalam larian ini. Walaupun larian ini hanya diwajibkan untuk pelajar
semester 5, ia telah mendapat sambutan daripada ramai pelajar daripada IPG semester lain,
pensyarah dan kakitangan institut. Ini membuktikan bahawa aktiviti seperti ini sangat bagus dan
memberi kesan yang positif dalam kalangan warga kampus. Antara kelemahan yang saya
perhatikan untuk aktiviti ini ialah kekurangan publisiti untuk menarik lebih ramai lagi warga
kampus untuk menyertai aktiviti ini. Walaubagaimanapun, aktiviti ini berjalan dengan lancar
hasil kerjasama yang padu dan tahniah diucapkan kepada pelajar TESL.
Sukantara pula telah dikendalikan oleh Pelajar Jurusan Pendidikan Khas Dan Kajian
Sosial yang berlangsung selama 4 hari iaitu dari 25 hingga 28 Februari 2013. Sukantara ini juga
turut diadakan di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas pada sebelah petang
untuk tidak mengganggu waktu pembelajaran. Sukantara ini diwajibkan bagi semua pelajar IPG
bagi menyumbang mata kepada rumah maisng-masing yang terdiri daripada 4 buah rumah
sukan iaitu Ikhlas, Padu, Maju, Kamil. Faktor cuaca yang tidak menentu telah menjadi satu
halangan besar bagi kumpulan ini dalam mengelola sukan tersebut. Namun, hasil usaha serta
kerjasama yang dapat dilihat pada mereka, akhirnya sukantara tersebut telah berjaya
diselesaikan dengan jayanya walaupun terdapat sedikit masalah tentang kehadiran pelajar yang
tidak menggalakkan. Hal ini mungkin boleh diatasi dengan mengambil tindakan yang
sewajaranya terhadap pelajar yang tidak hadir sebagai langkah penambabaikkan pada masa
hadapan.,

Pada 16 Mac yang lepas, kejohanan olahraga tahunan (KOT) Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas telah diadakan dengan jayanya di Stadium Mini Seri Permaisuri. Kejohanan
yang berlangsung selama 4 hari tersebut telah dikelola oleh saya dan rakan-rakan selaku
pelajar jurusan Pendidikan Jasmani semester 5. Kejohanan ini juga turut melibatakan Pelajar
Jurusan pendidikan Muzik sebagai pengelola aktiviti. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan yang
wajib di seluruh IPG.
Kejohanan yang melibatkan peringkat akhir dan acara balapan diadakan di stadium mini
tersebut manakala acara padang seperti rejam lembing, lontar peluru, dan lempar cakera serta
acara saringan balapan telah diadakan di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
beberapa hari sebelum hari kemuncak kejohanan olahraga iaitu pada 13, 14, dan 15 Mac 2013.
Hari kemuncak kejohanan olahraga bermula seawal jam 8 pagi dengan acara perbarisan oleh
rumah sukan dan unit beruniform seperti pengakap, pandu puteri, puteri islam, kadet remaja
sekolah dan persatuan bulan sabit merah. Pasukan rumah sukan pula terdiri daripada empat
buah rumah sukan iaitu ikhlas, padu, maju, dan kamil.
Sebagai salah seorang pelajar semester 5, saya telah diberi amanah untuk memegang
jawatankuasa makanan bersama 3 lagi rakan sepanjang kejohanan olahraga tersebut.
Mesyuarat pertama untuk melantik ahli jawatankuasa telah diadakan seawal minggu pertama
persekolahan iaitu awal bulan Januari. Pelbagai persiapan awal telah diadakan selepas masingmasing mendapat tugas berdasarkan jawatan yang telah dilantik untuk memastikan kejohanan
tersebut berjalan dengan lancar. Setiap ketua jawatankuasa masing-masing merancang
persiapan sebelum, semasa dan selepas memandangkan kami sibuk dengan pelbagai kerja
lain lagi yang perlu diselesaikan sebagai seorang pelajar. Untuk memastikan persiapan berjalan
lancar dan berbincang tentang persiapan dan perjalanan kejohanan tersebut, perjumpaan bagi
ahli jawatankuasa diadakan setiap minggu iaitu pada hari Khamis. Bagi saya sebagai
jawatankuasa makanan, saya telah berjumpa dengan pensyarah terlibat iaitu Puan Hasnah
beberapa kali untuk bertanya tentang persiapan makan sepanjang kejohanan tersebut.
Hasil perbincangan daripada pensyarah terlibat, saya diarahkan untuk membuat
tempahan makanan lebih awal daripada pihak kafetaria institut untuk mengelakkan sebarang
kesulitan berlaku. Saya juga telah berbincang bagaimana untuk menguruskan makanan dan
minuman pada keempat-empat hari tersebut. selain itu, Kami juga telah memutuskan beberapa
menu yang akan disediakan untuk para pegawai kejohanan pada hari KOT. Kami juga terpaksa
membuat perbincangan dan berunding bersama kafetaria untuk mendapatkan harga dan menu

terbaik daripada kafetaria berdasarkan kos kewangan yang telah diperuntukkan oleh pihak
insititut.
Semasa kejohanan, saya dan rakan setugas telah menyediakan air dan makanan untuk
kesemua pensayarah dan pegawai yang terlibat. Kami juga belajar bagaimana untuk
menyediakan tempat makan untuk tetamu VIP yang hadir pada hari kejohanan iaitu Timbalan
Rektor IPG , Dr Lee Boon Hua bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah IPG kampus Ilmu
Khas. Kami juga telah mengedar makanan serta air mineral untuk pegawai KOt yang sedang
bertugas pada hari tersebut. Untuk acara padang dan saringan yang diadakan di padang
institut, saya dan rakan-rakan hanya menyediakan air untuk semua para pegawai
memandangkan kekakngan kos peruntukkan dan masa yang agak singkat untuk acara
tersebut. Walaupun mengalami pelbagai masalah dari segi persiapan tempat dan kos yang
diperuntukkan, saya dan rakan setugas berpuas hati kerana ia berjalan lancar hasil rundingan
dengan pihak kafetaria institut. Untuk penambahbaikkan, pelajar harus mendapatkan tajaan
daripada mana-mana pihak seperti Gardenia dan Milo untuk menampung kos makanan.
Untuk KOT saya telah menyertai 4 acara iaitu acara rejam lembing, lempar cakera,
lontar peluru dan tarik tali dan telah berjaya medapat 2 pingat iaitu perak dan gangsa untuk
acara lempar cakera dan tarik tali. Saya amat berpuas hati dengan kelancaran perjalananan
kejohanan tahun ini kerana semua kami telah mendapat kerjasama yang tidak berbelah bahagi
daripada semua pelajar semester 5. Walaubagaiamanapun, antara penambahbaikkan yang
boleh dilakukan pada masa hadapan ialah perancangan dan persiapan yang lebih awal perlu
dilakukan oleh setiap AJK untuk mengelak sebarang kesulitan di saat-saat akhir.

You might also like