You are on page 1of 15

BAB 4 : UKUR KEJURUTERAAN &

UKUR KADASTER.

4.1 PENGENALAN UKUR KEJURUTERAAN

Ukur Kejuruteraan merupakan salah satu bidang ukur yang cukup luas
tafsirannya untuk kerja ukur yang berkaitan dengan skop kejuruteraan.
Ia merupakan asas penting dalam semua kerja rekabentuk dalam
kejuruteraan awam. Semua pengukuran dikaitkan dengan tanda ukur
yang sah seperti tanda sempadan, tanda ukur kawalan, batu tanda
aras, monumen penyegitigaan, monumen GPS dan sebagainya yang
mempunyai nilai kawalan mendatar dan ketinggian. Ukur kejuruteraan
bertujuan untuk memperoleh data-data spatial bumi untuk kegunaan
rekabentuk

kerja-kerja

kejuruteraan

awam

seperti

projek-projek

pembinaan. Ia juga bertujuan dalam kerja pemancangan ( setting out )


struktur binaan kejuruteraan awam kepada parameter-parameter yang
ditetapkan. Selain itu penghasilan pelan yang lengkap juga merupakan
tujuan kerja ukur kejuruteraan. Dalam kerja ukur kejuruteraan datadata sekeliling kawasan pengukuran perlu diambil bagi mendapatkan
butiran-butiran di permukaan bumi. Data perlu diambil dalam bentuk
kordinat X, Y, dan Z dimana Z menunjukkan ketinggian aras laras atau
kedalaman butiran

tersebut.

Bagi mendapatkan bentuk kordinat

seperti ini, kaedah pengukuran trabas dan pengarasan Travese &


Levelling diperlukan.

Kaedah inilah yang

kejuruteraan dan ukur kadaster.

33

membezakan ukur

4.1.1 JENIS-JENIS UKUR KEJURUTERAAN


i-Ukur Rantai.
ii-Ukur Kompas.
iii-Ukur Aras.
iv- Ukur Meja.
v-Ukur Tiodalit.
vi- Ukur Kawalan Mendatar.
vii- Ukur Kawalan Ketinggian.
viii-Penandaan ( monumenting ).
ix- Kerja-kerja pemancangan.
x-Talian paip, parit dan tali air serta talian elektrik.
xi- Ukuran keratan rentas dan keratan memanjang.
xii- Kontor dan pengambilan butiran.
Pengawasan pergerakan struktur-struktur binaan seperti
bangunan.

34

4.2 UKUR ARAS ( LEVELING SURVEY )

4.2.1 PENGENALAN
Ukur aras adalah proses pengukuran bagi menentukan beza tinggi
diantara titik-titik di atas permukaan bumi yang dirujuk kepda datum
dengan mengunakan alat aras dan setaf.

Di antara tujuan atau

kegunaan ukur aras adalah untuk mendapatkan beza tinggi antara dua
titik.

Pengukuran aras juga digunakan dalam pembinaan batu aras

( Bench Mark ) dan batu aras sementara ( Temporary Bench Mark )


untuk sesuatu projek.

Dalam penghasilan peta kontor bagi sesuatu

kawasan pembinaan ukur aras jua diperlukan. Selain itu tujuan ukur
aras

adalah

untuk

mendapatkan

keratan

rentas

dan

memanjang yang menunjukkan profail tanah bagi projek laluan.

35

keratan

Rajah 3. 2. 1.

: Pengukuran aras / beza tinggi antara dua titik.

4.3 PERALATAN UKUR ARAS


4.3.1 ALAT ARAS
Alat aras mempunyai pelbagai jenis bagi menjalankan kerja ukur aras.
Pemilihan alat aras bergantung kepada faktor kos, masa dan ketepatan
pengukuran.

Rajah 3. 2. 2.

: Alat Aras Automatik.

36

Rajah 3. 2. 3.

: Alat Aras Digital.

4.3.2 KAKITIGA ALAT ARAS ( TRIPODS )


Kakitiga alat aras digunakan untuk mendirisiapkan alat aras. Bagi
alat

aras

automatik,

permukaan

kakitiga

adalah

berbentuk

melengkung kerana untuk memudahkan kerja pengarasan dilakukan.


Alat aras dompot pula memerlukan permukaan kakitiga yang rata.

Rajah 3. 2. 4.

: Kakitiga Almunium.

37

Rajah 3. 2. 5.

4.3.3

: Kakitiga Kayu.

SETAF ( STAF )
Setaf yang digunakan dalam ukur aras adalah setaf metrik yang
mana setaf ini boleh dipanjangkan dan dipendekkan.Panjang setaf
ini adalah 4 @ 5meter.

Rajah 3. 2. 6.

: Setaf Aras.

38

4.3.4

GELEMBUNG SETAF ( STAF LEVEL )


Gelembung udara digunakan untuk memastikan setaf didirikan
betul-betul tegak.Ia akan dilekapkan pada sisi setaf.Gelembung ini
dapat membantu ketegakan setaf.

Rajah 3. 2. 7.

4.3.5

: Gelembung Setaf.

PITA UKUR
Pita ukur digunakan untuk mengukur jarak dari alat aras ke setaf.
Jarak antara pandangan belakang dan pandangan hadapan
seelok-eloknya lebih kurang bagi mengelakan selisih kolimantan
alat.

Rajah 3. 2. 8.

: Pita ukur jenis keluli ( steel ) .


39

Rajah 3. 2. 9.

: Pita ukur jenis gentian kaca ( fiberglass ) .

4.4 PROSEDUR KERJA UKUR ARAS ( LEVELLING )

Rajah 3. 2. 10.

: Rajah prosedur ukur aras.

40

i - Alat aras didirisiapkan pada kedudukan I 1.

ii - Ambil bacaan pandangan belakang pada OBM, dimana terdapat situ.


Setaf mesti di pegang secara tegak.

iii - Setaf dipindah ke titik A dan ambil bacaan sebagai pandangan antara.
Kemudian pindahkan setaf ke titik B dan ambil bacaan sebagai pandangan
antara.

iv - Setaf dipindah ke titik C dan bacaan diambil sebagai pandangan hadapan


kerana C adalah titik pindah.

v - Alat aras dipindahkan ke kedudukan I 2. Bacaan baru diambil dari


kedudukan setaf C sebagai pandangan belakang kemudian ambil bacaan
setaf D sebagai pandangan antara.

vi - Manakala setaf E, bacaannya diambil sebagai pandangan hadapan.


adalah titik antara.

vii - Akhir sekali alat aras dipindahkan ke kedudukan I 3. Ambil bacaan setaf E
sebagai pandangan belakang dan bacaan setaf di TBM sebagai
pandangan hadapan. Kedudukan akhir setaf mesti diketahui reduce
level. Butiran sekeliling perlu diambil untuk kegunaan dalam
menghasilkan pelan.

41

4.5

UJIAN PERALATAN UKUR


4.5.1

UJIAN TENTUKUR ( KALIBRASI )


Alat EDM/Total Station bersama prizam hendaklah diuji ditapak
ujian tidak melebihi 3 bulan mengikut Pekeliling Ketua
Pengarah Ukur Bil 3/86. Ujian ini dijalankan ditapak-tapak ujian
yang dibina oleh Jabatan Ukur Dan Pemetaan ( JUPEM ).
Tapak ujian ini mengandungi 10 batang pillar yang dikenali
Base EDM yang dibina dalam satu aris lurus. Nilai jarak Piawai
ini ada disimpan di Jabatan Ukur Dan Pemetaan di negeri
masing-masing di syeksen Topografi. Biasanya tapak ujian ini
terdapat di Jabatan Ukur Dan Pemetaan.

4.5.2

DIFFERENTIAL FIELD TEST


Apabila memulakan kerja baru, juruukur hendaklah
menjalankan differential field test ke atas EDM/Total Station
yang digunakan. Ini adalah untuk memastikan bahawa alat
tersebut masih dalam keadaan baik. Jika perbezaan jarak yang
diambil melebihi +/- 10mm, alat EDM/Total Station yang diuji itu
tidak boleh digunakan. Ianya hendaklah dikenakan ujian
kalibrasi bagi memastikan samada alat dalam keadaan baik.

42

4.5.3

SEMAKAN HARIAN
Juruukur hendaklah mengukur semula garisan terakhir pada
hari sebelumnya. Pengukuran ini dianggap sebagai ujian alat
sahaja. Jika perbezaan melebihi had +/- 10mm, juruukur
hendaklah menjalankan DFT. Semakan harian ini perlu
dijalankan pada tiap-tiap hari kerja yang sama.

4.6 Sistem Penentududukan Global ( GPS )


GPS adalah satu kaedah canggih bagi penentududukan di atas
bumi. Ia mengandungi alat penerima yang boleh menerima isyarat
dari satelit yang dilancarkan ke angkasa lepas khusus untuk tujuan
penentududukan. Data yang diterima dari satelit diproses dengan
komputer bagi mendapatkan nilai posisi sesuatu stesen GPS itu
dalam 3 dimensi. Kaedah ini digunakan untuk meningkatkan mutu
koordinat jaringan titik-titik kawalan yang dahulunya ditentukan
dengan kaedah konvensional

.4.7 CERAPAN MATAHARI

Cerapan matahari dibuat untuk menentukan azimuth akui. Azimuth


akui adalah bering cerapan astronomi dan garisan terabas
berdasarkan utara benar mengikut arah jam yang disahkan betul
untuk digunakan bagi tujuan orentasi ukuran dan pelarasan bering.
Satu cerapan matahari perlu dibuat bagi setiap 30 stesen trabas
untuk memastikan bering yang dibawa adalah betul.

43

4.7.1

PROSEDUR CERAPAN MATAHARI


i- Kedudukan batu sempadan lama ditentukan kedudukannya
terlebih dahulu dengan mengunakan sekurang-kurangnya dua
tanda sempadan lama bagi tujuan mengikat bering.
ii- Alat EDM/Total Station di dirisiapkan pada kedua-dua batu
sempadan lama ( BKL ), manakala prizam diletakkan di bahagian
belakang sebagai tanda rujukan bagi mendapatkan bering dan
jarak.
iii- Setelah bering dan jarak tanda rujukan diketahui cerapan
matahari

boleh dibuat dengan mengahalakan alat EDM/Total

Station ke matahari.
iv- Waktu tempatan direkodkan dan bering ke matahari serta
sudut

pugak dicatatkan.

Cerapan matahari hendaklah

dilakukan sebanyak dua set cerapan yang mengandungi cerapan


penyilang kiri dan penyilang kanan.
v-

Bacaan set pertama mesti dimulakan dengan penyilang kiri


diikuti penyilang kanan. Selepas itu alat EDM/Total Station
hendaklah dihalakan ke tanda rujukan bagi tujuan memastikan
bering
tersebut masih tidak berganjak.

vi-

Seterusnya bacaan set kedua dicatatkan.

vii-

Cerapan matahari boleh dilakukan pada sebelah pagi dan petang


dimana sudut pugak yang dicerap diantara 15-30 darjah.

44

4.7.2

PENGIRAAN BORANG CERAPAN MATAHARI


i-

Pengiraan cerapan matahari boleh dikira dengan cara pengiraan


matematik atau mengunakan Sofware Solar System.

ii-

Nama penilik, hari, tarikh, bulan, tahun, nombor stesen dicerap


dan jenis alat yang digunakan perlu diisi oleh penilik dalam borang
cerapan.

iii-

Purata waktu cerapan dikira dengan cara


( jumlah penambahan 4 masa / 4 ).

iv-

Purata ke matahari dikira dengan


( jumlah penambahan 4 sudut ufuk / 4 ).

v-

Purata tinjah dikira dengan cara


( jumlah penambahan 4 sudut pugak / 4 ).

vi-

Biasan bendalihat boleh didapati daripada alamnak ukur yang


dikeluarkan oleh JUPEM.

vii-

Tinjah dilaras didapati dengan


( penolakan purata tinjah dengan biasan bendalihat ).

viiiix-

Kordinat Origin U/S dan T/B diberi mengikut negeri.


Kordinat Stesen U/S dan T/B dikira bagi setiap stesen cerapan
oleh juruukur.

x-

Jumlah selisih U/S dan T/B dikira dengan cara ( penolakan


kordinat origin dengan kordinat stesen ). Tanda +ve menujukan

45

kordinat berada di U/T.

Manakala tanda ve menunjukkan

kordinat berada di S/B.


xi-

Jumlah selisih x dengan 0.03256 dibahagi 3600. Garis lintang


Origin adalah tetap mengikut negeri.

xii-

Garis lintang stesen diperoleh dengan jumlah selisih x 0.03256


garis lintang origin.

xiii-

Selisih garis bujur dikira dengan ( jumlah selisih x 0.03246 ).

xiv-

Selisih garis bujur x sain garis lintang dikira


(selisih garis x sin garis lintang ).

xv-

T ( - )/B ( + ) tirusan = selisih garis bujur x sin garis lintang.

xvi-

Sela = waktu purata tilikan 1 waktu purata tilikan 2.

xvii-

Sudut istiwa didapati pada alamanak ukur.

xviii-

Jarak kutub = 90 darjah sudut istiwa waktu penilikan.

xix-

Azimut matahari yang dikira =

xx-

kosain azimuth = kos jarak kutub sain garis lintang x sain tijah
dilaras / kos garis lintang x kos tinjah dilaras.

xxi-

Bering grid T. R = T. R sebenar ( sel + TR yang ditilik ) Tirusan.

Purata bering grid TR = Jumlah bering grid / dua. Selisih 2 cerapan dihadkan
kepada 10 untuk kelas pertama dan 30 untuk kelas kedua.

46

4.8 Kesimpulan
Sepanjang

menjalani Latihan

Industri kurang selama 6 bulan, ia banyak

mengajar saya dengan lebih mendalam mengenai cara kerja yang di buat
Syarikat Sabar ukur consultant ini. Walaupun latihan ini cuma mengambil
masa yang singkat, tetapi banyak pengalaman, pengetahuan dan perkaraperkara yang baru yang dapat saya perolehi dan pelajari di firma
berkenaan.Contoh yang ketara ialah pengendalian alatan
baik setelah

saya semakin

menimba banyak pengalaman sepanjang berada di sini.

Tentunya pengalaman-pengalaman seperti ini tidak saya perolehi di


Politeknik kerana suasana dan persekitaran

sahaja

sudah banyak

memberikan perbezaan. Pengalaman berjumpa dengan pelanggan telah


banyak mengajar saya cara-cara berinteraksi bersama dengan mereka
untuk

mereka

dan

menyesuaikan

sesuatu kerja ukur yang di ukur

dengan kehendak dan mengikuti piawaian yang telah diberikan.Akhir


sekali, segala pelajaran yang saya perolehi disini akan saya praktikkan di
politeknik kelak untuk terus maju dan cemerlang seiring dengan dunia yang
semakin mencabar ini.

47

You might also like