You are on page 1of 2

KESIMPULAN

Syukur ke hadrat ilahi dengan izinnya dapat saya menyiapkan


sepenuhnya laporan industri ini . Penyediaan ini adalah salah satu syarat bagi
yang mengikuti latihan industri di peringkat Sijil mahupun Diploma.
Latihan Industri pada amnya, dapat pendedahan yang amat berguna
serta menambahkan pengetahuan kepada setiap pelajar dalam menghadapi
kerjaya yang diceburi. Ia juga merupakan satu cara yang terbaik dan berkesan
untuk melatih seseorang pelajar untuk menjadi seorang pekerja yang kreatif
dan inovatif dalam apa jua bidang.
Pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna juga boleh diperolehi
daripada penyediaan laporan dan gerakerja harian semasa menjalani Latihan
Industri terutama di dalam keadaan industry pembinaan yang semakin pesat
berkembang.

Hasil penulisan dalam buku ini adalah pengalaman yang diperolehi


semasa saya menjalani Latihan Industri di Sabar Ukur Consultant. Kesimpulan
yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan laporan ini ialah mempunyai Bab
1 iaitu Pengenalan. Buku laporan ini juga mengandungi latar belakang
syarikat ,sistem organisasi dan kerja kerja yang dijalankan oleh syarikat.
Selain itu, ia juga mengandungi laporan teknikal iaitu kerja-kerja teori
dan praktikal yang saya pelajari semasa menjalani latihan industri di sini.
Laporan ini juga mempunyai ringkasan aktiviti yang saya lakukan sepanjang
lebih kurang 5 bulan di syarikat ini. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri
di sini pelbagai pengajaran dan pengalaman yang berharga saya perolehi .
48

Sekurang-kurangnya ia dapat membantu saya sebagai persediaan melangkah


ke alam pekerjaan yang sebenar kelak.
Semoga dengan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa di
Sabar Ukur Consultant akan menjadi garis panduan yang berguna apabila ke
alam pekerjaan kelak. Pelajar juga dapat mengalami dan membiasakan diri
Akhir sekali , saya bersyukur dan berasa bertuah kerana menjalani
Latihan Industri di Sabar Ukur Consultant dan jutaan terima kasih diucapkan
kepada semua kakitangan syarikat yang telah banyak memberi bimbingan
,tunjuk ajar serta bantuan kepada saya sepanjang latihan industri ini .
Kerjasama kalian amat saya hargai dan ingati selalu.
Sekian, Terima Kasih.

49

You might also like