You are on page 1of 2

DOA SEMPENA

MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (1)




,





Allahumma Antal Azizul Jalil,


Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafakan
kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang
tidak ternilai.
Allahumma Ya Rafial Darajaat, Wa Ya Qadhiyal Haajaat,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan
menduduki peperiksaan SPM yang menentukan kejayaan
dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala
usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan
kehendakMu jua.
Justeru itu, kami memohon kepadaMu berikanlah taufik dan
hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah Engkau biarkan

kami terlupa. Lapangkanlah dada kami dan janganlah Engkau


sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan
janganlah Engkau persulitkannya.
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Hanya padaMu kami memohon. Kurniakanlah kejayaan kepada
kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami
golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan
akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan ketaatan
kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa
kepada bangsa dan negara.

.

You might also like