You are on page 1of 6

Artikel

Persoalan

Metodologi

Persampelan

Analisis Data

Dapatan

1 An

kajian/Hipotesis
meneroka

-Kaedah

individu atau

Data yang

beberapa amalan

Indonesian

kepimpinan

qualitative

kumpulan

dikumpul

lazim kepimpinan

Model of

pengetua di

temubual, tiga

temu bual telah

telah disalin,

sekolah ( pengetua)

successful

Indonesia berjaya

sekolah yang

dijalankan

dikodkan dan

dari tiga buah

school

menengah

memenuhi

dengan ibu, naib

dikategorikan

sekolah berjaya di

leadership

sekolah daripada

kriteria set

pengetua, tiga

mengikut

Yogyakarta juga

perspektif

sekolah-

guru, satu

tema-tema

menunjukkan

pelbagai sumber

sekolah yang

sokongan ahli

yang baru

signifikan

data.

berjaya telah

kakitangan,

muncul, dan

perbezaan,

dipilih

dua kumpulan

ditafsir

terutamanya dari segi

menurut

pelajar, satu

menggunakan

kepercayaan dan

ISSPP untuk

kumpulan ibu

kaedah

nilai-nilai yang

menjadi kes

bapa, dan

induktif dan

disokong kepimpinan

untuk kajian

presiden

deduktif

mereka. Nilai-nilai

ini.

jawatankuasa

ini

sekolah.

termasuk
kepercayaan budaya
dan nilai-nilai Islam
yang kukuh dan yang
tidak termaktub
dalam kepimpinan
dan strategi
sekolah . Pengetua
menunjukkan
keupayaan dalam
membangunkan
visi sekolah,
menetapkan strategi,
membina keupayaan,
dan mewujudkan
rangkaian yang lebih
luas untuk mencapai
kemajuan sekolah

3
4

1 Persoalan Kajian / hipotesis


-kertas ini bertujuan untuk meneroka kepimpinan pengetua di sekolah menengah yang
berjaya di Indonesia daripada perspektif pelbagai sumber data.
2 Metodologi
Kajian qualitatif dijalankan secara temubual individu atau kumpulan, data yang dikumpul
disalin, dikodkan dan dikategorikan mengikut tema-tema yang baru muncul, dan ditafsirkan
menggunakan kedah induktif dan deduktif.
3 Persampelan
terdiri daripada seorang pengetua, naib pengetua, tiga orang guru, satu kakitangan sokongan
dan ahli kumpulan terdiri daripada kumpulan pelajar, kumpulan ibu bapa dan presiden
jawatankuasa sekolah dari 3 buah sekolah yang memenuhi kriteria set sekolah yang berjaya
di Yogyakarta, SMAN A : sekolah yang terletak dipinggir Bandar Yongyakarta yang
mempunyai 857 pelajar , mempunyai sosioekonomi pertengahan, pengetua seorang lelaki
berusia 40-an telah tiga tahun di sekolah ini. Sekolah ini telah tersenarai dikalangan sepuluh
buah terbaik di Yogjakarta, SMAN B terletak di luar kota Yogjakarta terdiri 712 pelajar yang
datang dari sosioekonomi rendah , ibubapa adalah petani, pengetua seorang lelaki berusia 40an, mengajar di sekolah selama 3 tahun dan sekolah SMAN C adalah sekolah menengah
terbaik di Yogyakarta yang terletak di Bandar Yogyakarta , mempunyai 781 pelajar datang
dari keluarga kelas pertengahan sebahagian besar ibubapa bekerja di perkhidmatan awam.
Pengetua berusia 50-an dengan penubuhan kelas dengan kokurikulum standard antarabangsa
dan kelas dipercepatkan dimana para graduannya telah terpilih menerima biasiswa dari
universiti-universiti di Singapura, Jepun dan Belanda
4 Analisis data
Hasil temubual direkodkan dalam pita audio, disalin, transkrip dibina dan diperiksa berulang
kali dan dianalisis. Proses transkripsi, pengekodan dan mengkategori data temubual telah
ditafsirkan secara induktif semasa peringkat analisis kes dan deduktif semasa menjana usul
teori untuk mendapatkan tema kategori. Hasil kajian dibentangkan dan dibincangkan dalam
sub bahagian tema utama ciri-ciri kepimpinan kepengetuaan dan amalan kejayaan sekolah
iaitu:
i) Penentuan kejayaan sekolah

Melalui dua petunjuk iaitu akademik dan bukan akademik. Akademik dilihat melalui
pencapaian pelajar dalam Ujian Penilaian Nasional dan bilangan graduan yang mendapat
tempat belajar di universiti. Bukan akademik ditunjukkan oleh komitmen pelajar dalam
agama dan moral dan pencapaian pelajar dalam program-program ko-kurikulum. SMAN A
sekolah berjaya menekankan IMTAQ dan sains dan teknologi, SMAN B dan C pula
menyatakan output pelajar yang lebih baik hasil keberkesanan proses pendidikan sekolah
termasuk kepimpinan dan pengurusan seklah, kemudahan sekolah dan budaya sekolah
ii) Kepercayaan dan nilai-nilai
Kepimpinan pengetua di setiap sekolah di sokong oleh set kepercayaan dan nilai peribadi dan
professional. Kepercayaan agama dan nilai pengetua memberikan banyak pengaruh pada
amalan kepimpinan seperti amanah dan iaman dan tawqa (IMTAQ).
iii) Menganalisis keadaan
Setiap pengetua berkeupayaan menganalisis

konteks dalaman dan luaran sekolah

dan

berjaya menyediakan asas fungsi kepimpinan seperti membangunkan wawasan, menetapkan


strategi, menggalakkan perubahan dalam usaha untuk meningkatkan prestasi sekolah. Kontek
dalaman sekolah

seperti prestasi sedia ada sekolah, harapan komuniti sekolah, sumber

sekolah dan kemudahan sekolah manakala konteks luaran sekolah seperti ibu bapa dan
jangkaan komuniti, dasar pendidikan negara dan perubahan masyarakat. Prestasi pencapaian
pelajar sekolah dibandingkan dengan keputusan Peperiksaan Tahunan Negara dengan
sekolah-sekolah lain untuk menganalisi kejayaan kepimpinan pengetua melalui program yang
dirancang untuk penambahbaikan sekolah.
iv) Penetapan strategi dan visi
Setiap pengetua mempunyai visi yang jelas dan realistik untuk pembangunan sekolah dibina
atas falsafah

yang kukuh dan nilai-nilai masyarakat yang mencerminkan pemahaman

konteks sekolah. Proses visi terdiri daripada dua peringkat iaitu penggubalan dan penyebaran
kepada pihak berkepentingan di sekolah termasuk ibu bapa, pelajar jawatankuasa sekolah dan
komuniti yang lebih luas. SMAN A melibatkan pembangunan wawasan terhad kepada pihak
berkepentingan sekolah manakala SMAN B dan C melibatkan keahlian yang luas daripada
sekolah-sekolah. Di SMAN C persatuan alumni sekolah turut memainkan peranan dalam
pembangunan dan proses keseluruhan sekolah. Penetapan strategi diklasifikasikan kepada
strategi pra-syarat yang menggalakkan disiplin dan motivasi dikalangan warga sekolah,
strategi teras yang disebut strategi akademik dan bukan akademik (aktiviti ko-kurikulum)
untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan strategi menyokong untuk memudahkan dan

membuat perubahan dan penambahbaikan sekolah. SMAN A memberi tumpuan kepada


strategi memperbaiki kurikulum dan kualiti pengajaran untuk pencapaian pelajar yang lebih
baik. SMAN B melaksanakan Layanan Prima atau perkhidmatan kelas pertama kepada
masyarakat dengan mengharapkan kakitangan sekolah meletakkan pelajar dan ibu bapa
sebagai pelanggan nombor satu. SMAN C pula membentuk program kelas dan pecutan
antarabangsa

dengan pihak berkepentingan untuk mencapai visi sekolah pergi

antarabangsa iaitu menyambung pelajaran ke peringkat antarabangsa.


v) Kapasiti bangunan sekolah
Pengetua didapati berusaha membina kapasiti sekolah berkaitan budaya sekolah, struktur
sekolah dan sumber sekolah. Budaya sekolah dipengaruhi norma dan nilai-nilai, falsafah,
penciptaan simbol upacara, ritual pola interaksi ibu bapa dan masyarakat. Antara budaya
yang penting adalah budaya kekeluargaan, peningkatan kerja berpasukan , budaya
kolaboratif, budaya pembelajaran dengan memupuk pertumbuhan professional dikalangan
guru dan kakitangan , budaya bersaing dengan menyediakan ganjaran kepada guru dan
kakitangan yang menunjukkan prestasi yang baik. Struktur sekolah pula melihat bagaimana
pengetua mengagihkan kuasa dan kepimpinan dengan mewakilkan pekerjaan dan
tanggungjawab kepada ahli-ahli komuniti sekolah kepada kakitangan, guru-guru dan pelajar.
Sumber sekolah terdiri dari sumber manusia dan sumber kewangan. Pengetua menunjukkan
keperihatinan yang tinggi dalam pembangunan professional sendiri, guru-guru dan
kakitangannya dengan memotivasi mereka, menyediakan ganjaran , sokongan individu
tentang kebajikan diri dan keluarga , penekanan kepada prestasi sekolah dan penilaian
prestasi kakitangan. Pengurusan sumber kewangan menunjukkan bahawa setiap pengetua
mampu menguruskan sumber kewangan sekolah, rajin mencari sumber dana kewangan
sekolah dan mewujudkan perkongsian sumber untuk faedah sekolah. Sumber kewangan
bukan sahaja datang dari pembiayaan kerajaan juga dari sumber swasta seperti perniagaaan
syarikat-syarikat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu pengetua juga mewujudkan
kerjasama yang luas yang menunjukkan keupayaan untuk menggalakkan dan mewujudkan
kerjasama dan perkongsian ahli komuniti sekolah, pengetua di beri kebebasan dalam
membuat keputusan tentang urusan sekolah dengan syarikat-syarikat menyediakan dana
5 Dapatan kajian
amalan kepimpinan sekolah berjaya dari awal penyelidikan oleh pengetua dari tiga buah
sekolah berjaya di Yogyakarta menunjukkan perbezaan signifikan terutamanya kepercayaan
dan nilai-nilai yang disokong kepimpinan mereka. Nilai-nilai termasuk kepercayaan budaya
mempertahankan agama Islam dan menunjukkan keupayaan membangunkan visi sekolah,
menetapkan strategi, membina keupayaan, dan mewujudkan rangkaian yang luas untuk
mencapai manfaat kemajuan sekolah. Didapati 4 kelompok

proses kepimpinan sekolah

Kelompok 1A ialah analisis konteks menunjukkan kebolehan dan menjemput ahli komuniti

sekolah untuk menganalisi dan memahami konteks dalaman dan luaran sekolah dan bertindak
bersama-sama. Kelompok 1B ialah persepsi sekolah berjaya dimana pengetua dan komuniti
sekolah mengandaikan dan jangkaan kejayaan sekolah melalui objektif pembelajaran sekolah
dan kelompok 1C ialah kepercayaan dan nilai seperti amanah dan IMTAQ adalah asas-asas
amalan kepimpinan pengetua. Kelompok II menunjukkan fungsi kepimpinan menggalakkan
dan membangunkan bersama, mewujudkan harapan yang tinggi, menetapkan arah disokong
oleh 3 asas, komponen wawasan diilhamkan fungsi dan aktiviti kepimpinan . Kelompok III A
menetapkan strategi iaitu kebolehan dalam strategi menilai pra-syarat, akademik, bukan
akademik (pengaruh yang kuat terhadap amalan kepimpinan pengajaran), kelompok III B
Pembinaan kapasiti peribadi dan professional , kelompok IIIC adalah pembinaan kapasiti
sekolah seperti budaya sekolah dan menyusun semula struktur sekolah untuk perubahan dan
penambahbaikan dan kelompok IIID mencipta jaringan sekolah, kolaborasi, dan rakan kongsi
dalam mengukuhkan jaringan pihak berkepentingan luar sekolah. Empat kelompok masingmasuk penyediaan strategi pra-syarat, akademik, bukan akademik. Kluster IV termasuk
pencapaian pelajar dalam akademik dan bukan akademik dan hasil sekolah terdiri daripada
kapasiti guru, keadaan sekolah, kepimpinan dan pengurusan. Secara keseluruhannya
berdasarkan kepimpinan pengetua mengenai asas wawasan yang kukuh
dihasilkan mereka dapat mengubah sekolah-sekolah

dan strategi

untuk menjadi tempat pelajar

mengalami pembelajaran dengan lebih baik . Mereka mempunyai keupayaan untuk


meningkatkan pencapaian murid dan sekolah secara berterusan.

2.0 Penilaian mengenai kepentingan dapatan daripada empat artikel.


Artikel

Dapatan

Jenis

Kemahiran

1 An

Kepentingan

Motivasi

Model

Kepimpinan

Kemahiran

Indonesian

kepimpinan

Transformasi

teknikal

memandu untuk

-Tugas dan

model

tanggungjawab

keperluan

kontingensi

Model of

pengetua dalam

successful

kejayaan sekolah

Kemahiran

dan penyiapan

interpersonal

kepimpinan

Interpersonal

tugas, semangat

- Orientasi

pengajaran

school
leadership

- amalan lazim

Kemahiran

dan ketekunan

Pencapaian

kepimpinan sekolah

konseptual

dalam usaha

-Harapan tinggi

Kepimpinan

Tingkah
laku

yang berjaya

mencapai

-dari segi

matlamat,

Efikasi

keyakinan diri

kendiri

kepercayaan dan
nilai-nilai yang
disokong
kepimpinan mereka.
- kepercayaan
budaya dan nilai-

dan sensor
pengenalan
peribadi,
keupayaan
untuk
mempengaruhi

nilai Islam yang

tingkah laku

kukuh

orang lain, dan

- keupayaan

keupayaan

membangunkan

untuk

visi , strategi

menstruktur

sekolah, membina

sistem interaksi

keupayaan, dan

untuk tujuan di

mewujudkan

tangan

rangkaian yang lebih


luas untuk mencapai
manfaat kemajuan
sekolah.

2
3
4

You might also like