You are on page 1of 17

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015

KRB 3063: PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU


TAJUK ESEI ILMIAH

TUGASAN A

DISEDIAKAN OLEH

NAMA
ZAFIDA BINTI ZAINAL ABIDIN

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI15

NO. MATRIK

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN. MOHD RASHID BIN MD IDRIS


TARIKH SERAH: 21 NOVEMBER 2014

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

TUGASAN A
PENGENALAN
FALSAFAH

3
4

PANDANGAN HIDUP
NILAI ILMU

5-6
7-8

BIBLIOGRAFI

10

TUGASAN B

11

AKTIVITI 1

11-13

AKTIVITI 2

13-15

KESIMPULAN

16

BIBLIOGRAFI

17

PENGENALAN
Interlok merupakan sebuah novel gambaran masyarakat.Novel Interlok di tulis oleh
Sasterawan Negara (SN) Dato Abdullah Bin Hussain. Beliau dilahirkan pada 25
Mac 1920 diSungai Limau Dalam, Yan, Kedah Darul Aman. Novel Interlok
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini diterbitkan pada tahun
2010. Novel Interlok mengandungi empat bab iaitu Bab Satu : Keluarga
Seman,Bab Dua : Keluarga Ching Huat, Bab Tiga : Keluarga Maniam dan Bab
Empat : Interlok. Novel ini mempunyai 423 halaman termasuk glosari dan
biodata penulis. Bab satu dan bab dua masing-masing mempunyai 101 dan 108
halaman dan bab tiga pula mempunyai 76 halaman. Bab empat pula sebanyak
124 halaman. Bagi glosari dan biodata masing-masing mempunyai 13 dan satu
halaman.
Novel Interlok bertemakan integrasi tiga kaum utama di Malaysia, iaitu
Melayu, Cina, dan India yang terpaksa melalui pelbagai cabaran untuk hidup
bersama-sama dalam sebuah negara yangbebas dan bermaruahSecara
umumnya,novel Interlok melibatkan tiga unsur yang digabungjalinkan melalui
plot yang kemas.Novel ini mengambarkan situasi atau keadaan sosial ,ekonomi
dan politik masyarakat di Tanah Melayu.Novel ini berlatar belakangkan
masyarakat zaman kedatangan orang cina ke tanah Melayu,orang India dari
selatan benua India dan orang melayu yang merupakan penduduk asal Tanah
Melayu.Plato berpendapat,bahawa hasil seni itu adalah peniruan(imitation)
daripada apa yang berlaku dalam masyarakat kemudian dicatat semula dalam
bentuk kata-kata.
Ketiga-tiga kaum ini berusaha meningkatkan taraf hidup,maka berlakulah
proses mobility social ke atas ketiga-tiga kaum ini.Mengikut Ting Chew Peh

dalam bukunya Konsep Asas Sosiologi (1979),menjelaskan mobility social adalah


satu proses perubahan individu atau kelompok daripada satu lapisan social
kepada satu lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial.
Walaupun novel ini telah ditarik balik atas alas an menyentuh sensitiviti
kaum tetapipada hakikatnya kandungan novel ini dapat member kesedaran
sejarah kepada generasi muda masa kini.Novel Interlok boleh dianggap dapat
memenuhi slogan satu Malaysia seperti yang diharapkan oleh negara
kita.kekuatan novel Interlok sebagai karya agung melayu boleh kita huraikan
berdasarkan ciri-ciri seperti falsafah,pandangan hidup dan nilai ilmu yang
terkandung dalam novel ini.

a) FALSAFAH
Menurut Zaini Abdullah(2001), falsafah adalah mengenai pertimbangan asas dan andaian
mengenai pertimbangan tersebut. Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti ilmu dan nilai.
Falsafah juga merupakan pendekatan rasional terhadap sesuatu masalah dan persoalan, di samping
merupakan suatu penyiasatan yang komprehensif dan logik mengenai asas-asas pemikiran semua
aktiviti manusia. Perkara-perkara yang abstrak seperti persoalan konsep dan ideologi merupakan
persoalan falsafah yang selalu diutarakan oleh penulis
Di antara bidang falsafah yang diberi penekanan ialah etika, iaitu pemikiran tentang moral dapat
dilihat dalam novel ini.Contohnya, Maniam dipaparkan sebagai seorang yang sentiasa mengenang
jasa sahabatnya Musa yang pernah menyelamatkan nyawanya, walaupun Musa telah lama meninggal
dunia. Sebagai membalas jasa Musa, Maniam telah menolong anak Musa, iaitu Seman, untuk
mendapatkan pekerjaan di estet. Malah, sebagai penghormatan kepada Maniam, Seman memanggil
Maniam dengan panggilan tuan.Contohnya Saya minta tuan datang bersama-sama ke majlis
perkahwinan saya.(m/s:362).
Dari segi sosialnya pula, novel ini adalah sebuah karya kreatif yang menggabungkan fakta sejarah
sosial dan imaginasi pengarang. Melalui adunan realiti dan imaginasi, novel ini cuba memaparkan
suatu bentuk kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di tanah melayu sebelum
merdeka.Novel interlok juga mengambarkan kehidupan realiti masyarakat berbilang kaum yang gigih
untuk mengubah nasib diri, tanpa mengira perbezaan kaum, warna kulit dan agama dan boleh berjaya
dalam kehidupan sekiranya mereka gigih berusaha.Contohnya

Kim Lock membuat berbagai

pekerjaan seperti penarik langca,kuli di perlabauhan dan akhirnya berjaya membuka sebuah kedai
runcit,sementara itu Maniam mewakili kaum india bekerja tanpa rasa jemu bermula sebagai buruh di
pelabuhan di Pulaa Pinang dan di ladang getah milik orang Inggeris di Cangkat Lima.
Dalam novel Interlok ,penulis mendefinisi Melayu, China dan India dengan mengambil kira
faktor indigenous, tanah asal orang Cina dan India yang datang ke Tanah Melayu , juga sistem sosial
yang ketara dan telah turun temurun dalam tamadun bangsa mereka termasuk clan dan kasta.
Contohnya ..dia kenal orang itu daripada keturunan kasta tinggi,kasta Brahman,adalah kerana dia
memakai punul yang melintang ditubuhnya(m/s 244).

b) PANDANGAN HIDUP
Pandangan hidup merupakan suatu konsep yang dimiliki olehj masyarakat atau komuniti tertentu
yang bertujuan untuk menerangkan segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan,manusia dan
alam.Pandangan hidup tentang manusia boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tentang
keluarga,pemimpin dan masyarakat.
Penulis novel Interlok mengambarkan masyarakat tiga pemerihalan kehidupan berkeluarga atau
sistem sosial dan berekonomi keluarga masing-masing. Keluarga Seman walaupun penduduk asal
Tanah Melayu,tetapi mobiliti sosial yang tidak banyak berubah.Watak Seman agak malang kerana dia
buta huruf kerana ayahnya berfahaman sempit dan hanya menghantar Seman untuk mengaji AlQuran sahaja.Contohnya
Seman tak mau sekolah,jawab pak Musa ,tetapi di dalam hatinya dia tahu,bukan Seman yang
tidak mahu sekolah tetapi dia yang menegahnya(Interlok :44).
Aktiviti kehidupan sebagai bangsa peribumi dan budaya berhutang (dengan Taukeh Cing Huat untuk
kehidupan nampak bergaya) yang menyebabkan tanah, rumah dan lembu tergadai.Hanya kerana
hutang kehidupan Seman dan ibunya menjadi seperti orang dagang kerana di halau keluar dari rumah
oleh Tauke Cing Huat.,contohnya :
..Mereka diusir dari rumah seperti orang dagang (Interlok :298).
Nasib Seman agak baik kerana dapat mengahwini gayah anak Mat Ranggi yang kaya.
Dari segi kekeluargaan pula,Seman yang mewakili watak orang melayu begitu taat dan akur
dengan orang tuanya.Seorang ibu.contohnya ,Seman tetap membawa ibunya kemana sahaja dia pergi
walaupun setelah berkahwin dengan Gayah.

Hal ini berbeza dengan pandangan hidup Keluarga Cing Huat. Cing Huat berasal dari negara
cina yang bermula sebagai seorang pelayan kedai kopi di Singapura.Setelah berhijrah ke Tanah
Melayu.Gambaran tentang kaum cina tergolong rakyat yang bijak, rajin bekerja. Cing Huat pintar dan
bijak dalam perniagaan, terutamanya dia menawar harga yang paling murah kepada orang yang
hendak menjual barang kepadanya tetapi dia tidak akan mengurangkan harga orang yang hendak
membeli barang jualannya. Dia juga bijak untuk mengumpulkan harta, iaitu dengan menggunakan
orang Melayu seperti Pak Musa dan Pak Cin untuk menjadi proksinya membeli tanah orang Melayu.
kehidupan Cing Huat semakin kaya apabila membuka sebuah kedai runcit.Cing Huat amat dihormati
masyarakat

kerana

kemurahan

hatinya

menderma

untuk

membina

sekolah

cina.Walaubagaimanapun,Cing Huat mempunyai semangat bermasyarakat yang kukuh bersama


kaum-kaum lain.
Kaum cina tidak membiarkan keluarganya ketinggalan dalam pendidikan.Mereka inginkan anakanak mengingati menyayangi dan menghormati asal usul kelahiran mereka sendiiri.Contohnya,
..mereka mesti mendidik anak-anak mereka menurut adat istiadat mereka sendiri (Interlok :209)
Selain daripada itu, nilai kasih sayang dalam keluarga Kim Lock juga turut di gambarkan Contohnya
dia tidak membenarkan isterinya membuat kerja rumah ketika isterinya sarat mengandung kerana
amat sayang akan isterinya. Kim Lock sangat menyayangi Ching Huat. Dia sanggup melakukan apaapa sahaja untuk melindungi anak-anak mereka. Ada orang yang mahu membeli Cing Huat tetapi dia
tidak bersetuju.
Begitu juga dengan keluarga Maniam yang terlibat langsung dalam aktiviti perladangan
getah.Bermula

hidup sebagai petani sewaktu di Kerala

dan dianggap berkasta rendah.British

membawa masuk buruh kasta rendah ke Tanah Melayu melalui sistem Kangani dan Sistem
Kontrak.

Maniam meneruskan kehidupannya sebagai buruh pelabuhan mengangkat barang-barang

yang berlabuh untuk disimpan di gudang seterusnya bekerja sebagai kuli hinggalah menjadi seorang
tandil di ladang tersebut.
Kaum India terkenal dengan perbezaan kasta yang menyebabkan mereka terpaksa hidup
dalam keadaan yang berbeza walaupun mereka berasal dari negara yang sama. Hindu pada halaman
211 dan 220.
satu perkara yang membuatkan mereka senang bergaul kerana mereka tergolong dalam satu
kasta Paria.( Interlok Edisi Pelajar : hal. 211)
Dari aspek kemasyarakatannya pula,pandangan hidup yang diterapkan dalam novel ini ialah
perpaduan kaum. Di dalam novel ini, semangat perpaduan yang digambarkan melalui masyarakat
berbilang kaum hidup dalam keadaan yang harmoni di Simpang Empat,Cangkat Lima, Cangkat
Janggus, dan kawasan kampung yang lain tanpa persengketaan yang boleh mencetuskan ketegangan
kaum.watak-watak utama digambarkan saling tolong menolong antara satu sama lain.Contohnya,
Perpaduan yang ditonjolkan oleh Seman, Maniam dan Ching Huat menunjukkan ketiga-tiga kaum di

Malaysia bersatu padu dan saling tolong-menolong antara satu sama lain ialah Musa menolong
Maniam yang dipukul oleh orang yang tidak dikenali ketika dia hendak meninggalkan ladang
tempatnya bekerja pada suatu pagi dan Maniam pula menolong Seman mendapatkan kerja di ladang
tempatnya bekerja.
Semangat kerjasama antara kaum dan cintakan negara ditonjolkan sepanjang perjalanan
cerita dalam novel ini. Malah, penulis menggambarkan watak-watak dari ketiga-tiga kaum Melayu,
Cina dan India bersama-sama menyambut kemerdekaan negara dalam suasana penuh pengharapan
dan kegembiraan.

c) NILAI ILMU
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1081), perkataan nilai membawa
maksud darjat, kualiti, mutu dan taraf. Dalam bidang sains sosial, nilai boleh
didefinisikan dalam tiga konteks utama iaitu, sebagai sifat bagi menyatakan
kepentingan atau manfaat sesuatu objek, menyatakan kadar harga atau markah
sesuatu objek berbentuk kuantiti dan sebagai ukuran atau piawai kepada
sesuatu kelakuan manusia. Nilai membolehkan mansia membezakan antara
yang baik atau buruk dan betul atau salah.
Jika diteliti dalam novel ini,Masyarakat sebelum kedatangan jepun terlalu
mementingkan aspek pelbagai nilai ilmu seperti ilmu firasat, ilmu pendukunan,
dan ilmu jampi.
Ilmu Perdukunan/Jampi
Menurut Kamus Dewan (2010), menyatakan bahawa dukun membawa
maksud orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung
atau tradisional (dengan membaca jampi serapah dan sebagainya), bomoh,
pawang. Manakala perdukunan pula membawa maksud yang mengenai atau
berkaitan dengan pengubatan cara kampung atau tradisional, yang berkaitan
dengan ilmu dukun.
Manakala jampi pula menurut Kamus Dewan (2010) membawa makna
kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian. Jampi juga
dikenali sebagai manera. Mana Sikana (1996) pula berpendapat bahawa jampi

serapah tidak hanya sekadar penglahiran perasaan semata-mata. Ia ada


hubungan dengan kejiwaan dan sistem kepercayaan.
Kepercayaan masyarakat pada peringkat permulaan adalah berbentuk
animisme. Dalam kepercayaan itu mereka menganggap benda-benda
mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah
pemujaan . Kuasa ghaib itu tidak boleh dihubungi oleh orang sembarangan, jadi
dukun, pawang atau bomoh diperlukan. Usaha ini dianggap berfungsi
mengembalikan keadaan seperti asalnya.Contohnya dalam novel interlock ialah
lekas panggil dukun,perintahnya pada Seman..(m/s: 14)
Dalam bidang rawatan tradisional , pengamal teknik luar biasa mempunyai gelaran tersendiri
yang diberikan . Di Malaysia, gelaran seperti bomoh, pawang, tok batin dan dukun adalah tidak asing
bagi masyarakat setempat.masyarakat melayu trdaisi menggunakan bomoh bagi mengubati
penyakit,menghalau hantu dan menjauhkan bala bencana daripada menimpa ahli keluarga serta
penduduk setempat.Daripada segi kedudukan dalam masyarakat,dukun atau bomoh tergolong dalam
kumpulan pekerjaan berprestij.Contohnya ;
Waktu kecemasan serupa ini kebanyakan orang di kampung itu berpaling kepadanya
meminta pertolongan dan dia tidak pernah menolak pula,memang dialah dukun kampung itu yang
terkenal.(Interlok :21)
Untuk menjadi seorang bomoh, seseorang itu mestilah memperolehi ilmu. Cara bomoh
memperolehi ilmu dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu memperolehi ilmu melalui menuntut
atau belajar dan melalui warisan atau keturunan. Di dalam kategori ini ilmu perbomohan
diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi kemudiannya.Contoh yang boleh dilihat dalam novel
ini ialah:
Nak jadi dukun mesti pergi menuntut,Seman.(interlock: 25)
Biasanya dukun atau bomoh menggunakan pelbagai bahan atau peralatan
seperti menggunakan kemenyan, semangkuk air ,sireh dan sebagainya untuk
menjampi. Jampi juga mempunyai unsur-unsur pemujaan .Contohnya dalan
novel interlock ialah;
Ini tengkorak orang mati dibunuh dan aku boleh bercakap dengan orang yang
punya tengkorak ini(interlock: 25)
Pendidikan moden
Dalam novel ini juga,tidak ketinggalan memaparkan kepentingan ilmu pengetahuan kepada
semua kaum.Walaupun Seman,Maniam dan Cing Huat berasal daripada berlainan negara dan budaya

tetapi kepentingan menuntut ilmu amat penting bagi generasi mereka.Contohnya,lebai Man amat
bersetuju anak-anak kampung tersebut pergi ke sekolah.
Saya tak keberatan kalau budak-budak lelaki disuruh mengaji di sekolah.memamng kita
semua mesti menuntut ilmu,di mana saja ilmu itu ada.
Begitu juga dengan Cing Huat dan Maniam yang turut sama inginkan anak-anaknya memperolehi
ilmu pengetahuan.ContohnyaCing Huat berusaha dengan cara sendiri untuk membina sekolah di
kawasan tempat tinggal mereka bagi memastikan anak-anak kaum Cina tidak lupa akan asal-usul dan
bahasa ibunda mereka.Contohnya tiga orang anak Cing Huat menjadi murid pertama Cung Hwa
Chinese School,Simpang Empat.Kaum India yang diwakili oleh Cikgu Raman juga mendirikan
sekolah Tamil agar anak-anak India tidak lupa akan asal-usulnya.
1,927 patah perkataan

BIBLIOGRAFI
1. Keris Mas,1969. Patah Tumbuh. Kuala Lumpur: Oxford Universiti Press
2. Mohd Taib Osman, 1974,Kesusasteraan Melayu Lama Kuala
LumpurFederal Publications

BAHAGIAN B
2.0

PERMAINAN BAHASA

Pengenalan
Permainan Bahasa Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung
kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung. Penglibatan dalam
permainan telah memberi peluang kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran
bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid
seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. melalui pendekatan permainan bahasa,
guru akan menyediakan bahan BBM yang berbentuk set permainan dan ruang masa yang bersesuaian
bagi menarik minat dan memotivasikan murid-murid yang lemah dalam pelajaran supaya bersedia
menerima pengajaran dan agar dapat memenuhi objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak
dicapai pada hari itu. Michael Berman (1981), dalam bukunya Playing And Working With Words
menerangkan bahawa pelbagai aktiviti permainan bahasa yang digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dapat merangsang suasana pembelajaran. Ini akan mengekalkan tumpuan dan
minat murid kepada proses pembelajaran yang sedang berlaku. Teknik ini juga adalah satu strategi
pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian murid. Antara contoh aktiviti

permainan bahasa ialah teka silang kata dan mencari perkataan tersembunyi , menyusun huruf dan
perkataan dan pelbagai lagi.Ia boleh dijalankan secara berkumpulan, berpasangan dan juga secara
individu.
Sebelum seseorang guru itu melaksanakan pendekatan permainan bahasa ini. Guru tersebut
mestilah terlebih dahulu mengetahui tahap IQ dan EQ ( Emosional Quality ) murid yang akan
diajarnya. Hal ini amat penting supaya set permainan bahasa yang bakal diajar nanti tidak
membosankan atau menjemukan murid. Ini kerana tahap pemikiran dan penerimaan murid adalah
berbeza antara satu sama lain. Bagi murid yang mempunyai tahap pemikiran cerdas dan pintar,
(jenius) pemainan bahasa ini lebih merupakan proses pengukuhan dan pengayaan. Sebaliknya bagi
murid-murid yang lemah IQ ianya merupakan satu teknik pemulihan untuk membantu mereka
memahami proses pembelajaran.
Pastikan permainan bahasa ini dilaksanakan sebaik sahaja guru sudah memperkenalkan
semua perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh murid. Ia mesti dilaksanakan bagi mengukuhkan
lagi ingatan dan memupuk minat murid terhadap pembelajaran tersebut.Ciri-ciri permainan bahasa
yang baik adalah seperti arahan dan peraturan permainan hendaklah jelas dan dapat dipatuhi, Pastikan
permainan itu mempunyai objektif yag hendak dicapai.Bahan bantu mengajar hendaklah memenuhi
fungsi dan mencapai matlamat .
Sebagai kesimpulannya,pendekatan permainan bahasa merupakan satu teknik yang paling
sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran.. Hal ini kerana ia akan menjadikan proses
pembelajaran di sekolah lebih menarik dan praktikal.. Kaedah permainan ini akan sentiasa dinantinantikan oleh murid kerana ia amat menyeronokkan dan menghilangkan kejemuan terutamanya di
dalam penggajaran yang berbentuk penggunaan tatabahasa atau aspek berbahasa yang lain.
PERKARA
Langkah 1

MASA
5 minit

CATATAN
Semua murid di bekalkan dengan teks cerita bertemakan
perpaduan.
Murid membaca teks tersebut.
Satu sesi soal jawab diadakan untuk mengetahui sejauh mana
pemahaman murid tentang penghayatan mereka terhadap cerita
itu tadi.
Beberapa orang murid menceritakan apa yang mereka fahami
daripada teks cerita itu.

Langkah 2

20 minit

Murid di bahagikan kepada beberapa kumpulan.Setiap


kumpulan diberikan satu teka silang kata yang bersaiz A3
(besar).
Murid bekerjasama mencari perkataan yang terdapat dalam teka
silangkata tersebut.( nilai murni )

Langkah 3

5 minit

Kumpulan yang dapat menyiapkan teka silangkata paling cepat


dikira sebagai pemenang.
Kumpulan yang menang akan diberi hadiah.

Menerusi aktiviti ini, murid-murid dapat mengetahui nilai-nilai yang perlu diamalkan di dalam
hidup

bermasyarakat

lebih-lebih
T

masyarakat
berbilang

lagi

bagi
yang

kaum.Mereka

juga turut
dapat

menghayati

nilai perpaduan dan


E

rasa hormat sesama


mereka.

Permainan bahasa
yang dipilih ialah:
MEWARNAKAN NILAI
MURNI YANG
TERDAPAT DALAM
CERITA .

Guru meminta murid untuk mewarnakan nilai murni yang terdapat dalam
petak yang disediakan.

KERJASAMA
TOLONG MENOLONG
BAIK HATI
TAAT
AMANAH
SAKSAMA
BERTOLENRASI
BERANI
PEMURAH
JUJUR

2.0

TEKNIK DRAMA
Saya memelih teknik ini kerana dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, aktiviti lakonan

merupakan satu aktiviti yang amat menarik bagi murid-murid kerana ia dijalankan dalam bentuk
yang santai dan bersukaria.Saya juga memilih drama berasaskan unsur perpaduan antara kaum
utama di Malaysia .Rasional drama ini dipilih ialah agar ia dapat menerapkan beberapa aspek
seperti perpaduan dan juga semangat tolong menolong yang jelas terdapat di dalam novel Interlok
tersebut.
Menurut Omar Mamat (1995), pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik drama
mampu menggunakan beberapa unsur yang sesuai dalam pengajaran bahasa, antaranya:
i.

Vokal : Unsur ini adalah latihan pernafasan dan vokal untuk meletuskan bentuk
pengucapan, pertuturan yang jelas, betul dan tepat. Hal ini sering menjadi masalah

ii.

kepada pelajar yang sukar menyatakan sesuatu penyebutan yang baik.


Pengucapan dialog: Ini merupakan latihan pertuturan yang menekankan beberapa aspek
laras bahasa, intonasi dan gaya pengucapan yang betul dan sesuai dengan latar situasi
dalam kandungan sesuatu dialog itu. Contohnya, situasi orang marah, situasi emak

iii.

memberikan nasihat kepada anak, dan lain-lain lagi.


Unsur ekspresi: Unsur ini memberikan latihan kepada pelajar untuk melahirkan
pertuturan yang sesuai dengan gaya atau mimik muka. Sebagai contoh, mimik muka
orang yang riang, berduka, bersedih dan pelbagai mimik muka yang lain. Pelajar dapat
meramal atau meneka mimik tertentu dan membayangkan bagaimana pertuturan atau
bahasa yang akan diucapkan oleh orang yang berada dalam situasi atau keadaan
tertentu.

Edgar Dale (1967) dalam bukunya Audio Visual Methods in Teaching menerangkan aktiviti drama
dalam pembelajaran dapat membimbing para pelajar secara langsung. Mereka bukan sahaja menjadi
pelakon tetapi turut menjadi penonton dan peserta yang aktif.
PERKARA

MASA

Pembukaan

2 minit

CATATAN
Seorang budak lelaki India yang miskin sedang
menjual kuih di sebuah kampung yang terdiri daripada
pelbagai kaum.
Budak lelaki India yang miskin tersebut melalui
sekumpulan pelajar yang dalam perjalanan pulang ke
sekolah.Dia hanya menundukkan wajahnya apabila
berselisih dengan kumpulan tersebut.

Bahagian 1

3 minit.

Datang dua orang pelajar yang berbangsa melayu dan


cina cuba merampas kuih jualannya sambil mengejekejeknya warna kulit dan kemiskinan budak tersebut.
Budak India yang miskin itu cuba menyelamatkan
diri,tetapi malang kuihnya telah dapat dirampas dan
dibuang ke tanah.Kedua-dua pelajar yang jahat tadi
telah memijak kuih-kuih jualannya.

Bahagian 2

3 minit

Budak India yang miskin itu merayu supaya mereka


tidak bertindak kasar terhadapnya.Rayuannya tidak
dipedulikan oleh kedua-dua pelajar tersebut.
Ketika dua pelajar sedang berseronok memijak kuih
budak tersebut,tiba-tiba salah seorang daripadanya
telah tergelincir dan kepalanya telah terhantuk ke batu
dan tercedera.

Bahagian 4

3 minit

Rakan pelajar (cina) yang nakal itu telah melarikan diri


apabila melihat darah yang banyak di kepala rakannya.
Pelajar yang cedera meminta tolong daripada
rakannya tetapi hampa apabila dia di tinggalkan dalam

kesakitan.
Budak penjual kuih telah membantu pelajar yang
tercedera itu dengan membalut lukanya menggunakan
kain pelikat yang ada padanya..
Pelajar melayu yang nakal itu mula insaf dan
memohon maaf atas kesalahanya.

Bahagian 4

3 minit

Sejak hari itu mereka berkawan baik.


Setiap kali waktu pulang dari sekolah pelajar yang
nakal tersebut akan membantu budak penjual kuih
menjual kuih.
Rakan pelajar yang nakal itu datang.untuk memohon
maaf dengan budak yang miskin itu.Dia juga insaf
dengan perbuatannya Mereka bersama-sama
membantu budak tersebut menjual kuih.

Penutup

2 minit

Semua murid yang menjayakan lakonan keluar ke


pentas sambil berpimpinan tangan.

3.0 KESIMPULAN

Karya sastera agung boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu mengikut peringkat
yang sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat kesukaran pelajaran. Ini
terpulanglah kepada kebijaksanaan guru Bahasa Melayu untuk membuat pemilihan, penilaian dan
penyesuaian bahan yang digunakan.Melalui daya kreativiti guru, pengubahsuaian strategi dan
teknik mengajar dapat dilakukan untuk menjadikan pengajarannya lebih menarik, bermakna dan
membawa kesan yang maksimum kepada pelajar. Melahirkan murid sebagai pemikir berkesan dan
ini merupakan matlamat penting dalam dunia pendidikan.
Murid boleh menghayati nilai-nilai di dalam karya agung menerusi sesi pembelajaran yang
menarik dan menyeronokkan.Banyak teknik dan aktiviti bahasa yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Kebolehan murid melibatkan diri dalam
situasi pengajaran dan pembelajaran bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak
standard untuk setiap warganegara yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan
demokratik.
Penerapan teks sastera di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah
suatu aktiviti yang benar-benar menarik minat murid-murid harus diketengahkan. Menurut teori
Piaget kanak-kanak dalam lingkungan umur 7 sehingga 11 tahun sudah mempunyai kemahiran
berfikir secara logik walaupun masih tertakluk kepada situasi konkrit.

Pada ketika ini

penggunaan otak kiri dan otak kanan manusia sedang berkembang pesat dan aktiviti berteraskan
didik hibur akan membuatkan murid-murid sentiasa terangsang untuk belajar dan mendapat
maklumat.
Kaedah pengajaran yang sesuai dan menarik serta bertepatan dengan kehendak usia mereka akan
mendatangkan kesan positif kepada mereka .

1495 patah perkataan

BIBLIOGRAFI
3. Keris Mas,1969. Patah Tumbuh. Kuala Lumpur: Oxford Universiti Press
4. Mohd Taib Osman, 1974,Kesusasteraan Melayu Lama Kuala
LumpurFederal Publications
5. Abdullah Hussain. (2003 ). Interlok .Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
6. Mok Song Sang. (2009). Pedagogi untuk Pengajaran & Pembelajaran. Selangor
Darul
7. Ehsan:Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.Nafi Mat. (2009). Teknik Mengajar
KOMSAS.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
8. Kamus Dewan Edisi Keempat.(2010).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Modul KRB 3063.Penghayatan Karya Agung.Pusat Pendidikan Luar
10.http://mayaknowledgeblog.blogspot.com/2007/12/permainan-bahasadalam-pengajaran-di.html
http://lamanbahasa.wordpress.com/permainan-bahasa/

You might also like