You are on page 1of 8

SJKT BANDAR SPRINGHILL

Minit Mesyuarat Guru


Bil 3/ 2015
Tarikh:
Masa
Tempat

/10/2015
:
8.00 12.30 tgh
:
Bilik Gerakan

Hadir:
1. Pn.A. Santhi
2. R. Kala
3. Pn. P.Saraswathy
4. Cik. L.Letchummey
5. Pn. A. Sheela
6. En. K.Gunasekaran
7. Cik. P.Shaliny
8. Pn. Intan Rohani
9. Pn. S.Anbarasce
10. En. A.Krishna Kumar
11. Pn. G.Puvanesvari
12. Pn. A.Uvaneedha
13. Pn. S.Suguna
14. Pn. S.Vinimalar
15. En. S.Susilkumar
16. Pn. R.Bathmavathi
17. Pn. S.Karthiyani
18. Pn. S.Rajalakshimi
19. Pn. K.Logarani
20. Pn. T.Kugeneswaran
21. Pn. S.Thanaletchumy
22. Pn.K.Vanitha
23. Pn. Nithiavathi
24. En.M.Gobikrishna

(Guru Besar)
(GPK Pentadbiran)
(GPK Hem)
(GPK Kokurikulum)

Tidak Hadir:
1. Pn. B.Punitha (Bersebab)

1.0

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Guru kali
pertama bagi tahun sesi 1/2015.Guru Besar memperkenalkan guru baharu iaitu
Pn.Vanitha yang bertukar dari Selangor.

2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1

Minit mesyuarat kali ketiga

tahun 2014 dibentangkan. Minit tersebut

dicadang oleh Pn.Vinimalar dan disokong oleh En.Krishna Kumar.

3.0

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1
Tiada perkara-perkara yang dibangkitkan.

4.0

PERKARA PERKARA BARU YANG DIBINCANGKAN


4.1 Perutusan dan Taklimat Guru Besar.
4.1.1 Guru Besar mengucapkan thaniah kepada warga sekolah atas komitmen dan
kesungguhan yang diberikan serta menjayakan pelbagai agenda pendidikan
4.1.2

sepanjang tahun.
Beliau turut menyarankan agar warga pendidik menitik beratkan soal Core

4.1.3

Business demi kebaikan murid dan mengharumkan nama sekolah .


Pengalaman Budaya Penyayang dan sikap mengutamakan keselamatan pelajar

4.1.4
4.1.5

menjadi amalan sekolah sepanjang tahun.


Peperiksaan awam berjalan dengan lancar serta tiada isu-isu yang kontroversi.
Kursus dan LADAP telah Berjaya dilaksanakan bagi meningkatkan sifat

4.1.6

Proffesnalisme Keguruan.
Terima kasih diucapkan kepada warga sekolah, PIBG dan LPS atas sokongan
dan komitmen padu dalam mengharumkan nama sekolah di dunia ko-

4.1.7

kurikulum.
Sila menegur murid yang hadir ke sekolah dan membudayakan amalan ramah

4.1.8

mesra antara guru dan murid.


Warga sekolah harus berusaha untuk meningkatkan prestasi UPSR sekolah.

4.2 Bidang Pentadbiran


4.2.1 Merealisasikan Visi
4.2.1.1 Guru besar menjelaskan visi sekolah iaitu SJKT Bandar Springhill terunggul di
Negeri Sembilan pada tahun 2016. Beliau menyatakan visi ini adalah visi jangka
masa panjang yang sangat penting bagi melahirkan murid yang cemerlang dalam
aspek fizikal, intelektual, rohani, emosi dan sosial sejajar dengan falsafah
pendidikan melalui pengurusan pendidikan berkualiti menepati standard guru
Malaysia.
4.2.1.2 Guru Besar memaklumkan bahawa aktiviti luar biasa akan memberikan keputusan
yang luar biasa.Beliau turut menegaskan agar para guru sentiasa mengingati murid
mengenai visi dan misi sekolah.
4.2.1.3 Warga sekolah harus memastikan murid menyerlah dalam bidang seni dan
buadaya agar hasrat KPM membentuk insan seimbang dapat direalisasikan.
Makluman: SEMUA GURU
4.3

Keputusan UPSR

4.3.1.1 Guru besar mengucapkan tahniah kepada semua atas usaha dan komitmen
dalam memprolehi keputusan UPSR yang baik.
4.3.1.2 Pada tahun 2014 dua murid mendapat 7A. Min kompetensi adalah 54.4 % dan
gred purata sekolah adalah 2.76
4.3.1.3 Guru besar memaklumkan kedudukan sekolah pada band 3.
Makluman: SEMUA GURU
4.4

Bidang Pentadbiran
4.4.1 Kehadiran guru ke sekolah adalah 7.15pagi dan program sehari 1 perkataan
4.4.2

akan dimulakan dan pdp akan bermula pada pukul 7.35pagi.


Pakaian para guru harus mengikut etika perguruan dan semua guru lelaki

4.4.3

disarankan memakai tali leher.


Warga guru disarankan agar mengurangkan kadar pengambilan cuti dan

4.4.4

menumpukan perhatian sepenunya dalam bidang profesionalisma mereka.


Guru guru disarankan agar sentiasa berfikiran positif dan mengamalkan kaedah

4.4.5

komunikasi yang berkesan sepanjang masa.


Guru juga harus berintegeriti sepanjang masa dan bijak menggunakan air,kertas

4.4.6

dan telefon.
Permohonan ke luar Negara harus dihantar lebih awal dan guru perlu

4.4.7

merancang perjalan secara bijak dan mendapatkan kelulusan yang sepatutnya.


Permohonan cuti peristiwa adalah sebanyak 4 hari dan 2 hari untuk perayaan

4.4.8

dan 2 hari untuk aktiviti sekolah.


Aplikasi EMIS disarankan agar sentiasa dikemaskinikan.Hal ini adalah kerana
mereka yang layak dan ingin menjadi Guru Besar dikehendaki mengikuti kursus
NPOL.

4.5

Buku Rekod.
4.5.1 Buku rekod diputuskan dalam mesyuarat bahawa mempunyai masalah kerana
4.5.2

tiada tempat yang secukupnya untuk menulis .


Mesyuarat putuskan bahawa sebulat suara untuk menaip RPH dan mencetak

4.6

dan dimasukkan dalam file.


Aplikasi SPS

4.6.1

SPS wajib dilaksanankan di sekolah dan semua guru disarankan untuk mengikuti
perkembangan terkini dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

4.6.2

Para guru disarankan membeli telifon bimbit pintar agar dapat mengikuti arus
moden yang kini memudahkan kerja pengisisn e-kehadiran dengan mudah.

4.6.3

Dicdangankan agar minta bantuan kerani untuk menyiapakn e- kehadiran.

4.7 Anjakan 4,5,dan 6


4.7.1

Para guru disarankan untuk lebih berinovasi dan mengikuti perkembangan PPM.

4.7.2

Guru perlu menjalankan kajian tindakan dan bentang kertas kajian dan
meningkatkan kualiti profesionalisma bidang guru.

4.8 Kurikulum

4.8.1

Pengurusan PdP

4.8.1.1 Guru diminta menggunakan 12 modul PdP untuk menjadikan PdP lebih berkesan.
Konsep 5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan
penilaian adalah sangat penting dalam PdP.
4.8.1.2 Setiap PdP perlu dimulakan dengan set induksi yang menarik supaya dapat tarik
minat murid.
4.8.1.3 Pdp yang terbaik mempunyai 6 elemen untuk menjadikan sekolah pada tahap yang
baik.
4.8.1.4 Guru perlu ada aspirasi iaitu mempunyai visi yang jelas dan menetapkan strategi
yang baik.
4.8.1.5 Guru perlu menghadirkan diri ke latihan dalam perkhidmatan dan mendapat input
yang disampaikan. Perkara sebegini perlu diberi keutamaan.
4.8.1.6 Guru membentuk kepimpinan dalam diri mereka sebagai guru, guru kelas,
penyelaras, ketua panitia dan sebagainya.
4.8.1.7 Guru perlu ada pengurusan prestasi dimana sentiasa prestasinya meningkat dan
output adalah sangat berkualiti.
4.8.1.8 Inspire the students to have high level thinking. Guru perlu memupuk pemikiran
aras tinggi kepada murid. KBAT perlu diaplikasikan dalam PdP.
Rujuk : Lampiran
Slaid
Makluman : SEMUA GURU

4.9 Peperiksaan Dan Ujian


4.9.1 Peperiksaan dan ujian dilaksanakan mengikut jadual pelaksanaan yang dirancang
oleh setiausaha peperiksaan.
Makluman: SEMUA GURU
4.9.1.1 Penilaiaan Berasaskan Sekolah (PBS)
4.9.1.1 Guru perlu pastikan PBS dilaksanakan mengikut arahan dan jadual.
4.9.1.2 Integriti guru dalam memberi markah adalah sangat penting supaya prestasi
dinilai dengan betul.

murid

4.9.1.3 Usaha guru membimbing murid sehingga mencapai tahap amatlah diharapkan.
4.9.1.4

Dokumen PBS hendaklah lengkap dan kemas kini. Bahan bukti hasil kerja murid
perlu disediakan menepati arahan dan bahan bukti perlu disimpan selamat.

4.9.1.5 Setiap 3 bulan harus dikemaskini dan dicetak serta menyerahkan kepada guru PBS.
Makluman: SEMUA GURU
4.10 Bidang Hal Ehwal Murid
4.10.1 Unit-Unit HEM
4.10.1.1 Guru besar memaklumkan SSDM perlu diisi bagi kesalahan yang berat sahaja.

4.10.1.2 Kebersihan tandas sentiasa perlu diberi keutamaan. Laporan kebersihan tandas
mesti dihantar kepada guru besar. Guru bertugas perlu membuat pantauan dan
pastikan tandas dalam keadaan bersih. Guru bertugas perlu mencatat kebersihan
tandas dalam buku laporan setiap minggu.
4.10.1.3 Kebersihan kantin sekolah sentiasa perlu dijaga. Perkara-perkara serius seperti
keracunan makanan perlu dielakkan berlaku.
4.10.1.4 Guru besar mengingatkan kepada semua guru untuk mempraktikan nilai guru
penyayang. Setiap aktiviti perlu difailkan dengan dokumentasi gambar.
4.10.1.5 Guru perlu pastikan semua murid dapat susu 1 Malaysia di bawah Program Susu 1
Malaysia. Kotak susu yang diterima perlu diletak di atas meja atau bangku dan tidak
boleh letak diatas lantai. Guru juga perlu ada log penghantaran susu 1 Malaysia ke
sekolah.
4.10.1.6 Guru perlu pastikan maklumat murid dalam SMM betul dan terkini.
4.10.1.7 Guru Besar mengingatkan bahawa kesihatan dan kebajikan murid sentiasa perlu
diutamakan.
Makluman: SEMUA GURU

4.10.2 Tanggungjawab Umum Guru


4.10.2.1 Guru perlu memahami bahawa tanggungjawab umum guru adalah mendidik anak
murid dengan sewajarnya, mewujudkan persekitaran yang sesuai, menjaga
keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid dan menyenggara peralatan
berkaitan.
Makluman: SEMUA GURU
4.10.3 Tanggungjawab Undang-Undang
4.10.3.1 Tanggungjawab undang-undang guru adalah menyelia dan melindungi murid
daripada segala mudarat dan menjaga (duty of care) murid semasa berada dalam
kawasan sekolah.
Makluman: SEMUA GURU
4.10.4 Tanggungjawab Sebagai Guru Disiplin
4.10.4.1 Diingatkan bahawa setiap orang guru adalah guru disiplin dan bertanggungjawab
terhadap disiplin murid dalam kelasnya sewaktu mengajar dan disiplin am semasa di
kawasan sekolah (SPI bil.19/2001).
Makluman: SEMUA GURU
4.10.5 Tindakan Disiplin

4.10.5.1 Semua tindakan disiplin hendaklah mematuhi peraturan/ arahan / surat pekeliling
Kementerian Pelajaran Malaysia. Hukuman kepada pelajar hendaklah mematuhi SPI
bil 7/1995.
4.10.5.2 Guru perlu beri bimbingan kepada murid sebelum mengambil tindakan. Guru juga
hendaklah pastikan sentiasa merujuk Buku Panduan Disiplin Murid.
Makluman: SEMUA GURU
4.10.6 Hukuman / Denda Yang Dilarang
4.10.6.1 Guru tidak boleh memberi denda atau hukuman dalam bentuk jemur tengah panas,
lompat katak, merotan di kalangan ramai (public canning), ketuk ketampi, merotan
pelajar perempuan/lelaki dan apa- apa perlakuan sentuhan badan seperti tampar,
tumbuk, tabuh, sepak dan lain-lain.
Makluman: SEMUA GURU
4.10.7 Bentuk Dendaan Yang Positif
4.10.7.1 Guru-guru lebih digalakkan memberi bentuk dendaan positif seperti melengkapi nota
sambil duduk di sudut kelas, hafal sesuatu yang memberi faedah, buat latihan
tambahan dan kelas tahanan (beri kerja bertulis).
Makluman: SEMUA GURU

4.10.8 Kebenaran Keluar Kawasan Bagi Murid


4.10.8.1 Guru perlu pastikan murid hanya dibenarkan keluar kawasan sekolah pada waktu
persekolahan dengan syarat mendapat kebenaran guru besar atau gpk, diiringi guru
bertugas atau guru pengiring atau dijemput oleh waris.
4.10.8.2 Murid yang keluar kawasan sekolah perlu direkod ke dalam Buku Rekod Keluar
Kebenaran Kawasan Bagi Pelajar.
Makluman: SEMUA GURU
4.10.9 Perhimpunan Mingguan Rasmi
4.10.9.1 Semua guru wajib hadir perhimpunan rasmi sekolah pada hari dan masa yang
ditetapkan sehingga tamat perhimpunan.
4.10.9.2 Semua guru lelaki dikehendaki memakai tali leher
mingguan.

semasa perhimpunan rasmi

4.10.9.3 Pengendalian perhimpunan rasmi hendaklah mematuhi SPI bil. 4/1984


Makluman: SEMUA GURU
4.11 Kokurikulum
4.11.1 Ucapan Penghargaan

4.11.1.1 Guru besar mengucapkan tahniah kepada semua guru. Semua aktiviti yang telah
dirancang sehingga sekarang berjaya dilaksanakan.
4.11.1.2 Penglibatan menyeluruh murid-murid dalam kegiatan kokurikulum belum mencapai
tahap maksimum dan perlu mengambil langkah yang efektif.
4.11.1.3 Pengurusan kokurikulum belum mencapai sasaran dan kepakaran dan kemahiran
guru sebagai jurulatih sukan dan permainan perlu dimantapkan. Kemudahan peralatan
dan prasarana kokurikulum belum lengkap dan mencukupi.
4.11.1.4 Usaha pembudayaan sukan dalam kalangan murid belum mantap.
4.11.2 Kegiatan Kokurikulum
4.11.2.1 Kegiatan kokurikulum adalah tugas rasmi semua guru. Semua guru adalah wajib
hadir untuk melaksanakan kegiatan kokurikulum di luar waktu persekolahan. (Seksyen
18 Akta Pendidikan 1996).
4.11.2.2 Semua guru hendaklah merekod kehadiran masing-masing ke dalam Buku Rekod
Kehadiran Kegiatan Kokurikulum.
4.11.2.3 Semua guru adalah bertanggungjawab menjaga keselamatan murid semasa
menjalankan kegiatan kokurikulum. Bantuan awal hendaklah diberikan jika pelajar
mengalami kecederaan. Ibu bapa hendaklah dimaklumkan jika pelajar mengalami
kecederaan yang serius dan membahayakan.
4.11.2.4 Hari Rabu adalah hari menjalankan kegiatan kokurikulum (persatuan/kelab/unit
beruniform) dan dilaksanakan mengikut giliran. Aktiviti sukan ko-kurikulum akan
dilaksanakan pada waktu pagi mulai Januari 2015.
4.11.2.5 Guru-guru digalakkan memakai pakaian uniform dan apabila aktiviti sukan guru
disarankan untuk memakai baju sukan agar dapat memotivasikan murid untuk bergiat
dalam sukan.
4.11.2.6 Perhimpunan mingguan kokurikulum akan diadakan pada hari Rabu mengikut giliran
minggu perhimpunan.
Makluman: SEMUA GURU
4.11.3 Pengurusan Peralatan Sukan Dan PJK
4.11.3.1 Semua peralatan yang dipinjam keluar dari stor sukan/PJK hendaklah direkod
pergerakannya dan dikembalikan ke stor selepas selesai digunakan. Pelajar tidak
dibenarkan memegang kunci stor.
4.11.3.2 Guru perlu pastikan sebarang peralatan yang rosak dan tidak boleh dibaiki lagi
dibuat proses pelupusan dengan segera.
Makluman: SEMUA GURU
4.11.4 Aktiviti Sepanjang Tahun
4.11.4.1 Guru perlu pastikan semua aktiviti yang dijalankan terancang.
4.11.4.2 Guru mesti pastikan ada surat kebenaran daripada ibu-bapa sebelum murid terlibat
dengan sesuatu aktiviti atau program.

4.11.4.3 Guru perlu mantapkan keselamatan barangan yang dibeli dan disumbangkan oleh
orang perseorangan. Semua peralatan mestilah direkod stok sebelum digunakan.
Makluman: SEMUA GURU
5 .0Penutup
5.1 Guru besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dan mengharapkan
semua perkara yang dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat akan diambil
tindakan sewajarnya. Guru besar juga berharap supaya semua guru bekerja dalam satu
keluarga dengan bersungguh-sungguh dalam mendidik murid-murid SJKTBS.. Guru
besar turut menyatakan bahawa beliau sentiasa bersedia untuk membantu semua guru
dan kebajikan guru sentiasa diutamakan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

............................................................

..........................................

(KUGENESWARAN A/L TAMILMANY)


Setiausaha,
SJKT Bandar Springhill.

(SANTHI A/P ACHUDAN)


Guru Besar,
SJKT Bandar Springhill.

You might also like