You are on page 1of 6

Solat Berjemaah

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang,


atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.
Sabda Nabi SAW:
"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan
27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)
Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya
seorang makmum.Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam.Bagi
Mazhab Syafi e hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat
mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muaakad atau sunat yang
sangat dituntut dalam Islam. Antara solat yang biasa ditunaikan secara
berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat sunat tarawih
dan solat sunat witir. Tetapi bagi sembahyang Jumaat, ia wajib dikerjakan
secara berjemaah.
Syarat-syarat sah solat berjemaah:
1. Berniat mengikut/menjadi imam (untuk solat Jumaat sahaja, dan tidak
diwajibkan bagi solat-solat yang lain).
2. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam.
3. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum, kecuali bagi
makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain.
4. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya.
5. Tidaj mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.
6. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat
tumit. Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam.
7. Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya sama-sama solat
Zuhur, Jumaat, qasar, jamak dan sebagainya.
8. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan.
Semasa berniat, seseorang itu disunatkan menambah perkataan makmuman
(makmum lelaki), makmumatan (makmum perempuan), imaman (imam lelaki)
atau imamatan (imam perempuan) selepas menyebut solat yang ingin
dilakukan.Solat seseorang itu tetap sah walaupun tidak berniat menjadi
imam/makmum, melainkan ketika solat Jumaat.
Antara syarat untuk menjadi imam:
* Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum.
* Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam
lain.
* Imam itu sudah mumaiyiz.
Terdapat sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Imam ialah yang
menanggung pembacaan, apabila baik pembacaannya maka pahala untuk

dirinya dan untuk mereka (makmum) dan jika rosak pembacaannya maka
dosanya ialah di atas dirinya sendiri, dan bukannya atas mereka (makmum).
Dalam solat berjemaah bersama satu makmum, maka makmum itu
kedudukannya di sisi kanan imam, asalkan tidak terkehadapan ataupun
sebaris dengan imam.
Sekiranya hanya ada satu makmum dalam solat berjemaah, dan makmum
pertama sedang berdiri di tepi kanan imam, lalu disertai pula seorang lagi
makmum, maka imam disyaratkan maju ke hadapan atau makmum yang
pertama berundur belakang (tidak melebihi tiga langkah) ke saf bersama
makmum kedua.

Masbuq
Masbuq ialah apabila makmum ketinggalan dalam solat berjemaah.
Contoh: apabila seseorang makmum memasuki solat jemaah, lalu ia
takbiratul-ihram dan mendapati imam sedang rukuk, maka perlu makmum
mengikuti rukuk imam itu dengan tanpa wajib menyelesaikan rukun fatihah.
Dari hadis:
Dari Hasan dari Abu Bakrah, dia sampai kepada Nabi saw, ketika Nabi sedang
rukuk, maka dia rukuk sebelum sampai kepada saf. Hal itu disampaikan
kepada nabi, maka Nabi berkata, Semoga Allah menambah semangatmu
tetapi jangan diulangi lagi. (H.R. Bukhari)
Sabda Rasulullah saw: "Apabila seseorang diantara kamu datang (untuk) solat
sewaktu kami sujud, hendaklah ikut sujud dan janganlah kamu hitung itu satu
rakat. Barangsiapa yang mendapati rukuk bersama imam, maka ia telah
mendapat satu rakaat."(H.R. Abu Daud).
Dari hadis di atas, maka difahamilah bahawa orang yang mendapatkan rukuk
dianggap telah mendapatkan satu rakaat, biarpun tanpa sempat
menyempurnakan rukun fatihahnya.
Sekiranya makmum sempat mengikuti rukuk imam dengan sempurna (sekadar
dapat menyentuh lutut) sebelum imam bangun untuk iktidal, dikira makmum
sudah mendapat rakaat ("muwafi q"). Jika makmum tidak sempat
menyempurnakan rukuk, atau makmum memasuki solat sesudah imam rukuk
(iaitu semasa sujud, atau duduk tahiyyat dan sebagainya) maka tidaklah
dikira ia mendapat rakaat itu ("masbuq").
Sekiranya makmum hanya sempat masbuq di tahiyyat akhir, tidaklah ia perlu
membaca doa dalam tahiyyat akhir kerana doa tahiyyat itu disunatkan hanya
untuk orang yang bertasyahhud akhir. Makmum yang masbuq itu juga
diperbolehkan duduk iftirasy seperti di dalam rakaat kedua.

Setelah solat berakhir dan imam memberi salam, maka makmum itu perlulah
bangun dan menyelesaikan solatnya dengan menambah rakaat yang
tertinggal.
Jika makmum sedang takbir lalu imam memberi salam, maka makmum
ditegah duduk kerana duduk itu mengikut imam, dan imam telahpun selesai
solatnya. Jika makmum itu duduk dengan sengaja dan tahu akan tegahannya
maka batallah sembahyang itu.
Dalam solat Subuh, makmum masbuq mestilah berqunut sekali lagi untuk
dirinya di rakaat keduanya meskipun ia telah berqunut bersama imam di awal
sembahyang tadi.
Dalam solat Jumaat pula, sekiranya makmum sempat mendapat rakaat kedua
dengan ia sempat rukuk bersama imam, maka dikira ia mendapat solat
Jumaat itu dan hanya perlu menyelesaikan jumlah dua rakaat sahaja. Tetapi
sekiranya makmum tidak sempat rukuk dalam rakaat terakhir solat Jumaat,
maka ia dikira solat Zuhur dan perlulah menyempurnakan jumlah empat
rakaat.

Istikhlaf
Istikhlaf bererti imam digantikan oleh salah seorang daripada makmumnya
(lalu menjadi imam) bagi menyempurnakan sembahyang mereka, disebabkan
keuzuran imam pertama itu.
Jika imam keluar daripada sembahyangnya disebabkan berhadas, atau
biarpun dengan tiada sebab, adalah diharuskan bagi salah seorang makmum
menggantikannya.
Hadis: "Ketika Nabi SAW sedang sakit tenat, datang Bilal untuk memberitahu
Baginda tentang sembahyang. Maka Nabi SAW menyuruhnya supaya
mengatakan kepada Abu Bakar agar mengimami orang ramai. Saya berkata:
"Abu Bakar adalah seorang lelaki yang penyedih dan jika dia berdiri
mengambil tempatmu (sembahyang), dia akan menangis dan tidak mampu
membaca Al-Quran." Nabi SAW bersabda: "Suruhlah Abu Bakar untuk
mengimami sembahyang." Saya pun mengatakan hal yang sama seperti di
atas. Beliau (mengulangi perintah yang sama) pada ketiga atau keempat
kalinya Baginda bersabda: "Kamu adalah (macam) sahabat-sahabat Yusuf.
Suruhlah Abu Bakar untuk mengimami sembahyang."Maka Abu Bakar
mengimami sembahyang.Kemudian Nabi SAW datang dengan bantuan dua
orang lelaki; seakan-akan baru saja aku melihat Baginda memijakkan kakinya
ke tanah.Pada waktu Abu Bakar melihatnya, dia mencuba untuk berundur
tetapi Nabi SAW memberi isyarat kepadanya untuk tetap sembahyang.Abu
Bakar berundur sedikit dan Nabi SAW duduk di sebelah kirinya.Abu Bakar
memperdengarkan takbir kepada orang ramai." (HR Bukhari)
Disyaratkan bagi makmum yang menggantikan imam itu adalah pengganti
(khalifah/mustakhlif) yang sah menjadi imam kepada jemaah yang lain. Jika

imam itu diganti oleh makmum yang kurang fasih dalam bacaan fatihah
(ummiyan), atau orang bisu, atau orang yang tidak jelas bacaannya seperti
mendengungkan pada tempat yang tidak dengung serta mengubah bacaan,
maka tidak sah sembahyang makmum yang lain jika mengikutinya, kerana ia
tidak sah menjadi imam.
Disyaratkan juga imam itu diganti oleh makmum yang berada di saf pertama
betul-betul di belakang imam. (nota sampingan: makmum saf pertama di
belakang imam adalah juga bertanggungjawab untuk menegur imam di kala
kesilapan bacaan dan perbuatan solat dengan isyarat bacaan "Subhanallah")
Imam yang keluar itu hendaklah keluar dengan tertib, sekurang-kurangnya
beralih ke kirinya jika tiada luang kosong untuk ia mundur. Kemudian
makmum yang mengganti imam itu hendaklah pula maju ke hadapan dengan
tidak lebih dari dua pergerakan langkah. Tempatnya yang kosong di saf
hendaklah pula diisi oleh makmum lain, sama ada di sebelah atau di
belakang, juga dengan tidak lebih dari dua pergerakan langkah.
Istikhlaf hendaklah dilakukan dengan serta-merta.Jika imam keluar daripada
jemaah sedangkan makmum telahpun lanjut melakukan satu rukun, maka
ditegah penggantiannya selepas itu. Juga ditegah penggantiannya jika
makmum tersebut diam terlalu lama dengan kadar berlalunya satu rukun,
sama ada rukun fi li (perbuatan) atau rukun qauli (percakapan). Sekiranya
didapati tiada sesiapa yang maju menggantikan imam, maka makmum
diperbolehkan mufaraqah (berpisah) dari berjemaah dan meneruskan solat
bersendirian.
Tidak disyaratkan ke atas makmum dalam istikhlaf untuk berniat lagi untuk
menjadi makmum, kerana mustakhlif (pengganti) itu sudah dalam kedudukan
imam yang awal.
Cara Istikhlaf Dalam Sembahyang
Apabila seorang mustakhlif menggantikan imam dalam sembahyang yang
sama atau bilangan rakaat yang sama, maka sah penggantian tersebut di
mana-mana rakaat pun kerana mustakhlif itu mengikuti tertib imam
sebelumnya dan tidak membawa kepada percanggahan.
Adapun jika diganti oleh seorang yang di luar sembahyang (mustakhlif bukan
daripada kalangan makmum, dan terus masuk menjadi imam), maka menurut
pendapat Imam Nawawi dan jumhur ulama adalah diharuskan istikhlaf dengan
syarat mustakhlif tersebut menggantikan imam pada rakaat pertama, atau
rakaat ketiga (pada sembahyang yang empat rakaat) kerana tidak akan
bercanggah dengan tertib makmum yang mengikutinya.
Jika berlaku percanggahan dalam tertib, maka tidaklah diharuskan istikhlaf.
Contohnya ialah apabila seorang yang di luar sembahyang mengganti imam
pada rakaat kedua atau rakaat terakhir, dan dia (pengganti) itu akan bangun
berdiri bagi rakaatnya yang pertama sedangkan makmum yang lainnya duduk
tahiyyat awal (atau tahiyyat akhir) di rakaat mereka.

Jika makmum yang masbuq menggantikan imam yang keluar daripada jemaah
hendaklah dia menjaga tertib imam tersebut, sebagaimana perbuatannya jika
imam belum keluar daripada jemaah. Sebagai contoh, jika makmum yang
masbuq pada rakaat kedua dalam sembahyang subuh, kemudian imam itu
berhadas lalu diganti oleh makmum yang masbuq itu, maka makmum yang
menggantikan itu hendaklah menjaga tertib imam pertama dengan
menyambung perbuatan sebagaimana yang perlu dilakukan di dalam rakaat
kedua dalam sembahyang subuh iaitu berqunut, duduk dan bertasyahud
biarpun pada asalnya dia baru melakukan satu rakaat. Selepas itu baharulah
mustakhlif yang masbuq itu bangkit semula (tanpa salam) untuk
menggenapkan solat dua rakaatnya, lalu berqunut lagi pada rakaat keduanya
itu bagi dirinya sendiri sahaja (doa qunut bersendirian dan bukan qunut
berjemaah). Para jemaah yang mengikuti mustakhlif yang masbuq tersebut
ada dua pilihan pada tahiyyat akhir tadi iaitu sama ada berniat mufaraqah
(berpisah daripada imam) dan terus memberi salam, ataupun duduk
menunggu mustakhlif itu dan memberi salam bersama-samanya.
Makmum-makmum masbuq yang bangkit semula untuk menyempurnakan
sembahyang mereka setelah sempurna solat berjemaah adalah diperbolehlah
kepada salah seorang daripada mereka yang masbuq itu untuk maju ke
hadapan menjadi imam dan makmum masbuq yang lain itu boleh
mengikutinya. Istikhlaf sebegini adalah diharuskan kecuali dalam
sembahyang Jumaat kerana tidak harus mendirikan lagi sembahyang Jumaat
selepas selesai dikerjakannya.
Istikhlaf Dalam Sembahyang Jumaat
Apabila imam keluar selepas membaca dua khutbah dan sebelum mengangkat
takbiratul ihram bagi sembahyang Jumaat, adalah diharuskan
menggantikannya jika mustakhlif itu juga turut menghadiri khutbah. Jika ia
tidak menghadiri khutbah maka dia tidak diharuskan mengganti imam itu.
Jika imam keluar daripada sembahyang selepas mengangkat takbiratul ihram
pada rakaat pertama sembahyang Jumaat dan sebelum rukuk di rakaat kedua,
adalah harus dia diganti oleh mustakhlif yang bersama imam sebelum imam
keluar daripada jemaah itu, kerana mustakhlif itu dikira tergolong dalam ahli
Jumaat. Jika ia tidak bersama imam sebelum dia keluar daripada sembahyang,
maka tidak diharuskan ia mengimamkan sembahyang itu kerana dia tidak
tergolong dalam ahli Jumaat.
Manakala jika imam itu keluar selepas rukuk dalam rakaat kedua sembahyang
Jumaat, imam tidak harus diganti oleh mustakhlif yang tidak bersama imam
sebelum dia keluar daripada jemaah.Akan tetapi jika mustakhlif itu bersama
imam sebelum imam keluar daripada jemaah tetapi dia tidak bersama imam
sebelum rukuk pada rakaat kedua (mustakhlif masbuq), maka difardhukan ke
atas mustakhlif itu sembahyang Zuhur.
Makmum yang bersembahyang Jumaat diharuskan pula mengikuti mustakhlif
yang difardhukan ke atasnya sembahyang Zuhur itu.Akan tetapi hendaklah
mustakhlif itu menjaga tertib imam yang awal. Manakala makmum yang
mengikutinya ada dua pilihan, antara memberi salam dengan niat mufaraqah

atau makmum menunggu mustakhlif dan memberi salam bersamanya. Cara


ini adalah yang lebih afdhal dilakukan.

You might also like