You are on page 1of 1

Catatan

: Perkhemahan Unit Beruniform

Nama Peserta

: Muhammad Afiq Danial bin Iskandar

Unit Uniform
Tahun

: Tunas Kadet Remaja sekolah .


: 6 IBK

Jumaat, 24 April 2015


Saya tiba di sekolah untuk mengikuti satu perkhemahan pengakap
yang diadakan di Tasek Ramsar . Setelah mendengar taklimat daripada Cikgu
Nasrum , kamipun bertolak dengan menaiki bas dan 2 buah van yang
disediakan . Peserta perkhemahan yang terlibat seramai 60 orang dan
disertai oleh 25 orang guru. Setelah tiba, kami diberikan taklimat dan
peraturan perkhemahan oleh ketua jurulatih perkhemahan dibahagikan
kepada 5 kumpulan. Kami diarah membersihkan kawasan. Setelah itu, kami
mendirikan khemah. Pada sebelah petang , kami menjalani aktiviti suaikenal
dan tayangan video hidupan di Tasek Ramsar ini .
Sabtu, 25 April 2015
Selepas sembahyang subuh, kami bersarapan. Selepas itu, kami
mengadakan aktiviti senaman. Kemudian aktiviti berkawad diadakan.
Selepas itu , kami menjalankan aktiviti meredah hutan. Melalui aktiviti ini,
kami dapat mengetahui tentang flora dan fauna yang terdapat di hutan ini.
Banyak yang saya pelajari semasa aktiviti ini diantaranya ialah ikhtiar hidup
di dalam hutan seperti mencari sumber air dan makanan. Saya juga telah
mempelajari cara-cara menggunakan kompas dengan betul ketika di dalam
hutan serta membaca peta . Pada waktu malam, telah dijalankan aktiviti
malam kebudayaan . Melalui aktiviti ini, setiap kumpulan perlu mengadakan
persembahan. Kumpulan saya mengadakan persembahan dikir barat. Saya
sungguh seronok ketika membuat persembahan.

Ahad, 26 April 2015


Pada pagi ini telah dijalankan penutupan majlis perkhemahan .
Selepas makan tengah hari, kami bersiap-siap untuk pulang. Kami
menuruakan khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan. Pada pukul
2.00 petang, kami bertolak pulang. Saya berasa gembira dapat mengikuti
perkhemahan ini kerana banyak pengetahuan dan pengalaman yang saya
peroleh.

You might also like