You are on page 1of 3

Pasaran Modal Islam

Majlis Penasihat Syariah (MPS), selepas menjalankan


analisis secara terperinci dan menyeluruh mengenai
syarikat yang disenaraikan di BSKL, mengklasifikasikan
status sekuriti berdasarkan kepada prinsip-prinsip
Syariah. Setakat akhir Oktober 2000,2 604 syarikat
yang disenaraikan di BSKL dan dua lagi di MESDAQ
diklasifikasikan sebagai sekuriti yang diluluskan.
Tiga ratus enam belas syarikat yang disenaraikan di
BSKL disenaraikan pada Papan Utama dan 288 pada
Papan Kedua.
Dalam mengklasifikasikan sekuriti sebagai sekuriti yang
diluluskan, MPS menggunakan satu set kriteria standard
yang memberi tumpuan kepada aktiviti utama syarikatsyarikat
yang tersenarai di BSKL dan MESDAQ. Oleh
itu, syarikat-syarikat yang aktiviti mereka tidak bercanggah
dengan prinsip Syariah diklasifikasikan sebagai sekuriti
yang diluluskan. Sekuriti tidak dimasukkan dalam senarai
sekuriti yang diluluskan berdasarkan kepada kriteria
berikut:
operasi berdasarkan kepada riba (faedah) umpamanya
aktiviti institusi kewangan seperti bank perdagangan
dan saudagar dan syarikat kewangan;
operasi yang membabitkan perjudian;
aktiviti yang membabitkan pengeluaran dan/atau
penjualan produk haram seperti arak, babi dan daging
yang tidak disembelih menurut syariat Islam; dan
operasi yang mengandungi elemen-elemen gharar
(ketidakpastian) seperti perniagaan insurans
konvensional.
Untuk syarikat-syarikat di mana aktiviti mereka terdiri
daripada kedua-dua elemen yang dibenarkan dan tidak
dibenarkan, MPS menggunakan kriteria tambahan yang
berikut:
aktiviti utama syarikat harus merupakan aktiviti yang
tidak bercanggah dengan prinsip Syariah sebagaimana
yang digariskan dalam keempat-empat kriteria di atas.
Selanjutnya, elemen haram mestilah terlalu kecil
berbanding dengan aktiviti utamanya;
tanggapan umum atau imej syarikat harus elok; dan
aktiviti utama syarikat mempunyai kepentingan dan
maslahah (manfaat secara umum) kepada umat Islam
dan negara, dan elemen haram adalah sangat kecil dan
membabitkan perkara seperti umum balwa (kesulitan
umum), uruf (adat) dan hak masyarakat bukan Islam
diterima oleh Islam.
Sekuriti yang diluluskan termasuk saham biasa, waran dan
hak langganan boleh pindah (TSR). Ini bermaksud bahawa
waran dan TSR diklasifikasikan sebagai sekuriti yang
diluluskan daripada sudut pandangan Syariah dengan
syarat saham dasar juga diluluskan. Sebaliknya, saham
pinjaman dan bon dianggap sekuriti yang tidak
diluluskan melainkan penerbitan mereka didasarkan
kepada prinsip Islam.

Dalam mengklasifikasikan sekuriti-sekuriti ini, MPS


menerima input dan sokongan daripada Suruhanjaya.
Suruhanjaya mengumpul maklumat mengenai syarikatsyarikat
daripada pelbagai sumber seperti laporan
kewangan tahunan syarikat, jawapan kepada borang kajian
yang dikeluarkan untuk mendapatkan maklumat terperinci,
dan menerusi pertanyaan yang dibuat kepada pengurusan
syarikat berkenaan. Suruhanjaya, menerusi MPS, akan
terus memantau aktiviti semua syarikat yang disenaraikan
di BSKL dan MESDAQ untuk mengkaji semula status
mereka dari masa ke semasa.
Selain daripada mewujudkan satu senarai yang
mengandungi sekuriti yang diluluskan oleh Syariah, MPS
juga mencapai beberapa keputusan penting sepanjang
tahun berkenaan, selepas menjalankan kajian dan analisis
yang sewajarnya. Keputusan penting itu adalah:
pelabur menyimpan sekuriti yang tidak diluluskan oleh
Syariah selepas pengeluaran senarai itu boleh terus
menyimpannya sehingga mereka boleh menjualnya
pada satu harga yang boleh membiayai kos pelaburan
2

Suruhanjaya mengeluarkan senarai bagi Sekuriti yang Diluluskan Syariah dua kali setahun, pada April dan Oktober.

TINJAUAN PEMBANGUNAN
LAPORAN TAHUNAN 2000 SURUHANJAYA SEKURITI

2-9
3

Sumber: Agensi Penarafan Malaysia (RAM) dan Malaysian Rating Corporation (MARC).

asal mereka. Dalam tempoh pemegangan itu, pelabur


juga dibenarkan untuk menerima dan melanggan
kepada dividen, hak dan terbitan bonus, terbitan khas
dan waran bagi sekuriti yang tidak diluluskan itu untuk
tujuan mempercepatkan penghapusan saham yang tidak
diluluskan itu;
prinsip Syariah Bai al Bi Taqsit (jualan secara hutang)
dianggap sebagai bersamaan dengan prinsip Bai
Bithaman Ajil (penjualan secara hutang/pembayaran
tertangguh);
pelabur dalam PDS Islam dibenarkan untuk mengenakan
satu pampasan (ta widh) bagi pembayaran lewat dan
ingkar oleh penerbit. Di samping itu, berikutan
permintaan oleh penerbit PDS Islam untuk satu
penyelesaian awal, satu rebat (Ibra) dibenarkan untuk
diberi kepada pelabur; dan

kaedah penetapan harga hadapan dibenarkan untuk


tujuan menentukan pembatalan dan pewujudan harga
unit baru bagi dana Islam oleh pengurus-pengurus
unit amanah.
Sekuriti Hutang Persendirian Islam
Permohonan bagi PDS Islam sebagai satu instrumen
penjanaan dana di kalangan badan korporat di negeri ini
telah meningkat dengan ketara berbanding tahun-tahun
sebelum ini. Nilai nominal PDS Islam yang diterbitkan
pada 2000 adalah RM13.08 bilion3 berbanding dengan
RM1.73 bilion pada 1999, iaitu peningkatan lebih enam
kali ganda (Jadual 2). Peningkatan dalam naik nilai prinsip
Syariah yang digunakan, peningkatan kesedaran terhadap
keupayaan PDS Islam untuk bersaing dengan PDS
konvensional, dan peningkatan permintaan daripada dana
Islam tempatan, adalah antara faktor utama yang
menyumbang kepada peningkatan yang ketara ini.
Garis Panduan PDS dan Guidelines on the Minimum
Contents Requirements for Trust Deeds yang diperkenalkan
oleh Suruhanjaya pada 1 Julai 2000 termasuk beberapa
peruntukan untuk memudahkan proses penerbitan PDS
Islam dan untuk memastikan instrumen yang ditawarkan
mendapat nasihat cendekiawan Syariah yang diluluskan
oleh Suruhanjaya. Garis Panduan PDS itu juga termasuk
senarai prinsip dan konsep Syariah yang diluluskan oleh
MPS untuk menstrukturkan PDS Islam.

You might also like