You are on page 1of 54

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

GC6033:
GC6033: Isu-isu
Isu-isu Dalam
Dalam Pendidikan
Pendidikan
Di
Di Malaysia
Malaysia
KERJASAMA PINTAR
ANTARA SEKOLAH DENGAN IBUBAPA, KOMUNITI
DAN SEKTOR SWASTA (PUBLIC PRIVATE PARTNERSHIP)

Disediakan oleh:

1. Baharuddin Bin Mohd Ali P76124


2. Nurhanim Binti Sarion P76179
3. Fatin Syahira Binti Ramli P76200
4. Nurasika Binti Andi Basri P73818
5. Ampuan Hajah Lilimaryani Binti Ampuan Haji Salleh P71559

Fokus Perbincangan
Pengenalan
Definisi dan Teori Berkaitan

Isu Kerjasama Pintar Sekolah Ibu


Fokus
Isu Kerjasama Pintar Sekolah - Ko
Perbincangan
Isu Kerjasama Pintar Sekolah - Sw
Implikasi dan Cadangan
Rumusan
2

PENGENALAN
Sekolah merupakan satu unit masyarakat yang
terpenting dan mempunyai organisasi tersendiri
Peranan sesebuah sekolah bukan hanya berada di
dalam pagar sekolah sahaja, tetapi ia juga
melibatkan komuniti di sekitar dengannya.
Sekolah sebagai pemangkin proses sosiolisasi.
Pihak sekolah bersama komuniti/swasta perlu saling
bekerjasama untuk membentuk generasi yang
berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia serta
menjana transformasi dalam pembangunan negara.
3

PENGENALAN
Laporan awal
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
September 2012

11 ANJAKAN
ANJAKAN UTAMA
UTAMA
11
untuk mentransformasikan
mentransformasikan
untuk
SISTEM PENDIDIKAN
PENDIDIKAN NEGARA
NEGARA
SISTEM
ANJAKAN 99
ANJAKAN
Berkerjasama dengan
dengan Ibu
Ibu bapa,
bapa, Komuniti
Komuniti
Berkerjasama
dan Sektor
Sektor Swasta
Swasta secara
secara meluas
meluas
dan

DEFINISI

erjasama Pintar
Kerjasama adalah usaha (kerja) bersama-sama atau saling bantu
membantu (antara dua atau beberapa pihak). Jalinan kerjasama
juga turut membawa maksud kolaborasi, permuafakatan dan
perkongsian. (Kamus Dewan)
Kerjasama pintar adalah satu gabungan strategik yang membawa
faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat.
Dalam konteks sektor awam, kerjasama pintar berlaku
apabila agensi-agensi berkongsi kepakaran,
mengguna pakai pengalaman atau produk dalam
sesuatu bidang yang telah terbukti berjaya dan sesuai
(Mohd Salleh, 2004).
5

DEFINIS
I
KERJASAMA
PINTAR
BENTUK KERJASAMA

Dana kewangan
Sumber manusia dan kepakaran
Sokongan moral
Nilai komersial
Sokongan politik

MATLAMAT KERJASAMA
Memupuk sikap cakna
Mewujudkan kebersamaan
Mewujudkan ekosistem
pembelajaran positif
Perkukuh institusi keluarga.

DEFINISI

onsep Sekolah
Sekolah sebagai satu sistem sosial yang tersendiri (Mohd Salleh,
2004). Sekolah merupakan sesebuah organisasi yang dinamik,
terbuka, dan kompleks; perlu mewujudkan dan mengekalkan
hubungan saling bergantung dengan semua pihak luar.
Sekolah sebagai satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi
agen perubahan masyarakat seharusnya mengikut perubahan
masyarakat. Ini kerana masalah masyarakat merupakan masalah
sekolah juga. Maka dalam hal ini, tidak dapat tidak masyarakat perlu
bekerjasama dengan sekolah untuk mencapai cita-cita sekolah dan
negara (Ibrahim, 2001)
7

DEFINISI
Ibubapa

Adalah sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kebajikan anak (pelajar) dan


terlibat secara aktif dengan pendidikannya (Sarana Sekolah,PPPM 2013-2025)

Komuniti

Satu kelompok sosial yang mempunyai bilangan ahli yang kecil/ besar dalam
suatu kawasan tertentu, yang mempunyai pemimpin, peraturan dan norma
tertentu yang saling berhubungkait bagi kepentingan bersama serta bertujuan
untuk mewujudkan suatu keadaan yang harmonis. (Abdullah Sani, 2005),

Swasta

Institusi yang tidak dikendalikan oleh pihak berkuasa awam tetapi dikawal dan
diurus oleh agensi swasta seperti sebuah organisasi bukan kerajaan, badan
agama, kumpulan berkepentingan khas, yayasan atau perusahaan perniagaan.
8

Hubungan 3 Dimensi
Hubungan tiga dimensi
iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu
diberi penekanan. Ketiga-tiga entiti ini
perlu ada hubungan yang mantap dan
akrab kerana kejayaan sistem pendidikan
negara bergantung kepada sejauhmana
ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi,
saling melengkapi dan bantu membantu
antara satu sama lain. Pihak pengurusan
sekolah boleh memainkan peranan utama
dalam merapatkan hubungan antara
rumah dan komuniti melalui pelbagai cara
selain daripada yang diketahui umum iaitu
melalui PIBG.
(Abdul Rafie Bin Mahat, 2004)
9

Teori-Teori Berkaitan
INTERAKSIONISME
Memberi perhatian terhadap
unsur-unsur interaksi antara
manusia dalam proses
pendidikan.
Manusia tidak pasif &
menekankan interaksi sosial
yang membentuk realiti
masyarakat.

FUNGSIONALISME

Mengkaji fungsi perlakuan sosial


atau institusi dalam kegiatankegiatan yang menyumbang
kepada penerusan masyarakat.
Struktur-struktur sosial akan
menentukan kelancaran
perjalanan atau keharmonian
masyarakat.
3 andaian utama: Stabiliti,
harmoni dan evolusi. (Brinkerhoff
dan White,1989)
10

Kerjasama Pintar
Sekolah Ibubapa

11

Kerjasama Pintar

Sekolah Ibu bapa


Matlamat Kerjasama
Pintar
Mempunyai tanggung jawab yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan

guru bagi memastikan pembelajaran berkualiti untuk murid


Meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid
Memperluas peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam
meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka

Idea
dana
kemahiran

PIBG

Ilmu
Program
Modal Insan

Hubungan Sekolah Ibu Bapa

12

Kerjasama Pintar

Sekolah Ibu bapa

Penubuhan PIBG

PIBG merupakan salah satu wadah penting membantu pihak


sekolah meningkatkan kualiti pengurusan pendidikan meliputi sistem
P&P dan kemudahan prasarana di samping membina hubungan baik
di antara pihak sekolah dengan ibu bapa.
Fungsi dan tanggungjawab PIBG amat besar serta mencabar, ke
arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan
kualiti pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta
bertaraf dunia.
Bertujuan mewujudkan permuafakatan
antara ibu bapa dan guru di sekolah
yang berkenaan.

13

Kerjasama Pintar

Sekolah Ibu bapa


Tujuan-tujuan
Persatuan
a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan
dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej
Sekolah;
b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi
kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan
mereka;
c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar
fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah
berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf
pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha
menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi
tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan Pembelajaran
AKTA PENDIDIKAN 1996 : PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA & GURU) 1998 [Sub peraturan 7(2)]

14

Kerjasama Pintar

Sekolah Ibu bapa

Fungsi Persatuan

Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program


bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di
perenggan 3, seperti:
a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan
menjaga kebajikan murid;
b) menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan
meningkatkan kemudahan di Sekolah;
c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi
dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat;
d) meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat
mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan
program Pendidikan
15

Kerjasama Pintar

Sekolah Ibu bapa

Aktiviti-Aktiviti PIBG
Hari Sukan
Hari Terbuka
Hari Keluarga
Hari Kantin
Jogathon
Walkathon
Bacaan Yasin
Kem Motivasi
Gotong-royong
Hari Komunikasi
Upacara Keagamaan
Menceriakan Sekolah
Hari Anugerah Kecemerlangan
Membantu Kanak-Kanak Miskin
Majlis Dialog Ibu Bapa Dengan Guru
Kelas Tambahan (UPSR/PMR/SPM)
Lain-lain aktiviti
16

Kerjasama Pintar

Sekolah Ibudan
bapa
Program Sarana Sekolah
Ibu Bapa
Sarana Ibu Bapa
merupakan suatu inisiatif kebangsaan
bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah
demi kecemerlangan masa hadapan
negara yang tercinta:
MALAYS IA

Tujuan:
Mempunyai tanggung jawab yang dikongsi
bersama antara ibu bapa dan guru bagi
memastikan pembelajaran berkualiti untuk murid
Meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam
membantu pembelajaran murid
Memperluas peranan ibu bapa sebagai rakan
sekolah dalam meningkatkan keberhasilan anakanak mereka
Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti & Sektor Swasta
Suatu Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025
17

Kerjasama Pintar

Sekolah Ibu bapa

Isu-Isu / Cabaran

Mencari dana Kekangan sumber kewangan


Masa Tidak semua pihak ibu bapa yang menyertai setiap kegiatan yang
dianjurkan oleh pihak sekolah memandangkan masing-masing mempunyai
kerja atau komitmen sendiri yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu.
Jarak lokasi bagi sekolah yang terletak di kawasan luar bandar atau
pedalaman mungkin agak sukar untuk dihubungi, malah tidak mudah untuk
menjayakan sesuatu rancangan yang memerlukan kerjasama pihak luar.
Pentadbir Yang Kurang Aktif Konsep ini hanya akan berjaya jika pihak
pengurusan sekolah yang terdiri daripada Pengetua/Guru Besar, PK I, PK
II, Penyelia Petang atau Guru ketua Bidang yang memainkan peranan aktif
untuk melaksanakan program yang boleh memberi peluang pihak ibu bapa
dan komuniti terlibat sama. Jika mereka tidak bersungguh-sungguh maka
komuniti luar tidak akan bersama mereka.
Kelonggaran teamwork dalam kalangan warga sekolah Apabila
pelbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak pengurusan sekolah dan PIBG,
adakah pihak warga sekolah turut menyertai dan menyokong supaya
program dapat dijalankan dengan licin.
18

Kerjasama Pintar

Sekolah Ibu bapa

Isu Isu / cabaran

Isu 1 (Kefahaman Ibu bapa Tentang Sumbangan Mereka Terhadap


Prasarana Dan Disiplin Sekolah)
Ibu bapa sering bertanya mengenai apakah yang dilakukan oleh pihak sekolah
untuk perkembangan minda dan sahsiah anak-anak mereka. Namun, pernahkah para
ibu bapa bertanya apa pula sumbangan mereka kepada sekolah tempat anak
mencari ilmu? Datin Seri Rosmah Mansor pernah menyarankan agar ibubapa
mencontohi masyarakat Cina dalam memberi sumbangan kepada sekolah demi
kemajuan pendidikan anak-anak.
Sikap sesetengah ibu bapa yang begitu berkira untuk mengeluarkan wang demi
pendidikan anak-anak. Ini terbukti apabila untuk mengutip yuran tahunan sekolah pun
kerajaan perlu melakukannya dengan penuh diplomasi.
Mereka yang ada ilmu dan kemahiran tentang sesuatu pula, boleh berkongsi ilmu
dan kemahiran itu dengan para pelajar melalui kelas-kelas tambahan atau aktiviti
tertentu.
Mencadangkan agar PIBG dilibatkan secara aktif dalam membantu pihak sekolah
meningkatkan kejayaan sekolah. Bagi ibu bapa pula mencadangkan supaya aktivitiaktiviti PIBG diperbanyak dengan melibatkan ibu bapa dan guru serta mengadakan
mesyuarat AJK PIBG dengan lebih kerap (Mok Soon Sang (2010).
19

Kerjasama Pintar

Sekolah Ibu bapa

Isu Isu / cabaran


Isu 2: Cadangan transformasi PIBG

Memandangkan banyak aktiviti yang dirancang oleh PIBG memerlukan sumber


kewangan maka dicadangkan supaya diberikan peruntukan kewangan/geran tahunan
kepada PIBG terutamanya di luar bandar.
AJK PIBG perlu diberi kursus mengendalikan pesatuan supaya pemimpin PIBG yang
dipilih memahami tentang peranan dan tugas mereka.
Mengadakan buku panduan secara terperinci mengenai pengurusan PIBG yang
seragam bagi kegunaan AJK PIBG dan pentadbir sekolah supaya persatuan boleh
berjalan lancar serta mematuhi Peraturan-peraturan Pendidikan PIBG 1998.
PIBG hendaklah tidak mencampuri proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Mengekalkan pucuk pimpinan PIBG yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang
dikehendaki oleh ibu bapa mahupun pihak pentadbiran. Tetapi jika pemimpin itu masih
tidak dapat membawa sebarang perubahan kepada kemajuan PIBG perubahan kepada
pimpinan hendaklah dilakukan.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh PIBG hendaklah mengambilkira sumbangan yang
boleh diberikan oleh ibu bapa secara langsung kerjasama para guru dalam
meningkatkan pencapaian pelajar terutama dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Pemberian status pengecualian cukai kepada penyumbang dana PIBG dan cuti tanpa
rekod kepada ibu bapa yang menyertai kegiatan PIBG. (Dewan Masyarakat April 2012)
20

Kerjasama Pintar

Sekolah Ibu bapa

Cadangan
1
Perancangan secara
sistematik dan
terancang bagi setiap
program yang
diusulkan(melibatkan
organisasi, masa dan
sumber kewangan).

2
Pihak pentadbir perlu
mengamalkan dasar
buka pintu dan
membenarkan usulusul yang
dibentangkan
dijalankan demi
kebaikan warga
sekolah.

3
Pihak sekolah
menganjurkan
program/aktiviti yang
bertujuan memupuk
semangat kerjasama
dan kekitaan.

21

Kerjasama Pintar

Sekolah Ibu bapa

Cadangan

22

Implikasi

Kerjasama Pintar

Sekolah

Ibu
bapa
Penglibatan Ibu

Bapa
Peranan PIBG amat penting untuk menggerakkan ibu bapa melalui Kumpulan
Sokongan Ibu Bapa (KSIB) kerana sekolah seperti di negara maju, ibu bapa adalah
penggerak utama untuk melaksanakan setiap aktiviti di luar bilik darjah

Hasil dari pada kerjasama pintar ini

Ibu bapa dan


penjaga akan
lebih
memahami dan
mengetahui
tentang sekolah
dengan lebih
dekat.

Mengetahui hak
mereka dalam
sekolah
dan bagaimana
mereka dapat
memainkan
peranan yang lebih
berkesan dalam
sistem sekolah.

Memberikan
sokongan
sepenuhnya
kepada programprogram yang
dianjurkan oleh
pihak sekolahkehadiran mereka
akan lebih baik.
23

Pembelajaran
anak-anak akan
meningkat kerana
ibu bapa sendiri
terlibat dalam
memantau
perkembangan
pelajaran mereka di
luar kawasan
sekolah.

Kerjasama Pintar

Sekolah Ibu bapa

Mini Kajian

A Journey to Excellence: A Case of Ulu Lubai National Primary


School in Limbang Sarawak, Malaysia
Aziah Ismail, Abdul Ghani, Kanesan Abdullah
Kejayaan Sekolah :
Sekolah luar bandar yang pertama menerima SBT (sekolah Berprestasi Tinggi tahun
2011
UPSR : 2006-2010, 100% lulus
Pengiktirafan sekolah terbaik
sebanyak 45 kali daerah Limbang
Sebanyak 14 kali peringkat Negeri Sarawak
Sebanyak 5 kali peringkat kebangsaan
Johan Anugerah Commonwealth Education Good Practice Award 2009 dan finalis
anugerah yang sama daripada Sekretariat Komanwel dan Kerajaan Malaysia.
Dicalonkan untuk UNESCO Educational International Best Practices 2010.
Sekolah menjadikan Bahasa English sebagai bahasa pengantar disekolah dan dirumah.
Pelajar-pelajar akan berada di sekolah seawal 5.30 pagi.
Murid-murid akan mengulangkaji pelajaran di rumah panjang sekurang-kurangnya
satu jam untuk setiap malam dengan ditemani ibu bapa masing-masing dan akan
dipantau oleh seorang guru.
24

Kerjasama Pintar

Sekolah Ibu bapa

Mini Kajian

PERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU


(PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR
M. Al Muz-Zammil Bin Yasin & Moong Sow Kuan,UTM
Dapatan kajian ini menunjukkan sebab-sebab ibu bapa kurang melibatkan diri dalam
aktiviti PIBG sekolah iaitu:
(1) Tiada masa kerana sibuk dengan kerja seharian,
(2) Isteri atau suami tidak mahu turut serta dalam aktiviti PIBG,
(3) Tidak mahu bersuara dalam mesyuarat,
(4) Kurang minat terhadap masalah sekolah,
(5) Segan untuk mengeluarkan pendapat semasa mesyuarat.

Ibu bapa kurang melibatkan diri dalam aktiviti adalah disebabkan oleh pengaruh
kesibukan dengan kerja seharian.
Ibu bapa sibuk dan lebih mengutamakan pekerjaan harian daripada tanggungjawab
memahami pendidikan anak-anak mereka (Norzalinda2004).
Kamarudin (1989) juga menyatakan PIBG tidak dapat memberikan sumbangan yang
sepatutnya apabila ibu bapa tidak hadir dalam mesyuarat agung PIBG.
Yahya Don (2005) berpendapat sama bahawa kedua-dua belah pihak ibu bapa dan
guru-guru berganding bahu memainkan peranan masing-masing bagi membentuk diri
pelajar, bukan sahaja daripada segi pencapaian akademik bahkan dalam
pembentukan sosial.
25

Kerjasama Pintar
Sekolah Komuniti

26

Kerjasama Pintar

Sekolah Komuniti

Konsep Komuniti
Komuniti merupakan institusi
tidak formal yang mempengaruhi
pendidikan seseorang pelajar.
Masa pelajar lebih banyak
terarah untuk berinteraksi
sesama rakan sebaya dan
komuniti.
Bentuk-bentuk institusi komuniti
yang wujud ialah persatuan
belia, badan kebajikan
penduduk, badan koperasi,
institusi masjid, badan-badan
berkanun dan bukan berkanun
dan lain-lain.

Agensi
Kerajaan

Alumni

KOMUNITI

NGO

27

Ahli
Komuniti
Setempat

Kerjasama Pintar

Sekolah Komuniti

Konsep Kerjasama
Menurut Kementerian Pendidikan
Malaysia (2012), tujuan
kerjasama sekolah dengan
komuniti adalah

Mendapat kerjasama secara sukarela daripada


pertubuhan dalam komuniti untuk menyediakan
pelbagai perkhidmatan dan memberi manfaat kepada
sekolah setempat.

Menggalakkan pelibatan murid dalam pertubuhan dan


aktiviti komuniti serta mendapat pengajaran penting
melalui proses tersebut.

Kajian Kegunaan Masa Murid

33%
14%

Sekolah
Tidur
Rumah
dan
Komuniti

53%

Kegunaan masa murid berumur 7 16


tahun, berdasarkan 42 minggu di sekolah
dan purata 5.5 jam di sekolah setiap hari
(sekolah rendah dan menengah), 2 jam
masa kokurikulum wajib seminggu dan
masa tidur 8 jam sehari.
Sumber : Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti & Sektor Swasta
Suatu Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

28

Kerjasama Pintar

Sekolah Komuniti
Matlamat Kerjasama
Pintar
Peranan pihak sekolah memerlukan komuniti untuk membantu menyelesaikan
masalah-masalah seperti disiplin, kesihatan, kebajikan, akademik dan sebagainya.
Komuniti dapat mengambil berat terhadap anak-anak mereka di sekolah.
Permuafakatan dan kerjasama sekali gus akan menunjukkan keprihatinan mereka
terhadap usaha membentuk dan mendidik generasi pada masa akan datang.
Melalui kerjasama juga, kita boleh membetulkan struktur kekeluargaan yang
semakin berubah seperti mengejar kebendaan dan bersikap individualistik tanpa
mempedulikan masyarakat sekeliling mereka.

Dana
Tenaga
Perkhidmatan

Program
Penglibatan
Kejayaan
Hubungan Sekolah Komuniti

29

Kerjasama Pintar

Sekolah Komuniti

Kerjasama
dengan
komuniti satu
proses
menyelesaikan
masalah secara
bersama
melibatkan
semua pihak
yang
mempunyai
kepentingan
dalam kejayaan
murid

MURID

30

Kerjasama Pintar

Sekolah Komuniti
Implikasi Penglibatan
Komuniti
Komuniti yang berbilang kaum boleh mengeratkan semangat
perpaduan kaum dan sikap toleransi yang diperlukan supaya dapat
mengelakkan perasaan prasangka dan prejudis yang keterlaluan.
Oleh kerana program-program yang berkaitan kerjasama
melibatkan banyak pihak yang berkepentingan dalam sekolah,
maka banyak aktiviti boleh dirancang bersama demi menjayakan
wawasan negara.
Penyertaan pihak komuniti dalam aktiviti sekolah boleh merapatkan
hubungan silaturahim dan menghindarkan perasaan perkauman,
kawan dan kenalan baru ditemui.
Di samping itu kerjasama pintar dalam komuniti di peringkat sekolah
boleh membantu dalam menjimatkan dan mengurangkan kos
perbelanjaan kerajaan.
31

Kerjasama Pintar

Sekolah Komuniti

Aktiviti Bersama Komuniti

32

Kerjasama Pintar

Sekolah Komuniti

Isu- Isu / Cabaran

1. Komuniti kurang peka tentang peranan dan tanggungjawab mereka


terhadap persekitaran pelajar dan program yang dianjurkan di sekolah.

Salah laku pelajar pada masa kini kian meningkat malahan menunjukkan
peningkatan yang drastik pada tahun 2013.
Menurut Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Polis
Bukit Aman, Datuk Wira Ayob Yaakob pula berkata, kes jenayah mencatatkan
peningkatan sebanyak 149 peratus pada tahun ini berbanding tahun lalu.
Menurutnya, jumlah kes jenayah yang dicatatkan membabitkan golongan
remaja adalah sebanyak 873 kes untuk tempoh enam bulan pertama bagi
tahun 2013 berbanding sebanyak 335 kes bagi tempoh masa sama tahun
2012 (Sinar Harian, 2013).
Manakala pada tahun 2014, menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri
Dahlan, mengatakan jenayah statistik pelajar di Selangor sepanjang tempoh
Januari hingga Disember 2013 mencatatkan angka sebanyak 873 orang
berumur dalam lingkungan tujuh hingga 18 tahun.
Jenayah statistik ini sehingga Mac 2014 statistik menunjukkan jumlah jenayah
melibatkan pelajar mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak 135 orang yang
berumur dalam lingkungan usia sama (Sinar Harian, 2014).
33

Kerjasama Pintar

Sekolah Komuniti

Isu- Isu / Cabaran

2. Kurangnya sokongan dan penglibatan daripada pihak komuniti


terhadap setiap program yang dianjurkan di sekolah

Program sekolah seperti Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang, Hari


Gotong-Royong dan Mesyuarat PIBG kurang mendapat sambutan daripada pihak
komuniti.
Jadual 1.1 : Kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat agung PIBG di SMK Desa Cempaka
Tahun

Tahun Bilangan

Bilangan Ibu

Peratus Kehadiran

Kehadiran Ibu

Bapa (Orang)

Ibu

Bapa (Orang)

2010
2011
2012

139
151
284

Bapa ( %)

936
942
921

14.85
16.00
30.84

Data tersebut menunjukkan bahawa peratus kehadiran ibu bapa dalam PIBG adalah
tidak mencapai 50% daripada jumlah ibu bapa atau penjaga seperti yang dinyatakan
(Temubual bersama Setiausaha Agung PIBG,2012).
Menurut Solomon et al (2000) murid-murid yang mempunyai perasaan jaminan
komuniti lebih berkecenderungan bermotivasi dari segi akademik, bertindak secara
beretika dan altruistik, dan membentuk kecekapan sosial dan emosi.
34

Kerjasama Pintar

Sekolah Komuniti

Isu- Isu / Cabaran

3. Pemimpin pendidikan/guru besar sekolah kurang kemahiran


kemanusian dalam mewujudkan kerjasama antara komuniti

Wagner dan Hollebeck (2005) menyatakan seorang pemimpin yang dapat membina
hubungan manusia akan dapat membina kepercayaan dan keyakinan tanpa
perasaan bimbang dalam kalangan subordinatnya.
Yahya (2005) menjelaskan pengetua atau guru besar memainkan pelbagai peranan
bagi memastikan sekolah berjalan dengan lancar dan mencapai kecemerlangan.
Azlin Norhaini (2006) melaporkan bahawa dalam beberapa situasi, pengetua
kelihatan masih kurang proaktif, kurang kreatif, kurang inovatif, sering kali hilang
fokus, dan sering kali hilang tumpuan kepada matlamat pengurusan sebenar kerana
terlalu kerap dan rencam menghadapi masalah yang sama.
Tambahan lagi, Azlin turut melaporkan pengetua kurang bersikap terbuka terhadap
perubahan dan bersikap pasif terutamanya dalam menangani masalah-masalah
pengurusan walau yang rutin sekalipun.
Di samping itu, pengetua juga dikatakan menghadapi masalah dalam perkaraperkara yang berkenaan dengan perancangan aktiviti sehingga ada waktunya tidak
dapat mengikuti perancangan yang disediakan
35

Kerjasama Pintar

Sekolah Komuniti

Cadangan
1
Memperbanyak
kempen-kempen
kesedaran mengenai
tanggungjawab
komuniti terhadap
sekolah di media
massa dan media
cetak.

2
Memperluas jaringan
antara pihak sekolah
dengan komuniti.

3
Pemimpin
pendidikan/guru
besar sekolah
membuka peluang
untuk bekerjasama
dengan komuniti.

36

Kerjasama Pintar

Sekolah Komuniti

Mini Kajian

Community Partnerships for Fostering Student Interest and Engagement in STEM


By James J Watters and Carmel M Diezmann

Dalam kajian Watters dan Diezmann (2013), penemuan utama dalam pembentukan
perhubungan dan perkongsian, di mana pelajar mempunyai ijazah tinggi autonomi
dan rasa tanggungjawab, adalah paling utama ke arah tabiat dalam menerapkan nilai
positif kepada STEM.
Di samping itu, perancangan strategik berasaskan komuniti untuk membina matlamat
persetujuan ramai dalam kalangan komuniti, perniagaan dan organisasi dalam
masyarakat untuk membangunkan tindak balas kolektif terhadap masalah
masyarakat.
Selalunya komuniti membangunkan rangkaian yang berkesan terhadap
persefahaman dasar dan perkongsian sumber untuk menjadi lebih berkesan dalam
menangani masalah yang kompleks (Berry 2007).
Pembelajaran komuniti (masyarakat) adalah untuk menangani perkembangan kognitif
pelajar dengan bekerja bidang berkaitan dan menghubungkan konsep, idea,
kemahiran dan prosedur sebagai mana pembangunan sosial disokong oleh
hubungan interpersonal dalam kalangan pelajar dalam konteks yang akademik.
37

Kerjasama Pintar

Sekolah Komuniti

Mini Kajian

Minority Student Perceptions of the Impact of Mentoring to Enhance Academic


Performance in STEM Disciplines
by Kimberly D. Kendricks, K V. Nedunuri, and Anthony R. Arment

Dalam kajian Kendricks et al. (2013), program mentor diketuai oleh Pengetua
Penyiasat (yang juga ahli fakulti STEM), lima fakulti STEM dan seorang pembantu
pentadbiran.
Setiap mentor fakulti ditugaskan membuat pengkhususan di kawasan kepakaran
ahli fakulti.
Antara aktiviti program termasuklah Komuniti Pembelajaran Akademik (pelajar
dikehendaki mengambil sekurang-kurangnya dua kursus, tapi dicadangkan kursus
STEM), Komuniti Pembelajaran Hidup (pelajar haruslah tinggal bersama-sama di
asrama), Mesyuarat Mentor (pelajar wajib hadir ke mesyuarat bulanan dengan
mentor mereka), Program Kepujian (pelajar yang layak mempunyai GPA 3.2 ke
atas), Bengkel Pembangunan Profesional & Lawatan Sekolah Siswazah (pelajar
perlu menghadiri sekurang-kurangnya dua setiap setahun) dan Penyelidikan
Sarjana (semua pelajar harus memohon paling minimum satu latihan STEM sama
ada di dalam atau luar kampus dan pelajar sangat digalakkan untuk menjalankan
penyelidikan di dalam atau luar kampus setiap tahun.
Menurut Kendricks et al. (2013) kesan positif kepada pelajar terhasil apabila
38
mengadakan program mentor dalam aktiviti STEM.

Kerjasama Pintar
Sekolah Swasta

39

Kerjasama Pintar

Sekolah Swasta

Konsep Kerjasama Pintar

Syarikat korporat turut memainkan peranan yang


penting terhadap sekolah. Terdapat pelbagai bentuk
sumbangan yang boleh diberikan dalam membantu ke
arah pencapaian kejayaan sekolah.
Pendidikan yang holistik diterjemahkan dalam bentuk
keberhasilan pendidikan yang holistik yang tidak hanya
bertumpu kepada pencapaian akademik sahaja tetapi
menjurus kepada pembentukan kualiti insan yang
mempunyai jati diri yang kental, ilmu yang mendalam,
kemahiran yang mantap dan kebolehpasaran yang
tinggi.

40

Kerjasama Pintar

Sekolah Swasta

Matlamat Kerjasama Pintar

(Muhyiddin,2011) menjelaskan matlamat kerajaan dalam meningkatkan


penglibatan pihak swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat melalui
kerjasama awam-swasta dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti
melalui penyampaian pendidikan yang bermutu tinggi
Mewujudkan gandingan kepakaran yang erat antara sektor swasta dalam
usaha melahirkan modal insan yang cemerlang
Mewujudkan kerjasama dalam menyediakan satu bentuk pendidikan holistik
yang dapat mengasah bakat kepimpinan dan daya berfikir murid secara
kritis, kreatif dan analitis
Meningkatkan peranan sektor swasta sebagai penyumbang tambahan dan
menggerakkan penyampaian perkhidmatan
(pertambahan kewangan, memperluaskan
akses dan meningkatkan keberhasilan)

41

Kerjasama Pintar

Sekolah Swasta

Peranan Sektor Swasta

Peranan sektor swasta dalam membantu


kerajaan
meningkatkan
pembangunan
pendidikan dilihat melalui sumbangan dana yang
telah dilakukan dalam pembangunan dan
pembelajaran di sekolah
Sektor swasta menggunakan kepakaran yang
dimiliki dan kemampuan dana yang mencukupi
dalam melibatkan diri dengan aktif dalam
membantu kerajaan mentranformasikan sekolahsekolah di negara
Pekeliling yang berkaitan dengan penglibatan swasta dalam pendidikan

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2011


Garis Panduan Penglibatan Sekolah Dalam Program Atau Aktiviti Anjuran Pihak Luar Selain
Daripada Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2004
Panduan Penglibatan Murid-Murid Sekolah Dalam Program Atau Aktiviti Anjuran Agensi-Agensi
Selain Daripada Agensi Di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
42

Kerjasama Pintar

Sekolah Swasta

Ciri-ciri Perkongsian

Projek kerjasama pintar mempunyai ciri-ciri


seperti berikut:
Tidak ada implikasi atau obligation to purchase
semasa dan selepas tamat tempoh projek;
Tidak ada gangguan negatif kepada pengajaran
dan pembelajaran (P&P); dan
Perbelanjaan KPM hanya dari segi pembiayaan
pelaksanaan
projek
seperti
latihan
dan
kelengkapan bagi mengukuhkan keselamatan
fizikal.

43

Kerjasama Pintar

Sekolah
Swasta
Aktiviti Bersama
Sektor
Swasta
Baucer buku, pakaian, kelengkapan
sekolah, dan infrastruktur sekolah
Biasiswa
Program motivasi/galakan
Program akademik
Program akademik (Astro Tutor
TV/Akhbar dalam pendidikan)
Sekolah angkat-beri sumbangan
Program karnival kerjaya (IPTS sewa
booth)
Program motivasi (jemputan penceramah
berbayar-persendirian) atau tidak
berbayar-IPTS
44

Kerjasama Pintar

Sekolah Swasta

Implikasi Penglibatan Swasta


Penambahbaikan dalam penyampaian sesi pengajaran
dan pembelajaran.
Motivasi pelajar dan guru meningkat.
Pencapaian sekolah dapat ditingkatkan
kemudahan-kemudahan yang disediakan.

dengan

Penerbitan jurnal pendidikan dan penyelidikan oleh


golongan profesional.
Meningkatkan status dan imej sekolah.
Mewujudkan pekerjaan dan peluang pekerjaan.
Perubahan sikap pelajar terhadap sesuatu bidang.

45

Kerjasama Pintar

Sekolah Swasta

Isu-isu / Cabaran

ISU 1 : ISU KOS YANG PERLU DITANGGUNG KERAJAAN


Projek kerjasama pintar antara sekolah dengan pihak swasta
mungkin melibatkan kos kepada KPM tetapi pada dasarnya projek
seperti ini dapat membuahkan pulangan untung kepada KPM dari
segi perolehan kemahiran atau peningkatan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran yang jelas.
ISU 2 : PENERIMAAN PENGLIBATAN PIHAK SWASTA DARIPADA
PENTADBIR SEKOLAH
Pentadbir sekolah merasakan pihak swasta seperti IPTS hanya ingin
mempromosikan kolej mereka seterusnya mengaut keuntungan
daripada pelajar

46

Kerjasama Pintar

Sekolah Swasta

ISU 3: TIDAK MENDAPAT SOKONGAN PIHAK SEKOLAH


Melalui persekitaran yang positif akan menghasilkan tindakbalas
yang positif. Perkongsian dengan pihak tertentu dari luar sekolah
seperti pihak korporat atau ahli perniagaan , sekolah boleh
memohon bantuan untuk merubah suasana persekitaran sekolah.
Dengan cara ini, kemudahan fizikal boleh dilengkapkan dan menjadi
lebih efektif
Pelaksanaan konsep ini hanya akan berjaya jika pihak pengurusan
sekolah yang memainkan peranan sebagai pencetus atau
penggerak ke arah permuafakatan dan perkongsian pintar . Semua
pihak perlu ikhlas dan berusaha bagi menjayakan matlamat
tersebut. Kejayaan konsep ini akan mengorak ke arah school
improvement
47

Kerjasama Pintar

Sekolah Swasta

ISU 4:PERUNTUKAN MODAL YANG KURANG DI KAWASAN LUAR


BANDAR
Masalah kerajaan yang tidak dapat memberi bantuan sepenuhnya
kepada masyarakat menyebabkan misi dalam menjayakan
pendidikan tidak dapat dilaksanakandengan jayanya.
(Yuji Tamura,2003) jarak dan lokasi sesuatu tempat mampu
menyumbang kepada berlakunya ketaksamaan agihan sumber
yang mana kawasan bandar mendapat peruntukan pembangunan
yang lebih besar berbanding penduduk diluar bandar yang tinggal
jauh di pedalaman.

48

Kerjasama Pintar

Sekolah Swasta

Cadangan

Perancangan
kewangan yang
sistematik dan
terancang oleh
pihak
pentadbiran
sekolah.

Perbincangan
yang teliti dan
jelas agar tidak
wujud salah
faham antara
kedua-dua pihak
dan win-win
situation dapat
dicapai.

Penelitian dan
kajian sewajarnya
terhadap sesuatu
program agar
faedah daripada
program dapat
dinikmati oleh
seluruh warga
sekolah.

Jaringan swasta
dengan sekolah di
kawasan terpencil
perlu diperluas
agar peluang
pendidikan sama
rata dapat
dinikmati oleh
semua pelajar.

49

Kerjasama Pintar

Sekolah Swasta

Mini Kajian

Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam


pengajaran dan pembelajaran : Jurnal pengurusan dan
kepimpinan pendidikan. Genting Highlands. Institut Aminuddin
Baki.
Menurut
Rusmini Ku Ahmad(2003) yang membincangkan
kepentingan integrasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran mengatakan bahawa
untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P sekolah harus
menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta,
kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti setempat. Teknik
perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh
digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru
dan semua warga sekolah. Sekolah harus menggunakan peluang
yang ada dalam komuniti setempat dari segi mendapatkan
sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu guru-guru
dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P secara berkesan.
50

Rumusan
KERJASAMA PINTAR SEKOLAH DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SWASTA
IBU BAPA

MELIBATKAN
(ENGAGE)

Mesej
Ibu Bapa: Penggerak
Kecemerlangan Pendidikan

Kenapa?

KOMUNITI

Penglibatan ibu bapa di


rumah dan di sekolah
mempunyai impak besar
dalam pembelajaran anak

SEKTOR SWASTA

MENGUPAYAKAN
(EMPOWER)

Mesej

Mesej

Anak Anda, Tanggungjawab


Kita Bersama

Kemakmuran berterusan
melalui pendidikan

Kenapa?

Komuniti mesti bersatu padu


untuk mengutamakan
pendidikan bagi kejayaan
negara

MEMBOLEHKAN
(ENABLE)

Kenapa?

Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti & Sektor Swasta


Suatu Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Sumbangan kepada
pendidikan untuk
kemakmuran sektor swasta

51

Rumusan
Kerjasama pintar seumpama ini diharap dapat menguatkan bukan sahaja
sokongan dari bentuk material atau dana tetapi penerapan nilai dan
sokongan moral dari semua pihak. Usaha ini amat perlu dimanfaatkan
untuk menggembleng segala sumber dan sokongan yang ada bagi
memaksimakan kekuatan dan melancarkan segala bentuk perlaksanaan
dasar pendidikan negara.
Namun, nadi kepada pendidikan tetap bertunjangkan ibu bapa dan warga guru itu sendiri. Entiti-entiti ini perlu lebih proaktif dalam melaksanakan proses pendidikan.
Tidak dinafikan juga peranan komuniti dan sektor swasta yang amat penting sebagai pendokong perlaksanaan dasar tersebut. Kementerian pula dilihat sebagai
pemandu kepada sistem pendidikan negara diharap dapat memantau kerjasama pintar ini dengan lebih rapi agar ia dapat dinikmati oleh semua pelajar dan sekolah di
dalam mahupun di luar bandar.
Kesimpulannya, peranan setiap pihak adalah amat penting bagi memastikan kelancaran kerjasama pintar tersebut.

52

Rujukan
Abdullah Sani Yahaya. 2005. Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur: PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Ang Jit Eng, 2007. Pengurusan Disiplin Murid. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Hassan, A. 2001. Penteorian Sosial Dan Pendidikan. Tanjung Malim: Quantum Books
Ibrahim Mamat. 2001. Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran
Kepimpinan Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamus Dewan, 2010. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
M. Al Muz-Zammil Bin Yasin & Moong Sow Kuan,2010. Peranan Ibu bapa Dalam Persatuan Ibubapa
Dan Guru-Guru (Pibg) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Di Kulai, Johor
Mohd Salleh Bin Mahat. 2004. Perkongsian Dalam Pendidikan-Fokus di Sekolah. Kuching: Jurnal
Penyelidikan MPBL, Jilid 5.
Mok Song Sang. 2010. Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia. Dasar Perkongsian Pintar: Inisiatif Swasta.
Diperoleh pada 19 Okt 2014 daripada
http:// www.moe.gov.my/v/perkongsian-pintar
Permuafakatan dan Komuniti. ( n.d ). Disember 19, 2011, daripada
http://www.scribd.com/doc/18329361/permuafakatan-dan-komuniti

53

Terima Kasih

You might also like