You are on page 1of 5

Takaful Keluarga

Produk takaful keluarga terbahagi kepada 5 aspek utama iaitu


takaful anda, takaful keluarga, takaful pelaburan, takaful pendidikan
anak (ptpa), takaful perubatan dan kesihatan.

Produk takaful utama ialah takaful anda. Takaful ini berkaitan


dengan diri individu tersebut. Takaful ini menitik beratkan tentang
skim,

pelaburan

yang

menyumbangkan

keuntungan

dan

kontrak(aqad). Skim insuran salah satu skim berlandaskan syariah


yang merupakan alternative kepada skim insuran konvensional.
Takaful anda juga, ia merupakan pelan perlindungan berdasarkan
prinsip-prinsip syariah yang dibenarkan oleh syarak. Selain itu juga,
takaful ini menyumbangkan sejumlah wang untuk dana takaful am
dalam bentuk sumbangan partisipatif (tabarru'). Ia juga menitik
beratkan tentang sesuatu perjanjian atau kontrak (aqad) untuk
menjadi

salah

satu

peserta

dengan

bersetuju

untuk

saling

membantu antara satu sama lain sekiranya salah satu dari peserta
mengalami ditakrifkan rugi.

Seterusnya takaful keluarga. Konsep takaful keluarga ialah salah


satu bentuk takaful yang menawarkan faedah perlindungan insuran
hayat dan simpanan jangka panjang kepada pelanggan serta
keseluruhan keluarga yang berdaftar. Terdapat ciri-ciri penting
takaful, jenis-jenis takaful dan sebagainya. Ciri-ciri yang penting
dalam

pelan

takaful

keluarga

ialah

takaful

berlandaskan

maqasidsyariah, boleh dijelaskan lagi takaful ini ialah takaful yang


mementingkan layanan atau servis kepada pemengang pelan
takaful ini.Antara takaful keluarga yang mengikut syariah Islam ialah
takaful ikhlas, takaful MAA, dan banyak lagi.

Berikutnya adalah takaful pelaburan. Takaful pelaburan ialah


takaful yang berkaitan pelan takaful keluarga yang menggabungkan
pelaburan dan perlindungan takaful. Caruman anda akan memberi
perlindungan takaful, termasuk manfaat kematian dan hilangupaya,
dan sebahagian daripada caruman akan dilaburkan dalam pelbagai
dana pelaburan pilihan anda yang dibenarkan oleh Syariah.Takaful
ini mempunyai ciri-ciri unik antaranya ialah pelanggan diberi
kelonggaran memilih paras perlindungan dan pelaburan, juga boleh
mengubah

jumlah

caruman

mengikut

perubahan

kedudukan

kewangan pelanggantersebut. Antara ciri yang lain ialah boleh


menukar dana pelaburan yang sedia ada kepada dana pelaburan
yang lain dan boleh menebus sebahagian daripada unit berkaitan
pelaburan anda pada bila-bila masa serta boleh memilih untuk
melabur dalam pelbagai jenis dana pelaburan (ekuiti, bon atau
instrumen kewangan lain).

Manakala

takaful

yang

seterusnya

ialah

Pelan

Takaful

PendidikanAnak (PTPA). Pelan takaful ini ialah salah satu pelan


takaful yang memberikan perlindungan dan simpanan jangka
panjang untuk membiayai perbelanjaan pendidikan tinggi anak
pemegang pelan ini. Pelan ini memberi pelbagai kelebihan kepada
anak mereka antara nya ialah anak mereka akan disediakan dengan
manfaat kewangan jika pemegang ditimpa tragedi yang dilindungi
di bawah pelan ini. Kelebihan pelan ini dapat dirasai oleh anak-anak
pemegang tersebut. Ini kerana anak-anak mereka tidak perlu
bersusah payah untuk memikirkan tentang kewangan apabila
sesuatu terjadi kepada penjaganya. Kerana anak-anak mereka telah
diberi pelindungan oleh pelan ini.

Takaful perubatan dan kesihatan juga merupakan salah satu dari


5 aspek jenis produk takaful yang diperbincangkan ini. Takaful

perubatan

dan

kesihatan

ini

adalah

takaful

yang

memberi

perlindungan terhadap kos rawatan perubatan persendirian seperti


kos hospital dan penjagaan kesihatan, jika pemegang pelan ini
didiagnosis menghidap penyakit tertentu atau terlibat dalam
kemalangan. Kaedah perlindungan tersebut boleh diambil secara
berasingan atau sebagai kontrak tambahan
kepada pelan takaful keluarga asas. Takaful perubatan dan
kesihatan lazimnya ditawarkan sama ada melalui pelan individu
atau berkumpulan. Walaubagaimanapun, kos pelan takaful individu
secara am nya adalah lebih tinggi daripada pelan takaful kumpulan.
Oleh itu pemegang pelan ini haruslah benar-benar bijak di dalam
memilih perlindungan yang memenuhi keperluan anda dengan
memahami ciri-ciri, syarat-syarat, manfaat, had dan pengecualian
pelan takaful tersebut. Jangan rasa tertekan atau terpengaruh untuk
membeli lebih daripada apa yang anda perlukan.

ManakalaTakaful AM pula adalah takaful yang menawarkan


takaful perumahan. Terdapat dua pelan takaful di bawah takaful
rumah iaitu takaful empunya rumah dan takaful isi rumah. Takaful
empunya rumah adalah takaful yang memberikan perlindungan
keatas rumah kediaman pemegang pelan ini terhadap kerugian atau
kerosakan akibat bencana seperti banjir atau gempa bumi. Bukan
sahaja melindungi rumah tetapi juga merangkumi garaj, bangunan
luar, dinding, pintu pagar dan pagar di sekeliling rumah serta
lekapan dan lengkapan kekal. Yang kedua adalah takaful isi rumah.
Takaful isi rumah pula memberi perlindungan terhadap kerugian
atau kerosakan kandungan rumah kediaman pemegang pelan, dan
perlindungan
kecederaan

kepada
maut.

mereka

Pemegang

sebagai
pelan

peserta

boleh

jika

menyertai

berlaku
takaful

empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali


untuk perlindungan yang menyeluruh. Kepentingan takaful ini dapat
meringankan beban kepada

individu kerana

pelan ini dapat

membantu individu dalam menghadapi bencana alam terhadap diri


sendiri dan keluarga.

Takaful

Motor

ialah

takaful

yang

memberikan

individu

perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kenderaan sendiri


akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan atau kecederaan tubuh
badan atau kematian pihak ketiga, kerosakan atau kerugian harta
benda pihak ketiga. Ia memberi kepentingan kepada pemilik motor
tersebut. Secaraamnya, sebelum membuat sebarang tuntutan,
pemegang pelan ini haruslah memerhatikan dan mencatatkan
butiran kemalangan, butiran seperti nama dan alamat pemandupemandu yang terlibat di samping para saksi serta nombor
pendaftaran, jenis dan model kenderaan yang terlibat. Sebagai
pemegang pelan takaful, maka boleh membuat tuntutan jika manamana yang berikut berlaku terhadap pemegang sekiranya terlibat di
dalam kemalangan kenderaan, kerosakan kepada kenderaan atau
pihak ketiga ada yang terlibat.

Akhir sekali penjelasan tentang takaful Kemalangan Diri (KD).


Takaful Kemalangan Diri (KD) adalah pelan takaful tahunan yang
menyediakan pampasan sekiranya berlaku kematian, hilang upaya
atau kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan. Takaful ini
boleh disertai pelbagai cara iaitu boleh menyertai takaful KD untuk
diri

pemegang

sendiri

atau

pelan

kumpulan

untuk

keluarga

pemegang. Takaful ini juga boleh dibeli untuk jangka masa yang
lebih pendek, seperti jika individu melancong keluar negara, untuk
melindungi diri sekiranya kemalangan berlaku sewaktu berada di
luar

negara.

Walaupun

perlindungan

takaful

ini

merangkumi

kemalangan yang berlaku di mana-mana tempat di dunia, 24 jam


sehari,

pelan

asas

KD

masih

mempunyai

pengecualian.

Walaubagaimanapun, dengan caruman tambahan, pemegang pelan


boleh menambah perlindungan yang sebelum ini dikecualikan.

Hubungi pengendali atau ejen takaful pemegang pelan tentang


perlindungan tambahan yang boleh dinikmati melalui pembelian
takaful KD.

RUJUKAN
http://www.islamicfinanceinfo.com.my/bm/mengenaitakaful/mengenal-produk-takaful-anda
www.insuranceinfo.com.my/takaful_keluarga.pdf&h=TAQH2EgDi
AsmadAbd Rahman, (2010). Sistem Takaful Di Malaysia. Kuala
Lumpur :Universiti Malaya (UM).

You might also like