You are on page 1of 37

SPM SEJARAH KERTAS 3 1294/3 (2015)

TEMA / TAJUK 10.2: NASIONALISME DI MALAYSIA


SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
Tema Umum: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme
Sehingga Perang Dunia Kedua
Nasionalisme di Malaysia berakar umbi daripada gerakan
penentangan pemimpin tempatan terhadap campur tangan
British dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak
Tema Spesifik: Berdasarkan Fokus Kajian Berikut:
1 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British (Abad
ke 19)
2 Gerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua (Abad
ke 20)
PANDUAN PERUNTUKAN MASA MENGIKUT
ASPEK/KONSTRUK
Format

Aspek/Konstruk

Markah

Masa

1. Pengenalan

1. Memahami

5 Markah

10 minit

2. ISI Dan
HURAIAN

2. Memahami

30 Markah

50 minit

3. Menganalisis

15 Markah

20 minit

4. Mengaplikasi

10 Markah

15 minit

5. Menilai

10 Markah

15 minit

6. Mencipta

10 Markah

15 minit

7. Menjana Idea

10 Markah

15 minit

5 Markah

10 minit

5 Markah

10 minit

8.
3. Kesimpulan

Nilai / Iktibar /
Patriotisme

9. Merumus
1

Jumlah
Keseluruhan

100 Markah

2 jam 40
minit

Catatan: Pelajar disarankan untuk mematuhi panduan ini supaya


pelajar dapat menjawab kesemua soalan. Gunakan 20 minit lagi
untuk menyemak jawapan anda.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 3
1. Pastikan anda membawa buku teks dan bahan ilmiah serta
bahan bercetak yang berkaitan dengan tajuk.
2. Pastikan anda menulis nombor soalan.
3. Jawapan mesti ditulis dengan ayat yang lengkap. Jawapan
dalam bentuk poin dilarang sama sekali.
4. Mulakan jawapan anda dengan pangkal ayat atau kehendak
perincian soalan.
Contoh soalan. Jelaskan latar belakang gerakan nasionalisme.
Contoh jawapan. Latar belakangan gerakan nasionalisme
merupakan usaha masyarakat.
5. Jawapan perlu ditulis dalam struktur ayat lengkap.
6. Sebaiknya satu isi merangkumi fakta, huraian dan contoh.
7. Mengaikan isi denga isi berikutnya menggunakan penanda
wacana.
8. Jawpan KBAT perlu ada penyambut/ huraian/ keterangan
atau ayat berlapis.
9. Tidak perlu ayat yang panjang dan meleret-leret.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN SPESIFIK


Soalan 1: Pengenalan [5 Markah]
(a) Jelaskan maksud dan latar belakang nasionalisme
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara.
Perasaan ini akan mencetuskan gerakan untuk membebaskan
tanah air daripada belenggu penjajahan. Contohnya penjajahan
British di Tanah Melayu.
Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan
menentang apa sahaja bentuk penjajahan oleh kuasa luar.
Penentangan di dorong oleh hasrat membebaskan negara
daripada kuasa penjajah. Di Malaysia penentangan terhadap
British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad
ke-19.
Gerakan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka
daripada oleh penjajah. Contohnya sejak abad ke-19,
penentangan telah dilakukan oleh beberapa pemimpin tempatan
seperti Dol Said, Dato Maharajalela, Rentap dan Mat Salleh.
Gerakan nasionalisme secara menyeluruh telah bermula pada
awal abad ke-20.
Soalan 2: Memahami [15 markah]
Soalan 2a: Sebab-sebab / faktor-faktor penentangan
Huraikan sebab-sebab penentangan pemimpin
tempatan terhadap British di Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak pada abad ke-19.
Antara sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap
British di Tanah Melayu ialah dasar penaklukan British.
Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah
disebabkan oleh dasar penaklukan British di daerah mereka
3

seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan


Sabah. Dasar penaklukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu
bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kuasa politiknya.
Melalui dasar ini, penguatkuasaan politik British menjadi luas dan
kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.
Contohnya, Penentangan Dol Said terhadap British kerana
mengambil alih Melaka daripada Belanda. Ini kerana Naning
dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.
Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan menjadi sebab
penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah
Melayu. Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin
menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingannya. Penguasaan
ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British
dengan pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini, saudagar
dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti
perlombongan dan perdagangan bijih timah . Ini menimbulkan
kemarahan penduduk tempatan terhadap British.
Seterusnya, perlaksanaan pentadbiran Barat terhadap
masyarakat tempatan. British memperkenalkan sistem cukai,
undang-undang, dan peraturan-peraturan tanah untuk
mendapatkan hasil yang maksimum. Peraturan British juga
bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.
Contohnya, tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan
tidak perlu membayar cukai. British telah memaksa sistem
pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. Sebagai contoh,
di Terengganu, penentangan berlaku kerana British menetapkan
bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk
tempatan mesti mendapat kebenaran British dan tanah dikenakan
cukai.
Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut
membawa kepada penentangan penduduk tempatan. British telah
memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang
amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.
Misalnya di Perak, J.W.W. Birch telah campur tangan dalam adat
resam masyarakat Melayu, iaitu amalan menggunakan orang
4

suruhan. Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan


masyarakat tempatan.
Di samping itu, pembesar tempatan kehilangan kuasa dan
pengaruh. Ini kerana British telah mengambil kawasan
pentadbiran mereka. Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin
tempatan telah dilantik oleh sultan untuk mentadbir kawasan
tersebut. Perlantikan ini memberi kuasa untuk kepada mereka
untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran,
ekonomi dan sosial.. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan
tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan sehingga
mendorong mereka menentang British.
Akhir sekali, kesulitan penduduk tempatan. Penduduk tempatan
tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang
menyulitkan kehidupan mereka. Mereka telah memberi sokongan
kepada penentangan pemimpin tempatan. Kesetiaan kepada
pembesar tempatan sebagai ketua turut mendorong penduduk
tempatan memberikan kerjasama dalam menentang British.
Soalan 2b: Faktor-faktor pemangkin / kebangkitan /
pencetus semangat nasionalisme
(i) Huraikan faktor-faktor pemangkin nasionalisme
sehingga perang dunia kedua
Faktor-faktor pemangkin kebangkitan semangat nasionalisme
ialan tindakan Sir Andrew Clarke telah memperkenalkan sistem
politik barat. Ini telah memusnahkan sistem politik tradisional
tempatan. British telah meletakkan seorang residen yang
mengambil alih pentabdiran negeri daripada pembesar tempatan.
Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan
oleh pegawai British. Bagi orang tempatan perubahan ini
mencabar sistem atau amalan tradisi mereka dan juga
menjatuhkan maruah mereka. Hal ini membangkitkan kebencian
penduduk tempatan terhadap British.
Faktor pemangkin seterusnya ialah sistem pendidikan Inggeris
dan vernakular Melayu yang diperkenalkan pada akhir abad ke19, telah melahirkan golongan intelek melayu yang mampu
5

berfikir tentang kemajuan bangsanya. Mereka menyedari


perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk
menyedarkan bangsa Melayu. Mereka telah menggunakan idea
baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.
Selain itu, dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu telah
menggalakkan sesiapa sahaja yang datang untuk melabur,
berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu.
Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di
sini. Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan
jumlah imigran dan menimbulkan persaingan kepada penduduk
tempatan. Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam
bidang perlombongan bijih timah, perladangan getah dan
perniagaan. Orang Melayu mula kekal dengan pertanian padi
yang tidak dimajukan oleh British.
Seterusnya, British juga telah membuka bandar baru sebagai
pusat pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di
kampung-kampung dengan segala kekurangan. Kemajuan
ekonomi seperti perniagaan serta kewujudan prasarana
contohnya elektrik, perkhidmatan pos, telefon, sekolah, hospital
dan lain-lain telah meningkatkan taraf hidup di bandar. Keadaan
ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di
luar bandar dengan imigran dan penduduk di bandar. Ternyata,
dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu.
Hal ini disedari oleh golongan intelek melayu dan mereka
menjadikannya isu gerakan nasionalisme Melayu.
Faktor pendudukan Jepun juga menjadi pemangkin terhadap
gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pihak Jepun dengan
konsep kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan
kebebasan Negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan
masing-masing. Dengan konsep ini Jepun menggalakkan orang
tempatan berkerjasama dengannya dan berjanji akan
memerdekakan mereka. Bagaimanapun kesengsaraan hidup
akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman
pentadbiran Jepun menyebabkan sebilangan besar penduduk
Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat
6

atau Timur. Bagi mereka semua penjajah tetap zalim dan


menekan kehidupan orang tempatan.
Seterusnya, penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) selama
14 hari pada tahun 1945 juga telah membangkitkan semangat
menentang penjajahan dan memulakan penyebaran ideologi
komunis. Dalam tempoh itu, PKM telah menguasai balai-balai
polis dan memerintah dengan kejam. Mereka membunuh dan
menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong
Jepun. Gerakan ini telah mencetuskan konflik perkauman. Banyak
orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota
PKM. Serangan mereka telah dibalas oleh orang Melayu di Perak,
Johor, dan Pahang.
Kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada
penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan
terhadap British. Perkara ini berlaku kerana melalui buku, akhbar,
majalah, kitab agama dan lain-lain idea menentang penjajah itu
dapat disebarkan.
Faktor pemangkin seterusnya ialah Gerakan Pan Islamisme
yang telah membangkitkan kesedaran semangat kebangsaan
Tanah Melayu. Gerakan Pan Islamisme merupakan gerakan
intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan
pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk
menentang penjajahan Barat ke atas Negara-negara Islam.
Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia.
Gerakan reformis islam yang dimulakan oleh Syeikh Muhammad
Abduh, pensyarah di Universiti Al-Azhar Mesir telah tersebar luas.
Dalam tulisannya beliau telah memberikan kupasan bahawa islam
ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan
akhirat, disamping mendorong umatnya menuju kejayaan. Tulisan
Syeikh Muhammad Abduh ini disebarkan dalam majalah al-Manar.
Selain itu gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga
mendesak matlamat sama.
Faktor yang terakhir ialah kesedaran politik serantau yang
berlaku di sekitar Asia Tenggara, terutama di Indonesia turut
mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Indonesia
7

yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan
budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah
Melayu. Kesedaran ini telah melahirkan ramai golongan
intelektual. Contohnya, Zaba yang banyak mengkritik dasar
British.

Soalan 3: Memahami [30 markah]


Soalan 3a: Peristiwa Kebangkitan Pemimpin Tempatan
menentang Pentadbiran British
Tanah Melayu
Penghulu Dol Said di Naning.
Penjajah Inggeris telah berjaya menduduki Melaka selepas
Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824. Pihak British telah
8

mendakwa bahawa Naning merupakan sebahagian daripada


wilayah Melaka. Oleh itu, British menganggap Naning berada
dibawah kekuasaan mereka. Oleh itu, Naning terpaksa membayar
cukai ke Melaka iaitu 1/10 daripada hasil yang terdapat di Naning.
Selain itu, British juga telah mengarahkan supaya semua
kesalahan-kesalahan jenayah yang berlaku di Naning diselesaikan
di Melaka kerana British menyalahkan tindakan Dol Said yang
menyelesaikan kesalahan jenayah di Naning pada tahun 1828.
Faktor penentangan di oleh Penghulu Dol Said berlaku apabila
beliau menolak dakwaan British yang mengatakan Naning berada
di bawah wilayah British. Beliau juga telah menolak tindakan
British yang meletakkan Naning didalam wilayah mereka dengan
tidak membayar ufti 1/10 yang dituntut British kepada Melaka.
Peristiwa penentangan di Naning berlaku apabila tindakan
Penghulu Dol Said yang menolak untuk membayar ufti kepada
Melaka telah menyebabkan British menghantar tentera ke Naning
untuk menawan Naning pada tahun 1831. Penghulu Dol Said telah
berjaya menewaskan serangan British yang membawa seramai
150 tentera British yang dipimpin oleh Kapten Wylie dalam usaha
mereka menawan Taboh.
Kejayaan Penghulu Dol Said menewaskan tentera British ini
kerana Naning telah mendapat bantuan daripada Yamtuan Ali,
Syed Shaba, Penghulu Remai dan Rchat, Dato Kelana Sungai
Ujong serta Penghulu Gemencheh. Pada Jun 1832, British sekali
lagi telah menghantar seramai 1200 orang tentera untuk
menawan Naning. British telah berjaya menewaskan Penghulu Dol
Said kerana Naning telah menghadapi serangan ini sendirian
dengan tidak dibantu oleh sesiapa. Kekalahan Naning kepada
British telah menyebabkan Penghulu Dol Said terpaksa menyerah
diri kepada British pada Febuari 1833. Oleh itu
1.2 Tok Janggut di Kelantan
Faktor penentangan menentang British di Kelantan oleh Tok
Janggut berlaku apabila British memperkenalkan Sistem Penasihat
British di Kelantan. Selain itu, pihak British telah memaksa
9

penduduk tempatan untuk menerima pakai sistem cukai yang


diperkenalkan oleh mereka.
Peristiwa penentangan Tok Janggut di Kelantan bermula apabila
beliau telah membantah sistem cukai yang telah diperkenalkan
oleh British. Beliau enggan untuk membayar cukai sebagai tanda
bantahan kepada sistem cukai yang diperkenalkan oleh British
namun tindakan beliau tersebut tidak dilayan oleh Pegawai
Daerah Pasir Puteh. Sebaliknya British telah mengarahkan pihak
polis untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal. Pada tahun
1915, Tok Janggut bersama-sama dengan Engku Besar Jeram,
Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta rakyat
tempatan telah membuat pakatan untuk menyerang Pasir Puteh.
Mereka telah berjaya menawan daerah Pasir Puteh seterusnya
membentuk sebuah kerajaan baru di Pasir Puteh. Kerajaan baru
itu diketuai oleh Engku Besar Jeram sebagai raja, Tok Janggut
sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
Bagi menawam semula Pasir Puteh, British telah menggunakan
nama sultan bagi menentang Tok Janggut. Oleh itu, British telah
membawa masuk pasukan tentera daripada Negeri-Negeri Selat
dengan kapal perang H.M.S.Cadmus yang telah mendarat di
Tumpat Kelantan. British telah memulakan serangan mereka pada
Mei 1915 di Saring. Serangan British yang tersusun dan
penggunaan senjata yang moden telah berjaya melumpuhkan
perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya. Selain itu, Tok Janggut
juga telah terkorban semasa serangan yang dilakukan oleh
British. Mayat beliau telah diarak ke seluruh pecan Kota Bharu
sebelum digantung di pasar dengan kepala di bawah sebagai
amaran kepada masyarakat tempatan supaya jangan berani
menentang British.
1.3 Dato Maharajalela di Perak
Penentangan di Perak dipimpin oleh Dato Maharaja lela dengan
dibantu oleh semua pembesar dan sultan. Sebab-sebab
penentangan ialah residen J.W. W Birch memungkiri fungsinya
sebagai penasihat seperti yang terkandung dalam Perjanjian
Pangkor 1874. Para pembesar menolak system cukai yang
10

menghapuskan hak mereka. Para pembesar menolak


pengguasaan British terhadap kawasan mereka Sebab yang
ketiga para pembesar menolak campur tangan British dalam adat
resam dan hal ehwal tempatan. Contoh larangan menggunakan
hamba. J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan
dan tidak pandai berbahasa Melayu.
Peristiwa penentangan bermula apabila Dato Maharaja Lela
bermesyuarat dengan pembesar Melayu di Durian Sebatang
untuk menentang undang- undang British pada 21 Julai 1875.
Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Anduk, Seputum telah
membunuh J.W. W Birch pada 2 Nov 1875 di Sungai Perak, Pasir
Salak. Pihak British dengan 500 orang tentera melancarkana
serangan terhadap Pasir Salak . Dato Maharaja lela dan Dato
Sagor melarikan diri ke Kota Lama. Pada 20 November 1877 Dato
Maharaja lela, Dato Sagor dan Pandak Lam, Seputum dan Pandak
Indut dijatuhkan hukuman gantung. Sultan Abdullah , Menteri
Ngah Ibrahim , syahbandar dan laksamana telah dibung negeri ke
Pulau Seychelles.
1.4 Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampong
membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan
peraturan tanah British. Pada Mei 1925, kira-kira 300 penduduk
kampong telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik
Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III. Tindakan ini telah
membimbangkan pihak British. Namun dengan jasa baik Tengku
Nik Maimunah, mereka dapat di suraikan. Kemuncak kemarahan
rakyat ialah pada Mei 1928, iaitu dengan melakukan serangan
bersenjata terhadap bangunan kerajaan di Kuala Berang. Mereka
telah berjaya menawan bangunan kerajaan tersebut.
Manakala satu kumpulan lagi berkumpul di Kuala Telemong
bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British.
Dengan menggunakan kuasa dan nama sultan, British
menghantar tiga pembesar untuk menawan semula Kuala Berang
serta menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang
menghalangnya.Ini memudahkan British menghadapi
11

penentangan rakyat kerana orang Melayu tidak akan menderhaka


kepada sultan. Sepasukan polis seramai 25 orang telah
menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan
kebangkitan penduduk tempatan dengan membunuh sebelas
orang. Haji Abdul Rahman Limbong telah diserang oleh 50 orang
polis yang dibawa dari Singapura. Haji Abdul Rahman Limbong
berjaya di tahan dan telah dibuang negeri ke Makkah.
1.5 Dato Bahaman di Pahang
Pada tahun 1888, Dato Bahaman dan pembesar-pembesar
Pahang yang lain bangkit menentang Residen British pertama di
Pahang, iaitu J.P. Rodgers. Dato Bahaman menentang
perlaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan
adat resam dan sistem politik tempatan seperti system
kehakiman, pungutan hasil tanah, sistem cukai, dan penubuhan
pasukan polis luar.
Ini kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato
Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
Dato Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Iman
Rasul telah bersatu menentang British selama lima tahun.
Siri penentangan Dato Bahaman ialah pada 1890 iaitu menentang
pembinaan Balai Polis Lubuk Terua, Pada 1891-menyerang British
kerana menangkap anak buahnya, pada 1892- menyerang dan
menawan semula Lubuk Terua, 1894- Menyerang dan menguasai
Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Dan akhir sekali pada 1895Akibat tekanan British, Dato Bahaman berundur ke Kelantan.
Dato Bahaman dan rakan- rakan mendapat pelindungan daripada
penduduk dan pembesar Terengganu dan
Kelantan Dato Bahaman kemudiannya menetap di Hulu Kelantan.
Manakala Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu
Terengganu. Pada tahun 1896, Dato Bahaman berpindah ke
Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja
Chulalongkorn. Beliau telah menetap di Cheing Mai dan diberikan
wang sara hidup sebanyak 1000 baht.
Dato Bahaman kemudiannya meninggal di sana.
12

1.6 Yam Tuan Antah di Negeri Sembilan


Penentangan oleh pembesar tempatan terhadap penguasaan
British telah dilakukan oleh Yam Tuan Antah Sri
Menanti dan Dato Syahbandar Sungai Ujong, iaitu Abdullah
Tunggal. Kedua-duanya telah menentang kemasukan British di
Sungai Ujong. Malah Dato Syahbandar Sungai Ujong enggan
menandatangani perjanjian dengan British pada 21 April 1874.
Dato Syahbandar juga menentang Dato Kelana Sungai Ujong,
iaitu Syed Abdul Rahman yang mempelawa British untuk campur
tangan dalam pertikaian mereka.
Kedua-dua pemimpin tempatan ini, berebut kawasan sempadan
untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari
Negeri-Negeri Selat. Dengan kerjasama British, Dato Kelana Syed
Abdul Rahman berjaya mengalahkan Dato Syahbandar Abdullah
Tunggal untuk menguasai Sungai Ujong. Dato Syahbandar
Abdullah
Tunggal terpaksa berundur ke Selangor. Bagaimanapun, beliau
kembali semula ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian
dengan British pada 10 November 1874. Dato Syahbandar
bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura.
Dengan itu, Dato Kelana Syed Abdul Rahman dapat menguasai
seluruh
Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan British.
Sarawak
Rentap
Rentap pemimpin Iban menentang James Brooke pada tahun
1853 kerana bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai
Skrang yang dianggap sebagai lanun. Beliau telah menyerang
pasukan James Brooke di kubu Nanga Skrang bagi menghalang
kezaliman James Brooke di daerah tersebut.
Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi
tentera James Brooke telah bertindak balas dengan membakar
13

kampung mereka. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit


Sadok, namun sekali lagi mereka diserang oleh James Brooke.
Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap pada tahun
1861. Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan
serangannya semakin lemah.
2.2 Linggir
Linggir iaitu pemimpin Iban di Saribas menentang penaklukan
James Brooke pada tahun 1849 dengan menyerang kapal
Nemesis dekat Batang Lupar. Serangan ini merupakan tindak
balas terhadap langkah James Brooke dan kapten Farquhar
menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas. Bagaimanapun,
Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.
2.3 Syarif Masahor
Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor
dan Datuk Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak
penguasaan James Brooke di wilayah mereka, iaitu di Sungai
Rajang pada tahun 1857. Hal ini disebabkan mereka kehilangan
kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk
tempatan. Pada tahun 1858, James Brooke telah membina sebuah
kubu di Kanowit. Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut.
Beliau dan Datuk Patinggi Abdul Gapur kemudian menyerang
James Brooke di Kuching. Bagaimanapun, tentangan mereka
gagal. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi beliau telah
diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura. Datu
Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau
berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James
Brooke.
Sabah
Mat Salleh
Di Sabah, terdapat beberapa penentangan oleh pemimpin
tempatan terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB).
Bagaimanapun, penentangan terbesar telah dilakukan oleh Mat
Salleh. Beliau ialah pemerintah daerah Tambunan dan Sungai
14

Sugut. Namun, pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat


Salleh. Bukan sahaja mereka menduduki kawasan pengaruh Mat
Salleh, malah mereka turut melaksanakan sistem cukai kepala
dan surat perahu. Pegawai-pegawai syarikat itu juga bersikap
kasar kepada penduduk tempatan.
Mat Salleh telah ke Sandakan berbincang dengan SBUB pada
tahun 1895, tetapi tidak dilayan. Sebaliknya, gabenor Beaufort
telah menyerang dan membakar kampungnya. Mat Salleh
terpaksa melarikan diri. Pada tahun 1897, beliau dan para
pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu
SBUB di Pulau Gaya. Ekoran itu, SBUB telah menawarkan pelan
damai pada Mat Salleh, iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya.
Namun, SBUB mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat Salleh
sekali lagi menyerang kubu SBUB. Serangan ini dibalas oleh
pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh.
Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.

Soalan 4a: Menganalisis [10 markah]


(i) Buktikan Kejayaan pemimpin tempatan menentang
British pada abad ke 19.
Penghulu Dol Said
Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya naning
menghantar 1/10 hasil sebagai ufti kepada Melaka. Penghulu Dol
Said Berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan
Kapten Wyllie.
Dato Maharaja Lela
Sultan Abdullah dan Dato Maharaja Lela serta pembesar Perak
telah melakukan bantahan terbuka terhadap campur tangan
British di Perak. Dato Maharajalela juga berjaya membina kubu di
Pasir Salak. Selain itu, kejayaan lain yang lebih besar ialah
berjaya membunuh residen British di Perak iaitu J.W.W. Birch.
15

Dato Bahaman
Dato Bahaman menyerang British kerana menangkap anak
buahnya. DatoBahaman menyerang dan berjaya menawan
semula Lubuk Terua. Beliau juga berjaya menguasai Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai.
Tok Janggut
Kejayaan yang di capai oleh Tok Janggut ialah ketika menentang
British di Pasir Puteh dan berjaya menawan daerah tersebut.
Penawanan daerah Pasir Puteh berjaya membentuk sebuah
kerajaan di mana Engku Besar Jeram telah di lantik sebagai Raja,
Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai
Pegawai Daerah.
Haji Abdul Rahman Limbong
Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk membersihkan
tanah di Kuala Berang tanpa menghiraukan peraturan tanah
British. Beliau juga bersama penduduk tempatan melancarkan
penentangan bersenjata pada tahun 1928. Mereka telah
menyerang dan berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala
Berang.

Rentap
Di Sarawak, Rentap telah menyerang tentera James Brooke di
Kubu Nanga Skrang dan berjaya mengusir James Brooke dari
kawasanya.
Mat Salleh
Akhir sekali ialah kejayaan pemimpin Mat Salleh di Sabah,yang
melakukan serangan mengejut terhadap Kubu SBUB di Pulau
Gaya. Ini menyebabkan SBUB terpaksa menawarkan pelan damai
kepada Mat Salleh dengan menyerahkan Tambunan kepadanya.

16

4) Jelaskan keberkesanan penentangan pemimpin


tempatan terhadap British pada abad ke-19.
Keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap Bitish
pada abad ke-19 ialah kejayaan Dato Maharajalela menyatukan
pembesar dan Dalam peristiwa ini, penduduk Melayu untuk samasama menentang British. Dalam peristiwa ini Sepuntum berjaya
membunuh J.W.W Birch dan Kapten Innes menyebabkan British
terpaksa meminta bantuan daripada tentera SHTI di Hong Kong
dan India.
Selain itu, keberkesanan penentangan pemimpin tempatan juga
dapat dilihat melalui kejayaan Dol Said dalam mengalahkan
British semasa serangan ke atas Naning pada tahun 1831.
Kebijaksanaan Dol Said mendapatkan bantuan tentera dari Yam
17

Tuan Ali Rembau, Syed Shahban dan Penghulu Remai dapat


mengalahkan tentera British seramai 150 orang.
Seterusnya, kejayaan Mat Salleh melancarkan serangan mengejut
terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya telah memaksa SBUB
mengadakan pelan damai kepada Mat Salleh dan berjanji akan
menyerahkan Tambunan.
Sehubungan dengan perkara di atas, perjuangan Tok Janggut juga
berjaya mencabar British. Keberkesanan perjuangan Tok Janggut
terbukti apabila pihak polis yang diarahkan menangkap Tok
Janggut gagal menangkapnya. Malah beberapa pembesar
tempatan juga telah menyerang Pasir Puteh dan mereka Berjaya
mendudukinya.
Di samping itu, perjuagan Tuan Haji Abdul Rahman Limbong juga
memperlihatkan keberkesanan pada tahap awal. Beliau bersama
rakyat Telemong telah beberapa kali mengingkari peraturan tanah
yang ditetapkan oleh British. Beliau mengetuai penduduk
kampong membuka tanah pada tahun 1922 dan 1925.
Seterusnya, perjuangan Dato Bahaman juga memperlihatkan
keberkesanannya kerana berjaya menyerang British dan
menawan semula Lubuk Terua yang telah dikuasai oleh British.
Dato Bahaman dan pengikut juga berjaya menguasai Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai.

(iii) Strategi perjuangan pemimpin tempatan menentang


penjajahan British.
Dol Said menggunakan taktik dengan cara mendapatkan bantuan
ketenteraan daripada Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban,
Penghulu Remai dan Rechat, Dato Kelana Sungai Ujung serta
Penghulu Gemencheh telah berjaya mengalahkan 150 orang
tentera British.
18

Rentap menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang


Kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Syarif Masahor telah
menyerang kubu James Brooke di Kanowit. Seterusnya,
menyerang James Brooke di Kuching bersama-sama dengan Datu
Patinggi Abdul Gapur.
Mat Salleh telah menggunakan strategi melalui perbincangan
tetapi tidak dilayan oleh pihak SBUB. Mat Salleh dan pengikutnya
telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau
Gaya.
Dato Maharaja Lela membuat bantahan terbuka terhadap
campur tangan British dan mengarahkan pengikutnya untuk
membunuh J.W.W. Birch di Sungai Perak, Pasir Salak.
Dato Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua.
Kemudian menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram
Ampai. Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji
Said, Che Ishak dan rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh dan
berjaya mendudukinya.
Haji Abdul Rahman Limbong mengetahui membersihkan tanah di
Kuala Telemong dan tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan
Zainal Abidin III. Haji Abdul Rahman Limbong menyerang
bangunan kerajaan di Kuala Berang dan telah berjaya
mendudukinya.
(iv) Tindak balas British terhadap kebangkitan pemimpin
tempatan
Tindakan British terhadap penentangan di Tanah Melayu ialah, di
Naning British telah menghantar tenteranya untuk menakluki
Naning pada tahun 1831 tetapi dikalahkan oleh penghulu Dol
Said. Pada akhir tahun 1832, seramai 1200 orang tentera telah
dihantar oleh British sekali lagi menyerang Naning dan berjaya
mengalahkan penghulu Dol Said.
Seterusnya di Perak pula, pihak British dengan 500 orang tentera
melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan yang
terlibat. Mereka yang terlibat seperti Dato Maharaja Lela, Dato
Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dihukum gantung.
19

Manakala Sultan Ibrahim dibuang negeri ke Johor dan Sultan


Abdullah dan yang lain dibuang ke Pulau Seychelles.
Di Kelantan pula, British telah menggunakan nama sultan
Kelantan bagi membawa masuk pasukan tentera dari negeri selat
dengan kapal Perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat
dan memulakan serangan pada bulan Mei 1915 di Saring. Tok
Janggut terkorban dan mayatnya di arak di seluruh pekan Kota
Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke
bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada penduduk
tempatan yang menentang British.
Tindakan British di Terengganu pula ialah pihak British
menggunakan kuasa dan nama sultan Terengganu dan
menghantar tiga orang pembesar untuk menawan semula Kuala
Berang dan menangkap serta memburu sesiapa sahaja yang
menghalang mereka. Selain itu, British juga mengarahkan
seramai 25 orang polis menyerang Kuala Telemong dan berjaya
mengorbankan seramai 11 orang penentang. Manakala Haji Abdul
Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Makkah.
Bagi menghadapi tentangan di Sarawak, James Brooke telah
bertindak membakar kampung Rentap dan menyerang sekali lagi
apabila Rentap berundur ke Bukit Sadok.
Di Sabah pula, Gabenor Beufort telah menyerang dan membakar
kampung Mat Salleh apabila beliau membuat perundingan di
Sandakan tentang kedudukannya. Tindak balas di atas serangan
Mat Salleh terhadap kubu SBUB telah menamatkan penentangan
terhadap British di Sabah.

20

Soalan 4b: Menganalisis [10 markah]


Jelaskan keberkesanan peranan pertubuhan dan
kesatuan dalam memupuk semangat nasionalisme di
negara ini.
Keberkesanan pertubuhan dalam memupuk semangat
nasionaisme di negara ini dapat dilihat melalui penubuhan
Kesatuan Melayu Singapura (KMS) oleh Mohammad Eunos
Abdullah. Tujuan penubuhan KMS ialah menjaga kepentingn
sosioekonomi penduduk Melayu Singapura. Melalui desakannya,
beliau memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang
melayu di Singapura.
Selain itu, Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) di tubuhkan
oleh S.M Zainal Abidin B.A. Persatuan ini ditubuhkan dengan
tujuan menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenal dan bertukartukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa serta
menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang
Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Seterusnya, Persatuan Negeri-negeri yang ditubuhkan di Perak,
Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Persatuan-persatuan ini
berjaya menggabungkan tenaga intelektual Melayu untuk
membincangkan nasib orang melayu dalam soal ekonomi. Ini
bertujuan untuk menggalakkan perpaduan orang melayu.
Di samping itu, di negeri Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan
Melayu Sarawak yang telah ditubuhkan oleh Datu Patinggi Abang
Haji Abdillah pada tahun 1939. Persatuan ini ditubuhkan untuk
mengeratkan perpaduan Melayu. Selain itu untuk menggalakkan
masyarakat memperolehi pendidikan untuk kemajuan bangsa.
Malahan persatuan ini turut menjaga maruah bangsa dan
menegakkan ajaran agama Islam.
Salah satu lagi keberkesanan dapat dilihat melalui
penubuhanKesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1939.
Tokohnya ialah Ibrahim Haji Yaakob dan Mustapha Husein. KMM
21

bertujuan menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda melayu,


meningkatkan tahap pendidikan orang melayu, bekerjasama
dengan Jepun menghalau British, menjadi propaganda Jepun
dengan membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda
anti-British dan menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai
tentera semut untuk menentang British.
Akhir sekali, Kongres Melayu 1939 dan 1940. Tujuan pertubuhan
ini membincangkan kemunduran orang Melayu dalam pendidikan
dan layanan pilih kasih British terhadap anak negeri, Resolusi
kongres dengan menggambarkan perpaduan melayu untuk
mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik mereka yang
lemah dan akhir sekali orang melayu dapat mengatasi perasaan
kenegerian yang memisahkan mereka selama ini.
Terangkan kesan gerakan nasionalisme sehingga
membawa kepada penyatuan orang Melayu dalam
persatuan.
Kesan gerakan nasionalisme membawa kepada kesan positif
dalam penyatuan orang Melayu. Persatuan Sahabat Pena
(PASPAM) antara pertubuhan yang wujud hasil daripada gerakan
nasionalisme. Ditubuhkan pada 1934 yang dipimpin oleh S.M
Zainal Abidin. Penubuhannnya bertujuan untuk menggalakkan
ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi
memajukan diri dan bangsa. Hal ini secara tidak langsung telah
menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dikalangan orang
Melayu di seluruh semenanjung Tanah Melayu
Pertubuhan negeri juga telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu seperti di Perak (1937), Selangor (1938), Negeri
Sembilan (1938) dan Pahang (1938). Objektif utama penubuhan
persatuan negeri ini adalah untuk menggabungkan tenaga
intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu
dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
Disamping itu,kesan dari gerakan nasionalisme juga telah
mewujudkan sebuah persatuan separa politik yang dikenali
sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM). Kesatuan ini dipimpin oleh
22

Ibrahim Hj Yaakob. Objektifnya untuk menggalakkan perpaduan


dikalangan pemuda Melayu di seluruh semenanjung dan
meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.
Manakala di Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu
Sarawak (1939) telah ditubuhkan Persatuan ini dipimpin oleh Datu
Patinggi Abang Haji Abdillah. Tujuan penubuhannya adalah untuk
mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan,
manjaga budaya dan maruah bangsa serta menegakkan ajaran
agama Islam.
Di Sabah, walaupun kesedaran untuk berpersatuan tidak
menonjol tetapi masih terdapat cawangan Persatuan Sahabat
Pena yang bergiat di Jesselton (Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau.
Walaubagaimanapun, kegiatannya mirip kepada kegiatan
persatuan di Semenanjung. Anggota-anggotanya terdiri daripada
peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.
Soalan 5a: Mengaplikasi [10 markah]
Bagaimanakah kita memanfaatkan perjuangan
pemimpin tempatan pada abad ke 19 dalam memupuk
semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Antara usaha bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin
tempatan dalam memupuk semangat nasionalisme adalah
menghayati perjuangan pemimpin tempatan yang sanggup
berjuang untuk kedaulatan negara.
Seterusnya, bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan
dalam memupuk semangat nasioanilsme dengan menghidupkan
semula watak-watak mereka melalui filem dan drama agar
menjadi tatatpan rakyat Malaysia hari ini.
Kita juga boleh memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan
melalui pameran yang menarik dan kreatif di muzium yang
dilawati untuk menimbulkan kesedaran tentang kehebatan
perjuangan pemimpin tempatan

23

Di samping itu, aktiviti penulisan seperti menulis esei bertemakan


perjuangan pemimpin tempatan juga mampu memupuk
semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Aktiviti
ini sesuai dilakukan sempena sambutan bulan kemerdekaan yang
perlu dibuka penyertaan untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Seterusnya, perjuangan pemimpin tempatan dimanfaatkan untuk
memupuk semangat nasionalisme dengan memuatkan peristiwa
berkenaan dalam silibus pembelajaran bagi murid sekolah rendah
dan menengah agar dapat mencontohi keberanian dan kegigihan
para pejuang lampau.
Selain itu, kita dapat memupuk semangat nasionalisme dengan
mengenali pejuang-pejuang terdahulu serta menghayati hasil
perjuangan mereka dalam membebaskan negara daripada
cengkaman penjajah. Seterusnya, menghargai jasa-jasa dan
pengorbanan para pejuang bangsa terutamanya dalam kalangan
generasi muda.
Dalam pada itu juga, semangat nasionalisme ini dapat dipupuk
dengan memelihara keamanan yang sudah sekian lama dikecapi
untuk meneruskan legasi pembangunan negara secara
berterusan. Kita juga wajar mencontohi sikap perjuangan
pemimpin tempatan seperti berani dalam mempertahankan hak
walaupun mereka tidak mempunyai senjata yang canggih.
Malahan mereka juga tidak mudah putus asa kerana sentiasa
berusaha untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Akhirnya, kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa
pembangunan yang dikecapi sehingga kini tidak akan tercapai
tanpa pengorbanan dan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu.
Justeru melalui penghayatan ini kita dapat memupuk semangat
cintakan negara.
(ii) Melalui semangat nasionalisme warga Malaysia mampu
mempertahankan kedaulatan negara. Berikan alasan
anda.
Semangat nasionalisme yang ada pada warga Malaysia
sememangnya mampu mempertahankan kedaulatan negara, ini
24

kerana semangat nasionalisme akan mengukuhkan jati diri


bangsa Malaysia seterusnya mendorong kepada semangat setia
negara yang tinggi dan semangat sanggup berkorban untuk
negara.
Di samping itu, dapat melahirkan warga Malaysia yang tidak
mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar dan mengelakkan
diri daripada perkara-perkara negatif seperti rasuah,
penyalahgunaan dadah dan pemerdagangan orang.
Selain itu, semangat nasionalisme bukan sahaja memupuk
semangat sifat bekerjasama antara rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dan bersama-sama menjaga maruah bangsa
Malaysia yang berdaulat.
Selanjutnya semangat nasionalisme akan mengekalkan
perpaduan antara kaum. Perpaduan antara kaum akan dapat
memastikan keamanan negara dan kemajuan yang dirancang
akan tercapai.
Selain itu, warga Malaysia yang memiliki semangat nasionalisme
akan patuh kepada ajaran agama masing masing. Masyarakat
yang patuh kepada ajaran agama akan mematuhi undang-undang
dan mudah diuruskan.
Seterusnya warga Malaysia yang mempunyai semangat
nasionalisme akan melengkapkan diri dengan segala ilmu
pengetahuan yang berguna dan menguasai pelbagai kemahiran
seperti ilmu komputer, sains dan teknologi. Masyarakat
berpengetahuan amat diperlukan untuk merealisasikan wawasan
negara.
Soalan 5b: Mengaplikasi [10 markah]
Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan
keberkesanan yang boleh dicapai oleh negara melalui
media massa untuk mengekalkan kedaulatan negara
Media Massa merupakan medium berkesan dalam membantu
negara mengekalkan kedaulatan negara. Buktinya, media massa
25

dapat menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada umum dengan


lebih cepat.Malahan maklumat berkaitan dengan dasar baru
kerajaan dapat di peroleh dan di akses dengan lebih mudah sama
ada melalui media sosial, internet mahupun melalui media
penyiaran seperti berita dan hebahan umum.
Di samping itu, media massa juga dapat menyampaikan
maklumat dengan tepat kepada umum. Hampir 90% maklumat
yang disampaikan melalui media massa adalah sahih dan boleh
dipercayai. Oleh yang demikian, kebanyakan rakyat Malaysia
kebanyakkannya bergantung sepenuhnya kepada media massa
untuk mendapatkan berita terkini.
Keberkesanan media massa juga dapat dilihat dalam
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan.
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di media
massa. Hal ini dapat dilihat melalui penyampaian berita,
rancangan-rancangan ilmiah dan forum yang kebanyakkannya
disampaikan dengan menggunakan bahasa Melayu. Hal ini
sekaligus membantu ke arah perpaduan kaum di negara ini.
Selain itu, media massa juga merupakan agen perpaduan dan
medium penting dalam mengekalkan keamanan negara.
Buktinya, penyiaran berita yang berkaitan dengan perjuangan
tokoh-tokoh kemerdekaan dapat menyemarakkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat. Mesej berunsurkan
semangat keberanian dan kerjasama juga jelas berjaya
disampaikan melalui program-program radio atau siaran
rancangan televisyen.

(ii) Jelaskan ciri-ciri warga Malaysia yang mempunyai


semangat nasionalisme yang tinggi.
Antara ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat
nasionalisme yang tinggi adalah mempunyai semangat cintakan
26

negara yang kental. Perasaan sayangkan negara diterjemahkan


dengan mematuhi undang-undang negara. Malahan perasaan
bangga menjadi warga Negara Malaysia melangkaui semangat
perkauman dan kenegerian.
Selain itu , menghormati tokoh-tokoh negarawan yang banyak
berjasa sebelum dan selepas kemederkaan perlu dipupuk sebagai
tanda penghargaan kepada mereka. Jasa dan pengorbanan
mereka perlu diingati dan dihargai serta dijadikan sumber
inspirasi terutama kepada generasi muda.
Seterusnya, setiap warga Malaysia mesti berpegang teguh
dengan prinsip Rukun Negara yang menjadi panduan kepada
semua warga. Nilai agama dan budaya perlu diamalkan demi
memperkukuhkan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang baik.
Warga Malaysia seharusnya berani,bijak dan yakin dalam
sebarang tindakan demi menjaga nama baik negara sama ada di
dalam dan di luar negara.
Di samping itu, mempunyai semangat juang untuk
mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman
penceroboh atau anasir asing. Ini penting untuk mengekalkan
keharmonian dan kemakmuran negara.
Warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang
tinggi akan mengutamakan perpaduan dan sanggup bekerjasama
dengan pelbagai kaum untuk memastikan kesejahteraan dan
keamanan negara.Warga Malaysia juga sewajarnya mendaulatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai
melambangkan penyatuan bangsa.
Seterusnya, warga Malaysia juga mesti menguasai pelbagai
cabang ilmu pengetahuan seperti teknologi dan kemahiran ICT
untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.Akhir
sekali warga Malaysia seharusnya mengutamakan pembelian
barangan buatan Malaysia sebagai sumbangan dalam
pembangunan ekonomi negara.

27

Soalan 6 : Menilai [10 Markah]


(i) Adakah anda bersetuju bahawa perjuangan pemimpin
tempatan tidak berjaya. Berikan hujah anda.
Saya tidak bersetuju dengan pernyataan ini walaupun dari segi
perjuangan menentang penjajah itu gagal namun kesan yang
ditinggalkan ekoran penentangan tersebut telah menaikkan
semangat patriotisme yang sangat tinggi dalam kalangan
penduduk Tanah Melayu .Contohnya perjuangan Dato
Maharajalela, Pandak Lam, Pandak
Indut, Dato, Sagor dan Seputum sehingga titisan darah terakhir.
Perjuangan mereka telah menunjukkan semangat setia negara
yang mendalam kerana sanggup berkorban untuk bangsa dan
tanahair tercinta. Akhirnya kemerdekaan mampu kita perolehi
pada 31 Ogos 1957
Selain itu juga, sifat bekerjasama dan tolong menolong antara
pemimpin dengan pengikut dalam menentang penjajahan British
telah menyumbangkan ke arah kejayaan generasi hari ini.
Contohnya kemenangan Dol Said menentang British pada 1831
mendapat bantuan ketenteraan dari Yam Tuan Ali, Syed Shaban,
Penghulu Ramai dan Rechat, Dato Kelana Sungai Ujong serta
Penghulu Gemenchah. Sifat inilah yang akhirnya menjadikan
Malaysia negara yang aman dan makmur walaupun terdiri
daripada berbilang kaum, agama dan kebudayaan.
Di samping itu, penentangan ini jelas memperlihatkan sikap tidak
mudah putus asa. Buktinya perjuangan sehingga ke titisan darah
yang terakhir yang ditunjukkan oleh pejuang tempatan seperti
Tok Janggut, Mat Salleh dan Rentap sebenarnya telah mampu
mengugat kedudukan British di Tanah Melayu. Sikap ini yang telah
diaplikasi oleh generasi hari ini mampu melahirkan ramai atlet
sukan yang bertaraf antarbangsa seperti Dato Lee Chong Wei,
Pandalela Rinong, Dato Nicol David dan ramai lagi.
Kesabaran perjuangan pemimpin tempatan yang lampau
sebenarnya mencetuskan kebimbangan pihak penjajah yang
akhirnya mengakui kehebatan para pemimpin dan kemudian akur
28

untuk membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu


penjajahan. Kesabaran ini juga yang diamalkan oleh generasi hari
ini yang akhirnya menjadikan negara Malaysia sebuah negara
industri yang akhirnya mampu menghasilkan kereta nasional
yang boleh dipasarkan di luar negara.
Seterusnya, keberanian perjuangan tokoh tempatan telah
memberi inspirasi dan mampu melahirkan ramai pemimpin
negara yang mampu bersuara dan mengeluarkan pendapat
dalam arena perbincangan antarabangsa seperti Persidangan
PBB. Buktinya keberanian Perdana Menteri kita dalam membela
nasib mangsa yang terlibat dengan kemalangan kapal terbang
MH17 yang ditembak jatuh oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Perdana Menteri lantang untuk membawa
mereka yang bersalah ke muka pengadilan.
(ii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang patut
dimainkan oleh penulis akhbar bagi mengekalkan politik
yang stabil di Malaysia pada hari ini?
Pada pendapat saya, peranan yang patut dimainkan oleh penulis
akhbar bagi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari
ini ialah hanya menyiarkan berita yang benar atau sahih sahaja.
Ini penting supaya rakyat memahami perkembangan semasa
politik tanah air yang sebenar.
Seterusnya, penulis akhbar perlu kerap memaparkan isu yang
menggalakkan kerjasama dalam masyarakat. Contohnya, menulis
berita mengenai aktviti gotong-royong dan aktiviti Rukun
Tetangga yang melibatkan pelbagai kaum di negara ini.
Di samping itu,penulis akhbar juga perlu menyediakan ruangan
khas untuk memberi kesedaran tentang kepentingan perpaduan
kaum. Hal ini bertujuan untuk memupuk perpaduan kaum yang
menjadi nadi kestabilan politik sehingga hari ini. Contohnya,
gambar sukan yang memupuk perasaan muhibbah antara
pelbagai kaum
Selain itu, penulis akhbar tidak seharusnya menimbulkan isu-isu
sensitif yang boleh menyemarak api perkauman. Sebaliknya
29

penulis boleh membantu mengekalkan politik yang stabil melalui


bahasa. Contohnya, memartabatkan Bahasa Melayu sebagai
perhubungan utama di negara Malaysia. Ini kerana Bahasa
Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan alat penyatuan
antara kaum seperti yang termaktub dalam perlembagaan 152.
Akhir sekali ialah penulis akhbar perlu berusaha untuk
meningkatkan perasaan cinta akan bangsa dan negara terutama
dalam kalangan generasi muda. Contohnya menyediakan
ruangan Sejarah untuk mengetahui tentang peristiwa penting
negara seperti kemerdekaan dan perjuangan pemimpin
tempatan. Ini penting agar rakyat tidak melupakan sejarah
perjuangan negara demi mengekalkan politik yang stabil di
Malaysia pada hari ini.
(iii) Sekiranya anda adalah seorang penulis akhbar,
majalah atau novel pada hari ini, apakah tema penulisan
yang akan anda pilih untuk menaikkan semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat? Berikan alasan
anda.
Sekiranya saya adalah seorang penulis akhbar, majalah atau
novel pada hari ini, tema penulisan yang akan saya pilih untuk
menaikkan semangat nasionalisme kalangan rakyat ialah tema
Perpaduan. Ini kerana Malaysia terkenal sebagai sebuah negara
yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum tetapi mampu hidup
dengan aman dan makmur. Sebagai contoh, tema perpaduan
yang ditonjolkan melalui pengamalan Rumah Terbuka oleh kaumkaum yang menyambut perayaan masing-masing pada setiap
tahun dan diraikan secara bersama dengan rasa gembira. Hal ini
pasti akan berjaya menaikkan dan menyuburkan semangat
nasionalisme kalangan rakyat.
Seterusnnya ialah tema Malaysia Boleh merupakan slogan
yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Slogan ini
merupakan ciptaan terulung yang berjaya mengikis persepsi
orang luar bahawa Malaysia adalah negara kampung. Pada
asalnya, slogan ini dicipta untuk menyuntik semangat atlet
Malaysia dalam arena sukan tetapi slogan ini akhirnya telah
30

berkembang dan berjaya melakukan transformasi besar dalam


aspek politik, ekonomi dan sosial sehingga dikagumi oleh negara
luar. Contohnya, kejayaan dua orang pendaki negara iaitu
Mohandas dan Magendran yang berjaya sampai ke puncak
Gunung Everest kerana semangat Malaysia Boleh! Semangat ini
tentunya akan terus menaikkan semangat nasionalisme kalangan
rakyat.
Selain itu, tema Keistimewaan Malaysia. Dalam tema ini, saya
akan memaparkan keistimewaan Malaysia yang mempunyai
kepelbagaian etnik dan budaya etnik terutama di Sabah dan
Sarawak. Ini kerana, Sabah dan Sarawak mempunyai lebih 32
etnik yang terdiri daripada pelbagai budaya, makanan dan adat
tradisi. Hal ini pasti menimbulkan semangat kebanggaan
kalangan rakyat Malaysia kerana mempunyai keunikan yang
tersendiri.
Seterusnya ialah tema Kejayaan Rakyat Malaysia. Semua
kejayaan yang pernah dicipta oleh rakyat Malaysia akan
dikumpulkan dalam Malaysia Boof Of Record untuk dijadikan
inspirasi oleh generasi pada hari ini. Contohnya, kejayaan Datuk
Sheikh Muzaffar sebagai angkasawan pertama negara dan Datuk
Nicol David sebagai pemain nombor satu dunia dalam sukan
Skuasy. Melalui penulisan ini, pastinya akan menyuntik semangat
generasi muda untuk terus melakar kejayaan dan seterusnya
menaikkan semangat nasionalisme kalangan rakyat.
Akhir sekali ialah tema Patriotik. Tema ini mengangkat
perjuangan tokoh-tokoh yang sering dilupakan setiap kali
sambutan ulangtahun kemerdekaan negara. Contohnya,
perjuangan Tok Janggut di Kelantan, Rosli Dhobi di Sarawak dan
Mat Salleh di Sabah. Melalui tema ini adalah diharapkan generasi
pada hari ini akan sentiasa merasa bersyukur kerana hidup dalam
suasana aman damai dan berusaha untuk menjaga keamanan
negara. Untuk itu, semangat nasionalisme harus subur sentiasa
dan mekar mewangi setiap masa demi kedaulatan negara
tercinta.

31

Soalan 7: Menjana Idea [10 markah]


7a. Cabaran dan langkah
7a (i) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara dalam
usaha memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan
rakyat. [5 markah ]
Cabaran yang dihadapi dalam usaha memupuk semangat
nasionalisme adalah kesukaran mengukuhkan perpaduan di
Malaysia kerana kepelbagaian kaum yang terdapat dalam
negara.
Selain itu pengaruh luar juga menyebabkan kurangnya
semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat kerana mereka
lebih tertarik dengan budaya luar berbanding budaya sendiri,
Perkembangan teknologi yang melalaikan juga menyebabkan
kurangnya semangat nasionalisme terutama dalam kalangan
32

remaja. Mereka lebih suka berhibur daripada membaca dan


mencari maklumat berkaitan sejarah negara.
Disamping itu kurang kerjasama pelbagai pihak berwajib
dalam mengadakan program-program yang berunsur patriotisme
menyebabkan semanagat nasionalisme kurang dihayati.
Akhir sekali wujudnya jurang perbezaan pendidikan seperti
memilih sekolah mengikut kelompok kaum masing-masing. Ini
menyebabkan sukar untuk menwujudkan semangat nasionalisme
dalam diri pelajar.
7a (ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi
cabaran di atas. (5 Markah)
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk
semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat adalah semua
rakyat haruslah mengukuhkan perpaduan dengan menjayakan
konsep 1 Malaysia yang dapat menyatupadukan semua kaum
dan menwujudkan perpaduan.
Selain itu pihak yang berkenaan contohnya pihak media haruslah
menapis pengaruh luar sebelum disiarkan. Rakyat juga
haruslah bijak memilih maklumat yang disampaikan.
Seterusnya ibu bapa haruslah memantau penggunaan teknologi
supaya anak-anak hanya mengakses maklumat yang positif dan
bermanfaat. Ini penting supaya anak-anak mempunyai ilmu
pengetahuan tanpa mengenepikan nilai-nilai murni seperti
berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Kerajaan wajib meningkatkan kerjasama daripada pelbagai
pihak untuk menganjurkan program-program berunsurkan
nasionalisme. Contohnya, Syarahan kemerdekaan dan kuiz
kenegaraan.
Akhir sekali menubuhkan sekolah wawasan boleh menaikkan
semangat nasionalisme rakyat kerana pelajar boleh bergaul dan
bekerjasama dalam satu sekolah walaupun berlainan kaum.
7b. Sebab dan kesan
33

7b(i) Jelaskan sebab-sebab semangat nasionalisme


semakin luntur dalam kalangan generasi muda pada hari
ini.
Semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi
muda hari ini adalah disebabkan generasi muda kini tidak
mempunyai semangat cinta akan tanah air . Mereka juga
tidak memahami maksud sebenar patriotisme. Selain itu,
generasi muda juga mudah terpengaruh dengan anasiranasir yang negatif dari media massa ataupun internet.
Generasi muda juga terlalu leka dengan lambakan hiburan
yang menyeronokkan. Di samping itu,generasi muda turut
terpengaruh dengan budaya asing yang kini semakin
berleluasa di negara kita. Seterusnya, kurang didikan
agama dan kesedaran sivik juga menyebabkan semangat
nasionalisme semakin luntur dalam jiwa generasi muda.
Selain itu,sikap suka mementingkan diri sendiri juga antara
sebabnya. Tidak dapat dinafikan bahawa semangat nasionalisme
juga semakin luntur kerana generasi muda kini tidak memahami
konsep Rukun Negara.
Generasi muda juga kurang menghayati perjuangan tokohtokoh tempatan. Seterusnya,kurangnya ilmu pengetahuan
turut menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam diri
generasi muda kini.
7b(ii) Nyatakan kesan yang akan berlaku sekiranya sikap
ini tidak dibendung.
Kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung ialah
generasi muda akan berpecah belah.
Selain itu, keamanan dan keharmonian negara juga akan
terancam. Seterusnya, lahirnya individu yang
mementingkan diri sendiri.
Di samping itu, generasi muda juga akan hilang jati diri.
Seterusnya, minda generasi muda akan mudah dijajah dan
terpengaruh dengan anasir-anasir luar. Gejala sosial
34

dalam kalangan generasi muda turut meningkat dan sukar


dibendung.
Selain itu,perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia tidak
akan wujud. Generasi muda juga tidak akan menghormati
Rukun Negara. Seterusnya, pertahanan negara juga akan
menjadi lemah.Wawasan 2020 turut tidak akan tercapai.

Soalan 8 : Iktibar / nilai / patriotisme [5 Markah]


Iktibar /Nilai/Unsur Patriotisme yang diperoleh
berdasarkan tajuk yang dikaji.
Antara iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa
menunjukkan kecintaan kepada negara untuk mengekalkan
kedaulatan negara. Selain itu, kita haruslah bekerjasama dalam
mencapai matlamat negara. Kita juga perlu berganding bahu
untuk membangunkan negara supaya negara kita setanding
dengan negara-negara maju. Seterusnya, kita mestilah berani dan
tabah menghadapi cabaran. Disamping itu, kita haruslah setia

35

kepada pemimpin dan berhati-hati dengan orang asing supaya


negara kita tidak lagi dijajah semula.
Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa menunjukkan
semangat kekitaan dan kesamarataan dalam apa jua tindakan
yang dilakukan. Selain itu, kita perlu menunjukkan kerjasama dan
hidup saling hormat-menghormati di antara pelbagai kaum di
Malaysia. Kita juga perlu menunjukkan nilai menghargai dan
menghormati agama kaum lain. Kita juga sentiasa saling
memahami dan bertoleransi dalam apa jua perkara yang
dilakukan.
Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita
perlu bersifat terbuka dengan menyokong perubahan dari semasa
ke semasa untuk kearah kebaikan. Selain itu, perpaduan harus
diamalkan sepanjang masa supaya keamanan negara dapat
dikekalkan. Sebagai rakyat juga, kita perlu berbangga dengan
kejayaan dan keunikan negara yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan budaya. Akhir sekali kita juga wajar menunjukkan
penghormatan terhadap kepimpinan negara dan sentiasa
bersyukur dengan kemerdekaan Malaysia yang sudah

Soalan 9 : Kesimpulan [5 Markah]


Pengetahuan
Antara Pengetahuan yang saya perolehi ialah mengetahui usaha
masyarakat tempatan penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan di
dorong oleh hasrat membebaskan negara daripada kuasa
36

penjajah. Abad ke-19 dan abad ke-20 mengetengahkan ramai


pemimpin tempatan daripada pelbagai latar belakangan bangkit
menentang penjajah. Perubahan pentadbiran penjajah
mendatangkan pelbagai kesulitan kepada penduduk tempatan.
Penjajahan British telah meninggalkan pelbagai impak dalam
aspek politik, ekonomi dan sosial.
Nilai Murni
Antara nilai murni yang dapat diterapkan ialah semangat juang
yang kental dalam mempertahankan tanah air. Selain itu
mempertahankan kedaulatan negara dengan memiliki sikap
berani menentang musuh. Disamping itu, memiliki jati diri yang
tinggi agar tidak mudah menerima pengaruh luar. Selanjutnya
tidak mudah berputus asa dengan menunjukkan semangat setia
negara yang tinggi. Akhirnya kesangupan bekorban demi agama,
bangsa dan negara dengan mengetepikan kepentingan diri.
Unsur Patriotik
Antara unsur patriotik yang boleh diterapkan dalam diri ialah
cinta akan negara yang tinggi dan berkorban nyawa. Contohnya
penentangan Tok Janggut. Selain itu, bersatu padu dan
mempunyai semangat kekitaan bagi mewujudkan keharmonian
negara.
Harapan dan masa depan
Harapan saya agar rakyat Malaysia dapat memperkukuh
semangat nasionalisme yang tinggi. Hal ini juga, supaya dapat
pertahan negara daripada campur tangan kuasa asing dan
seterusnya dapat mengekalkan kedaulatan negara. Akhir sekali
semoga rakyat Malaysia saling menghormati antara satu sama
lain untuk mewujudkan keamanan.

37

You might also like