You are on page 1of 8

Kemalangan

Jalan Raya

Roslan seorang budak yang nakal dan tidak mahu


mematuhi peraturan jalan raya. Pada suatu hari,
Roslan berbasikal balik ke rumah. Dia berbasikal di
tengah jalan raya.
Pada ketika itu, sebuah kereta yang dipandu
laju melalui jalan itu. Pemandu itu tidak tahu
Roslan ada di jalan raya tersebut. Pemandu
tersebut telah terlanggar Roslan. Pemandu kereta
tersebut telah menghantar Roslan ke hospital.
Bapa dan keluarga Roslan pergi ke hospital
setelah
diberitahu
akan
kemalangan
yang
menimpa Roslan. Kedua ibu bapa dan keluarga
Roslan amat bimbangkan Roslan. Roslan sangat
menyesal kerana tidak mematuhi peraturan jalan
raya.

Bapa Saya

Badannya kurus dan tinggi, rambutnya hitam dan


pendek. Kulitnya agak gelap. Namanya Farid Bin Mahmud.
Dia ialah bapa saya.
Bapa saya ialah seorang penjual sayur-sayuran dan
buah-buahan. Dia selalu membantu orang. Dia sangat
ringan tulang. Ibu dan bapa saya bekerja di sebuah pasar
yang besar. Mereka menjual pelbagai jenis sayur-sayuran
dan buah-buahan.
Hobi bapa saya ialah berkebun dan membaca surat
khabar. Bapa saya selalu membaca surat khabar pada
waktu pagi.
Bapa saya suka minum kopi panas kerana baunya
yang segar dan sedap. Bapa saya juga suka makan ikan
dan sayur-sayuran. Ibu saya pula suka menghidangkan
masakan ikan dan sayur-sayuran yang lazat untuk bapa
saya.
Bapa saya suka warna kuning, biru dan coklat. Bapa
saya paling suka warna ungu kerana warna ungu sangat
cantik.
Bapa saya juga seorang yang baik hati tetapi akan
jadi pemarah bila saya, abang dan kakak tidak mendengar
nasihat. Walaupun begitu kami sangat sayang kepada

bapa. Saya akan belajar bersungguh-sungguh agar bapa


berasa gembira.

Aku Sebuah Jam

Aku sebuah jam tangan. Aku berasal dari sebuah


kilang yang terletak di Jepun. Namaku Seiko.
Setelah semua siap dipasang, aku diisikan di dalam
kotak kecil baldu berwarna hijau muda. Kemudian
aku diletakkan bersama-sama kawan-kawanku
yang lain di dalam satu kotak yang besar untuk
diapasarkan.Aku dan kawanku yang lain telah
diterbangkan ke Malaysia.Di Malaysia,aku terpaksa
berpisah dengan kawan-kawanku yang lain.Aku
telah dihantar ke sebuah pusat membeli-belah
yang terkemuka di Ipoh.Tidak sampai tiga hari aku
di situ,aku telah dibeli oleh seorang pemuda
berbangsa cina dengan harga yang agak tinggi
iaitu RM450.00.
Aku bertuah kerana memiliki seorang tuan
yang pandai menjaga harta benda.Aku telah dijaga

dengan rapi.Aku pasti akan menjadi miliknya yang


abadi kerana aku tidak ingin bertuankan orang lain
selain pemuda ini.

Di Mana Anak
Gajah Saya

Suatu hari anak gajah meminta izin ibunya untuk bersiarsiar di sekeliling zoo.Sehingga petang dia masih belum
pulang. "Di manakah anakku?"jerit ibu gajah.
"Kamu ada nampak anak saya?"tanya ibu gajah
kepada monyet.
"Ya,dia datang lalu kami beri sebiji pisang
kepadanya.Kemudian dia
pergi,"kata monyet.
"Kamu ada nampak anak saya?"tanya ibu gajah
kepada doflin.
"Ya, dia datang untuk berenang di belakang
saya.Tetapi dia sudah
pergi,"jerit doflin.
"Kamu ada nampak anak saya?"tanya ibu gajah
kepada zirafah.
"Tadi kami bermain bersama.Tapi dia sudah
pergi,"balas zirafah.
"Oh, hari sudah hampir gelap.Saya kena

pulang,"katanya.
"Anakku!"Rupanya anak gajah sudah bersedia
untuk makan malam
di rumah.

Haiwan
Kesayangan
Saya

Setiap orang mempunyai haiwan kesayangan. Begitu


juga dengan saya. Haiwan kesayangan saya ialah kucing.
Nama kucing saya ialah Comel. Comel seekor kucing Parsi.
Comel sangat pintar.
Warna bulu Comel ialah putih manakala matanya biru
berkilat. Comel suka minum susu dan makan ikan. Comel
juga pandai menangkap tikus.
Tiap-tiap petang saya membawa Comel bermain di
halaman rumah. Comel suka bersiar-siar dengan saya.
Kadang-kadang Comel mengejar binatangpeliharaan
nenek.
Saya memandikan Comel dua kali seminggu. Saya
menggunakan syampu untuk membersihkan bulu Comel.

Kemudian saya menyikat bulu Comel dengan sikat. Comel


cantik dan berseri-seri. Comel juga pandai buat telatah
lucu.
Comel sangat manja dengan saya dan keluarga. Saya
sayang sangat pada Comel.

Kucing
Saya

Aku mempunyai seekor kucing bernama Tompok.


Tompok ialah seekor kucing betina. Tompok berbulu lebat
dan cantik.
Tompok amat manja denganku. Setiap petang aku
akan membawa bersiar-siar di taman permainan.
Pada suatu hari, aku dapati Tompok tiada di rumah.
Lazimnya Tompok akan menanti kepulanganku di hadapan
pintu. Aku sangka Tompok pergi ke rumah jiranku. Ruparupanya tidak.
Kehilangan Tompok sudah masuk hari kelima. Puas
aku mencari di merata-rata tempat namun tidak kehilatan.
Pada suatu petang aku membaca buku di halaman rumah.
Aku terdengar bunyi kucing mengiau. Akhirnya Tompok
pulang juga.

AKU SEBUAH
KERETA

Namaku Wira. Aku dilahirkan di kilang Proton di


Shah Alam. Badanku berwarna putih. Setelah siap, aku
ditempatkan di sebuah kedai menjual kereta.
Pada suatu hari, seorang pemuda datang untuk
melihatku. Setelah berpuas hati, akhirnya aku dibeli oleh
pemuda itu.
Pertama kali aku dipandu, aku berasa sungguh
bangga. Aku diijaga dengan baik. Setiap hari aku
dimandikan dan dikilatkan.
Pada suatu malam, aku dipandu dengan laju oleh
tuanku. Akibatnya, aku terbabas dan terlanggar tiang
elektrik.
Badanku remuk. Tuanku cedera parah. Aku dihantar
ke bengkel untuk dibaiki. Walaupun sudah dibaiki,
badanku tidak secantik dahulu.

PENGALAMAN
MANIS
Pada cuti penggal yang lalu, bapa membawa kami
sekeluarga ke Pulau Redang kerana saya dan kakak telah
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Pulau Redang terletak di Terengganu. Kami pergi ke sana
dengan menaiki bas.
Pada hari itu, saya dan kakak sangat gembira. Pada
pukul 8.00 malam, bas itu pun bertolak. Pada pukul 10.00
pagi, kami tiba di Pulau Redang. Pulau Redang sangat
bersih. Kami tinggal di Hotel Laguna.
Pada hari itu, kami pun mengikut rombongan pergi
ke Marine Park untuk menyelam. Di sana kami dapat
melihhat pelbagai jenis ikan. Ikan-ikan di sana dilindungi.
Pada keesokan hari, kami pergi ke Pulau Ketam. Di
sana, kami dapat melihat batu karang dan ikan. Kami
pergi ke sana dengan menaiki bot nelayan .
Pada hari ketiga, kami pergi bermain pasir. Kami
membina istana pasir. Pada pukul 6'00 petan, kami pergi
kekedai cenderamata.
Pada hari keempat, kami pun menaiki bot untuk
pulang. Itulah pengelaman manis yang tidak dapat saya
lupakan.

You might also like