You are on page 1of 1

Allahyarham Tuan Syed Mohamed Al-Bukhary telah dilahirkan pada tahun 1890.

Sejak kecil, beliau mdngalami


kesempitan hidup. Oleh itu, pada tahun 1905, ketika beliau berusia 15 tahun, beliau telah melakukan beberapa
pekerjaan bagi menyambung dan menyara keluarganya.
Setelah tamat persekolahan, pada tahun 1912, sewaktu berusia 18 tahun beliau berkhidmat sebagai warden di Penjara
Alor Setar. Pada tahun 1916, beliau berkahwin dengan Puan Maimunah bt. Amin, namun setelah perkahwinan yang
berusia 10 tahun itu tidak dikurniakan cahaya mata, beliau berkahwin dengan Puan Sharifah Zaitun. Dengan izin Allah,
beliau telah dikurniakan 9 orang anak, 3 lelaki dan 6 orang perempuan. Anak sulung lelaki beliau ialah Datuk Syed
Kechik yang dilahirkan pada tahun 1928. Anak lelaki keduanya, iaitu Tuan Syed Omar, dilahirkan pada tahun 1934. Anak
bongsu allahyarham ialah Tuan Syed Salim.
Setelah sekian lama menjawat jawatan Sbgggi WFdR penjara, beliau telah dinai'kkan pangkat sebagai Ketua
Penjara dalam tahun 1926. Daya kepimpinan, kejujuran dan dedikasi dalam menjalankan tugasnya mengatasi segalagalanya kerana pada waktu itu beliau tidak begitu mahir menulis dan membaca. Namun, berkat ketekun an, ketabahan
dan kesungguhannya itu, akhirnya beliau dapat mengatasi masalah penulisan dan pembacaarr.
Semasa pemerintahan Jepun, beliau telah melibatkan diri dalam perniagaan bertempat di kedai No 109, Jalan Langgar,
Alor Setar. Di sinilah juga tempat beliau memberi bimbingan dan galakan kepada anak-anak muda mengenai selokbelok perniagaan. Kini anak-anak beliau mengorak langkah dan meneroka pelbagai bidang perniagaan dalam negeri
dan peringkat antarabangsa sehingga menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Semasa hayatnya beliau tidak mensiasiakan waktu. Masa beliau sentiasa dipenuhi dengan perkara-perkara yang mendatangkan kemaslahatan kepadanya.
Tidak hairanlah walaupun dalam usia yang begitu lanjut, beliau masih mampu berkebun dan menternak di sekitar
rumahnya.
Semasa hayat beliau, sifat yang mahmudah merupakan sifat semula jadi beliau. Allahyarham amat suka memberi
pertolongan kepada orang miskin, memberi sumbangan bakti membina masjid, selain memberi bantuan kepada rumahrumah anak yatim. Masjid Alor Malai yang tersergam pada hari ini, telah dibina atas usaha dan inisiatif beliau sendiri.
Sebagai seorang Islam, soal ibadat amat dititik berat, dan beliau tidak pernah meninggalkan solat. Beliau juga sering
membaca Al-Quran. Amalan ini dilakukan hingga akhir hayatnya. Beliau juga sempat menunaikan fardu haji di Mekah
sebelum bersara sebagai Ketua Penjara.
Tuan Syed Mohamed Al-Bukhary juga mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang terpuji sejak kecil lagi. Beliau amat
berdisiplin dan mempunyai sifat menyayangi antara satu sama lain, tidak mengira darjat, terutama orang di bawah
jagaannya, iaitu pengawal-pengawal penjara dan banduan. Sifat ini ketara dalam suatu peristiwa yang berlaku pada
suatu hari ketika beliau sedang mengawasi enam orang banduan di padang. Secara tiba-tiba, beliau pitam dan tidak
sedarkan diri. Keenam-enam banduan itulah yang membawa beliau serta senapangnya balik ke penjara. Mereka tidak
sedikit pun cuba untuk melarikan diri ataupun melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang. Hal ini demikian
kerana mereka amat sayang akan beliau dan terkenang akan jasa bakti yang telah diberikan kepada mereka. Sifat -sifat
mulia beliau bukan sahaja menjadi ikutan dan warisan anak-anak beliau, malah menjadi teladan masyarakat setempat.
Tuan Syed Mohamed Al-Bukhary telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Jabatan Penjara, Alor Setar dan bersara
dalam tahun 1940. Beliau kembali ke rahmatullah pada 2 April 1966 di Alor Malai dalam usia 82 tahun dan dikebumikan
di tanah perkuburan Masjid Alor Malai.

You might also like