You are on page 1of 4

Tajuk : BANJIR DI MALAYSIA (KAJIAN AWAL PENILAIAN RISIKO BANJIR )

Ulasan Jurnal 1
Di dalam jurnal ini, penulis menulis hal berkaitan banjir yang sering berlaku di
Malaysia terutama di bahagian Pantai Timur dan Selatan . Fenomena banjir telah
meningkat secara mendadak dalam tempoh masa yang singkat di mana kadar
curahan air hujan di sesuatu tempat berlaku dengan pantas daripada biasa.
Penulis juga menerangkan tentang dua jenis banjir di Malaysia iaitu banjir kilat
yang berlaku di kawasan bandar dan banjir monsun yang berlaku ketika musim
tengkujuh di Pantai Tengkujuh. Jumlah mangsa banjir yang terlibat telah
meningkat dari 60,000 ke 100,000 orang. Angka ini dijangka bertambah pada
masa akan datang.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kejadian banjir yang
diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu faktor semula jadi dan aktiviti manusia.
Faktor semula jadi adalah musim tengkujuh, peningkatan jumlah air hujan
disebabkan oleh perubahan iklim secara mendadak, sungai yang cetek dan
struktur tanah yang tepu dan tidak kuat. Dalam tahun tertentu, di bahagian
Selatan Malaysia, Typoon Utor merupakan penyebab berlakunya banjir
serentak di negeri-negeri tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat faktor lain
yang dominan iaitu pertumbuhan kawasan setinggan yang mendadak dan
pembinaan bandar yang pesat tetapi malangnya tidak mempunyai sistem
perparitan yang terancang. Fenomena banjir juga telah mengakibatkan
kehilangan nyawa dan harta benda serta kejatuhan nilai tanah di kawasan
berlakunya banjir. Selain daripada itu, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
infrastruktur juga terbantut.
Dalam usaha menangani fenomena banjir di masa akan datang, penulis telah
membuat kajian di Bandar Segamat mengenai penggunaan teknologi yang

meluas dalam memberikan data untuk kajian fenomena alam seperti banjir dan
tanah runtuh. Hal ini kerana Bandar Segamat telah mengalami fenomena banjir
yang buruk secara drastik. Kajian terhadap kawasan ini juga mampu untuk
membantu menangani isu banjir di negei-negeri lain.
Teknologi yang digunakan adalah Sistem Maklumat Geografi(GIS) dan Remote
Sensing(RS) yang merupakan kaedah yang efektif untuk memantau dan juga
pengurusan banjir. Sesuatu yang menarik tentang teknologi ini adalah ia mampu
mendapatkan maklumat struktur geografi permukaan bumi tanpa perlu penulis
ke tempat kajian. Secara tidak langsung ia mampu membuat pemetaan bermula
dari kawasan sungai yang berhampiran hingga kawasan yang berisiko banjir .
Berdasarkan data dan maklumat yang diperoleh, simulasi dan pemodelan banjir
juga dapat dihasilkan dan kajian cara mengatasi mampu dilaksanakan. Melalui
kajian menggunakan teknologi (GIS) dan (RS), penulis mampu mengklasifikasikan
beberapa tempat di Bandar Segamat kepada kawasan teruk dilanda
banjir,kawasan sederhana dilanda banjir,kawasan yang kurang dilanda banjir,
dan kawasan yang tidak terjejas. Dengan cara ini, risiko banjir dapat dikurangkan
dengan mengambil langkah berjaga-jaga meskipun kita sebagai manusia tidak
mampu untuk mengawal bencana banjir yang berlaku secara mendadak di
negara Malaysia. Maka, cadangan penulis untuk memperluas penggunaan
teknologi ini juga harus dipertimbangkan di seluruh Malaysia.

TAJUK: KAJIAN TERHADAP STRUKTUR BAGI MENGAWAL HAKISAN DAN BANJIR DI


TEPI
SUNGAI KELANTAN.
Ulasan Jurnal 2
Berdasarkan jurnal ini, penulis membicarakan tentang kombinasi faktor semula
jadi dan aktiviti manusia yang menyebabkan berlakunya banjir di negeri
Kelantan. Antara faktor tersebut ialah perubahan struktur geografi,
pembangunan tanpa kawalan dan aktiviti manusia seperti pengorekan pasir
sungai di Sungai Kelantan. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya hakisan dan
pemendapan tanah di Sungai Kelantan di mana sekiranya tidak dibendung akan
menyebabkan bencana banjir berlaku.

Antara impak buruk bencana banjir yang berlaku di Malaysia ialah kehilangan
harta benda dan manusia , kerosakan struktur dan hakisan,pencemaran air dan
makanan,wabak penyakit serta menganggu aktiviti pertanian dan sosio-ekonomi
masyrakat setempat.
Pelbagai usaha dilakukan untuk mengawal bencana banjir menjadi lebih teruk
seperti pembinaan struktur kawalan tebing sungai. Dalam jurnal ini, penulis
membuat kajian berdasarkan dua objektif iaitu mengkaji struktur pembinaan
mengenai kawalan hakisan dan banjir di tepi Sungai Kelantan dan pandangan
penduduk setempat tentang alternatif struktur kawalan yang dilakukan.

Penulis juga menggunakan beberapa metodologi untuk menjalankan kajian ini


seperti kaedah literatur,pemerhatian, dan temu bual dalam kalangan
penduduk.kawasan kajian yang dipilih adalah Tanah Merah,Pasir Mas, dan Kota
Bharu. Selain itu, antara langkah-langkah mengatasi masalah hakisan dan banjir
yang dilakukan oleh kerajaan dan Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS) ialah
pemantauan dan langkah strategik bercorak struktural. Hal ini kerana kawasan

tebing Sungai Kelantan dikenalpasti mengalami hakisan yang teruk. Punca utama
adalah hujan lebat ketika musim tengkujuh dan struktur dan jenis tanah pasir
longgar dimana tidak mampu memberi tekanan antara zarah-zarah tanah ketika
hujan.
Melalui langkah pemantauan,pihak JPS telah mengenalpasti keadaan sungai
terutama di kawasan perkampungan yang berpotensi dan kerap diancam tanah
runtuh, kemaskini tahap hakisan yang berlaku dengan kerap dan mewujudkan
Environment Management Plan bagi mengawal kesan negatif pembangunan
tanah yang dilakukan. Langkah strategik bercorak struktural adalah mengenai
pembinaan struktur kawalan hakisan di kawasan yang mengalami hakisan kritikal
seperti lapis lindung lapis lindung banjir jenis Gabions Mattress, Reno Mattress,
Rock Revetment, Flex-Slab atau batu(Armour Rock). Tujuan lapis lindung adalah
memberi perlindungan secara langsung dan menstabilkan tebing dari terhakis.
Kesan pembinaan struktur mampu mengawal hakisan tebing sungai tetapi tidak
mengawal masalah banjir. Hal ini kerana banjir di Kelantan adalah disebabkan
oleh faktor semula jadi seperti musim tengkujuh. Penulis juga telah mendapatkan
maklum balas penduduk setempat mengenai pembinaan struktur hakisan tebing
sungai. Hal ini penting supaya dapat mengenal pasti struktur berfungsi dengan
baik atau tidk. Berdasarkan analisa, para penduduk menyatakan keyakinan
terhadap struktur pembinaan penghalang hakisan dan banjir dan
penyelenggaraan struktur yang dilakukan oleh pihak yang terlibat serta
pembinaan struktur bersesuaian dengan punca masalah yang dihadapi
penduduk. Selain itu, pembinaan struktur penghalang hakisan mampu memberi
jaminan kepada penduduk dari segi keselamatan nyawa dan harta benda.

You might also like