You are on page 1of 4

JURNAL MINGGUAN

MINGGU

: SATU

TARIKH

: 27 SEPTEMBER 2015 1 OKTOBER 2015

1. Isu yang difokuskan Persediaan internship


Minggu ini merupakan minggu pertama bagi sesi internship yang harus dijalani oleh setiap
guru pelatih Semester 8 sebagai satu syarat untuk menamatkan pengajian di Institut
Pendidikan Guru. Saya telah ditempatkan di SJK (C) Foon Yew 2, Johor Bahru, Johor bagi
sesi internship kali ini.
2. Analisis masalah
Masalah yang dikenalpasti pada minggu pertama ialah bahasa untuk berkomunikasi sewaktu
sesi pembelajaran itu berlangsung. Sesi internship ini merupakan kali pertama saya
ditempatkan di sekolah jenis kebangsaan cina. Masalah dari segi komunikasi merupakan
salah satu masalah yang saya sedia maklum sememangnya dihadapi oleh guru-guru di
sekolah tersebut yang tidak fasih berbahasa mandarin. Sebagai contoh, saya dikehendaki
untuk mengganti kelas seorang guru Cina di kelas darjah 3. Pelajar-pelajar darjah 3 yang
kebanyakannya terdiri daripada pelajar Cina, kurang memahami arahan yang disampaikan
walaupun disampaikan dalam Bahasa Inggeris.
3. Cadangan untuk memperbaiki
Melalui pembacaan kamus, mempelajari bahasa komunikasi mudah dan sentiasa
menunjukkan keyakinan tinggi dalam berkomunikasi mungkin boleh membantu saya dalam
mengatasi masalah di atas. Bantuan dari rakan-rakan yang berbangsa Cina turut
meningkatkan lagi pengetahuan saya dalam bahasa Mandarin.
4. Tempoh masa
Masa yang diperuntukkan untuk mengatasi masalah di atas ialah sepanjang sesi internship
ini berlangsung. Proses pembelajaran mengenai bahasa Mandarin akan berterusan dari
semasa ke semasa bagi membantu saya dalam mempertingkatkan lagi penguasaan bahasa
Mandarin saya sebagai medium untuk berkomunikasi bersama pelajar.
5. Tindakan susulan
Sekiranya ada kelapangan masa saya akan menggalakkan para pelajar untuk menggunakan
bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi yang utama memandangkan saya ialah guru
bagi matapelajaran Bahasa Inggeris. Bagi pelajar-pelajar di kelas saya, mereka tidak
digalakkan untuk berkomunikasi dalam bahasa mandarin, sebaliknya menggunakan
sepenuhnya Bahasa Inggeris.

JURNAL MINGGUAN
MINGGU

: DUA

TARIKH

: 4 OKTOBER 2015 8 OKTOBER 2015

6. Isu yang difokuskan Ruangan bekerja


Ruangan bekerja atau meja guru yang tetap tidak dapat disediakan oleh pihak sekolah kerana
jumlah guru yang telah mencukupi menyebabkan tiada ruang untuk guru pelatih internship.
7. Analisis masalah
Masalah tersebut dikenalpasti sejak minggu pertama persekolahan. Hal ini telah
menyebabkan kami mengganggu ruangan atau meja guru-guru bagi sesi petang. Kami
terpaksa mencari tempat untuk melakukan tugasan kami dan dikehendaki menumpang di bilik
Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Ada kalanya kehadiran kami di bilik tersebut
menganggu guru-guru lain yang sedang melakukan tugasan mereka di situ. Selain itu,
hubungan sosial antara kami dan guru-guru sekolah amat kurang kerana kami tidak dapat
bergaul di bilik guru yang sedia ada.
8. Cadangan untuk memperbaiki
Pada pendapat saya, cara untuk memperbaiki masalah ini ialah dengan menyediakan tempat
khas untuk guru pelatih bagi melakukan pekerjaan mereka dengan bertujuan untuk tidak
mengganggu guru-guru yang lain. Walaupun tempat yang disediakan mungkin kurang selesa
namun apa yang lebih penting ialah para guru pelatih berpeluang untuk berkomunikasi
bersama guru-guru sekolah dan kehadiran kami tidak menganggu guru-guru yang lain.
9. Tempoh masa
Masa yang diperuntukkan untuk mengatasi masalah di atas ialah sepanjang sesi internship
ini berlangsung dan cadangan ini adalah untuk kegunaan masa hadapan.
10. Tindakan susulan
Sekiranya terdapat ruangan yang sesuai dan tidak menyukarkan pihak sekolah untuk
menyediakannya, adalah wajar bagi pihak sekolah untuk memikirkan ruangan tersebut untuk
kegunaan guru-guru pelatih pada masa akan datang.

JURNAL MINGGUAN
MINGGU

: TIGA

TARIKH

: 11 OKTOBER 2015 15 OKTOBER 2015

11. Isu yang difokuskan Hari Sukaneka (Projek Berkumpulan)


Minggu ini merupakan minggu ketiga. Namun Program Hari Sukan Negara telah diadalah
pada 10 Oktober 2015 yang lepas. Program tersebut merupakan projek individu untuk saya
bagi sesi internship kali ini. Terdapat beberapa isu yang timbul dan ingin ditekankan, dan
kebanyakannya adalah disebabkan pengurusan program yang dikelolakan oleh saya dan
rakan-rakan yang lain.
12. Analisis masalah
Masalah yang dikenalpasti dari segi pengurusan kehakiman dan protokol. Hal ini disebabkan
jumlah pelajar yang ramai menyukarkan petugas hakim yang terdiri daripada guru-guru
sekolah untuk memeriksa pemenang bagi setiap acara. Jumlah petugas juga adalah tidak
mencukupi. Masalah kedua ialah dari segi protokol majlis. Kebanyakan guru-guru di sekolah
ini tidak terlalu menitikberatkan elemen protokol dalam sesuatu majlis terutamanya majlis
yang melibatkan tetamu kehormat dari luar. Tidak dinafikan sambutan bagi program ini amat
luar biasa namun dari segi protokol masih terdapat beberapa ruang untuk diperbaiki.
13. Cadangan untuk memperbaiki
Antara cadangan untuk memperbaiki masalah dari segi pengurusan kehakiman itu ialah
dengan melakukan nisbah pelajar dan jumlah hakim. Hal ini bagi mengelakkan kekeliruan dan
keraguan dari segi pemarkahan bagi sesuatu acara yang dipertandingkan. Bagi masalah
kedua pula, elemen protokol haruslah diterapkan dari peringkat sekolah lagi, sebagai contoh,
sewaktu perhimpunan rasmi sekolah berlangsung. Adab dan protokol bagi sesuatu majlis
hendaklah dititikberatkan agar perjalanan majlis itu tampak lebih teratur dan kemas.
14. Tempoh masa
Masa yang diperuntukkan untuk mengatasi masalah di atas ialah secara berperingkat dan
sepanjang sesi persekolah berlangsung. Masalah yang timbul adalah berkaitan dari segi
pengurusan dan budaya sekolah. Oleh yang demikian, masalah ini boleh diatasi dari semasa
ke semasa dengan perhatian pihak yang terbabit.
15. Tindakan susulan
Dari segi pengurusan program sukan, mesyuarat post mortem haruslah diadakan setiap kali
sesuatu program tersebut berlangsung agar setiap guru dapat mengkaji kelebihan,
kekurangan, dan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi setiap permasalahan yang
timnbul. Setiap sekolah hendaklah melakukan kursus asas protokol bagi memastikan setiap
guru mendapat ilmu pengetahuan mengenai protokol sesuatu majlis. Kegunaan protokol tidak
terhad kepada pengurusan majlis rasmi tetapi dari segi pelbagai sudut. Sebagai contoh,
kedudukan di mesyuarat, adab semasa makan di majlis tertentu dan sebagainya.

JURNAL MINGGUAN
MINGGU

: EMPAT

TARIKH

: 18 OKTOBER 2015 22 OKTOBER 2015

16. Isu yang difokuskan Persediaan internship


Minggu ini merupakan minggu pertama bagi sesi internship yang harus dijalani oleh setiap
guru pelatih Semester 8 sebagai satu syarat untuk menamatkan pengajian di Institut
Pendidikan Guru. Saya telah ditempatkan di SJK (C) Foon Yew 2, Johor Bahru, Johor bagi
sesi internship kali ini.
17. Analisis masalah
Masalah yang dikenalpasti pada minggu pertama ialah bahasa untuk berkomunikasi sewaktu
sesi pembelajaran itu berlangsung. Sesi internship ini merupakan kali pertama saya
ditempatkan di sekolah jenis kebangsaan cina. Masalah dari segi komunikasi merupakan
salah satu masalah yang saya sedia maklum sememangnya dihadapi oleh guru-guru di
sekolah tersebut yang tidak fasih berbahasa mandarin. Sebagai contoh, saya dikehendaki
untuk mengganti kelas seorang guru Cina di kelas darjah 3. Pelajar-pelajar darjah 3 yang
kebanyakannya terdiri daripada pelajar Cina, kurang memahami arahan yang disampaikan
walaupun disampaikan dalam Bahasa Inggeris.
18. Cadangan untuk memperbaiki
Melalui pembacaan kamus, mempelajari bahasa komunikasi mudah dan sentiasa
menunjukkan keyakinan tinggi dalam berkomunikasi mungkin boleh membantu saya dalam
mengatasi masalah di atas. Bantuan dari rakan-rakan yang berbangsa Cina turut
meningkatkan lagi pengetahuan saya dalam bahasa Mandarin.
19. Tempoh masa
Masa yang diperuntukkan untuk mengatasi masalah di atas ialah sepanjang sesi internship
ini berlangsung. Proses pembelajaran mengenai bahasa Mandarin akan berterusan dari
semasa ke semasa bagi membantu saya dalam mempertingkatkan lagi penguasaan bahasa
Mandarin saya sebagai medium untuk berkomunikasi bersama pelajar.
20. Tindakan susulan
Sekiranya

You might also like