You are on page 1of 1

Bincangkan peranan pentadbir seperti Pengetua, Guru Kanan dan Panatia mata pelajaran dalam amalan pentaksiran di

Oleh kerana mata pelajaran Pendidikan Jasmani bukan mata pelajaran


peperiksaan. Sehubungan itu, pihak pentadbiran sekolah menganggap mata
pelajaran Pendidikan Jasmani boleh diajar oleh mana-mana guru yang bukan
opysen. Oleh itu, sebagai pentadbir sekolah perlu mengambil perhatian isu ini
dan memastikan kelas Pendidikan Jasmani diajar oleh guru major opysen PJ dan
memberi penekanan yang serius kepada kepentingan pencapaian matlamat dan
objektif Pendidikan Jasmani.
sekolah

Pihak pentadbiran sekolah perlu memastikan pentaksiran mata pelajaran PJ dan


Sains Sukan dirancang dan dikendalikan oleh semua guru PJ di peringkat
sekolah. Hasil pentaksiran perlu digunakan untuk tindakan susulan bagi
meningkatkan pembelajaran. Guru-guru PJ juga perlu membuat pelaporan di
peringkat sekolah untuk memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan
pihak pentadbiran untuk memupuk satu amalan pentaksiran di sekolah yang
baik dan berterusan.

Panitia mata pelajaran Pendidikan Jasmani harus memberi penekanan terhadap


guru apabila melaksanakan pentaksiran komprehensif. Tambahan pula,
pentadbiran sekolah seharusnya menggalakkan guru-guru PJ menghadiri latihan
dan kursus-kursus yang selaras dengan hasrat dan keperluan kurikulum mata
pelajaran PJ.

Guru besar bertanggungjawab meningkatkan kesedaran terhadap guru PJ dan


memperkukuhkan hubungan positif dengan pelajar melalui proses pengajaran.
Ini adalah kerana matlamat utama pentaksiran adalah untuk mendapatkan
gambaran tentang kemajuan pembelajaran pelajar disamping memberi maklum
balas tentang keberkesanan pengajaran guru. Terakhinya ialah memperluaskan
peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan
anak-anak mereka.

You might also like