You are on page 1of 13

BAB 3

TREND DAN ISU DALAM PENDIDIKAN TINGGI NEGARA

3.1 Pendahuluan

Daya penggerak yang mempengaruhi pendidikan tinggi telah menyebabkan terbentuknya


hala tuju pendidikan tinggi yang baharu bagi negara. Kesan daripada daya penggerak
tersebut juga akan muncul trend dan bentuk hala tuju sistem pendidikan yang dikawal atau
disesuaikan mengikut perubahan yang berlaku, sama ada dari dalam atau luar negara.
Trend yang wujud dalam sistem pendidikan tinggi negara kini pada hakikatnya ialah proses
untuk memastikan negara tidak ketinggalan dalam perkembangan pendidikan tinggi pada
peringkat global dan IPT tempatan berdiri setanding dengan pencapaian dan kemajuan IPT
luar negara. Proses penyesuaian dan perubahan terhadap IPT perlu dilihat sebagai satu
trend yang perlu berlaku untuk memantapkan sistem pendidikan tinggi negara. Beberapa
trend yang telah dikenal pasti sebagai faktor yang mencorakkan pendidikan tinggi negara
dibincangkan di dalam bab ini.
3.2 Autonomi dalam Pendidikan

3.2.1 Pengantarabangsaan pendidikan


Dewasa ini wujud trend yang berbeza tentang bentuk baharu pengantarabangsaan dalam
pendidikan tinggi, kesan kewujudan persaingan hebat antara negara dan kewujudan
pelbagai bentuk wilayah atau blok perdagangan. Negara menyedari bahawa rakyat harus
mempunyai daya saing yang tinggi agar mereka mampu bersaing pada peringkat
antarabangsa. Daya saing yang tinggi ialah prasyarat penting jika mereka ingin melibatkan
diri dalam pertumbuhan ekonomi dunia yang semakin pesat. Untuk menyesuaikan diri
dengan kepesatan pertumbuhan ekonomi, universiti perlu membentuk satu kurikulum
akademik yang akan menyediakan tenaga kerja mahir hingga ke peringkat antarabangsa.
Pelaksanaan kurikulum seumpama ini merupakan usaha atau inisiatif menyediakan tenaga
kerja untuk pembangunan ekonomi tempatan dan antarabangsa.
Pengantarabangsaan pendidikan tinggi telah membawa kesan yang sangat positif.
Kehadiran

pelajar

antarabangsa

di

sesebuah
12

universiti

melalui

program

pengantarabangsaan misalnya bukan sahaja mempengaruhi budaya dan sosial tempatan


tetapi juga memberi pemahaman dan perspektif yang lebih luas kepada mereka tentang
pentingnya

sesuatu

kerjasama

antara

berbagai-bagai

bangsa.

Namun

begitu,

pengantarabangsaan pendidikan tinggi juga boleh menjejaskan kualiti pendidikan. Dalam hal
ini, negara maju memperoleh lebih banyak faedah berbanding negara membangun kerana
negara berkenaan mempunyai kelebihan dalam pendidikan tinggi. Misalnya, negara
berkenaan mempunyai tempat pengajian, peralatan terkini untuk pengajaran dan
penyelidikan dan sumber kewangan dan manusia yang mencukupi. Kini, fenomena
pengantarabangsaan semakin meluas dalam bidang pendidikan tinggi, selaras dengan
usaha yang sedang dijalankan oleh World Trade Organisation (WTO). WTO, dalam hasrat
untuk mengurangkan halangan terhadap perdagangan antarabangsa, turut memasukkan
elemen pendidikan dalam rundingan yang dinamakan General Agreement on Trade and
Services (GATS). GATS, yang dibentangkan di Uruguay Round dan ditubuhkan pada tahun
1995 di bawah payung WTO, mempunyai 145 negara ahli. GATS dibentuk dengan tujuan
untuk meningkatkan liberalisasi perdagangan antarabangsa yang merangkumi pendidikan
sebagai satu

sektor perkhidmatan.

Namun begitu,

beberapa halangan

terhadap

pengantarabangsaan pendidikan tinggi, termasuklah kekangan visa, percukaian yang


membebankan institusi pendidikan asing, dan urusan akreditasi dan kelayakan, banyak
memberi kelebihan kepada negara penyumbang utama dalam bidang pendidikan, seperti
Amerika Syarikat dan United Kingdom. Walau bagaimanapun, perbahasan tentang impak
GATS adalah berbelah bahagi. Kritikan bertumpu terhadap ancaman yang ditimbulkan
GATS kepada penawaran kerajaan terhadap barangan awam, iaitu pendidikan dan aspek
kualiti pendidikan tinggi. Mereka yang menyokong polisi GATS menampilkan kebaikan
perdagangan pendidikan dan menekankan bahawa perdagangan pendidikan boleh
membawa kepada inovasi melalui sistem penyampaian yang baharu, kemasukan pelajar
yang lebih besar dan nilai ekonomi yang baik.

3.2.2

Pengajaran berasaskan penyelidikan

Autonomi pendidikan merujuk kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran tanpa


sempadan yang meliputi pengajaran berasaskan penyelidikan. Penyediaan kurikulum dan
silabus program berasaskan maklumat terkini hasil penyelidikan yang dijalankan oleh ahli
akademik tempatan atau antarabangsa. Pendekatan pengajaran berasaskan penyelidikan
menekankan usaha penyampaian maklumat terkini dan merangsang penjanaan ilmu
baharu.

13

3.2.3 Kelenturan dalam pemerolehan ilmu pengetahuan


Konsep autonomi membolehkan wujudnya suatu kaedah lentur dalam pemerolehan ilmu
pengetahuan. Kelenturan akan membolehkan sistem diubahsuai mengikut pasaran dan
permintaan negara dan suasana pasaran kerja. Kelenturan ini meliputi skop pengajian,
bidang pengkhususan, kaedah penyampaian, tahap penyampaian dan cara dan kaedah
penglibatan ahli akademik dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan
menggunakan pendekatan terkini.

3.2.4

Transnasionalisme dan pendidikan merentasi sempadan

Konsep transnasionalisme merujuk kepada perkaitan aktiviti dan saling tindak yang
menghubungkan manusia dengan mana-mana institusi lain tanpa had sempadan negara.
Aktiviti tersebut mungkin dijalankan oleh sebuah kerajaan, Multinational Corporations (MNC)
atau orang perseorangan, seperti pendatang asing. Aktiviti ini tidak terhad kepada aktiviti
ekonomi semata-semata tetapi juga termasuk politik, budaya dan agama. Sistem pendidikan
yang bercorak transnasional dan tanpa sempadan ini juga diistilahkan sebagai suatu
pergerakan, sama ada secara hakiki atau maya dalam kalangan individu seperti pelajar,
guru atau pensyarah. Sistem pendidikan ini melibatkan program akademik berbagai-bagai
disiplin daripada satu negara kepada negara lain. Perkaitan yang rapat antara globalisasi
dan transnasionalisme juga membawa kepada perkembangan yang pesat dalam urusan
antarabangsa dan rangkaian dalam semua bentuk kehidupan. Pada masa yang sama,
sistem pendidikan ini juga membayangkan bahawa sempadan antara negara menjadi
semakin nipis, akibat kewujudan kerjasama yang rapat.
Masyarakat transnasional pula merujuk kepada kumpulan masyarakat yang identiti dan
aktiviti mereka melepasi sempadan. Dalam erti kata lain, mereka

tidak terikat kepada

sesuatu wilayah atau kawasan. Perkara ini boleh berlaku kerana wujudnya penghijrahan dan
pergerakan penduduk dan pembangunan sistem perhubungan. Seiringan dengan era
globalisasi, pertambahan mendadak ahli dalam masyarakat transnasional mengurangkan
perbezaan identiti wilayah dan hal ini memberi cabaran kepada pemikiran tradisional yang
dimiliki oleh setiap negara ibunda. Peningkatan dalam pergerakan dan pembangunan sistem
perhubungan telah banyak mempengaruhi masyarakat, budaya, ekonomi dan politik
sesebuah negara.
Selain masyarakat transnasional, bidang pendidikan juga turut mengalami evolusi merentasi
sempadan. Konsep pendidikan merentasi sempadan merujuk kepada aktiviti rangkaian
14

hubungan

akademik

yang

terbentuk

melalui

persetujuan,

projek

pembangunan,

bantuan/pembiayaan antarabangsa dan inisiatif antarabangsa. Hal ini mewujudkan


perdagangan dalam perkhidmatan pendidikan yang boleh dikategorikan sebagai subset
kepada pendidikan merentasi sempadan, yang juga merupakan aktiviti dengan matlamat
perdagangan dan keuntungan.
3.2.5

Pendidikan berdasarkan permintaan pasaran

Penawaran program akademik di universiti perlu mengambil kira permintaan pasaran yang
mengutamakan keperluan guna tenaga semasa untuk negara. Trend ini menjadi lebih jelas
apabila negara dilihat memerlukan tenaga pakar khusus bagi menjayakan rancangan
kerajaan memajukan sektor ekonomi dan pembangunan negara. Bidang kritikal utama harus
memberi keutamaan bukan hanya kepada aspek penawaran tetapi juga kerjaya bakal
siswazah. Pasaran juga telah menentukan bahawa program yang akan ditawarkan perlu
sesuai kerana pendidikan telah dijadikan komoditi perniagaan. Walaupun trend ini memberi
kesan kepada program atau kursus yang kurang mendapat sambutan kerana tiada
kepentingan ekonomi, namun trend ini juga menjadi penentu utama untuk memastikan
kemandirian penawaran sesuatu program pengajian. Penawaran program akademik bukan
hanya terhad dalam kurikulum pada peringkat prasiswazah tetapi juga ijazah tinggi dan
penyelidikan. Terdapat banyak implikasi yang muncul bersama-sama trend ini, termasuk
peruntukan kewangan, kemudahan dan prasarana yang akan diwujudkan di IPT.
3.2.6

Pendidikan dalam penyelesaian masalah

Pendidikan juga dilihat sebagai kaedah dalam mencari penyelesaian kepada berbagai-bagai
masalah, sama ada yang bersifat fizikal atau kerohanian. Masalah yang muncul dalam alam
sekitar, kepentingan teknologi atau masalah sosial masyarakat akan menjadikan pendidikan
sebagai kaedah utama untuk menentukan penyelesaian jangka panjang. Kurikulum akan
dibangunkan untuk memberi penyelesaian, menyediakan garis panduan atau menghasilkan
produk khusus bagi menangani berbagai-bagai masalah. Untuk memperkaya kaedah
penyelesaian, penyelidikan yang bersifat memantapkan usaha penyelesaian masalah perlu
diberi keutamaan. Penyelesaian sebegini perlu bagi industri yang menganggap universiti
sebagai institusi yang dapat menyediakan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi oleh
mereka. Dalam masa yang sama, pendidikan tinggi perlu menekankan aspek nilai moral dan
kerohanian agar aspek ini dapat dijadikan satu pendekatan dalam mengatasi masalah
rohani dan salah laku.

15

3.2.7

Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

Untuk menyediakan siswazah yang berdaya saing, usaha meningkatkan kemahiran generik
mereka, seperti keupayaan berkomunikasi dan pembinaan jati diri perlu dilaksanakan.
Siswazah ini juga perlu dilengkapkan penguasaan bahasa, terutamanya bahasa Inggeris.
Kebanyakan kursus akan diajarkan dalam bahasa Inggeris kerana sebahagian besar ilmu
utama disampaikan dalam bahasa Inggeris, demikian juga bahan rujukan dan laporan hasil
penyelidikan. Oleh hal yang demikian, pelajar dan pengajar perlu mempunyai tahap
kemahiran berbahasa Inggeris yang tinggi agar ilmu yang disampaikan dan dipelajari dapat
dimanfaatkan dan disampaikan dengan lancar. Penggunaan bahasa Inggeris merupakan
suatu pendekatan yang selari dengan usaha mengantarabangsakan pendidikan tinggi.
Penggunaan bahasa Inggeris boleh menarik pelajar dan ahli akademik luar negara datang
belajar dan berkhidmat di Malaysia dan hal ini akan menggiatkan lagi perkembangan
pendidikan di Malaysia pada peringkat global. Walau bagaimanapun, trend ini tidak akan
sama sekali menafikan kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara dan
peranannya sebagai bahasa ilmu.
3.3

Universiti Intensif Penyelidikan

Universiti di Malaysia kini telah memasuki era baharu dengan kewujudan universiti yang
berorientasikan penyelidikan. Universiti yang menekankan penyelidikan ini mengutamakan
penyelidikan dalam akitiviti akademik. Pengajaran dan pembelajaran juga dijalankan dengan
menggunakan hasil penyelidikan sebagai bahan. Selain itu, universiti penyelidikan memberi
keutamaan terhadap penawaran program pengajian pada peringkat pascasiswazah yang
dijangka akan menggiatkan lagi aktiviti penyelidikan.
3.3.1

Tadbir urus dan kepimpinan penyelidikan

Untuk memastikan konsep universiti penyelidikan mencapai kejayaan, tadbir urus dan
kepimpinan penyelidikan memerlukan suatu anjakan baharu. Isu ini secara khusus berkait
rapat dengan pengendalian kewangan, terutama pengurusan geran penyelidikan. Geran
penyelidikan harus digunakan sepenuhnya untuk menjayakan penyelidikan dan oleh itu
suatu pendekatan tadbir urus yang membolehkan geran ini digunakan dengan cekap perlu
diwujudkan. Birokrasi tadbir urus perlu dikurangkan dan pihak pengurusan bertindak sebagai
pemudah cara, bukan pengawal geran penyelidikan. Satu perkara yang dikhuatiri akan
berlaku ialah halangan birokrasi dalam pengurusan kewangan yang akan mempengaruhi
pula kelancaran pelaksanaan aktiviti penyelidikan. Penyelidikan juga memerlukan
16

perubahan dalam kepimpinan. Pemimpin dalam penyelidikan mesti mempunyai pandangan


terbuka, dinamik dan berperanan sebagai perantara yang berkesan bagi menghubungkan
penyelidik dengan agensi kewangan atau industri untuk tujuan pendanaan dan
pengkomersialan hasil penyelidikan. Pihak pengurusan penyelidikan bertanggungjawab
mendapatkan dana penyelidikan untuk memastikan penyelidikan dapat dilaksanakan secara
berterusan.
3.3.2

Penyelidikan sepanjang hayat

Hasil penyelidikan biasanya digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Oleh
hal yang demikian, penyelidikan sebagai kaedah untuk menjana ilmu pengetahuan baharu
harus dilakukan secara berterusan. Dengan demikian, penyelidikan harus ditafsirkan
sebagai aktiviti sepanjang hayat yang dilaksanakan untuk menjana sumber ilmu
pengetahuan baharu. Ilmu pengetahuan hanya dapat dikembangkan melalui pemantapan
ilmu pengetahuan yang sedia ada dan penemuan sumbangan ilmu baharu yang disokong
oleh penemuan baharu dalam penyelidikan.
3.3.3

Jalinan kerjasama dan penanda aras penyelidikan

Penyelidikan harus dijalankan secara kerjasama pintar dengan berbagai-bagai pihak,


khususnya sektor industri. Jalinan kerjasama antara IPT dengan industri dilihat sebagai
suatu kejayaan, walaupun kerjasama sebegini merupakan titik permulaan dalam
menterjemahkan hasil penyelidikan ke peringkat komersial. Selain industri, jalinan
kerjasama merujuk kepada kerjasama penyelidikan antara institusi pada peringkat
kebangsaan atau antarabangsa. Kerjasama penyelidikan diharapkan dapat membuahkan
penemuan dalam berbagai-bagai disiplin atau penemuan baharu yang unik. Oleh hal yang
demikian, jalinan kerjasama ini akan menjadi penanda aras kejayaan dalam penyelidikan.

3.3.4

Penglibatan industri

Industri sebenarnya merupakan penerima terakhir hasil sesuatu penyelidikan. Industri


menjadi

perantara

untuk

memungkinkan

proses

pengkomersialan

sesuatu

hasil

penyelidikan. Oleh itu, trend terkini menunjukkan bahawa pihak industri perlu memastikan
sesuatu penyelidikan yang ingin dijalankan dikaitkan dengan industri tertentu yang akan
bertanggungjawab untuk melihat potensi sesuatu hasil penyelidikan. Trend ini perlu
ditingkatkan agar penyelidikan di IPT dapat diterjemahkan secara langsung untuk tujuan
komersial. Industri juga bertanggungjawab menaja penyelidikan yang difikirkan mempunyai
17

potensi untuk diketengahkan. Dana penyelidikan industri kini semakin meningkat, khususnya
dalam penyelidikan jangka pendek yang bercorak penyelesaian masalah yang dihadapi oleh
industri. Penyelidikan seumpama ini bertujuan untuk memantapkan produk yang sedia ada
atau memberi nilai tambah kepada produk tertentu.
3.3.5

Pengkomersialan hasil penyelidikan

Trend baharu yang ingin diperkukuh termasuk juga aspek pengkomersialan hasil
penyelidikan. Oleh hal yang demikian, penyelidikan yang dijalankan oleh ahli akademik
mesti menekankan potensi pengkomersialan. Hanya penyelidikan yang berpotensi menjana
produk komersial atau proses yang berpotensi untuk dikomersialkan perlu disokong,
walaupun tahap teknologi yang digunakan masih rendah. Pengkomersialan tidak terhad
kepada produk atau proses berteknologi tinggi sahaja, tetapi menekankan juga produk atau
proses yang dapat diketengahkan sebagai komoditi perniagaan. Sesuatu produk atau
proses yang sedia ada boleh dimantapkan untuk menghasilkan satu produk baharu dengan
nilai tambah. Produk baharu ini boleh dihasilkan dengan kos pemprosesan yang rendah.

3.4

Sistem dan Revolusi Ekonomi dan Keselamatan Dunia

3.4.1 Revolusi ekonomi


Perkembangan ekonomi negara bergerak lancar setanding dengan perkembangan ekonomi
dunia. Untuk memastikan kewujudan daya saing yang tinggi, satu revolusi ekonomi perlu
diwujudkan. Revolusi ekonomi telah menyebabkan wujud keadaan persaingan rancak dalam
semua aspek aktiviti ekonomi, sama ada aspek pembaharuan produk, pasaran dan strategi
pemasaran, penjanaan ekonomi baharu, mutu produk atau nilai tambah perkhidmatan.
Dalam dunia yang penuh cabaran ini, perancangan untuk meningkatkan hasil ekonomi
harus menjurus kepada penghasilan produk atau proses yang boleh mendatangkan nilai
tambah atau kelebihan tertentu. Untuk memastikan kelebihan itu, sektor ekonomi itu perlulah
dibekalkan dengan aspek kreativiti atau inovatif. Ekonomi yang diasaskan kepada inovasi
dari segi aspek pasaran dan kepelbagaian sistem pelaksanaan akan memberikan saingan
yang lebih baik berbanding sistem konvensional. Sifat kreatif dan inovatif dalam kalangan
tenaga kerja boleh dicungkil menerusi penggunaan teknologi baharu yang muncul dari
semasa ke semasa dalam bidang berkaitan. Melalui konsep inilah produk baharu dapat
diwujudkan dan produk ini dapat dijadikan sebagai satu pilihan baharu kepada pengguna.
Selain itu, revolusi ekonomi dapat memastikan bahawa proses penjanaan kekayaan dapat
18

diteruskan melalui keupayaan untuk menarik pasaran baharu menggunakan kelebihan nilai
tambah yang terdapat pada sesuatu produk.
Sistem ekonomi dunia yang dikawal oleh berbagai-bagai polisi, dasar dan perjanjian telah
menyebabkan wujudnya persaingan antara negara kecil dengan kuasa ekonomi dunia.
3.4.2

Imperialisme ekonomi

Kesan penjajahan kepada sesebuah negara telah menimbulkan beberapa isu sensitif
berkaitan pembinaan budaya baharu dan hubungannya dengan budaya asli yang sedia ada.
Selain itu, imperialisme turut memberi kesan bukan sahaja kepada bidang pendidikan tetapi
juga bidang politik dan ekonomi. Pengalaman imperialisme telah membuktikan bahawa
negara yang pernah dijajah oleh kuasa Barat khususnya, mengetahui dan menyedari
bahawa sistem pendidikan asal di negara mereka telah dimasukkan unsur yang kononnya
mempunyai berbagai-bagai kelebihan. Unsur ini berjaya mempengaruhi gelagat, cara berfikir
dan bahasa baharu untuk berkomunikasi. Tambahan lagi, pakej imperialisme yang dibawa
oleh penjajah melibatkan satu set undang-undang baharu yang berkaitan dengan
perhubungan dan perdagangan antarabangsa.
3.4.3 Dunia penguasaan wanita
Kaum wanita mewakili lebih separuh penduduk dunia dan sumbangan mereka kepada
sistem sosial dan pertumbuhan ekonomi masyarakat juga melebihi separuh berbanding
sumbangan kaum lelaki. Walaupun peranan dan sumbangan wanita sebelum ini telah
diabaikan, peranan pergerakan hak asasi wanita yang dibentangkan di Persidangan
Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna, di Kaherah dan di Copenhagen tidak berapa lama dulu,
telah membuka ruang dan peluang kepada penguasaan kaum wanita dalam dunia global.
Dialog hak asasi wanita memberi kesedaran sama ada masyarakat akan terus mengekalkan
identiti tradisi sumbangan wanita atau terus menerima nilai dan keupayaan wanita dalam
penguasaan dunia global. Pungutan suara di Persidangan Beijing telah menekankan
peranan penting wanita pada abad ke-21, terutamanya dalam membentuk masyarakat dan
penyertaan mereka dalam penyelesaian isu negara seperti kemiskinan, pendidikan,
kesihatan dan kekejaman manusia.

19

3.4.4 Masyarakat madani


Masyarakat madani terdiri daripada individu yang bermotivasi untuk melalui transformasi ke
arah kebaikan masyarakat sejagat. Pembentukan masyarakat yang madani, progresif, adil,
menghormati hak masyarakat, termasuk hak wanita dan kumpulan minoriti dan menghormati
kedaulatan undang-undang adalah penting bagi sesuatu masyarakat kerana menerusi
pembentukan ini maruah sesuatu bangsa terjaga dan tidak hilang ditelan zaman.
Keruntuhan kedaulatan undang-undang merupakan salah satu faktor utama yang membawa
kepada perpecahan dan ketidakadilan masyarakat.

Dewasa ini, masih wujud pencerobohan hak asasi manusia, kadar kemiskinan yang tinggi
dan pengabaian demokrasi dan keadilan pada setiap peringkat kedudukan masyarakat.
Semua fenomena ini boleh mengundang atau memberi peluang kepada pihak lain untuk
melakukan rampasan kuasa dan akhirnya berlakulah penindasan dan pembuangan rakyat
dari tanah air sendiri. Dalam era globalisasi dan geoekonomi, jenayah dilakukan demi
kemajuan dan pengaruh etika dan nilai kerohanian diketepikan. Bagi sesetengah negara,
kekejaman telah diterima masyarakat sebagai cara hidup dan transformasi masyarakat
melalui proses normal mungkin sukar dicapai.
3.4.5 Peningkatan kuasa ekonomi di Asia
Kuasa ekonomi di Asia, terutamanya China dan India telah menjadi penentu dalam
perubahan pendidikan tinggi di Malaysia. Peristiwa 11 September, pencerobohan tentera
Amerika di Iraq dan pendudukan haram Yahudi di tanah Palestin, menjadikan masyarakat
dunia terus berasa tidak tenteram dalam kehidupan mereka yang semakin dipenuhi dengan
ancaman demi ancaman. Peristiwa tersebut membawa kepada titik tolak untuk mencari
penyelesaian baharu kepada konflik yang wujud. Sebahagian anggota masyarakat
merasakan bahawa unilateralisme tidak membawa kepada keamanan dan keselamatan
sejagat. Unilateralisme mempunyai agenda tersendiri dan kepentingan tertentu dan
seterusnya membawa kepada konfrontasi. Sebagai contoh, tindakan pencerobohan Amerika
di Iraq telah membelakangi persetujuan yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB). PBB ialah agen multilateral yang berhasrat untuk menjamin
keselamatan orde dunia dan keamanan melalui tadbir urus global.
Satu penyelesaian konflik dan pewujudan keamanan mesti dibina dengan mengunakan
dasar multilateralisme. Multilateralisme merujuk kepada penglibatan beberapa pihak dalam
sesuatu usul yang dipersetujui. Multilateralisme mendefinisikan semula perhubungan kuasa
20

dan keselamatan. Unsur ini membentuk satu model perhubungan antara negara dalam
negara itu sendiri dan antara masyarakat sejagat. Multilateralisme seharusnya menjadi
tunggak kepada orde baharu dunia kerana menggabungkan nilai kemanusiaan, agama dan
prinsip moral. Nilai ini sewajarnya menggambarkan kepercayaan setiap agama dan
seharusnya mampu mencabar definisi kepentingan strategik dan negara yang bersifat
materialisme. Melalui multilateralisme masyarakat boleh menyuarakan pendapat dan
bertindak melalui dasar yang dipersetujui ramai. Orde baharu dunia seharusnya dapat
memberikan keadilan kepada masyarakat kerana orde ini ialah pemegang kuasa sebenar.

3.5 Alam Sekitar dan Gaya Hidup

Alam sekitar dan gaya hidup sering mempunyai perkaitan kerana perubahan dalam alam
sekitar akan mempengaruhi gaya hidup masyarakat, sama ada pada masa ini atau masa
depan. Alam sekitar merujuk kepada semua aspek kehidupan yang merangkumi variabel
luaran seperti budaya, agama, kumpulan etnik, politik, ideologi, geografi, sosial, sistem
pendidikan, perbandaran, polisi dan blok ekonomi [Free Trade Agreement (FTA), WTO atau
GATS], kemajuan teknologi dan masyarakat berilmu. Perubahan alam sekitar bukan hanya
terhad kepada perubahan dalam negara tetapi juga pada peringkat global. Gaya hidup pula
merujuk kepada tingkah laku manusia dan kaitannya dengan seluruh aspek kehidupan.
Gaya hidup masyarakat dipengaruhi oleh fakor ekonomi, perkembangan teknologi, status
ekonomi dan tahap pendidikan.
3.5.1

Pembudayaan nilai luar

Pembudayaan nilai luar merujuk kepada pengaruh amalan dan kepercayaan sistem luar,
khususnya budaya terhadap usaha untuk memperoleh dan menggunakan kekayaan atau
mencari kepuasan yang cepat. Nilai ini telah dapat mengubah persepsi masyarakat
terhadap keadaan sosial, agama dan budaya tempatan. Trend mengutamakan budaya luar
ini juga telah menghakis rasa bangga terhadap budaya sendiri dalam kalangan generasi
baharu. Semangat patriotisme yang semakin berkurangan telah menyebabkan komitmen
yang rendah terhadap aspirasi negara. Pembudayaan nilai luar juga telah mempengaruhi
struktur kekeluargaan. Peranan ibu bapa dan anak telah berubah dan diambil alih oleh pihak
tertentu yang dikatakan hampir dengan kehidupan anak-anak dan ibu bapa, semasa mereka
mencapai usia tua.

21

3.5.2

Pertumbuhan gaya hidup bandar

Gaya hidup bandar sebenarnya telah mempengaruhi pembentukan unit keluarga yang
terpisah dan mewujudkan krisis identiti. Gaya hidup bandar yang moden dengan segala
kemudahan dan pendekatan untuk mempelajari dan memperoleh ilmu telah mengubah
kebergantungan anak-anak terhadap bimbingan keluarga dalam menentukan hala tuju dan
masa depan masyarakat. Kesan pembangunan bandar juga telah mengubah gaya hidup
masyarakat menjadi lebih bersifat individu, berorientasikan diri sendiri dan bertentangan
dengan

konsep

berorientasikan

komuniti.

Masyarakat

bandar

juga

telah

mula

memperlihatkan pemisahan dalam komuniti dan keadaan menjadi lebih parah apabila
pemisahan ini diasaskan mengikut kaum atau etnik tertentu. Dalam jangka masa yang
panjang akan wujud pemisahan ketara yang mungkin akan menggagalkan semangat
setiakawan ke-Malaysiaan.
3.5.3

Pengaruh politik dan ekonomi

Persaingan yang wujud dari luar negara telah menyebabkan perubahan dalam sektor
ekonomi dan politik negara semasa. Dari segi ekonomi, pertumbuhan ekonomi yang pesat
akan menyebabkan peningkatan pembangunan negara dan ini akan mempengaruhi gaya
hidup masyarakat. Persaingan ini seterusnya menyebabkan meningkatnya permintaan
terhadap pendidikan dan pembelajaran daripada pelajar tempatan dan antarabangsa.
Kekurangan tenaga mahir akan menyebabkan tenaga kerja dari luar diperlukan untuk
menjana semua sektor. Dari segi politik, didapati bahawa politik juga mampu menentukan
pertumbuhan ekonomi kerana aspek ini menentukan polisi dan dasar dalam pembangunan
negara.
Semua trend dan isu yang dipengaruhi oleh politik dan ekonomi ini memberi kesan kepada
pendidikan tinggi negara, khususnya dalam empat aspek utama.
(a) Mobiliti
Merujuk kepada pergerakan atau pendekatan yang diambil oleh individu untuk
memperoleh ilmu, di samping usaha ke arah meningkatkan persaingan individu dalam
menggunakan dan memanfaatkan ilmu pengetahuan. Mobiliti dicapai apabila
pendidikan tinggi melibatkan penawaran program atau rancangan akademik yang
bersifat multidisiplin dan merentasi disiplin.

22

(b) Mutu
Mutu

pendidikan

akan

meningkat

dan

aspek

ini

perlu

berperanan

untuk

mengharmonikan kekurangan atau memenuhi permintaan masyarakat terhadap


pendidikan yang dapat membendung persaingan. Corak pendidikan juga akan
membolehkan siswazah menyesuaikan diri dengan perubahan luar dalam usaha
mereka merebut peluang menjana kekayaan, khususnya di kawasan bandar dengan
gaya hidup yang baharu dan mencabar. Dengan demikian, IPT perlu mempunyai
kuasa atau autonomi untuk mencorakkan keadaan seumpama ini.
(c) Kepelbagaian
Pendidikan yang bersifat terbuka dan pelbagai membuka peluang kepada komuniti.
Kesannya wujud pembelajaran sepanjang hayat, semangat untuk menghayati
pendidikan yang baharu disulami dengan kesedaran akan kepentingan etika dan nilai
moral.
(d) Kelenturan
Selari dengan pendidikan yang dikawal oleh kuasa yang ada pada institusi pendidikan
dan komuniti, sistem pendidikan mempunyai kelenturan yang tinggi. Hal ini
memungkinkan individu membuat penilaian terhadap kepentingan pendidikan tinggi
dan memastikan masyarakat akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada
pendidikan tinggi. Semua proses ini memerlukan kerjasama yang kukuh antara IPT
dengan kerajaan, khususnya KPT.

3.6

Pembangunan Sosial

3.6.1 Nilai manusia


Dalam membangunkan struktur sosial yang mantap dan bermandiri, sumber tenaga
manusia yang dibentuk harus mempunyai nilai yang tinggi. Nilai manusia ini boleh
diterjemahkan kepada pembangunan modal insan yang dapat menyumbang sesuatu
kepada pembangunan negara melalui penjanaan ekonomi dan pembangunan sosial. Selain
keupayaan intelektual, manusia diharapkan dapat dilengkapi dengan nilai kemanusiaan dan
kerohanian yang luhur yang menjamin keselamatan sosial.

23

3.6.2 Pembinaan modal insan yang bermutu


Selari dengan peningkatan dalam nilai manusia, pembinaan modal insan menjadi teras
dalam menjana k-ekonomi negara. Modal insan bermutu dilihat sebagai penentu dalam
memastikan kejayaan setiap perancangan negara, sama ada ekonomi, pendidikan atau
pembangunan rohani dan jasmani individu dalam masyarakat. Dalam hal ini universiti dan
pendidikan peringkat prauniversiti perlu menyediakan sistem pendidikan yang mampu
berperanan untuk membina modal insan bermutu.
3.6.3 Penglibatan budaya
Budaya sesuatu masyarakat juga mampu mempengaruhi pembentukan peribadi individu,
seperti mempunyai nilai moral yang tinggi. Kini telah wujud konsep untuk memantapkan nilai
budaya masyarakat dengan melibatkannya ke dalam sistem pendidikan demi memastikan
pembangunan sosial dapat dihasilkan. Dalam konteks ini, budaya masyarakat berperanan
membentuk individu yang bukan hanya mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran tinggi,
tetapi juga masih peka terhadap nilai bangsa dan budaya.
3.6.4 Tanggungjawab pada peringkat tempatan dan global
Masyarakat mempunyai tanggungjawab yang khusus terhadap alam sekitar, sama ada pada
peringkat tempatan atau global. Selari dengan konsep globalisasi, manusia juga bersaing
untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dalam dan luar negara. Pada peringkat tempatan,
peranan universiti penting untuk memenuhi keperluan menyediakan ilmu pengetahuan
kepada generasi dan penduduk negara, di samping menjadi pemangkin kepada
pembangunan dan pemodenan prasarana negara. Pada peringkat global pula, penglibatan
universiti dalam mengatasi berbagai-bagai masalah pada peringkat antarabangsa boleh
dianggap sebagai suatu kejayaan.

3.6.5 Gaya hidup dan struktur masyarakat


Perubahan gaya hidup dan struktur masyarakat akibat peralihan masa dan perkembangan
teknologi dan ilmu pengetahuan merupakan suatu trend yang pasti akan berlaku. Perubahan
ini memerlukan sistem pendidikan yang dinamik, yang melahirkan individu dan masyarakat
yang lentur, yakni yang dapat berhadapan dengan tekanan dan bersedia untuk mengatasi
masalah yang wujud. Struktur masyarakat akan berubah dari segi demografi, khususnya
dari segi komposisi masyarakat mengikut usia. Keperluan dari segi prasarana, tenaga kerja,
kemudahan awam dan peluang ekonomi juga akan berubah.
24

You might also like