You are on page 1of 3

Jangan keliru!

Assalamualaikum,Jangan keliru. Topik cikgu kali ini.


Apa yang cikgu maksudkan ialah kekeliruan bagi menjawab soalan
bentuk hubungan/relationship dan tujuan/aim
Perhatikan betul-betul :
Kata kunci menjawab soalan hubungan :
Cara jawab: semakin ______semakin _________.
Kata kunci menjawab soalan tujuan :
Cara jawab: Untuk mengkaji hubungan diantara ________dan _______
Kekeliruan biasanya terjadi kerana kata kunci menjawab
soalan tujuan mengandungi perkataan hubungan lalu ramai calon
menjawab soalan hubungan tetapi menggunakan kata kunci bagi
menjawab soalan tujuan.
Contoh penyataan : Di dalam satu penyiasatan di dapati pertumbuhan
kawasan industri telah menyebabkan pertambahan pesakit asma di satu
kawasan.
soalan hubungan : Apakah hubungan yang dapat di tulis, berdasarkan
penyataan di atas.
Jawapan betul : Semakin banyak kawasan industri semakin bertambah
pesakit asma

soalan tujuan : Apakah tujuan kajian ini dijalankan?


Jawapan betul : Untuk mengkaji hubungan diantara pertumbuhan
kawasan industridan bilangan pesakit asma

Pesan cikgu, ingat jangan KELIRU. Baca


kata kunci bagi soalan betul-betul.

Kesilapan yang dilakukan

Kesilapan yang sering calon lakukan ketika menjawab Bahagian B


Science
1. Menyatakan pemerhatian yang salah.

2. Salah kenalpasti pembolehubah/variable.

3. Kesalahan menggunakan istilah. Berhati-hati dengan istilah agar


maksud tidak berubah.
Mentol hidup atau Mentol menyala?

4.Sebab/alasan yang diberikan terlalu umum bagi soalan inferens.


Kurang tepat: Pokok mati kerana tidak mendapat keperluan asas yang
cukup.
Tepat : Pokok mati kerana tidak dapat cahaya matahari

Soalan inferens
Apa itu inferens? Inferens adalah alasan atau sebab bagi sesuatu
peristiwa yang dapat diperhatikan.Tips menjawab:
1. Kenalpasti jenis inferens, jitu atau bebas.
2. Tulis pemerhatian.
3. Jangan lupa kata hubung kerana
Cara Jawab : (pemerhatian) (alasan)-Apa maksud inferens jitu.
Contoh :

(Pokok X mati) kerana (tidak mendapat air)

Hanya satu sahaja alasan yang boleh diterima. - Apa maksud inferens bebas.
- Boleh beri lebih dari satu alasan yang logik dan saintifik.

Mencari pembolehubah
Langkah 1
Cari perkara yang tak sama
Langkah 2
Tentukan yang mana berlaku dahulu (makan kemudian kenyang)
Contoh:
Ali telah menjalankan satu ujikaji tentang keperluan haiwan terhadap
makanan.Dua ekor tikus yang sama diletakan di dalam sangkar A dan B.
Sangkar A diberikan makanan sementara sangkar B tidak. Selepas 7 hari
di dapati tikus A hidup dan B mati.

You might also like