You are on page 1of 10

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 6 DALAM KEMAHIRAN MENGENAL

PASTI PEMBOLEH UBAH MENGGUNAKAN KAEDAH UJIKAJI FAIR TEST


HASMAN BIN NAWI
SK MANGUT,95600 SPAOH
hasman.nawi@yahoo.com
ZALIHA BINTI MUSA
IPG KampusTun Abdul Razak
<zaliha.musa@ipgmktar.edu.my>
Abstrak
Penyelidikan tindakan ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran
murid Tahun 6 dalam mengenal pasti pembolehubah iaitu pembolehubah dimanipulasi,
pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah dimalarkan. Strategi ujkaji Fair Test telah
digunakan untuk menyelesaikan masalah ini. Kumpulan sasaran untuk kajian tindakan ini terdiri
daripada lima orang murid Tahun 6 yang telah dipilih berdasarkan tinjauan awal yang telah
dilaksanakan. Pengumpulan data dibuat menerusi Ujian 1 (ujian sebelum stategi ujikaji Fair Test
dilaksanakan) dan Ujian 2 (ujian selepas ujikaji Fair Test dilaksanakan) serta melalui temubual
separa berstruktur. Hasil analisis kedua-dua instrument kajian menunjukkan kemahiran kelima-lima
orang murid kajian dalam mengenalpasti pembolehubah telah meningkat. Keputusan kajian
menunjukkan stetegi ujikaji Fair Test terbukti dapat meningkatkan kemahiran murid untuk
mengenal pasti pembolehubah.

Refleksi P&P yang Lalu


Pada 26 Februari 2015 saya telah menjalankan Ujian Pra 1 UPSR untuk sujek Sains kepada murid-murid
Tahun 6. Sasaran yang telah ditetapkan untuk ujian tersebut ialah 3A,8B,7C. Namun, setelah kertas ujian
selesai disemak didapati keputusan murid adalah tidak memuaskan. Murid hanya memperolehi
1A,3B,10C,4D. Daripada hasil post-morterm yang telah dibuat selepas ujian tersebut didapati murid gagal
menjawab dengan baik soalan bahagian B yang berkaitan dengan kemahiran mengenal pasti pemboleh
ubah. Menurut Nooraziyah (2012): Soalan melibatkan pemboleh ubah merupakan asas utama kepada
soalan Bahgian B. Kenyataan ini turut disokong oleh Noor Hana (2008) yang berpendapat kegagalan
menjawab soalan Bahagian B berpunca daripada lemahnya penguasaan Kemahiran Proses Sains oleh
murid. Amalan pengajaran harian adalah menggunakan kaedah tradisonal iaitu chalk and talk. Adakah
kaedah yang saya gunakan ini kurang berkesan untuk pelajar saya seperti yang dinyatakan oleh Azmil
(2010) kurangnya pendedahan murid tentang ujikaji atau eksperimen telah menyebabkan murid
menghadapi masalah untuk mengenalpasti pemboleh ubah. Murid-murid saya juga sangat meminati mata
pelajaran Sains dan sering melibatkan diri secara aktif apabila disoal. Persoalan yang bermain difikiran
saya ialah mengapa murid saya masih gagal untuk menjawab soalan berkaitan dengan kemahiran mengenal
pasti pemboleh ubah? Sehubungan itu, saya memikirkan untuk menggunakan pendekatan baru ataupun
mengubah suai gaya pembelajaran saya.
Tinjauan dan Analisis Masalah
Sebanyak empak kaedah telah digunakan sebagai tinjauan dan analisis masalah iaitu analisis Ujian Pra 1
UPSR Sains (Bahagian B), Ujian 1, Temubual dan Ujian Diagnostik.

Rajah 1 : Ujian Pra 1 UPSR sains bahgian B dan Analisis jawapan murid.

Analisis yang telah saya lakukan terhadap jawapan murid dalam ujian Pra 1 UPSR Sains Bahagian B telah
menunjukkan terdapat 6 orang murid telah menjawab semua soalan mengenal pasti pemboleh ubah dengan
salah.
Seterusnya pada 2 Mac 2015, saya telah melakukan tinjauan dengan menjalankan Ujian 1 bagi mengenal
pasti tahap penguasaan kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah kepada enam orang murid yang telah
dikenalpasti menggunakan dua set soalan yang mempunyai enam markah.

Rajah 2 : Soalan Ujian 1 bagi mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah

Rajah 3 : Skor jawapan murid dalam Ujian 1


Hasil daripada ujian itu telah menunjukkan enam orang murid yang terlibat masih tidak mencapai tahap
penguasaan yang ditetapkan bagi dua set soalan tersebut iaitu 100% markah.
Seterusnya, untuk mengesahkan kewujudan masalah ini, saya telah menemu bual kelima-lima orang murid
secara berasingan pada 9 Mac 2015 dan 10 Mac 2015.

Rajah 4 :Temubual bersama Mohd. Hasri dan Zarina pada 9 Mac 2015

Temubual bersama Mohd Hasri dan Zarina pada 9 Mac 2015 telah menunjukkan bahawa kedua-dua
mereka tahu terdapat tiga jenis pembolehubah tetapi mereka tidak dapat membezakan setiap pembolehubah
yang dimaksudkan.

Rajah 5 : Temubual bersama Muhd. Amirul dan Nor Ain


Temubual bersama Muhd. Amirul dan Nor Ain pada 9 Mac 2015 menunjukkan kedua-dua mereka tidak
dapat mengenal pasti pembolehubah bergerak balas dengan baik.

Rajah 6 : Temubual bersama Nurul Fazalia


Temubual bersama Nurul Fazalia pula mendapati dia mempunyai pengetahuan yang agak baik tentang
pembolehubah, namun dia gagal menjawab soalan Bahagian B dengan baik kerana berpendapat soalan
tentang pembolehubah adalah sukar.

Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk meningkatkan penguasaan murid Tahun 6 dalam kemahiran mengenal pasti
pembolehubah menggunakan kaedah ujikaji Fair Test.
Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran saya bagi kajian ini hanya seorang murid Tahun 4 sahaja. Murid ini seorang lelaki dan
tidaklah mempunyai prestasi akademik yang rendah cuma perlu dipertingkat penguasaannya dalam
penolakan sebarang dua nombor empat digit dan lima digit dengan pengumpulan semula.
Pelaksanaan Tindakan
Strategi yang saya gunakan untuk membantu murid saya ini dinamakan 19 Alternatif. Sebenarnya
strategi ini adalah berdasarkan Mental Arithmetic tetapi saya perkenalkan dalam bentuk model. Murid
biasanya menggunakan bahan konkrit seperti straw, guli dan batu sebagai alat untuk mengira. Memang
mudah untuk mengira menggunakan bahan konkrit jika mengira jumlah yang kecil akan tetapi dengan
menggunakan 19 alternatif ini murid hanya perlu hafal nombor bulat hingga 19. Dibawah ini adalah
gambar model tersebut.

Rajah 2 : Model 19 Alternatif

Berikut adalah langkah-langkah penggunaan Model 19 Alternatif ini. Saya memberi contoh penolakan dua
nombor tiga digit dengan pengumpulan semula iaitu 52 346 34 759. Saya akan menerangkan bagaimana
model 19 Alternatif ini digunakan dalam penolakan nombor kecil dengan nombor besar pada nilai tempat
sa, puluh, ratus dan ribu. Pendedahan pengajaran ini adalah untuk memberi pemahaman tentang konsep
pinjam sebelah untuk menyelesaikan penolakan nombor bulat dengan mengumpul semula. Model ini
terdapat nombor bulat iaitu daripada nombor 1 hingga nombor 19. Di bawah adalah cara menggunakannya
dengan bantuan jadual nilai tempat dan dalam bentuk lazim.

Pulu
h
Ribu

Ribu Ratus Puluh Sa

Pulu
h

Sa

Pulu
h
Ribu
4
5
3
1

11
2

12
3

13
4

16
6

Rajah 2(a): Contoh Penolakan Tanpa Pengumpulan semula

Ribu Ratus

11

12

13

16

Rajah 2(b): Contoh Penolakan Dengan Pengumpulan Semula


Berdasarkan Rajah 8.1 (b) subjek kajian diajar bagaimana untuk memahami tentang konsep pinjam sebelah
untuk menyelesaikan penolakan sebarang dua nombor lima digit dengan mengumpul semula. Melalui
model 19 Alternatif, murid boleh menolak dengan berpandukan model tersebut. Contohnya apabila murid
ingin menolak 16 9, murid ini perlu mencari nombor 16 terlebih dahulu. Selepas itu responden mencari
nombor yang ditolak iaitu 9. Apabila sudah mencari kedua-dua nombor tersebut murid perlu mengundur ke
belakang sebanyak 9 kali. Jadi dengan pengunduran sebanyak 9 kali daripada 16, maka jawapannya ialah 7.
Murid boleh mengulang cara ini pada nilai tempat puluh, ratus dan ribu.
Kaedah Mengumpul Data
Ujian Awal digunakan untuk mengetahui tahap penguasaan murid terhadap konsep pinjam sebelah dan
pemahaman murid dalam penolakan sebarang dua nombor lima digit dengan pengumpulan semula melalui
cara biasa yang digunakan. Dalam Ujian Awal ini mengandungi 10 soalan penolakan sebarang dua nombor
empat digit hingga lima digit dengan pengumpulan semula. Ujian Akhir digunakan selepas murid diajar
menggunakan model 19 Alternatif. Ujian Akhir ini mengandungi 10 soalan penolakan sebarang dua nombor
empat digit hingga lima digit dengan pengumpulan semula. Kedua-dua soalan ini ada mempunyai soalan
yang sama. Saya masih menggunakan beberapa soalan yang sama kerana ingin melihat sejauh mana
kemantapan subjek kajian saya dalam menguasai penolakan sebarang dua nombor empat digit hingga lima
digit dengan penegumpulan semula selepas menggunakan strategi model 19 Alternatif ini.
Kedua-dua ujian diperuntukkan satu soalan betul satu markah. Murid dikehendaki menjawab semua soalan
dalam masa 20 minit. Jadi markah keseluruhan ujian ini ialah sepuluh markah. Markah yang diperolehi
dikumpul dalam bentuk peratus. Melalui Ujian Awal saya dapati Dan menjawab sepuluh soalan itu dengan
cepat sekali. Mungkin soalan yang diberi itu terlalu mudah fikir saya. Apabila selesai Ujian Awal saya telah
menjalankan tiga aktiviti Intervensi bagi memantapkan penguasaan Dan dalam penolakan sebarang dua
nombor empat digit hingga lima digit dengan pengumpulan semula.
Saya telah menyediakan tiga set soalan bagi aktiviti Intervensi. Setiap set soalan mengandungi sepuluh
soalan yang melibatkan penolakan sebarang dua nombor empat digit hingga lima digit dengan
pengumpulan semula. Semasa aktiviti Intervensi dijalankan, saya dapati Dan menunjukkan minat kerana
saya telah menunjukkan dan mengajar bagaimana menggunakan model 19 Alternatif. Dalam menjalankan
aktiviti itu saya dapati Dan menunjukkan minat terhadap model tersebut. Malah membimbing Dan dalam
meminati dan mempelajari topik ini dengan lebih mendalam. Semasa aktiviti Intervensi dijalankan saya
cuba bertanya dan mengajak Dan berbual untuk mengetahui sajuhmana pemahaman dia dalam
menggunakan model 19 Alternatif itu sebagai bahan bantu belajar nya.
Ketiga-tiga hasil kerja Dan dalam aktiviti Intervensi tersebut memang memeranjatkan kerana setiap hasil
kerja dijawab dengan baik walaupun ada soalan yang salah.
Dapatan Kajian

Pada 29 Oktober 2014, saya telah melaksanakan Ujian Awal kepada murid saya. Ujian Awal
tersebut merangkumi sepuluh soalan yang melibatkan penolakan sebarang dua nombor empat
digit hingga lima digit dengan pengumpulan semula. Selepas ujian tersebut, saya bertanya kepada
murid saya, Senang atau susah soalan tadi?. Dia menjawab, Senang, cikgu!. Saya berasa
kecewa sedikit selepas menyemak jawapan Dan kerana cara dia menjawab soalan tersebut
nampak seperti seorang murid yang tidak mempunyai masalah dalam penolakan. Akan tetapi,
agakan saya tersasar kerana banyak soalan yang dijawab salah. Melalui ujian tersebut saya dapati

hanya satu soalan betul yang dapat dijawab oleh Dan. Rajah 3(a) adalah soalan bagi Ujian Awal
yang diduduki oleh Dan.

Rajah 3(a) : Ujian Awal

Berdasarkan Ujian Awal tersebut, sebanyak sembilan soalan daripada sepuluh soalan dijawab salah.
Contohnya, soalan nombor 5 iaitu 58003 4653 =_____. Saya tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh
murid saya pada nilai tempat puluh, ratus dan ribu. Apabila Dan ingin menolak pada nilai tempat puluh
iaitu digit 0 tolak digit 5, Dan tidak membuat pinjaman pada digit 8 iaitu yang berada pada nilai ribu. Dan
tidak mengurangkan nilai pada digit 8 tersebut semasa membuat penolakan. Malah dia mengekalkan digit 8
tersebut.
Jadi saya telah memulakan sesi Intervensi (Sesi 1) untuk mempertingkatkan penguasaannya dalam menolak
sebarang dua nombor empat digit dengan pengumpulan semula. Di sini, saya telah memperkenalkan satu
strategi 19 Alternatif. Apabila saya menunjukkan dan memperkenalkan alat yang akan digunakan semasa
intervensi (Sesi 1) ini kepada Dan, murid lain juga tertarik dengan bahan bantu mengajar itu. Ada di antara
mereka yang ingin mengikuti kelas intervensi bersama Dan walaupun mereka sudah mahir menolak. Akan
tetapi saya memberitahu mereka ia akan digunakan oleh Dan dalam kelas intervensinya. Melalui Intervensi
(Sesi 1) ini, saya telah menunjukkan cara bagaimana untuk menggunakan 19 Alternatif. Selepas
penerangan tersebut, Dan pun menjawab sepuluh soalan dengan menggunakan 19 Alternatif. Dalam sesi
1 ini, Dan hanya betul enam soalan daripada sepuluh soalan. Apabila ditanya, adakah penggunaan 19
Alternatif membantunya. Dan menjawab, Ya, membantu cikgu. Di bawah adalah soalan Intervensi (Sesi
1):-

Rajah 3(b) : Intervensi 1

Selepas Dan mahir menggunakan 19 Alternatif,


saya meneruskan dengan Intervensi (Sesi 2) iaitu
soalan yang melibatkan penolakan sebarang dua
nombor iaitu lima digit dengan empat digit dengan
pengumpulan semula. Saya menggunakan soalan
ini adalah untuk melihat sejauh mana penguasaan
Dan dalam menolak sebarang dua nombor lima
digit dengan empat digit dengan pengumpulan
semula. Apabila Dan habis menjawab kesemua
soalan tersebut, saya merasa terkejut melihat
sembilan soalan daripada sepuluh soalan dijawab
dengan betul. Saya rasa berpuas hati kerana
dengan penggunaan strategi 19 Alternatif ini banyak membantu Dan meningkatkan penguasaannya dalam
penolakan sebarang dua nombor empat digit hingga lima digit dengan pengumpulan semula. Di bawah
adalah soalan bagi Intervensi (Sesi 2):-

Rajah 3 (c) : Intervensi 2


Dalam Intervensi (Sesi 3) pula, saya telah
menyediakan soalan penolakan sebarang dua
nombor lima digit dengan lima digit dengan
pengumpulan semula. Melalui pemerhatian saya,
Dan tidak berhati-hati semasa menjawab soalan.
Sikapnya yang bersahaja dalam menjawab soalan
dan sikap ingin cepat menyebabkan dia hanya
empat soalan betul daripada sepuluh soalan. Saya
tidak kisah Dan melakukan kesilapan kecil ataupun hanya beberapa soalan sahaja yang betul cuma saya
sering berpesan kepadanya supaya berhati-hati dan sentiasa bercakap dengan soalan semasa menjawab
soalan. Maksud saya disini ialah apakah yang perlu dilakukannya selepas menolak digit ke digit dari sa
hingga nilai tempat yang seterusnya. Adakah digit yang berada di nilai tempat tersebut dapat menolak digit
yang berada pada nilai tempat itu sendiri. Jika tidak dapat jadi apakah yang perlu dilakukan olehnya. Maka,
secara tidak langsung Dan dapat menjawab soalan dengan sebaiknya. Rajah 3 (d) memaparkan hasil kerja
Dan bagi Intervensi (Sesi 3) :-

Rajah 3 (d) : Intervensi 3

Berdasarkan Intervensi dalam sesi ketiga ini, Dan kerap melakukan kesilapan berulang iaitu lupa untuk
meminjam pada digit yang berada nilai tertentu. Contohnya, pada soalan 1 iaitu 23025 12468 =
________. Apabila Dan dapat menolak digit pada nilai tempat sa dengan meminjam daripada digit pada
nilai tempat puluh dengan betul, dia lupa untuk memotong digit 3 pada nilai tempat ribu kerana digit pada
nilai tempat puluh dan ratus tidak dapat menolak digit pada nilai tempat masing-masing. Kecuaian seperti
sering berlaku pada Dan. Oleh sebab itu saya selalu menekankan kepadanya selalu bercakap dengan soalan.
Itulah maksud dan caranya dalam menjawab soalan supaya kita lebih berhati-hati. Akan tetapi bagi saya
Dan telah menunjukkan peningkatan dalam penguasaan dalam penolakan sebarang dua nombor empat digit
hingga lima digit dengan pengumpulan semula. Daripada ketiga-tiga intervensi tersebut saya telah
menjalankan Ujian Akhir bagi melihat penguasaan Dan dalam penolakan sebarang dua nombor empat digit
hingga lima digit dengan pengumpulan semula. Di bawah adalah soalan bagi Ujian Akhir :-

Rajah 3 (e) : Ujian Akhir

Berdasarkan soalan Ujian Akhir ini, saya


berpuas hati dengan markah yang diperolehi
oleh Dan. Dan tidak lagi membuat kesilapan yang sama seperti pada Ujian Awal dan Intervensi (Sesi 3)
iaitu lupa untuk memotong digit yang telah dipinjam. Walaupun pada soalan 6, soalan 7, soalan 9 dan
soalan 10 Dan telah melakukan kesilapan tetapi bagi saya itu masih dapat diperbetulkan dan diberi tunjuk
ajar dan latih tubi pada masa yang akan datang.
Refleksi
Kajian tindakan yang telah dilaksanakan oleh saya dalam topik penolakan sebarang dua nombor empat
digit dan lima digit dengan pengumpulan semula amat mencabar pemahaman saya berkaitan dengan
membentuk murid saya memahami dan meningkatkan penguasaan penolakan sebarang dua nombor ini.
Walaupun topik ini nampak senang tetapi bagi sesetengah murid masih belum menguasai sepenuhnya topik

ini. Melalui ujian awal, saya dapati sembilan soalan salah daripada sepuluh soalan. Ini amat merisaukan
saya, lebih-lebih lagi murid saya ini hanya seorang sahaja. Rasa tercabar dengan markah yang
diperolehinya. Oleh itu, saya telah merancang satu strategi yang dinamakan 19 Alternatif. Strategi ini
digunakan oleh saya sebagai ubat untuk merawat penyakit murid saya ini. Bahan bantu mengajar ini
direka oleh saya bertujuan untuk menarik minat murid saya. Saya telah menyediakan bahan bantu mengajar
ini dengan lukisan kartun pada bahan ini. Intervensi pertama bertujuan untuk memantapkan penguasaan
murid saya dalam penolakan sebarang dua nombor ini. Apabila saya menunjukkan bahan bantu mengajar
tersebut, saya dapati muka murid saya berubah. Seolah-olah tertanya-tanya apakah bahan tersebut. Saya
seronok dengan reaksi murid saya. Saya pun menjelaskan pada dia bahawa bahan tersebut akan digunakan
oleh dia untuk membantu meningkatkan penguasaannya dalam topik ini. Semasa intervensi yang pertama,
saya telah mengajar murid saya bagaimana hendak menggunakan bahan tersebut. Dia berasa gembira,
seolah-olah faham akan penggunaan bahan tersebut. Selepas habis melakukan aktiviti menjawab soalan itu,
saya dapati dia mendapat enam soalan betul daripada sepuluh soalan. Saya tidak tersentak kerana dia baru
diperkenalkan strategi tersebut. Masuk hari yang kedua, saya telah memanggil Dan untuk melakukan
aktiviti intervensi yang seterusnya. Kali ini Dan nampaknya lebih bersedia untuk sepuluh soalan tersebut.
Daripada apa yang saya lihat, saya dapati Dan lebih cepat mahir menggunakan bahan bantu mengajar itu.
Hasilnya, Dan mendapat sembilan soalan betul daripada sepuluh soalan. Apabila saya menanyakan Dan
sama ada strategi ini baik dan berkesan kepadanya, Dan menjawab, Ya, cikgu! Bahan bantu mengajar ini
cukup bagus. Hari yang berikutnya pula saya meneruskan dengan aktiviti intervensi yang ketiga. Kali ini
Dan tidak melakukan dan menjawab soalan tersebut dengan baik. Mungkin pada hari itu ada pelawat yang
datang ke sekolah. Mungkin Dan berasa ingin tahu apakah yang terjadi di sekolah. Dan juga mendengar
suara rakan-rakannya menjerit di luar perpustakaan. Dan pun menjawab soalan tersebut dengan laju tanpa
menghiraukan bahan bantu mengajar tersebut. Apabila dilihat Dan kadang-kadang mencapai bahan bantu
mengajar tersebut, kadang-kadang dia langsung tidk menggunakan bahan bantu mengajar tersebut.
Hasilnya Dan telah mendapat empat soalan betul daripada sepuluh soalan. Saya berpendapat, situasi ini
mengganggu Dan dalam menjawab soalan. Bagi Dan, saya rasa dia memerlukan suasana pembelajaran
yang tenang dan jauh daripada gangguan seperti duduk di dalam bilik peperiksaan. Howard Gardner

(1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk


menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan
output yang efektif. Mungkin juga saya perlu mencantikkan lagi bahan bantu mengajar yang telah
disediakan oleh saya itu. Memandangkan bahan bantu itu pada mulanya menarik minat Dan, apakah salah
jika saya bersama-sama Dan membuat bahan bantu itu bersama-sama agar Dan akan menghargai setiap
hasil yang dilakukan olehnya. Apabila Dan selesai dengan ketiga-tiga intervensinya, saya telah memberikan
Ujian Akhir bagi menilai sejauhmana strategi yang digunakan oleh saya itu dapat membantu dalam
meningkatkan penguasaan penolakan sebarang dua nombor empat digit dan lima digit dengan
pengumpulan semula terhadap Dan. Kali ini Dan tidak menggunakan bahan bantu mengajar kerana saya
telah mengajarnya strategi dan teknik menjawab soalan tersebut. Hasilnya, Dan telah mendapat enam
soalan betul daripada sepuluh soalan. Walaupun hanya enam soalan yang betul tetapi saya masih berasa
bangga terhadap Dan kerana dapat menangkap pembelajaran pada aktiviti intervensi yang lepas serta dapat
memahami pembelajaran yang diajar saya itu. Dengan hanya enam soalan yang betul saya berpuas hati
dengan Dan, sekurang-kurangnya Dan telah mencuba yang terbaik berbanding sebelum diperkenalkan
strategi ini pada Ujian Awal. Mudah-mudahan selepas ini saya akan meneruskan pengajaran saya dengan
soalan yang dijawab salah oleh Dan. Saya akan menunjukkan bagaimana untuk menjawab soalan tersebut
dengan betul dengan menggunakan bahan bantu mengajar tersebut agar Dan akan lebih faham. Sekurangkurangnya Dan dapat menjawab soalan tanpa menggunakan bahan bantu mengajar itu jika sudah mahir dan
faham bagaimana menggunakan bahan itu dengan cara berfikir yang lain. Bagi saya, saya akan meneruskan
cara ini kepada mana-mana murid yang lemah dalam matapelajaran matematik agar murid yang lemah
tidak akan berasa rendah diri dan lemah semangat oleh kerana kurang kemampuan dalam menjawab soalan
dalam mana-mana topik matematik. Melalui kesemua aktiviti yang dijalankan oleh Dan, saya mendapati
murid memang memerlukan banyak bahan bantu mengajar agar dapat membantu mereka memahami
sesuatu topik tersebut. Bukan hanya dengan cara lisan tetapi dipraktikkan dengan pelbagai bahan bantu
mengajar agar murid dapat faham salah satu strategi yang digunakan oleh kita sebagai guru.
Tindakan dan Kajian Seterusnya

Berdasarkan kajian tindakan yang dijalankan, saya mendapati ada beberapa perkara yang perlu
dimurnikan. Salah satunya adalah menambahbaik bahan bantu mengajar yang digunakan oleh saya
sekarang. Apa yang perlu saya buat adalah mewarnakan bahan bantu mengajar saya tersebut. Saya juga
perlu laminate bahan bantu mengajar itu agar dapat tahan lama. Bahan itu juga mungkin dapat
digunakan oleh murid yang lain. Apabila saya mengkaji satu soalan salah yang dijawab Dan tersebut saya
memikirkan Dan memerlukan banyak latihan penolakan yang melibatkan digit 0 dengan pengumpulan
semula. Contoh soalan yang tidak dapat dijawab dengan betul oleh Dan ini. 23025 12468 =
____________. Jawapan yang diberikan oleh Dan ialah 10657. Di sini saya cadangkan akan mengkaji
penolakan sebarang dua nombor yang melibatkan digit 0 dalam setiap nilai tempat dengan pengumpulan
semula. Mungkin Dan akan menjadi salah seorang subjek kajian saya agar saya boleh membantu Dan
dalam meningkatkan semua topik yang melibatkan penolakan sebarang dua nombor.
Rujukan
Abu Hassan bin Kasim (2001), Pendidikan Amali Sains, Kemahiran Sainstifik,
UTM Skudai.
Azmil Fazrul Bin Ahmad Puad (2010). Kajian Tindakan Untuk Meningkatkan Kebolehan Pelajar
Tahun 4 Arif Untuk Mengenal Pasti Pembolehubah Dengan Menggunakan Kaedah Ujikaji Fair
Test Di Sekolah Kebangsaan Bukit Mewah, Johor Bahru. Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim.Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
. Retrieved from Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia Web Site: http://web.moe.gov.my
Ee Ah Meng, ( 1989 ) Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih. Edisi Kedua. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Petaling Jaya Selangor.
Ho Ho Tong, Zaliha binti Musa, John anak Brodi, Dr. Rahmah binti Murshidi, Ahap bin Awal, Sapiee bin
Saidi, Dr. Gan We Ling, Lee Hou Yew & Stanley anak Abang (2013).
Asas
Penyelidikan
Tindakan Teori dan Amalan. Sarawak, Malaysia:
Jabatan
Penyelidikan
dan
Inovasi
Profesionalisme Keguruan.
Kim Phaik Lah (1995). Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Noor Hana Che Hasan. (2008). Meningkatkan Penguasaan Menjawab Soalan Kemahiran Proses Sains
(KPS) Bahagian B Dalam Kalangan Murid Tahun 6 SK Sungai
Nooraziyah Ali. (2012). Kajian Tindakan Untuk Meningkatkan Kebolehan Pelajar Tahun 5 Usaha Untuk
Mengenal Pasti Pembolehubah Dengan Menggunakan Kaedah Ujikaji. Sekolah Kebangsaan
Matang Jelutong, Bagan Serai.
Othman Lebar.(2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Teori Dan Amalan. Kuala Lumpur : Percetakan
Watan Shd. Bhd.
Rosie Turner-Bisset (2010). Pengajaran Pakar. Institut Terjemahan Negara Malaysia. Kuala Lumpur
Rosinah Edinin.(2011). Penyelidikan Tindakan : Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn Bhd.
Yeo Kee Jiar, & Rasidah Rashid (2008). Gaya pembelajaran dan motivasi. Universiti Teknologi
Malaysia,Johor,Malaysia

You might also like