You are on page 1of 18

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

# Bab 1 Moral Reasoning and Ethical Theory (Taakulan berprinsip moral dan
Teori Mengikut Etika)
The Meaning of Ethics (Makna Etika)
Prinsip kelakuan individu yang boleh diterima dari segi akhlak sama ada perbuatan
tersebut betul atau salah dan tidak serupa untuk setiap individu.
The Meaning of Professional Ethics (Makna Etika Profesional)
Prinsip moral sesuatu kumpulan yang dibuat untuk mengawal prestasi mereka dalam
menjalankan tugas megikut nilai dan amalan profesional serta bertindak mengikut
etika yang ditentukan.
The Formation of Individuals Ethics (Faktor Pembentukan Etika Individu)
(1) Pengaruh keluarga (Family Influence) Etika ibu bapa yg baik akan diikuti oleh
anak dan sebaliknya. (2) Pengaruh rakan (Peer Influence) Utk lihat peribadi
seorang, lihatlah siapa rakan mereka (pepatah)
(3) Pengalaman hidup (Life Experience) Sekiranya pencuri dihukum kerana
mencuri, maka beliau akan mengetahui mencuri merupakan satu kesalahan.
(4) Nilai peribadi dan prinsip moral (Personal Values and Morals) Seseorang yg
mementingkan pangkat dan kedudukan sering bertindak berdasarkan untung tanpa
mengira kesannya terhadap orang lain.
(5) Faktor keadaan (Situational factors) Seorang peniaga boleh mengubah penyata
keuntungan perniagaan untuk menipu cukai.
Pandangan tentang etika (The views of ethics)
(1) Utilitarian (Kemudahan) - Suatu keputusan untuk kepentingan majoriti walaupun
tindakan tersebut sama ada betul, patut atau baik beri kesan buruk pada sebahagian
kecil. Perlu kenalpasti:
(a) Siapa yg terjejas secara langsung dan tidak langsung (Who are directly and
indirectly affected).
(b) Apa untung dan keburukan yg dialami mereka (What benefits and harms they
would experience).
(c) Berapa lama kesan tersebut berlanjutan (How long these effects would last).
(2) Golden Rule (Aturan Emas) Menurut agama kristian ; Lakukan pada org lain
1

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

sepertimana kita nak orang lakukan pada kita. (do to others as you would have them
do to you).
(3) Kantian/Rights (Kantian/Hak) Immanuel Kant percaya moral merupakan
sesuatu yang universal dan setiap orang ada hak yang tertentu. Antaranya:
(a) The right of free consent (Hak penyetujuan percuma).Setiap orang berhak untuk
dilayan sekiranya mereka setuju dan bersedia untuk dilayan.
(b) The right of privacy (Hak untuk bersendirian). Setiap orang berhak untuk
melakukan, mendedah atau merahsiakan kehidupan peribadi.
(c) The right of freedom of conscience (Hak untuk kebebasan menyuarakan suara
hati). Setiap orang berhak untuk tidak melakukan sesuatu sekiranya melanggar prinsip
moral mereka selagi tidak bertentangan dengan pandangan masyarakat.
(d) The right of freedom (Hak untuk kebebasan). Setiap orang berhak mengkritik
suatu etika organisasi secara berhemat, selagi kritikannya tidak mencabuli hak
individu di dalam organisasi tersebut.
(e) The right of due process (Hak process berpatutan ) Setiap orang berhak
dibicarakan dengan adil sekiranya hak mereka dicabuli. Di dalam kantian/rights,
sesuatu tindakan adalah betul apabila ia meminimumkan pencabulan hak.
(4) Enlightened Self-Interest (Menyedarkan Kepentingan Diri)
Walaupun kepentingan diri menjadi satu keutamaan, kesejahteraan masyarakat masih
diambil berat dalam melaksanakan tugas. Cth jurutera proton yang bekerja dengan
kepakarannya bukan sahaja untuk memperolehi gaji bahkan kereta yang dihasilkan
memberi manafaat kepada pengguna. Suatu tindakan adalah betul dari segi akhlak
jika ia memberikan keuntungan individu tanpa memberi kerugian dan, sekira perlu
meminimumkan sebarang keburukan terhadap orang lain.
Normative Philosophy and Ethical Relativism (Falsafah normatif dan Relativisme
Mengikut Etika)
Kajian tentang pemikiran yang betul dan kelakuan mengikut norma .
Ethical Theory (Teori mengikut etika)
Segala tindakan kita dalam komuniti disempadani dengan konsep betul dan salah yang
memerlukan analisis dan pertimbangan dalam membuat keputusan atau tindakan dan
bukan satu kekurangan sekiranya kita telah mencuba tetapi tindakan tersebut kurang
tepat kerana tiada satu pun sistem etika yang sempurna tetapi terdapat 5 sistem yang
2

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

sering digunakan:
a) Eternal Law (Undang-undang Abadi/kekal)
- Undang-undang Agama tidak berubah dan sah selama-lamanya.
- Tiada syarat atau ketetapan yang tepat memperlihatkan kebenaran.
- Setiap agama mempunyai standard moral yang berbeza untuk penganutnya
- Standard berbeda antara kumpulan yang berlainan walaupun menganut agama
sama.
- Tidak dapat dilaksanakan secara universal.
b)

Utilitarianism (kemudahan)

- Merupakan suatu keputusan atau tindakan untuk kepentingan masyarakat majoriti


-Sukar menentukan manfaat untuk masyarakat kebanyakkan.
- Tidak ada satu kaedah yang dapat menentukan sama ada tindakan/keputusan yang
dilakukan adalah betul, baik atau wajar.
- Sukar untuk mengimbangi manfaat yang diperolehi oleh masyarakat majoriti dengan
pengorbanan masyarakat minoriti.
c)

Universalism (sejagat)

- Menyatakan niat/maksud yang tersirat di dalam membuat sebarang


keputusan/tindakan adalah penting
- Keputusan tersebut dikira betul, tepat dan baik sekiranya semua orang yang
mengalami masalah serupa melakukan tindakan yang serupa seperti yang kita
lakukan.
- Terlalu bergantung kepada perkiraan niat seseorang.
- Sukar mengukur kepentingan terhadap kewajiban atau tanggungjawap seseorang
individu.
- Adalah sukar untuk melayan kehendak orang lain kerana sebahagian dari kita akan
memikirkan kehendak diri sendiri.
d)

Distributive Justice Teory (Teori Adil Pembahagi)

- Keutamaan keadilan menjadi panduan membuat keputusan dan mengambil tindakan


yang dijangka memberikan faedah kepada semua anggota masyarakat
- Keupayaan/usaha individu diabaikan/ tidak diendahkan.
3

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

- Sebarang cadangan amat bergantung kepada kerjasama sosial keseluruhannya


untuk membekalkan faedah/keuntungan ekonomi dan social.
e)

Personal Liberty Theory (Teori Kebebasan Peribadi)

- Keutamaan kebebasan mejadi panduan membuat keputusan dan mengambil


tindakan yang akan menyebabkan semua orang akan mendapat manfaat dan
kebaikannya.
- Ia berdasarkan satu definasi kebebasan yang sempit yang menghadkan hak negatif
untuk tidak mengalami gangguan daripada orang lain.
Perbandingan Utilitarianisme dan Universalism
Universalism
Utilitarianism
Menekankan kepada kesan/keputusan/akibat

Menekankan kepada niat

dari sesuatu tindakan dan bukannya niat

individu yang melakukan

individu tersebut

tindakan atau membuat

Sesuatu tindakan/keputusan dikira betul


sekiranya membawa manfaat kepada orang.

keputusan.
Niat yang baik sering kali
membawa kepada kebaikan.

Dianggap salah sekiranya membahayakan

atau mencederakan orang lain


Sekiranya tindakan/keputusan tersebut akan
memberikan manfaat kepada majority

Mendahului kepentingan orang


lain dari kepentingan sendiri.

masyarakt maka dikira baik

# Bab 2 Moral And Social Responsibility (Moral dan Tanggungjawab Sosial)


Conditions for Moral Accountability and Liability (Keadaan dalam Tanggungjawab
Moral)
(1) Knowledge and Freedom (Pengetahuan dan Kebebasan)
Seseorang itu bertanggungjawab atas perbuatannya dengan kerelaan hati tanpa
paksaan fizikal dan psikologi.
4

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

(2) Ignorance (Kedunguan/kebodohan/ketidaktahuan)


Alasan ketidaktahuan hanya boleh digunakan apabila sesorang tidak bersalah. Ini
berlaku apabila seseorang tidak memahami hukum alam yang terjadi atau tidak dapat
menerima semua yang munasabah yang dapat dijangka akibat daripada perbuatannya
(3) Coercion (penggunaan kekerasan / paksaan)
Pegawai bank yang menjaga kaunter yang mana menyerahkan sejumlah wang tunai
yang ada di dalam laci kepada perompak bersenjata adalah jelas tidak bersalah dari
segi moral di dalam melesapkan harta bank.
Tanggungjawab moral (moral responsibility)
Def: Seseorang secara moral boleh dipertanggungjawabkan terhadap tindak tanduk
mereka, sekiranya mereka mengetahui tindakan yang dibuat adalah dengan kerelaan
hati dan tanpa sebarang paksaan secara fizikal mahupun psikologi.
Perbezaan (material coorperation) dan formal coorperation (kerjasama formal)
dibawah Natural Law
Formal coorperation
Seseorang menjadi rakan sekerja yang

Material coorperation
Ia bermaksud seseorang diminta untuk

secara sukarela untuk melakukan

melakukan suatu tindakan yang masuk akal

perbuatan yang salah, dengan

(logik), tidak jahat pada amnya, tetapi pada

mengizinkan dan membenarkan

akhirnya ia secara tidak langsung telah

kejahatan dilakukan. Formal

membantu orang tersebut untuk melakukan

cooperation tidak pernah dapat

sesuatu tindakan yang pada hakikatnya

ditentukan walaupun dengan

adalah salah.

ketakutan yang amat sangat


Era tanggungjawab sosial
a)

The Entrepreneurial Era (Era Perindustrian)

Berlaku lewat 1800 an. Masa ini industri mengumpul keuntungan. Masa era ini, semua
industri adalah kecil.
b)

The Depression Era (Era Kemelesetan)


5

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

Berlaku pada tahun 1900, masa ini organisasi besar telah mendominisasi ekonomi US.
Orang awam telah mengkritik organisasi kerana melakukan aktiviti kewangan yang
tidak bertanggungjawab sehingga berlakunya keruntuhan pasaran saham pada tahun
1929.
c)

The Social Era (Era Sosial)

Wujud pada tahun 1960an dan ketidak ketentraman sosial. Ini kerana organisasi besar
telah didakwa mempromosikan peperangan di Vietnam. Empat kesatuan hak
pengguna telah menyatakan pendirian mereka kepada Presiden John Kennedy
mengenainya.
Pendapat mengenai tangunggjawab sosial
Bersetuju
Membantu problematic (merupakan
persoalan) business

Tidak bersetuju
Keuntungan adalah objektif perniagaan
Penglibatan di dalam aktiviti sosial

Syarikat juga anggota masyarakat

memberikan syarikat tersebut kuasa

Sumber bisnis selalunya boleh

yang besar

membantu menyelesaikan masalah


Tanggungjawab sosial boleh tambah
keuntungan

Kemungkinan berlaku confict of interest


Kepakaran yang kurang di dalam
mengurus aktiviti sosial

Cara kerajaan mempengaruhi organisasi


Direct Regulation (Peraturan secara terus) Memperkenalkan dan melaksanakan
undang-undang dan akan tubuhkan agensi yang akan mengawasi dan mengawal
aktiviti-aktiviti tertentu.
Inderect Regulation (Peraturan tidak langsung) Secara tidak langsung
mempengaruhi cara organisasi tersebut membelanjakan wang mereka memelalui
cukai, sama ada melalui insentif mahupun subsidi.
Cara organisasi mempengaruhi kerajaan.
a)

Personal Contact (Hubungan peribadi) Hubungan peribadi dan jaringan


perniagaan.

b)

Lobbying Mempengaruhi pembuat undang-undang oleh pihak individu


mahu pun kumpulan tertentu
6

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

c)

Political Action Committee (Tindakan komiti politik) Sumbang wang kpd


ahli politik untuk kempen.

d)

Favours (keramahan) Bergantung kepada keramahan untuk mendapatkan


sokongan

Cara organisasi untuk melaksanakan tanggungjawab sosial


(1) Legal compliance (Mematuhi Undang-undang) Organisasi patut mematuhi
undang-undang.
(2) Ethical compliance (Mematuhi Etika) Ikut etika yang biasa boleh diterima
masyarakat
(3) Philanthropic giving (Suka menderma) Beri sumbangan/dana dlm program
kebajikan

Natural Law, alasan paksaan hanya boleh digunakan di dalam kes dimana
ketakutan berlakunya kemusnahan kebebasan seseorang di dalam kerelaan
melakukan tindakan tersebut.

Kerjasama Cooperation bermaksud tindakan yang dilakukan adalah bermoral


pada asasnya, tetapi orang lain telah menggunakannya untuk melakukan perbuatan
tidak bermoral.

Kerjasama Formal bermaksud seseorang melakukan tindakan tidak bermoral,


bermaksud moral yang salah dan beliau bekerjsama melakukan perbuatan jahat
secara moral.

Kerjasama material adakala boleh dijustified sebagai alasan yang baik,


biasanya di dalam kepentingan diri. Tetapi kerjasama formal di dalam melakukan
kejahatan tidak pernah diizinkan.

# Bab 3: The Nature of Ethics in Modern Business (Etika di dalam perniagaan


alaf baru)
Etika dalam pengurusan
Masalah di dalam pengurusan/pengelolaan kerana konflik di antara
keuntungan/prestasi syarikat dengan tanggungjawab/prestasi sosial. Cth :Pengurangan
pekerja di dalam sesebuah syarikat boleh menjimatkan kos dan menaikkan
keuntungan tetapi menyebabkan ramai akan menjadi penganggur.

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

5 masalah etika di dalam pengurusan:(Akibat dari keputusan yang dibuat)


a) Akibat berpanjangan Sebarang keputusan yang dibuat akan memberikan kesan
yang berpanjangan kepada masyarakat. Sebagai contoh, pengeluaran produk tidak
selamat akan mengancam nyawa individu.
b) Mempunyai berbagai pilihan altenatif Berbagai pilihan alternatif perlu
dibuat/dirancang apabila membuat sebarang keputusan atau pilihan etika.
c) Mempunyai akibat yang banyak (bercampur aduk) Keuntungan dan kerugian
sosial serta juga pulangan kewangan dan perbelanjaan sering kali berkait dengan
pilihan alternatif etika yang dipilih.
d) Mempunyai akibat yang tidak pasti Akibat dari sesuatu keputusan atau
pilihan etika yang diambil tidak dapat dipastikan.
e) Mempunyai impak peribadi Keuntungan dan kerugian sosial serta juga
pulangan kewangan dan perbelanjaan sering kali berkait dengan impak peribadi di
dalam pilihan alternatif etika yang dipilih.
Mekanisma menganalisis permasalahan etika di dalam pengurusan
a)

Analisis Ekonomi Teori Makro dan Mickro ekonomi bergantung kepada


keadaan pasaran terbuka, perbekalan dan permintaan seharusnya boleh membantu
di dalam sebahagian pemasalahan etika .

b)

Analisis Undang-undang Sekiranya masalah etika menjadi terlalu


besar, undang-undang boleh digunakan untuk menguruskan masalah ini.

c)

Analisis Etika Dalam suasana normative philosophy, setiap orang


mempunyai dasar pemikiran di dalam masyarakat dan bertindak pada prinsip yang
sama, kemudian rakan/sekumpulan di dalam masyarakat mestilah mendapat
layanan yang adil.

Contoh masalah etika di dalam pengurusan


(1) Paras Harga (Pricing Level) Turun naik harga barangan adalah masalah asas
ekonomi tetapi ia memberikan impak kepada masyarakat
(2) Mesej Pengiklanan (Advertising messages) Kebenaran dan penipuan terhadap
mesej pengiklanan haruslah dianalisis untuk membuang keraguan di dalam minda
masyarakat, akibat yang tidak pasti, uncertain

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

(3) Promosi Produk (Product promotions) Ini adalah agenda pengiklanan.


Masyarakat tidak sepatutnya dipengaruhi secara negatif mesej promosi yang
diiklankan.
(4) Persekitaran Kerja (Working Condition) Persekitaran tempat kerja mestilah
conductive/sesuai
(5) Perkhidmatan Pelanggan (Customer Service) Pelanggan mestilah diberi
keutamaan di dalam urusan perniagaan.
# Bab 4 Managerial Ethics and the Rule of Law
Penggunaan Undang-undang dlm membuat keputusan
Undang-undang adalah satu set peraturan yang dibina oleh masyarakat untuk
menguasai/mengawal kelakuan di dalam masyarakat tersebut. Oleh itu kita perlu
merujuk kepada undang-undang apabila kita menghadapi dilema etika di dalam
sesuatu organisasi apabila memilih antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial.
Biarkan undang-undang menentukan segalanya kerana masyarakat telah membina
satu set peraturan yang dibuat secara kolektif (berkumpulan) oleh anggota
masyarakat tersebut mengenai tindakan dan kelakuan yang harus dibuat dan ia akan
memberi kesan kepada kebajikan terhadap masyarakat tersebut.
Mengimbangi prestasi ekonomi dan sosial

Retrenchment (Pemberhentian pekerja) Berhentikan pekerja utk atasi kerugian.

Menghapuskan perkhidmatan orang tengah Cth dell jual komputer terus tanpa lalu
org tengah

Menjual terus produk tersebut kepada pengguna terakhir.

Undang-undang
Def: Undang-undang adalah satu set peraturan yang konsisten yang dibuat oleh
masyarakat untuk mengawal kelakuan masyarakat dan telah diterbitkan (published),
diterima (generally accepted) dan dikuatkuasakan.
Ciri Undang-undang

Consistent (Konsisten) tiada bantahan di dalam peruntukkan


9

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

Universal (Menyeluruh) dapat dipakai oleh semua orang yang


menghadapi keadaan/situasi yang sama

Published (Diterbitkan/dicetak) ditulis, dicetak dan dapat dicapai


oleh semua orang

Accepted (Diterima) biasanya di patuhi oleh masyarakat

Enforced (Dikuatkuasakan) Langgar undang-undang, berjaya


dibuktikan , terima hukuman.

Proses Pembentukan Undang-undang

Proses Individu - Proses ini melibatkan pendirian norma individu


(individual norms), kepercayaan (belief) dan nilai (values) di dalam undang-undang

Proses Kumpulan Setiap masyarakat mempunyai latarbelakang atau


persekitaran yang mengabungkan nilai ajaran agama, tradisi budaya, kedudukan
ekonomi, pembangunan teknologi, organisasi sosial, Politik

Proses Sosial Perubahan di dalam norma (norms), kepercayaan (belief)


dan nilai (values) akan memberikan kesan yang ketara di atas undang-undang

Proses Politik Wakil yang dilantik/dipilih dengan rasmi adalah


bertanggungjawab untuk membuat rumusan mengenai undang-undang di dalam
sistem yang diwakili.

# Bab 5 Kod Etika


Def: Norma (kebiasaan) dan kepercayaan yang dipegang oleh sesebuah organisasi.
Kod-kod Etika
Norma
10

Norma

adalah

standard

perlakuan;

cara

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

bagaimana pegawai atasan mahu kakitangannya


bertindak bila berhadapan dengan situasi tertentu.

Contoh norma dalam etika ialah:

Pekerja syarikat tidak dibenarkan menerima hadiah


peribadi bernilai lebih RM 25

Kepercayaan

Dalam bentuk pernyataan-pernyataan yang negatif

Cara

berfikir

yang

dikehendaki

oleh

pegawai

atasan pada kakitangan terhadap tugas.

Dinyatakan dalam bentuk yang positif.

Contohnya:
Tanggungjawab utama kita ialah para pelanggan
5.2 Jawatan Ombusman
Ombusman ialah seorang yg ditugaskan untuk memberi kaunseling kepada pekerja
lebih muda mengenai hal-hal berkenaan masalah kerjaya, kesukaran yang dihadapi
organisasi dan isu-isu etika.
5.3 Punca-punca Kelakuan Tidak Beretika
Pembahagian struktur dalam organisasi mewujudkan pembahagian kuasa; bidang
kuasa untuk produk, pasaran dan perubahan dalam proses diberikan kepada penguruspengurus bahagian, yang secara tidak langsung dipertanggungjawabkan ke atas
prestasi ekonomi.
Kesannya
(1) hubungan antara bahagian tidak dapat dimanfaatkan sebagai asas kepada ekonomi
kerana persekitaran berbeza dalam setiap bidang.
(2) Pengurusan korporat dalam pembahagian kuasa mempunyai sedikit kawalan ke
atas bahagian-bahagian lain
5.4 Pembangunan Sistem Perancangan Baru
11

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

Sistem Perancangan General Elektrik (GE)


Kaedah perancangan strategi dikenali sebagai portpolio model kerana ia menilai
setiap unit proses pasaran dalam syarikat sebagai satu pelaburan yang boleh
ditingkatkan, dikekalkan atau dikurangkan mengikut masa.
Unit-unit produk pasaran proses di GE diistilahkan Strategik Business Unit atau
SBU. Ia mengandungi bahagian-bahagian produk yang berkaitan dan bersama
mempunyai keupayaan untuk bersaing dalam industri melalui Strategi yang telah
dijelaskan.

Pengurusan korporat akan mampu mengawal persaingan dan mengarah strategi


menerusi peruntukan sumber dengan cara menggunakan modal perancangan korporat
dan bukannya proses belanjawan modal. 250 bahagian produk yang disentralisasikan
di GE telah digabung menjadi 73 unit strategic business yang separa berpusat.
Prinsip

yang

mendasari

model

perancangan

korporat

separa

berpusat

yang

dibangunkan oleh GE ialah setiap SBU berbeza dari 2 dimensi:

Daya terikan industri tersebut

Kekuatan syarikat dalam industri tersebut.

# Bab 6 The Moral Dimensions of an Economic System (Prinsip Dimensi suatu


sistem Ekonomi)
Strategi memotivasikan dan memuaskan hati para pekerja
1. Menyediakan latihan sama ada di dalam dan di luar waktu kerja kepada para
pekerja mereka.
2. Memberi maklumbalas sekiranya mutu kerja pekerja mereka didapati berkesan.
3. Membenarkan

mereka

(pekerja)

mengambil

bahagian

dalam

keputusan yang berkaitan dengan struktur dan objektif kerja mereka .


12

membuat

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

4. Menyediakan peluang kepada mereka untuk naik pangkat.


5. Menyediakan suasana kerja yang selamat untuk mereka berkerja.
Kebebasan dalam sistem kapitalis

Hak untuk menggaji tetap, hanya utk pekerja yang dapat memenuhi tuntutan
perniagaan dan beroperasi secara berkesan pada keuntungan yang memuaskan

Hanya mengambil pekerja

yang mempunyai pendidikan,

kemahiran dan

kewibawaan yang layak untuk melaksanakan sesuatu operasi perniagaan


tersebut.
Andaian dalam ekonomi kapitalis:
1. Pilihan hidup dipilih sebebasnya oleh anggota-anggota masyarakat sama ada
melalui proses demokrasi atau melalui kontrak sosial yang tersembunyi.
2. Masyarakat yang terus hidup dalam sistem ini tanpa bantahan secara politik,
secara tidak langsung menunjukkan bahawa mereka memilih sistem ekonomi
tersebut (yang berbentuk kapitalis).
3. Kebebasan majikan mengupah dan mendapatkan pekerja yang layak sahaja
bermaksud tiada seorang pun ahli masyarakat yang boleh menuntut secara
moral ke atas sebarang pekerjaan tertentu yang ditawarkan di dalam sektor
swasta.

Affirmative Action
Preferential Treatment
Pekerjaan
dan
peluang Juga dikenali sebagai Setting
kenaikan

pangkat

terbuka Quotas menetapkan kuota,

kepada semua tanpa mengira amalan

mengutamakan

jantina, bangsa, agana, umur menggaji


dan sebagainya

menaikkan

pangat individu dari kelompok


kaum
individu

13

atau

minoriti
dari

berbanding
kaum

bukan

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

minoriti.
6.1.4 Wages (Upah)
Upah/gaji pekerja biasanya ditentukan oleh pasaran dan ia bertujuan untuk menarik
minat orang untuk menjadi pekerja ataupun untuk mengekalkan pekerja yang
berkebolehan.
6.15 Equal Pay for Equal Work
(Upah yang sama untuk kerja yang sama)
Konsep upah yang sama untuk kerja yang sama telah diterima pakai sebahagian
dari undang-undang buruh Amerika Syarikat.
Pekerja yang melaksanakan satu jenis pekerjaan yang sama mestilah mendapat gaji
yang sama kecuali didapati sesetengah daripada mereka dapat melaksanakan kerja
mereka dengan lebih pantas atau lebih cekap kerana mereka lebih berpengalaman. Ini
memberikan mereka hak untuk mendapatkan upah yang lebih berbanding pekerja
baru walaupun mereka membuat kerja yang sama.
6.1.6 Equal Pay for Comparable Work
(Upah Sama Rata Untuk Kerja Yang Setanding)
Beberapa tahun kebelakangan ini, konsep Upah Sama Rata Untuk Kerja Yang
Setanding semakin diterima di beberapa negeri di Amerika dimana kakitangan
kerajaan akan diberikan upah yang sama sekiranya didapati kerja-kerja mereka
walaupun berbeza pelaksanaannya, memerlukan tahap pendidikan, pengetahuan dan
pengalaman yang sama. Contohnya upah di antara pekerja am Majlis Perbandaran dan
jurutaip. Bidang berbeza tetapi kelayakan sama.
6.1.7 Who Get What Share of the Return on Resources (Siapa yang
memperolehi keuntungan dari sumber yang ada)
Terdapat hubungkait antara jumlah sumber bahan yang digunakan oleh syarikat dan
kewajiban mereka untuk mengagihkan keuntungan yang diperolehi kepada ahli
14

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

masyarakat. Keuntungan ini bukan hanya bergantung kepada jumlah sumber bahan
yang telah digunakan tetapi juga:
Bagaimana syarikat mengurus sumber bahan tersebut; dan
Tahap produktiviti para pekerja mereka
6.2 Rangking and Rating (Kedudukan dan Penilaian)
Berapa baik/banyak pekerja dibayar gaji/upah biasanya bergantung kepada penilaian
pegawai penyelia yang melihat bagaimana pekerja tersebut melakukan tugas mereka
dari kaca mata penyelia tersebut.
Prestasi kerja dan potensi untuk naik pangkat adalah dua benda yang berbeza.
Seseorang yang dilihat mampu memegang tanggungjawab yang lebih besar tidak akan
dinaikkan pangkat sekiranya prestasi kerja dalam jawatan yang sedang dipegangnya
tidak memuaskan.
6.3.1 A Few Key Ethical Dos and Donts for Performance Appraisal (Beberapa
kod etika apa yang harus dan tidak harus dilakukan untuk Penilaian
Prestasi)
1. Pekerja haruslah jelas dengan objektif yang ditetapkan sepanjang tempoh penilaian
dan mereka harus berperanan aktif dalam mencapai okbjektif ini.
2. Maklum balas daripada majikan haruslah disampaikan secara berterusan. Adalah
tidak adil bagi seseorang pekerja sekiranya diberitahu mengenai prestasi kerjanya
yang teruk hanya pada akhir tempoh penilaian tersebut.
3. Prestasi harus dinilai berdasarkan kriteria-kriteria yang sahih (valid). Tidak adil untuk
menilai prestasi pekerja menggunakan pelan yang tidak disahkan oleh syarikat.
4. Penyelia perlu mencatatkan maklumat secukupnya berkaitan dengan kecekapan
atau ketidak kecekapan pekerja yang dinilai

sepanjang tempoh penilaian prestasi

tersebut. Majikan yang bergantung kepada penilaian yang tidak dicatatkan sebaiknya
semasa proses penilaian mungkin mengakibatkan ada pekerja yang cemerlang tetapi
tidak mendapat ganjaran/penilaian sewajarnya kerana majikan yang menilai tidak
mencatat data secara sistematik.
15

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

5. Pekerja yang tidak cekap/tidak memuaskan harus dimaklumkan mengenainya. Ini


adalah tanggungjawab seorang majikan. Pekerja berhak untuk mendapatkan khidmat
nasihat, latihan, tunjuk ajar untuk memperbaiki prestasi kerja mereka.
6. Hanya orang yang berkelayakan sahaja yang seharusnya menilai pekerja-pekerja.
Bab 7 Employees Privacy (Privasi Pekerja)
7.1 Respecting Empolyees Rights to Privacy (Menghormati hak Pekerja
untuk Privasi)
Semua syarikat mempunyai hak untuk melindungi kepentingan syarikat dari penipuan,
kebocoran maklumat sehinggalah kerosakkan ke atas kemudahan syarikat, pekerja,
pelanggan atau pengguna awam yang menggunakan perkhidmatan mereka.
- pengurus sentiasa perlu mengetahui sejarah peribadi pemohon-pemohon pekerja ke
syarikat mereka.- ujian pra-pekerjaan , Ujian polygraph (ujian mengesan
pembohongan)
7.2 Substance Abuse (Pengkhianatan yang paling asas)
Tiada syarikat yang mahu diletakkan dalam kedudukan yang terancam akibat
pekerja mereka yang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab mereka kerana
pengaruh dadah dan arak. ujian penggunaan dadah menjadi sebahagian dari
keperluan dalam pengambilan pekerja baru dalam kebanyakkan perniagaan.
Ada dua keadaan dimana ujian rambang boleh dilaksanakan.

1. Prasangka yang berasas bahawa seseorang pekerja itu ketagih dadah.

2. Bukti sahih secara statistik yang menunjukkan kejadian penyalahgunaan

dadah oleh pekerja tersebut.


7.3 Abusing Employees (Penderaan Pekerja)
Mungkin agak jarang berlaku seorang boss mengamuk dan mencaci maki pekerja
bawahan mereka di hadapan pekerja-pekerja lain dalam satu mesyuarat/
perjumpaan syarikat. Pekerja juga mungkin diancam akan kehilangan pekerjaan
sekiranya tidak bersetuju mengenai:
16

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

1. Memalsukan penyata kewangan


2. Melayan permintaan hubungan seks dengan boss
3. Lari dari tugas juri awam di mahkamh (di US sahaja)
4. Membuat sumpah palsu bagi pihak syarikat
Bab 8 Loyalty To A Company (Kesetiaan Kepada Syarikat)
8.1 What Layalty Means (Apakah Makna Kesetiaan)
Apabila seorang menerima suatu pekerjaan dengan satu syarikat, dia perlu setia
kepada syarikat tersebut, sama ada semasa berkerja disitu dan kadang-kala selepas
meninggalkan syarikat tersebut.
8.2 Whistle Blowing (Whistle blowing)
Whistle blowing di dunia perniagaan adalah seseorang yang menuduh rakan
sekerjanya, penyeliaan atau pegawai syarikat tindakan tidak sah atau tidak moral
Terdapat 2 jenis whistle blowing:
Dalaman - Jika tuduhan dibuat melalui talian penyeliaan atau saluran yang
tertentu di dalam syarikat tersebut.
Luaran Sekiranya tuduhan tersebut dilaporkan kepada orang luar atau
agensi-agensi diluar syarikat, seperti pihak berkuasa atau kepada media.
8.2.1 Internal Whistel Blowing (Kaki adu dalaman)
Mungkin berlaku apabila seseorang pengurus mengesyaki pengurus lain,
Memalsukan akaun perbelanjaan
Mengambil bayaran balik yang diberikan oleh pembekal
Menggunakan bahan atau kemudahan syarikat untuk tujuan peribadi
Mencuri bekalan atau peralatan syarikat
17

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

Bekerja sambilan dengan syarikat pesaing


8.2.2 External Whistle Blowing (Whistle blowing Luaran)
Berlaku apabila pengurus/pekerja membuat laporan mengenai salahlaku syarikat
kepada pihak berkuasa atau pihak media
Pengawasan yang sepatutnya masih gagal menghentikan salahlaku tersebut.
8.3 The Morality of Firing Whistle Blowers (Memecat kaki adu)
Penyebar whistle blowing, sama ada dalaman atau luaran dianggap melakukan
sesuatu yang bermoral sekiranya mereka berniat untuk menghalang sebarang
musibah yang mungkin berlaku kepada orang ramai atau ke atas alam sekitar.
Musibah yang mungkin dibenarkan oleh pegawai-pegawai syarikat. Maka adalah
sesuatu yang tidak adil dan jelas tidak bermoral untuk menghukum seseorang yang
melakukan tindakan yang bermoral semata-mata untuk membalas dendam atau
mengambil hati pihak atasan yang tidak suka perbuatan yang tidak suka perbuatan
membuka pekung di dada dalam syarikat mereka.
8.4 What Loyalty Does Not Mean (Kesetiaan Yang Tidak Bertempat)
Kadang-kadang pengurus beranggapan bahawa kesetiaan itu termasuklah
perbuatan menutup kesalahan serius atau salahlaku yang dilakukan oleh bos.
Tanggapan ini adalah tanggapan yang salah.
Mereka juga bertanggungjawab untuk memaklumkan majikan mengenai tindakan
seseorang pekerja atau sekumpulan pekerja yang mungkin memberi kesan buruk ke
atas operasi majikan. Tetapi, salahlaku majikan juga tidak seharusnya dibiarka
Selebihnya sampai Bab 7 baca sendiri.

18

You might also like