You are on page 1of 19

Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN

KOD KURSUS

TMX 1010

NAMA KURSUS :

PENGKOMPUTERAN PENGGUNA AKHIR

TAJUK PROJEK :

My School Website

NAMA KUMPULAN

: SINEMATHREE

BIL
1.
2.
3.

NAMA AHLI KUMPULAN


MOHAMAD FAEZ BIN MOHD IBRAHIM
ENGKU MOHAMAD ZUHAIRI BIN CHE
ENGKU JALIL
MUHAMMAD IKHWAN SYAFIQ BIN RAHIM

NO MATRIK
42100
41122
42462

NAMA PENSYARAH :

MOHAMAD ZAMHARI

TARIKH HANTAR

29 NOVEMBER 2013

Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN

ISI KANDUNGAN
PERKARA

MUKASURA
T

RUMUSAN ESEKUTIF
PENGENALAN
OBJEKTIF
WEBSITE SMK TG AMPUAN INTAN
1. APA ITU WEBSITE
2. JENIS WEBSITE
HALAMAN WEBSITE
1.
HALAMAN UTAMA (HOME)
2.
HALAMAN KEDUA (ABOUT)
3.
HALAMAN KETIGA (GALLERY)
4.
HALAMAN KE EMPAT (CONTACT)
5.
HALAMAN KE LIMA (MORE)
5.1 VIDEO
5.2 PENCAPAIAN
5.3 PENGUNJUNG
5.4 PELAJAR
5.5 UNIT KAUNSELING
KESIMPULAN
LAMPIRAN

Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN

RUMUSAN ESEKUTIF

Sekolah SMK Tengku Ampuan Intan merupakan salah sebuah sekolah


menengah aliran biasa daripada 15 buah sekolah menengah yang
terdapat di daerah Hulu Terengganu.Setiap sekolah mempunyai
sejarahnya sendiri termasuklah sekolah SMK Tengku Ampuan Intan.Antara
15 buah sekolah di daerah Hulu Terengganu,SMK Tengku Ampuan Intan
merupakan salah satu sekolah yang mempunyai kels pendidikan khas
yang menempatkan pelajar-pelajar istimewa.Selain SMK Tengku Ampuan
Intan,sekolah lain yang menempatkan pelajar-pelajar istimewa ialah SMK
Seri Berang Dan SMK Ajil.Oleh itu,Dengan terbinanya laman web ini,ia
mungkin akan dapat membantu menyampaikan maklumat kepada para
pelajar dan masyarakat di sekitar kawasan tersebut.Bagi menjadikan
laman web sekolah ini lebih menarik,kami meletakkan beberapa buah
gambar untuk dijadikan sebagai tatapan orang ramai.Kami juga
meletakkan maklumat alamat,no telefon dan maklumat penting yang lain
untuk masyarakat setempat mendapatkan maklumat yang lebih tepat
serta serba sedikit tentang perkembangan sekolah ini.

Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN

PENGENALAN
Sekolah ini dibuka pada tahun 1955 sebagai Sekolah Rendah
Inggeris, dan diberi nama Tengku Ampuan Intan School (TAIS), mengambil
sempena nama gelaran Tengku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku
Setia Raja, yang dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 6
Jun 1949, setelah berkahwin dengan Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Sultan
Terengganu) pada tahun 1944. Pada tahun 1961, TAIS dijadikan Sekolah
Menengah Inggeris terulung di daerah ini. Kemudian pada tahun 1964
sebuah sekolah menengah kebangsaan didirikan bersebelahan TAIS. Untuk
beberapa tahun, kedua-dua sekolah menengah ini bersaing antara satu
sama lain dengan dua orang Guru Besar / Pengetua yang berlainan.
Pada tahun 1971, kedua-dua sekolah menengah ini digabungkan di
bawah seorang pengetua, tetapi masih mempunyai dua aliran (Melayu dan
Inggeris) dan dinamakan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan
(SMTAI). Pada tahun 1980, Sekolah Menengah Aliran Inggeris telah ditukar
kepada aliran Melayu sepenuhnya dan keadaan ini kekal hingga sekarang
dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan
(SMKTAI) pada tahun 1997. Sekolah menengah ini, pada mulanya
4

Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN

menampung pelajar-pelajar dari 30 buah sekolah feeder (Feeder School)


dari semua mukim di daerah Hulu Terengganu.
Bagaimanapun setelah SMK Landas dibuka pada tahun1971, SMK Ajil
dan SMK Matang pada tahun 1984 dan SMK Menerong pada tahun 1993,
mengurangkan lagi sekolah-sekolah feeder ini kepada 12 buah sekolah
sahaja. Sekolah-sekolah itu ialah SK Kuala Berang, SK Tengku Ampuan
Intan, SK Telaga, SK Pauh, SK Lerek, SK Dura, SK Pasir Nering, SK Dusun,
SK Bukit Gemuruh, SK Kemat, SK Padang Setar dan SK Langgar. Apabila
SMK Seri Berang dibuka pada tahun 2002 dan SMK Jenagor dibuka pada
tahun 2004 jumlah Feeder School semakin berkurangan. Pada tahun
2005 hanya pelajar yang mendapat 5A dan 4A 1B dalam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) dari seluruh daerah Hulu Terengganu akan
ditempatkan di SMKTAI. Pada tahun 2006 apabila SMK Tersat dibuka
sekolah ini mula menjalani satu sesi persekolahan sahaja.
Dengan adanya website ini,pihak kami berharap agar kami dapat
memberi sedikit sebanyak makluma tentang sekolah ini.Kami juga
berharap agar dengan kewujudan website sekolah ini,dia akan dapat lagi
membantu perhubungan dan komunikasi antara masyarakat,pelajar dan
cikgu.

Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN

OBJEKTIF
Kertas kerja ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah website SMK
Tanjung Ampuan Intan bagi memenuhi hasrat murni seperti berikut:

Memudahkan perhubungan secara langsung antara pelajar dengan

guru ketika bukan sesi pembelajaran.

Membolehkan pihak pentadbir sekolah atau guru-guru untuk

menyampaikan maklumat kepada pelajar.

Memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai latar belakang

SMK Tanjung Ampuan Intan

Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN

WEBSITE SMK TENGKU AMPUAN INTAN

1.

Apa itu Website?

Website atau world wide web merupakan satu halaman perkhidmatan


yang mengumpul dan mengandungi pelbagai informasi yang disediakan
melalui jalur internet sehingga boleh diakses di seluruh dunia selagi
disambung dengan jaringan internet. Website juga merupakan sebuah
Komponen yang mengandungi teks, gambar, suara animasi sehingga
menjadi media informasi yang menarik untuk dilawati. Website SMK
Tengku Ampuan Intan dijadikan sebagai halaman perkhidmatan yang
mengumpul segala maklumat berkenan SMK Ampuan Intan sama ada
semasa atau sejarah yang dahulu. Website SMK Tengku Ampuan Intan
mengandungi pelbagai maklumat yang memudahkan masyarakat
sekeliling untuk mendapat maklumat mengenai sekolah tersebut. Selain
itu, website ini boleh digunakan kepada bekas-bekas pelajar SMK Tengku

Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN

Ampuan Intan untuk berhubung lagi dengan pihak sekolah dan sesama
mereka sendiri.

2 Jenis Website SMK Tengku Ampuan Intan

Website mempunyai tiga 3 jenis iaitu website Statik, Website Dinamis dan
Website Interaktif. Jenis website yang digunakan untuk menghasilkan
Website SMK Tengku Ampuan Intan adalah Website Dinamis.
SMK Tengku Ampuan Intan akan menggunakan Website SMK Tengku
Ampuan Intan untuk memuat naik segala maklumat baru mengenai
sekolah tersebut agar warga SMK Tengku Ampuan Intan dapat mengetahui
lebih lanjut maklumat yang ingin disampaikan. Selain itu para pengunjung
boleh berkomunikasi secara sendiri kepada pihak sekolah apabila ingin
melakukannya tanpa perlu untuk datang ke sekolah jika ingin mengetahui
maklumat tentang sekolah tersebut. Selain itu, terdapat pelbagai
keistimewaan yang membuat Website tersebut lebih menarik dari website
yang line.
8

Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN

HALAMAN WEBSITE
1.

Halaman Utama ( HOME )

Halaman utama bagi website Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku


Ampuan Intan ini mengandungi maklumat semasa bagi sekolah tersebut.
Segala maklumat yang ingin disampaikan oleh Pihak Pentadbir sekolah
kepada pelajar ataupun ibu bapa akan diletakkan di halaman utama.
Halaman utama ini bertujuan untuk memudahkan semua warga sekolah
dan ibu bapa yang melawati website tersebut untuk mencari maklumat
semasa yang akan disampaikan oleh pihak pentadbir tanpa mencari di
halaman lain. Pelajar-pelajar juga dapat mengetahui aktiviti-aktiviti
semasa yang dianjurkan dan menyertai aktiviti tersebut. Hal ini demikian
9

Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN

dapat membantu pelajar aktif dalam kokurikulum dan kurikulum di


sekolah.

2.HALAMAN KEDUA (ABOUT)


Halaman kedua ini mengandungi maklumat-maklumat tentang SMK
Tengku Ampuan Intan

. Sebagai contohnya halaman ini dapat

mengetahui sejarah awal sekolah ,visi dan misi, lirik lagu sekolah dan
majalah sekolah. Pengunjung yang ingin tahu tentang SMK Tengku
Ampuan Intan

boleh melayari halaman ini untuk mengetahui maklumat

lebih terperinci mengenai sekolah ini. Halaman ini sangat membantu


warga sekolah yang baru seperti guru-guru, staff serta pelajar mendapat
maklumat lebih lanjut mengenai sekolah tersebut. Sebagai contohnya,
pelajar baru boleh mengenali sejarah sekolah, visi dan misi, menghafal
10

Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN

lagu sekolah tersebut sebelum masuk ke sekolah. Maka, halaman ini


memberi banyak faedah kepada warga sekolah dan pengunjung lain yang
minat terhadap sekolah ini.

3.Halaman ketiga (Gallery)


Gambar-gambar yang diambil semasa aktiviti berlangsung di sekolah
dimuat naik di website SMK Tengku Ampuan Intan untuk dijadikan
tatapan kepada para pengunjung. Gambar-gambar tersebut juga dijadikan

11

Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN

sebagai memori untuk sentiasa diingati oleh pelajar yang terlibat. Dari
gambar tersebut kita dapat melihat aksi-aksi yang lucu dan menarik.

4.Halaman keempat (Contact)


Halaman contact ini merangkumi tentang alamat sekolah, nombor
telefon sekolah, alamat email, faks, peta sekolah, dan borang cadangan.
12

Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN

Halaman ini bertujuan untuk memudahkan para pengunjung mengetahui


alamat Sekolah Tengku Ampuan Intan . Di samping itu dalam halaman ini
dinyatakan nombor telefon untuk memudahkan mereka hendak
menghubungi pihak Sekolah tersebut. Bagi menarik lagi kami meletakkan
peta yang menunjukkan kedudukan sekolah tersebut agar lebih
memahaminya.

13

Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN

5.Halaman Tambahan (More)


Halaman tambahan ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu:

5.1: VIDEO
Video yang telah dimuat naikkan adalah tentang aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan oleh

pihak sekolah. Sebagai contohnya, pertandingan

kompang yang disertai oleh pelajar, gelagat guru-guru sekolah tersebut


dan sebagainya. Video in dapat dijadikan sebagai kenangan dan warga
sekolah yang tidak dapat hadir untuk aktiviti dapat melawati video
tersebut.

14

Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN

2. PENCAPAIAN
SMK Tengku Ampuan Intan telah mencapai kejayaan dalam akademik dan
kokurikulum seperti Konvensyen 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan Johan
Kategori Satu, Pasukan BSMM mewakili sekolah dalam pertandingan
Kawad Kaki menjadi Johan. Dalam kategori akademik pula, penyampaian
insentif kepada pelajar SPM dan PMR yang mendapat cemerlang dan
sebagainya. Melalui ini, kita dapat mengetahui pelajar-pelajar sekolah ini
sentiasa aktif dalam akademik dan kokurikulum.

15

Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN

5.3: PENGUNJUNG
Halaman ini mempunyai borang soal selidik mengenai pendapat tentang
sekolah ini supaya dapat memperbaiki kelemahan sekolah ini. Selain itu
terdapat juga borang untuk menyertai kumpulan SMK Tengku Ampuan
Intan

. Kumpulan ini sangat membantu kepada bekas pelajar yang ingin

menyertai sekolah ini dan untuk mengetahui perkembangan sekolah ini.

16

Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN

5.5: UNIT KAUNSELING


Halaman kaunseling ini bertujuan menarik minat para pelajar sentiasa
hadir ke bilik kaunseling. Unit kaunseling ini dapat membantu pelajarpelajar yang mempunyai masalah dalam pelajaran dan masalah peribadi.
Di samping itu ,pihak kaunseling juga menganjurkan program-program
seperti Minggu Kerjaya, Kempen Sekolah Rumahku, Motivasi PMR dan SPM
dan sebagainya.

17

Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, laman web SMK Tengku Ampuan Intan

telah

berjaya dihasilkan. Kita telah mempelajari cara untuk mencipta laman web
sekolah tersebut. Kami telah menggunakan pelbagai teknik untuk
mempercantik dan menarik minat pengunjung untuk melayari laman web
sekolah hasil kami. Kami juga membuat rujukan dari laman web,
majalah ,buku dan sumber lain-lain. Secara tidak langsung, ahli kumpulan
lain juga dapat mengenali lebih tentang sekolah SMK Tengku Ampuan
Intan

. Laman web ini banyak membantu pengunjung lebih mengenali

kehebatan sekolah tersebut. Sebagai contohnya, aktiviti aktiviti yang


dianjurkan dan pencapaian yang diperoleh. Akhir sekali, dengan adanya
website ini dapat membantu semua warga SMK Tengku Ampuan Intan
berkomunikasi tentang perkembangan sekolah melalui laman ini.

18

Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN

LAMPIRAN

19

You might also like