You are on page 1of 8

SULIT

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST


PETALING JAYA

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2016


BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

011 September
1

1 jam

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1.

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B

2.

Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3.

Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan,


iaitu A,B,C, dan D. Bagi setiap soalan ,pilih satu jawapan sahaja.
Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4.

Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

____________________________________________________________________________________________
_

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak dan 4 halaman tidak bercetak
di Bahagian A dan 10 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak di bahagian B.
[Lihat halaman sebelah
1

011 2016 Hak Cipta PPDPU


SULIT
SULIT

011
BAHAGIAN A
[ 20 markah ]

Soalan 1 hingga Soalan 13


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Dato Shahidan telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
________________ mengucapkan tahniah kepada yang berjaya dalam pertandingan
itu .
A
Baginda
B
Patik
C
Beliau
D
Tuanku
2 Harith____________minat bermain badminton__________gemar memancing ikan.
A
B
C
D

bukan sahajatetapi juga


tidak sahajatetapi
kendatipuntetapi juga
walaupunnamun

3 Pokok yang ditanam oleh ibu menjadi__________kerana kekurangan baja.


A
B
C
D

pendek
bantut
kurus
kerdil

4_______________ pendapat saya , Ramli patut dipilih sebagai ketua pasukan bola
sepak sekolah ini .
A
B
C
D

Di
Pada
Kepada
Dengan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Encik Abu menggunakan ___________kawat berduri untuk memagari kebun di tepi


rumah .
A
segelung
B
selembar
C
seuntai
D
serawan
6 Kerja kerja _________________ sungai itu dilakukan segera bagi mengelakkan
berlakunya kejadian banjir .
A
mendalami
B
memperdalam
C
memperdalami
D
memperdalamkan
7 Harapan Adibah untuk menjejakkan kaki ke menara gading tinggi ______________.
A
melangit
B
membukit
C
membusut
D
melandai
8 Cikgu Melati memasang kunci tambahan ______________keselamatan rumahnya .
A
ialah
B
kerana
C
supaya
D
untuk

9 Semua ibu bapa __________________ sebagai tanda setuju dengan cadangan Yang
Dipertua PIBG itu .
A
mencebik-cebik
B
mengangguk angguk
3

C
D

menggeleng geleng
membongkok bongkok

10 Anuar masih lagi bermain di tepi longkang itutelah beberapa kali ibu
menegahnya .
A
lagipun
B
sementara
C
tetapi
D
walhal
11 Rizal menggunakan____________untuk menjawab soalan-soalan Matematik yang
diberikan oleh gurunya.
A
dekak-dekak
B
kuda-kuda
C
epok-epok
D
buli-buli
12 Pihak polis sedang melancarkan gerakan ___________ perompak yang telah
merompak kedai emas di Subang Jaya semalam .
A
memburu
B
menjejak
C
memantau
D
melawat
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah

13 Budak lelaki itu berasa __________________ketika melalui jambatan gantung ke


kampung seberang.
A
gayat
B
gugup
C
seram
D
cemas

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


14

Murid sekolah itu gembira kerana pasukan sekolah mereka menjadi juara dalam
pertandingan hoki.
4

A
B

Pertandingan hoki berjaya membuatkan murid sekolah itu gembira .


Kemenangan pasukan hoki sekolah itu membuatkan murid-murid sekolah itu
gembira.
Murid-murid sekolah itu berjaya dalam pertandingan hoki yang disertai oleh
pasukan sekolah.
Pasukan hoki sekolah mereka gembira setelah murid-murid menjuarai
pertandingan itu.

C
D

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul .


15

I
II
III
IV

Mata parang itu diasah hingga tajam.


Kejadian itu sedang dipantau oleh mata.
Haikal mengutip mata yang tertinggi.
Gadis manis itu ialah mata hatinya.

A
B
C
D

I dan II sahaja
II dan IV sahaja
I dan III sahaja
II dan III sahaja

Pilih ayat yang betul.


16

I
II
III
IV

Ahmad mengirim sesetengah gaji kepada isterinya di kampung.


Sebahagian daripada kek itu dimakan oleh adik.
Berita itu menggemparkan seluruh penduduk penduduk kampung.
Wanita itu memberi Aminah sepotong kuih.

A
B
C
D

I dan II sahaja
II dan III sahaja
I dan IV sahaja
II dan IV sahaja

Soalan 17 hingga Soalan 20


Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan - soalan yang berikut.
Sabtu,3 September 2005

Kami,25 orang semuanya berhimpun di Dewan Jubli Intan Muar.Dalam majlis pelancaran
itu ,Pegawai Daerah Muar berharap agar ekspedisi kami selamat dan dapat menimba sebanyak
mungkin pengalaman.
Pagi itu kami meninggalkan Kampung Tanjung.Kami menuju ke Gunung Inas dalam satu
ekspedisi meredah hutan rimba dengan motosikal. Ketua kami menjangka akan tiba di gunung
tersebut dalam masa tiga hari. Perjalanan sejauh 110km ini banyak cabarannya.
Menjelang tengah hari kami bergerak sejauh 50 km. Kami mengikut jalan balak yang
berlumpur. Empat buah motosikal rosak namun kami berjaya membaiki motosikal tersebut.Kami
bermalam di tengah hutan. Kami mendirikan tiga buah khemah. Ketua kami melarang kami
menebang pokok. Hargailah pokok, hargailah alam sekitar kerana inilah matlamat utama
ekspedisi ini, tegas ketua kami. Kami terpaksa mencari kayu-kayu terbuang untuk memasang
khemah. Demi keselamatan, kami bergilir-gilir untuk berkawal sepanjang malam. Kami juga
menghidupkan unggun api supaya binatang tidak menghampiri kawasan perkhemahan.

Ahad, 4 September 2005


Selepas sarapan kami menyambung perjalanan. Sebelum itu, kami membersihkan
kawasan perkhemahan. Sampah sarap kami tanam. Perjalanan kami ini lebih mencabar. Kami
terpaksa menyeberangi sebatang anak sungai. Kami meletakkan sebatang kayu pada jejari
roda depan dan belakang motosikal, kemudian mengusung beramai-ramai. Setelah empat jam
bertungkus-lumus barulah semua motosikal itu berjaya dibawa ke seberang.
Perjalanan diteruskan.Bunyi motosikal bergema di tengah rimba. Kami terpaksa lebih
berhati-hati kerana lorong di hutan itu sempit dan amat licin. Silap langkah kami boleh terjatuh
ke dalam gaung yang menanti.
Sekali lagi kami bermalam di tengah rimba. Ketika mencari tempat untuk memasang
khemah,kami temui kesan-kesan tapak kaki gajah dan harimau. Kecut hatiku apabila melihat
kesan tapak kaki harimau sepanjang sejengkal itu. Malam itu aku tidur awal kerana amat letih.

17

Apakah tujuan mereka berkumpul di Dewan Jubli Intan Muar?


A
Untuk menyertai ekspedisi ke Gunung Inas
B
Untuk mendengar ucapan Pegawai Daerah Muar.
C
Untuk menimba pengalaman sebelum ekspedisi
D
Untuk majlis pelancaran ekspedisi bermotosikal
6

18

Sebab utama perjalanan mereka lambat pada hari kedua ialah


A
kerana mereka terpaksa mengemas kawasan perkhemahan
B
kerana terpaksa menuruni gaung yang dalam
C
kerana keadaan lorong yang dilalui licin
D
kerana terpaksa mengusung motosikal

19

Apakah tujuan utama pengembaraan tersebut?


A
Untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman
B
Untuk menikmati keindahan hutan di negara kita
C
Untuk memupuk rasa cinta kepada alam sekitar
D
Untuk menanam semangat kerjasama

20

Bacaimanakah cara mereka mengelak diri daripada ancaman binatang liar?


A
Dengan tidur lebih awal
B
Dengan menghidupkan unggun api
C
Dengan memasang khemah besar
D
Dengan berkawal sepanjang malam

KERTAS SOALAN TAMAT

011 20XX Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT

JAWAPAN PEMAHAMAN BAHAGIAN A

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

A
A
B
B
A
B
A
D
B
D

11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

A
A
A
B
C
D
D
D
C
B

You might also like