You are on page 1of 20

TAMADUN CHINA

DESEDIAKAN OLEH :
Nadia bt Che Mohd
Nur Aqilah bt Mohammad Zainuri
Nur Fitrah bt Zaul Kapri
Nur Fazlin Syahirah bt Mohamad Safiai
Daslianah bt Daslam
Anis Maizan bt Azmi murad
Sarah Husna bt Khairulzan
Ilyana Aifa bt Aziz

CIRI UTAMA TAMADUN AWAL


LOKASI
Tamadun Hwang Ho seperti juga tamadun-tamadun awal yang lain mula

muncul di kawasan lembah sungai.


Tamadun ini muncul daripada kesuburan Lembah Sungai Hwang Ho atau

Sungai Kuning yang membolehkan kawasan tersebut didiami manusia.


Sungai Hwang Ho (5654km) terletak di utara China. Sungai yang kedua

panjang di China ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di barat China
sehinggalah ke Teluk Bo hai di sebelah timur.
Kawasan sekitar Lembah hwang Ho yang terdiri daripada kawasan yang

bergunung-ganang serta berpadang pasir menyebabkan tamadun China


terasing daripada pusat-pusat yang lain dan seterusnya terbentuk tamadun
yang unik dan bersifat setempat.

KEGIATAN EKONOMI

Pembinaan sistem pengairan merupakan aspek ekonomi yang


penting memandangkan pentingnya kegiatan pertanian sejak
zaman Shang.

Raja bertanggungjawab membina terusan untuk mengairi kawasan

pertanian dan untuk mengelakkan berlakunya banjir.


Sebuah

terusan juga dibina di Szechuan untuk mengairi 3


tanaman.

Kemajuan sektor pertanian di China membawa kepada terciptanya

teknologi pertanian seperti teknologi pembajakan , penciptaan


cangkul dan sabit serta penggunaan batas untuk penanaman.

Alatan pertanian yang diperbuat daripada besi mula menggantikan

alatan yang diperbuat daripada kayu.

PERKEMBANGAN TAMADUN YANG TERLIBAT


Sistem pemerintahan
Tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sistem pemerintahan

China kuno. Sehingga ke zaman Dinasti Ching, sistem pemerintahan


monarki telah diteruskan.
Terdapat sedikit perubahan telah dilakukan, contohnya gelaran Raja
ditukar kepada Maharaja.
Antara perkara yang diteruskan ialah konsep anak syurga, mandat
dari syurga dan amalan putaran dinasti diteruskan hingga abad ke20.

Sistem tulisan
Sistem tulisan ideogram yang berkembang secara evolusi masih

digunakan masyarakat Cina kini.


Tulisan tersebut digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan
serta diajar kepada anak-anak Cina di sekolah Cina.
Tulisan ini juga digunakan orang Korea dan Jepun

Analisa hubungan agama budaya dan bangsa

Hubungan agama dengan tamadun china


Masyarakat

tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan


antaranya ialah kepercayaan animisme and politeisme.
Animisme bermaksud kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok
mempunyai semangat orang mati.
Selain itu, masyarakat ini juga mengamalkan kepercayaan politeisme iaitu
penyembahan terhadap lebih daripada satu tuhan. Sebagai contoh,
masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang.
Mereka juga menyembah tuhan syurga ( Shang-ti) , tuhan bumi (Tu) .
Mereka juga mengamalkan penyembahan terhadap sungai , bukit dan
gunung. Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik,tarian dan
upacara korban yang diketuai oleh golongan bomoh.
Jumpaan tulang binatang dan kulit kura kura di Anyang juga merupakan
keunikan tamadun ini . Tulang yang ditemui dikenali sebagai tulang oracle.
Fungsinya adalah untuk meramal sesuatu keadaan. Golongan bomoh yang
terlibat dalam upacara penilikan ini akan meletakkan tulang ini di atas
unggun api sehingga timbuh rekahan. Rekahan ini akan ditafsirkan dan
disabitkan dengan sesuatu kejadian.

Hubungan

budaya dalam tamadun china

Terdapat beberapa budaya yang masih di praktikkan sejak beberapa

generasi yang lalu.Ianya menjadi sebahagian daripada identiti dan


warisan masyarakat China sejak turun termurun.
Setiap amalan dan adat masyarakat China ini mempunyai pengertian

yang tersendiri bukan sahaja melambangkan norma-norma yang


wujud di dalam masyarakat China bahkan merupakan manifestasi
terhadap beberapa nilai moral yang menjadi pegangan orang China
keseluruhannya.
Nilai-nilai etika ini penting dalam mempertahankan kelangsungan

hidup dan keharmonian sesama anggota masyarakat.Amalan,adat


dan pantang larang yang di pegang oleh masyarakat China lebih
berupa suatu kawalan sosial yang berperanan mengikat anggotaanggota masyarakat agar tidak melakukan perkara yang
menyimpang dari amalan-amalan orang China.

Analisa cara interaksi tamadun


china dengan tamadun lain
CHINA DENGAN KOREA
Pada zaman dinasti Shang , orang China telah mengenali Korea

sebagai satu kawasan dan entiti yang tersendiri. Selain kegiatan


perdagangan, orang China berhijrah ke Korea kerana melarikan diri
daripada peperangan ataupun penyeksaan politik.
Seorang

pelarian china dikatakan pernah memerintah daerah


Chosan, Korea. Selepas itu, banyak wilayah di Korea dijajah oleh
empayar Han.

Imigrasi,

pemerintahan dan penjajahan empayar Han


mempengaruhi orang Korea mirip kepada kebudayaan China.

telah

CHINA DENGAN ASIA TENGGARA


Penemuan-penemuan arkeologi menunjukkan hubungan antara

China dengan rantau Asia Tenggara terbentuk lebih awal dan


semakin berkembang berikutan peningkatan teknologi pembinaan
kapal dan pengemudian di China.
Pengiriman

utusan atau misi diplomatik, perniagaan dan


perdagangan, peperangan dan ketenteraan, dan imigrasi,
kebudayaan China telah meninggalkan banyak kesan terhadap
rantau Asia Tenggara.

Melalui

perdagangan
dan
juga
misi
diplomatik,
China
memperkenalkan kepada Asia Tenggara jenis-jenis tekstil, tembikar
dan perkakas dapur.

CHINA DENGAN INDIA


Tamadun

China dan tamadun India masing-masing terbentuk


semenjak kira-kira 5,000 tahun dahulu.Interaksi antara Tamadun
India dengan Tamadun China telah memberi kesan positif kepada
kedua-dua tamadun.

Agama Buddha disebarkan ke Negara China melalui interaksi

ini.Terdapat kemahiran teknologi membuat gula daripada tebu dari


India telah diperkembangkan kepada orang-orang China.
Astronomi India turut diperkembangkan di Negara China oleh ahliahli astronomi India.

Refleksi faktor kejatuhan dan faktor


kekuatan
FAKTOR KEKUATAN
1.Pemberontakan dalaman
Keadaan

ini menbawa kepada zaman kekacauan dan perpecahan


selama
350
tahun.
Walaupun
pada
awalnya
China
dapat
disatukandibawah Dinasti Chin Barat. Namun perpaduan ini gagal
bertahan lama atas sebab pemberotakan yang dilakukan oleh lapan
orang putera maharaja dan serangan orang gasar.

2. Dasar penindasan
Kestabilan dan keamanan di China diganggu dan

zaman ini berakhir


apabila Dinasti Sui menyatukan China. Tetapi zaman pemerintahan
Dinasti Sui adalah singkat kerana Maharaja Yang Ti menjalankan dasar
penindasan ke atas rakyatnya dan timbul pemberontakan dalam negeri

3. Pencerobohan orang gasar


Zaman peralihan merupakan zaman pencerobohan orang gasar

ke atas China sehingga membawa kepada China diperintah oleh


orang luar. Dua pemerintahan asing muncul di negara China
iaitu pimpinan orang Mongol dan orang Manchu. Namun pada
masa itu orang cina cuba membebaskan diri daripada
penaklukan asing ini. Dengan itu, Dinasti Ming telah muncul di
tengah-tengah dua dinasti asing dan usaha untuk memulihkan
kerajaan dalam keadaan ketenteraman. Namun
demukian
akibat kelalaian dan sikap tidak menjalankan interaksi positif
akhirnya Tamadun China menghadapi ancaman dari kuasa
Barat pada abad ke-19

FAKTOR KEKUATAN
1. Keadaan semulajadi yang strategik
Peradaban Yangshoa yang menjadikan bijirin (milet) sebagai makanan asasi telah

menggalakan perkembangan dalam kegiatan pertanian. Tapak peradaban


Yangshoa yang terletak di kawasan di mana tanah pasirnya telah dimendapkan
oleh angin selama berkurun-kurun lamanya menjadikan kawasan ini subur dan
sesuai untuk kegiatan pertanian. Penemuan benih padi di Lembah Yangzi, di
Selatan Teluk Hangzhou, provinsi Zhejiang menunjukkan penanaman padi telah
dilakukan secara meluas.

2.Bahasa dan sistem tulisan cina diguna dengan


meluas
Bahasa cina telah digunakan dengan meluas di zaman silam dan ia masih

digunakan sekarang berbanding dengan bahas-bahasa kuno lain. Ini adalah


kerana, walaupun mempunyai pelbagai sebutan dialek, tetapi hanya satu
tulisan bercirikan karektar digunapakai oleh semua rakyat cina. Ini merupakan
faktor penting dalam menyatupadukan rakyat cina dan perkembangan
tamadunnya.
Perkembangan

tulisan cina telah mempengaruhi bangsa-bangsa lain


terutamanya si Asia Timur seperti Jepun, Korea dan juga Vietman, yang telah
mengadaptasi karekter tulisan cina ke dalam bahasa mereka, walaupun
mereka mempunyai bahasa sendiri.

3.Sistem politik dan pemerintahan


Perkembangan pesat pemikiran politik di China bermula pada

zaman pemerintahan dinasti Qin (221 SM 209 SM). Antara aliran


pemikiran politik yang penting ialah Konfusianisme, Daoisme,
Legalisme dan Moisme. Walaubagaimanapun, Legalisme bermula
sebelum dinasti Qin, di mana teori dan pelaksanaan konsep
Legalisme telah berjaya membawa pembaharuan dalam sistem
pemerintahan dengan menggantikan sistem pemerintahan feudal
yang bercirikan pelbagai negeri dan jajahan (multistate) kepada
sistem pentadbiran commendaries dan counties (junxian zhi) iaitu
kerajaan
birokratik
berpusat
(centralized
bureaucractic
government). Sistem in telah menyumbangkan kepada pengekalan
pentadbiran dan kestabilan politik di sepanjang sejarah
ketamadunan cina.
Pemikiran politik berasaskan Daoisme bertentangan dengan apa

yang diterapkan oleh pemikiran Konfusianisme. Daoisme


berpendapat bahawa pemerintah tidak perlu menguatkuasa
sebarang usaha yang keras (wuwei) dan meneruskan kehidupan
secara primitif yang menghormati diri dengan alam semesta.

Manakala

pemikiran politik Moisme pula menegaskan


penyelarasan peraturan dan pembentukan kuasa pusat
(shangtong) tidak bersesuaian dengan pihak pemerintah. Ini
adalah kerana ajarannya yang menitikberat kepada jimatcermat (jieyong) dan pelantikan pegawai kerajaan
berdasarkan kepada kelayakan dan kemampuan (xuan xian
yu neng) sukar untuk dilaksanakan

4.Kemasukan Islam di China


Peluasan kawasan Islam itu berlaku ketika di zaman khalifah AL-

Walid bin Abdul Malik. Panglima Islam yang bertanggungjawab


menyebarkan Islam ke Timur hingga ke sempadan negara China
adalah Qutaibah bin Muslim. Akibat daripada penguasaan Islam
ke timur dan kekalahan tentera China di sungai Talas maka ini
telah menghalang kerajaan China pada ketika di bawah Dinasti
Tang daripada mengekalkan kuasa di Asia Tengah.

Kesimpulan tiga elemen utama


Terdapat beberapa elemen utama dalam membina Tamadun China

iaitu merupakan komponen yang paling penting bagi mewujudkan


sesebuah tamadun. Tanpa elemen-elemen tersebut, sesebuah
tamadun mungkin tidak akan wujud di muka bumi ini. Berbalik
pada tajuk kita, antara elemen-elemen paling penting dalam
membina Tamadun China ialah penempatan kekal, kehidupan
berorganisasi serta kewujudan bahasa dan tulisan.

Penempatan kekal merupakan salah satu perkara asas dalam


mewujudkan
masyarakat
bertamadun.
Penempatan
kekal
selalunya dipilih berdasarkan lokasi yang mempunyai beberapa ciri
penting . Antaranya ialah mempunyai kemudahan perhubungan,
tanah yang subur untuk bercucuk tanam serta kawasan yang
selamat untuk menternak bagi memastikan kelangsungan bekalan
makanan. Penduduk nomad kebanyakannya menetap di kawasan
lembah sungai yang menepati semua ciri-ciri tersebut. Ini boleh
dibuktikan dengan penempatan Tamadun China di Sungai Kuning .
Penempatan kekal inilah yang akhirnya akan menjadi kota dan
bandar yang membangun.

Seterusnya,

kehidupan berorganisasi juga merupakan


elemen utama bagi membina tamadun tersebut. Lebihan
bekalan makanan menyebabkan berlakunya pertambahan
penduduk di mana seterusnya mewujudkan susun lapis
dalam masyarakat. Masyarakat tamadun awal mempunyai
dua susun lapis utama iaitu lapisan atasan dan lapisan
bawahan. Lapisan atasan terdiri daripada raja dan golongan
bangsawan manakala lapisan bawahan pula terbahagi
kepada dua iaitu golongan rakyat dan golongan hamba. Raja
merupakan pemerintah kepada sesebuah tamadun.
Tamadun China mempunyai beberapa dinasti seperti Dinasti
Shang
dan Dinasti Chao. Bagi tamadun China,
pemerintahana kandi pegang oleh dinasti yang paling
berkuasa pada zaman tersebut. Golongan bangsawan pula
biasanya terdiri daripada kerabat diraja serta para
pembesar di mana tugasnya membantu raja memerintah.
Golongan rakyat selalunya bekerja sebagai petani dan
artisan membina tembaga, senjata dan tembikar. Mereka
memenuhi keperluan golongan atasan. Golongan yang
paling bawah serta paling ramai ialah golongan hamba.

Akhir

sekali ialah elemen bahasa dan tulisan. Bahasa


digunakan untuk berkomunikasi serta berhubung dengan
masyarakat setempat dan masyarakat luar manakala tulisan
pula digunakan untuk merekodkan pelbagai urusan rasmi
dan tidak rasmi seperti mencatat doa, menulis surat serta
undang-undang. Contoh tulisan yang digunakan semasa
Tamadun China ialah tulisan ideogram iaitu tulisan simbol.
Mereka telah mendapat idea tulisan ideogram ini melalui
rekaan tulang oracle. Pada mulanya, tulisan ini berbentuk
gambar seperti bulan, matahari dan sungai. Lamakelamaan, tulisan ini berubah seperti tulisan hari ini.

Refleksi pengajaran utama


Terdapat banyak pengajaran yang kami perolehi daripada Tamadun

awal iaitu Tamadun Hwang Ho. Antaranya ialah dari segi agama dan
kepercayaan, manusia perlu berpegang kepada agama yang
sebenar iaitu agama yang mengesakan Tuhan. Hal ini kerana hidup
akan bermakna kerana hidup bertuhan. Selain itu, sebagai pelajar
kita juga perlu bersifat cekal dan berinovasi kerana kita merupakan
generasi yang akan memerintah negara datang. Seperti contoh,
Tamadun Hwang Ho, kecekalan para pemerintah dan masyarakat
untuk membina aliran bagi memudahkan aktiviti pertanian.
Tamadun Hwang Ho juga memperkenalkan sistem kalendar untuk
menguruskan acara agar berjalan lancar. Oleh itu, kita juga perlu
mengurus masa dengan efisien seperti mana ajaran Islam yang
menyuruh umatnya untuk menghargai masa terutama di dunia.
Selain itu, sistem tulisan yang diperkenalkan oleh Tamadun Hwang
Ho juga diperlukan pada masa ini. Oleh itu, kita sebagai pelajar kita
perlu untuk menulis dan mencatat segala ilmu yang diperoleh.

Selain

itu, menjaga silaturahim antara manusia untuk


memelihara keamanan Negara. Janganlah menindas
golongan yang lemah
sepertimana semasa Tamadun
Hwang Ho. Seorang pemimpin juga tidak seharusnya
menindas rakyatnya sepertimana Dinasti Sui.

TAMAT

You might also like