You are on page 1of 2

Penyakit kusta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, cari
Penyakit kusta atau juga dikenali sebagai penyakit Hansen, merupakan penyakit berjangkit yang
disebabkan oleh jangkitan Mycobacterium leprae. Nama penyakit Hansen datang daripada orang yang
menjumpai Mycobacterium leprae, G. A. Hansen. Pengidap penyakit Hansen biasanya dipanggil
pesakit kusta atau dalam bahasa Inggeris lepers, walaupun penggunaan istilah lepers semakin
ditinggalkan kerana jumlah pesakit yang berkurangan dan sebagai mengelak stigma buruk yang
dikaitkan dengan pesakit kusta.
Kusta dahulunya tidak dapat diubati dan amat mencacatkan. Pesakit kusta akan disingkir dan dikurung
di penempatan kusta. Pada masa kini, kusta mudah dirawat dengan menggunakan terapi pelbagai
antibiotik. Cabaran utama bagi usaha menghapuskan penyakit kusta adalah untuk sampai kepada
penduduk yang masih belum menerima perkhidmatan terapi pelbagai dadah, memperbaiki pengesanan
penyakit, dan membekalkan pesakit dengan perkhidmatan berkualiti tinggi dan dadah yang murah.
Selain manusia, haiwan lain yang diketahui mengidap kusta adalah armadilo.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Sejarah

2 Ciri-ciri klinikal

3 Insiden

4 Kumpulan Berisiko

5 Perlindungan

6 Pautan luar

[sunting] Sejarah
Penyakit kusta telah dikenali sebagai masalah semenjak permulaan sejarah bertulis. Pesakit kusta
sering tinggal dipinggir masyarakat, dan penyakit sering dipercayai disebabkan oleh sumpuhan tuhan
(atau shaitan) atau hukuman.
Kitab Injil mengandungi banyak rujukan kepada "pesakit kusta", yang tidak semestinya berkaitan
dengan penyakit Hansen. Perkataan ini telah digunakan bagi merangkumi pelbagai masalah kulit yang
berlainan etiologi dan keparahan ( severity ).
Di bawah hukum Yahudi silam, rabai dikehendaki mampu mengenalpasti pesakit kusta. Kaum Yahudi
menggunakan kuarantin untuk menghalang penyebarannya.
Minoriti seperti agote Navarrese sering dituduh sebagai pesakit kusta.

[sunting] Ciri-ciri klinikal

Penyakit ini disebabkan oleh basilus yang membiak amat perlahan dan kebanyakkannya menjejaskan
kulit, saraf, dan membran mukus. Organisma ini tidak pernah dibiakkan dalam media bakteriologi atau
kultur sel, tetapu telah dibiakkan dalam tapak kaki tikus. Ia berkait dengan M. tuberculosis, basilus
yang menyebabkan batuk kering.
Kaedah penularan kusta kekal tidak jelas. Kebanyakan penyiasat merasakan bahawa M. leprae
disebarkan dari seseorang ke seseorang dalam titisan pernafasan. Apa yang diketahui adalah kadar
penularan adalah amat perlahan.
Penyakit jangkitan kronik ini biasanya memberi kesan kepada kulit dan saraf pinggir tetapi mempunyai
manifastasi klinikal yang luas. Pesakit dikelaskan sebagai mempunyai penyakit Kusta Pausibakilari
atau Kusta Multibakilari. Penyakit Kusta Pausibakilari adalah serdahana dan bercirikan satu atau lebih
makules kulit hipopigment. Penyakit Kusta Multibakilari pula dikaitkan dengan lesion kulit sekata,
nodule, lendir (plaques), kulit menebal, dan peningkatan lendir hidung menyebabkan hidung tersumbat
dan epistaxis (hidung berdarah).

[sunting] Insiden
Pada tahun 1999, Jumlah penyakit Hansen sedunia dianggarkan sebanyak 640,000; dan pada 2000,
738,284 kes telah dikenalpasti. Pada tahun 1999, 108 kes telah dicatatkan berlaku di Amerika Syarikat.
Pada tahun 2000, Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan sebanyak 91 negara di
seluruh dunia sebagai endemik penyakit kusta, dengan India, Myanmar dan Nepal mencatatkan 70%
dari keseluruhan kes tersebut. Pada tahun 2002, 763,917 kes baru telah dikesan di seluruh dunia
termasuk Brazil, Madagascar, Mozambique, Tanzania dan Nepal yang menguasai 90% penyakit
tersebut berdasarkan rekod WHO.
Seluruh dunia, 1-2 juta orang mengalami kecacatan kekal disebabkan kusta. Bagaimanapun, pesakit
yang sedang menerima rawatan antibiotik atau selesai menerima rawatan dianggap bebas dari
jangkitan aktif.
Penyakit kusta merupakan salah satu penyakit yang dijejak secara pasif oleh Pusat kawalan dan
Penghalang Penyakit. Taburannya di Amerika Syarikat kekal rendah dan stabil. Terdapat pengurangan
jumlah kes seluruh dunia, sungguhpun kes setempat dikawasan tertentu terus muncul di kawasan
seperti Pasifik timur.

[sunting] Kumpulan Berisiko


Mereka yang berhubung rapat dengan pesakit yang tidak penyakit kebanyakannya multibasilari aktif,
tanpa rawatan, dan mereka yng tinggal di negara dengan penyakit kusta asal (endemik) berisiko
mengidap kusta. Penyelidikan terkini menunjukkan variasi genetik menyumbang kepada
kecenderungan penyakit ini. Kawasan DNA bertanggung jawab bagi variasi ini turut terbabit dengan
penyakit Parkinson, menimbulkan jangkaan bahawa kedua penyakit ini berkait pada aras biokimia.

[sunting] Perlindungan
Masih terdapat beberapa koloni kusta disekeliling dunia, di negara seperti India dan Filipina. Di
Amerika Syarikat, pulau Molokai kecil di kepulauan Hawai mengandungi perlindungan kusta tertua
negara itu.
Pada 2001, koloni dikendali kerajaan di Jepun diteliti oleh badan perhakiman, mendorong kepada
keputusan bahawa kerajaan Jepun telah salah mengendali pesakit [1].

You might also like