You are on page 1of 1

Rujukan

Tarikh

: USM/KKJ/MPP/EECOM/03
: 23 Mac 2015

YBrs. Profesor Dr Mohd Rizal Arshad


Timbalan Dekan
Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan
Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia
YBrs. Prof.,
MEMOHON PENAJAAN UNTUK PROGRAM EE COMMUNITY PROJECT
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2.
Dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kampus Kejuruteraan Universiti Sains
Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik akan mengadakan satu
program iaitu 'EE COMMUNITY PROJECT'. Objektif utama program ini ialah untuk menarik minat pelajar
sekolah terhadap bidang elektrik dan elektronik.
3.

Berikut adalah butiran bagi program tersebut :


Tarikh
Masa
Tempat

: 4 April 2015
: 10.00 pagi 5.00 petang
: SMK Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang

4.

Oleh yang demikian, kami dengan berbesar hati ingin menarik perhatian YBrs. Prof. untuk
memohon penajaan daripada Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat bagi menjayakan program
ini. Untuk makluman YBrs. Prof., anggaran belanjawan program ini ialah RM589.00. Oleh itu, jumlah yang
kami harapkan ialah sebanyak RM300.00 untuk menampung perbelanjaan program ini. Sesalinan
belanjawan yang telah diluluskan telah dilampirkan bagi rujukan pihak YBrs. Prof..
5.
Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada YBrs.
Prof. Segala sumbangan, kerjasama serta bantuan yang dihulurkan daripada YBrs. Prof. kami dahului dengan
ucapan terima kasih.

Yang benar,

NUR SHAHIRA BINTI SHAHUL HAMEED


Perwakilan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Majlis Perwakilan Pelajar
Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia
No tel: 012-4182786

You might also like