You are on page 1of 3

[eConversion - PENGURANGAN BAYARAN BALIK PINJAMAN MARA]

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Tahniah kepada Graduan UniKL Business School yang berkonvo pada hari
ini.
Sekadar ingin menyampaikan pesanan penting bagi graduan yang
menerima pinjaman pelajaran MARA.
Selepas selesai Majlis Konvokesyen, sila buat pengurangan bayaran balik /
eConversion melalui link dibawah. Tidak kira sama ada CGPA anda 4 flat
atau sebaliknya, sila buat, diulangi sila buat dengan kadar segera.
SEGERA.
SYARAT PENGURANGAN PINJAMAN PELAJARAN :
1. Pelajar yang layak memohon pengurangan pinjaman pelajaran mestilah
memenuhi syarat-syarat berikut:
(i) Bantuan pinjaman yang ditawarkan pada 01.01.1985 dan ke atas
kecuali bagi pengajian di peringkat Sarjana dan PhD di bawah Skim
Pinjaman Terbuka (SPT) mulai 01.01.1998
(ii) Lulus pengajian di bawah tajaan MARA
2. Borang permohonan eConversion perlu disertakan dengan salinan
dokumen-dokumen berikut:
(i) Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/PhD/Profesional dan lain-lain (yang
berkaitan)
(ii) Transkrip rasmi
3. Semua salinan Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/PhD/Profesional dan lainlain (yang berkaitan) & transkrip rasmi yang dikemukakan hendaklah
disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A
dan B/ Penghulu/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan
Kampung (JKKK)/Sidang/Jaksa Pendamai (JP)/Wakil Rakyat/PegawaiPegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti
Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan
dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.

4. Sila kemukakan borang permohonan eConversion berserta dokumen di


para 2. (i) dan (ii) dalam tempoh 30 hari ke alamat berikut:
Unit Conversion
Bahagian Kawalan Kredit
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
Berdasarkan pengalaman saya dan senior yang lain, walaupun CGPA
tinggi tapi kalau tak buat eConversion, MARA tidak akan beri sebarang
pengurangan. Kalau pinjam RM45,000 maka, bayarlah kesemuanya tanpa
sebarang pengurangan. Bayaran bermula dengan serendah RM100
sebulan dan meningkat kepada RM250 sebulan.
Sebab ramai yang lupa dan leka, maka ramai lah yang bayar full dan
merungut bila dapat statement. JANGAN AMBIL MUDAH. Buat
eConversion dengan kadar segera.
Link eConversion :
http://apps.mara.gov.my/conversiononline/
Sekian, Salam Konvokesyen.

You might also like