You are on page 1of 29

Belajar Bahasa Melayu PMR dan SPM

Tuesday, August 28, 2007


Strategi Menjawab Soalan Tatabahasa SPM
Jenis-Jenis Soalan Membina Ayat.
Peringatan Kepada Pelajar.
1. Bina satu ayat bagi setiap perkataan yang diberikan dan sebaik-baiknya ialah
ayat berlapis iaitu sesuai dengan peringkat kematangan pelajar Tingkatan 4 dan 5
.
2. Satu markah akan diberikan pada ayat yang betul.
3. Setengah markah akan ditolak bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ isi yang tid
ak jelas.
4. Jangan jadikan perkataan sebagai simpulan bahasa atau nama khas.
5. Jangan bina lebih daripada satu ayat.
6. Jangan tinggalkan imbuhan atau tambah imbuhan pada perkataan yang diberi.
7. Boleh bina ayat dengan menggunakan cakap ajuk. (Ikut peraturan membina ayat c
akap ajuk).
l. Membina ayat daripada kata ganda.
Kata ganda penuh
Contoh soalan:
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan
penggunaan dan maksudnya.
i. jari-jari
ii. suka-suka
iii. tinggi-tinggi
iv. angan-angan
Contoh jawapan:
i. Jari-jari
Jari-jari pada jendela di rumah usang itu telah rosak dimakan anai-anai..
ii. Suka-suka.
Saya hanya suka-suka pergi ke pantai tersebut untuk mencari ketenangan.
iii. Tinggi-tinggi.
Bangunan yang terdapat di ibu kota kebanyakannya tinggi-tinggi belaka.
iv. Angan-angan.
Kita hendaklah menjadikan angan-angan kita sebagai satu kenyataan dalam hidup.
Kata ganda separa/ sesuku
Contoh soalan:
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan
penggunaan dan maksudnya.
i. cecair
ii. kekuda
iii. dedalu
iv. jejari
Contoh jawapan:
i. Cecair.
Cecair berwarna kuning yang terdapat di dalam botol itu digunakan sebagai bahan
penyubur pokok.
ii. Kekuda
Tulang bumbung rumah itu dipasang kekuda supaya kukuh dan tidak mudah ditiup
angin.
iii. Dedalu
Banyak pohon dedalu menumpang hidup pada pokok-pokok besar di hutan tersebut.
iv. Jejari.
Lima meter panjang jejari pada bulatan di atas bumbung bangunan itu .
Kata ganda berentak
Contoh soalan, (Kata ganda berentak bunyi di hujung)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan
penggunaan dan maksudnya.
i. sayur-mayur
ii. kuih-muih
iii. cerai-berai
iv. karut-marut.
Contoh jawapan:
i. Sayur-mayur.
Sayur-mayur yang masih segar dijual di pasar tersebut pada setiap pagi.

ii. Kuih-muih.
Kuih-muih itu dibuat untuk majlis perkahwinan anak Pak Abu.
iii. Cerai-berai.
Tindakan Haji Hussin yang keterlaluan itu telah mendorong keluarga anak sulungny
a
menjadi cerai-berai.
iv. Karut-marut.
Orang Melayu mudah terikut-ikut dengan kepercayaan yang karut-marut itu.
Contoh soalan, (Kata ganda berentak bunyi di pangkal)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan
penggunaan dan maksudnya.
i. kayu-kayan
ii. bolak-balik
iii. mandi-manda
iv. Lalu-lalang
Contoh jawapan:
i. Kayu-kayan.
Kayu-kayan yang keras telah digunakan untuk membuat perabot yang berukir itu.
ii. Bolak-balik.
“Jangan bercakap bolak-balik sehingga ayah menjadi marah” kata Ali kepada
adiknya.
iii. Mandi-manda.
“Puteri Bongsu sedang mandi-manda di kolam di belakang istana” kata hulubalang
kepada baginda sultan.
iv. Lalu-lalang.
Banyak kenderaan lalu-lalang di jalan raya di hadapan sekolah tersebut.

Contoh soalan, (Kata ganda berentak bebas)


Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan
penggunaan dan maksudnya.
i. anak-pinak
ii. lintang-pukang
iii. ramah-tamah.
iv. kusut-masai
Contoh jawapan,
i. Anak-pinak.
“ Hampir semua anak-pinak Pak Sulung hadir bersama bagi meraikan majlis hari
jadinya yang keseratus lapan semalam” kata Hajah Siti Hajar kepada emak
saudaranya.
ii. Lintang-pukang.
Penagih-penagih dadah di belakang rumah besar itu lari lintang-pukang apabila
mereka diserbu oleh pihak polis.
iii. Ramah-tamah.
Sikap ramah-tamah yang ditunjukkan Haji Majid dan keluarganya menyebabkan
keluarga kami suka mengunjungi rumahnya.
iv. Kusut-masai.
Rambutnya kelihatan kusut-masai apabila terkena hujan lebat.

2. Membina ayat daripada perkataan yang hampir sama bunyi tetapi berlainan
maksud.
Contoh soalan:
Tuliskan ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menu
njukkan perbezaan maksud.
i. deklarasi - deklamasi
ii. suram - suam

Contoh jawapan:
i. (a). Deklarasi.
Satu deklarasi mengenai penjagaan alam sekitar telah dibuat di Kuala Lumpur
oleh ketua-ketua negara ASEAN.
(b). Deklamasi.
Pertandingan deklamasi sajak sempena Hari Kebangsaan Peringkat Daerah
Segamat telah diadakan pada bulan lepas.
ii. (a). Suram.
Kabus yang tebal menyebabkan cahaya lampu di atas bukit itu kelihatan suram.
(b). Suam.
Pak Abu menggunakan air suam untuk melembutkan kerak nasi yang terdapat di dalam
periuk itu.
3. Membina ayat daripada perkataan tunggal atau kata dasar dan perkataan
berganda.
Contoh soalan:
Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjuk
kan perbezaan maknanya tanpa menambah sebarang imbuhan.
i. tupai - tupai-tupai
ii. senang - senang-senang
Contoh jawapan:
i. (a). Tupai.
Beberapa ekor tupai telah terperangkap dalam jebak yang dipasang di atas pokok
durian di dusun Pak Leman.
(b). Tupai-tupai.
Tupai-tupai dipasang pada tiang bumbung rumah itu supaya kedudukan bumbung
rumah itu terus kukuh.
ii. (a). Senang.
“ Asmah, bukan senang aku nak dapat kebenaran daripada ayah” kata Aminah kepada
adiknya.
(b). Senang-senang.
“ Ketika senang-senang, datanglah ke rumah saya,” kata ibu kepada rakannya.

4. Membina ayat daripada rangkai kata atau ungkapan.


Contoh soalan:
Tuliskan satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa an
da faham akan penggunaan atau maksudnya.
i. hati terbuka
ii. berputus asa
iii. jiwa merdeka
iv. serkap jarang
Contoh jawapan:
i. Hati terbuka.
Cikgu Halimah menerima tetamu pada hari raya dengan hati terbuka.

ii. Berputus asa.


Kita jangan berputus asa walaupun telah lima kali gagal dalam peperiksaan.
iii. Jiwa merdeka.
“Mantapkan jiwa merdeka pada diri anda agar anda menjadi seorang warganegara
yang disegani,” nasihat guru kaunseling kepada anak muridnya.
iv. Serkap jarang.
Tuduhan yang dikenakan kepada pegawai itu kurang mempunyai bukti yang kukuh
dan tindakan itu hanya sebagai serkap jarang sahaja.

5. Membina ayat daripada perkataan berimbuhan.


Contoh soalan:
Tuliskan ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa a
nda faham akan penggunaan dan maksudnya.
i. penyedap - menyedapkan
ii. penamaan - kenamaan.
Contoh jawapan:
i. (a) Penyedap.
Rempah ratus dari India digunakan sebagai penyedap dalam masakan itu.
(b) Menyedapkan.
Udang kering yang dikisar dimasukkan ke dalam makanan itu untuk menyedapkan
rasanya.
ii. (a) Penamaan.
Penamaan calon bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kawasan Sepinang akan dil
akukan pada hari esok.
(b) Kenamaan.
Beberapa orang kenamaan telah hadir untuk menyerikan majlis perkahwinan tersebut
.

Contoh soalan:
Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bah
awa anda faham akan penggunaan dan maksudnya.
i. ada
ii. berada
iii. mengadakan
iv. keadaan
Contoh jawapan:
i. Ada.
Dia ada wang untuk membeli kereta mewah tersebut.
ii. Berada.
Ketika rumahnya runtuh ditiup angin, dia berada di rumah rakannya.
iii. Mengadakan.
Kerajaan telah mengadakan kempen gaya hidup sihat semenjak dua bulan yang lalu.
iv. Keadaan.
Encik Ramasamy berada dalam keadaan tenat setelah diserang penyakit jantung.

6. Membina ayat daripada kata banyak makna.


Contoh soalan:
Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan
maknanya.
i. kuat
ii. cetek
Contoh jawapan:
i. Kuat.
1. Walaupun badannya kurus tetapi dia kuat makan.
2. Bangunan yang dibina itu sungguh kuat dan teguh.
ii. Cetek.
1. Sungai di belakang rumahnya tidak berbahaya kerana airnya cetek.
2. Dia tidak terpilih menjadi ketua kerana ilmu persilatan yang dimiliknya masih
cetek.

7. Membina ayat daripada pasangan perkataan berimbuhan dan pasangan perkataan be


rganda.
Contoh soalan:
Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan perbez
aan maksudnya.
i. mengharapkan - harap-harap
ii. menyenangkan - bersenang-senang
Contoh jawapan:
i. (a). Mengharapkan.
Encik Hassan terlalu mengharapkan anaknya agar dapat melanjutkan pelajaran ke
Institut Pengajian Tinggi Awam pada tahun hadapan.
(b). Harap-haap.
“Harap-harap dia akan melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna” kata
pengetua kepada penolong kanannya.
ii. (a). Menyenangkan.
Para guru hendaklah menggunakan Teknologi Maklumat bagi membantu dan menyenangka
n mereka mengajar.
(b). Senang-senang.
Mohamad Zaki memberi tahu gurunya bahawa soalan peperiksaan akhir tahun
mata pelajaran Matematik yang dikeluarkan oleh gurunya itu senang-senang
belaka.

Soalan 3 ( b ) Kemahiran berbahasa [6 markah]


Contoh-contoh soalan tentang kemahiran bahasa,
Latihan 1
Pisahkan ayat-ayat dalam petikan ini kepada enam ayat dasar dengan mengekalkan s
truktur dan maksud asalnya.
Iklan mempunyai peranan yang penting dalam mempengaruhi dan memujuk pengguna aga
r membeli barangan serta perkhidmatan, di samping berperanan memberi maklumat ya
ng betul berkenaan sesuatu produk.

Jawapan:
1. Iklan mempunyai peranan yang penting.
2. Iklan mempengaruhi pengguna.
3. Iklan memujuk pengguna agar membeli barang.
4. Iklan juga memujuk pengguna membeli perkhidmatan.
5. Iklan memberikan maklumat yang betul.
6. Maklumat ini berkenaan sesuatu produk.
Latihan 2
Petikan berikut mempunyai kata-kata yang salah penggunaan imbuhannya. Cari kata-
kata itu dan betulkan imbuhannya.
Seberapa isu dan masalah yang timbul turut dijejaskan prestasi. Banyaknya masala
h ini berkait rapat dengan perkembangan pesat sektor industri, mengutamakan kila
ngan dan khidmatan.
Jawapan:
Beberapa isu dan masalah yang timbul turut menjejaskan prestasi. Kebanyakan masa
lah ini berkait rapat dengan perkembangan pesat sektor industri, terutamanya per
kilangan dan perkhidmatan.

Latihan 3
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Norhayati: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin: Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah ki
ta
tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin: Sebenarnya ibu Syikin sakit.
Jawapan:
Norhayati ingin tahu sebab Norasyikin tidak datang ke sekolah pada hari semalam.
Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati dan menyatakan yang dia ada hal di rum
ahnya. Norhayati ingin tahu sebab Norasyikin tidak ke sekolah dan meminta agar N
orasyikin menceritakan kepadanya. Norhayati menegaskan bahawa sebarang kesusahan
perlu ditanggung bersama kerana mereka sudah lama berkawan. Norsyikin memberi t
ahu keadaan sebenar iaitu ibunya sedang sakit.
Latihan 4
Sambungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja. Susunan dan maksu
d asal ayat tersebut hendaklah dikekalkan.
Kerajaan akan menimbangkan satu cadangan. Cadangan itu supaya lepasan sekolah me
nyertai program kerahan tenaga. Hal ini merupakan usaha mengurangkan gejala sosi
al di kalangan belia. Program ini dicadangkan berkonsepkan kebajikan. Program in
i bertujuan mengisi masa lapang pelajar selepas mengambil peperiksaan. Cadangan
ini supaya diwujudkan program latihan. Program latihan itu menerapkan disiplin a
la-tentera di kalangan pelajar. Program itu menerapkan pembinaan diri di kalanga
n pelajar. Program ini menerapkan sahsiah di kalangan pelajar.

Jawapan:
1. Kerajaan akan menimbangkan satu cadangan supaya lepasan sekolah menyertai pro
gram kerahan tenaga dalam usaha mengurangkan gejala sosial di kalangan belia.
2. Program ini dicadangkan berkonsepkan pembinaan disiplin kendiri dan kebajikan
untuk mengisi masa lapang pelajar selepas mengambil peperiksaan.
3. Cadangan itu supaya diwujudkan program latihan yang menerapkan disiplin ala-t
entera, pembinaan diri dan menerapkan sahsiah di kalangan pelajar.

Latihan 5
Tukarkan ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif,
1. Kucing itu menggigit anak tikus yang hampir mati itu.
2. Muthu mengunyah daging kambing yang liat itu.
3. Julia menjahit baju kurung itu.
4. Salina sedang membancuh kopi di dapur.
5. Md. Noor menternak udang galah secara besar-besaran.
6. Emak sedang mengoreng ikan parang untuk makan malam.
Jawapan:
1. Anak tikus yang hampir mati itu digigit oleh kucing itu.
2. Daging kambing yang liat itu dikunyah oleh Muthu.
3. Baju kurung itu dijahit oleh Julia.
4. Kopi di dapur sedang dibancuh oleh Salina.
5. Udang galah diternak secara besar-besaran oleh Md. Noor.
6. Ikan parang sedang digoreng untuk makan malam oleh emak.

Soalan 3 (c) (d)


KESALAHAN TATABAHASA

Peringatan kepada pelajar,


1. Lazimnya terdapat 2 kesalahan dalam satu ayat.
2. Salin semula ayat dan betulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat ters
ebut.
3. Garis jawapan yang anda telah betulkan kesalahan
4. Jangan ubah struktur ayat berkenaan.
Jenis-jenis kesalahan yang lazim dikemukakan dalam soalan
1. Kesalahan perkataan atau kosa kata.
Contoh;
Ahmad keciwa = sepatutnya kecewa (kesalahan ejaan)
Pelancung = pelancong (kesalahan ejaan)
Perabut = perabot.(kesalahan ejaan).
Pergi melancung = sepatutnya melancong
(kesalahan penggunaan perkataan)
Tinggal di pendalaman = sepatutnya pedalaman (kesalahan
penggunaan perkataan)
2. Kesalahan frasa mengikut hukum D – M.
Dalam bahasa Melayu hukum D (unsur yang diterangkan) merupakan unsur inti yang h
adir pada kedudukan yang pertama dan M (unsur yang menerangkan) hadir pada kedud
ukan yang kedua dalam frasa ayat
Contoh;
Cili sos = sepatutnya sos cili
Nusantara Restoran = sepatutnya Restoran Nusantara
Mini bas = sepatutnya bas mini
Kredit kad = sepatutnya kad kredit

3. Perkataan orang, kaum, keturunan, bangsa, bahasa dan suku kaum mesti digunaka
n apabila kita hendak menyebut sesuatu kaum, suku kaum, bangsa, keturunan atau b
ahasa.
Contoh,
Penduduk negeri Johor kebanyakannya Melayu (salah)
Penduduk negeri Johor kebanyakannya orang Melayu (betul)
Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun (salah)
Bangsa Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun (betul)
Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini (salah)
Kaum Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini (betul)
Bahasa yang digunakan itu ialah Melayu, bukan Inggeris (salah)
Bahasa yang digunakan itu ialah bahasa Melayu bukan bahasa Inggeris (betul)
Sarawak telah lama didiami oleh Iban (salah)
Sarawak telah lama didiami oleh kaum Iban (betul)
4. Kesalahan makna ayat yang tidak jelas.
Contoh;
Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga memerlukan teknik sinar-X
untuk mengkajinya.(salah)
Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga untuk mengkajinya diperlu
kan teknik sinar-X. (betul)
5. Kesalahan ayat yang tidak mempunyai subjek.
Contoh;
Ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur cuma berjumlah
RM2.00 sekilo (salah)
Hal ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur, iaitu berjumlah
RM2.00 sekilo (betul)

6. Ayat tergantung.
Contoh;
Penjenayah itu dijatuhi oleh hakim. (salah)
Penjenayah itu dijatuhi hukuman oleh hakim (betul)

7. Kesalahan penggunaan bahasa yang tidak sesuai mengikut taraf sosial seseorang
.
Contoh;
Baginda berucap kepada pembesar negeri (salah)
Baginda bertitah kepada pembesar negeri (betul)
8. Kesalahan frasa kerja yang kata kerja transitif tidak diikuti oleh penyambut
(objek).
Contoh;
Ali melukis untuk dihadiahkan kepada kakaknya (salah)
Ali melukis gambar untuk dihadiahkan kepada kakaknya (betul)

9. Kesalahan penggunaan kata sendi nama.


Contoh;
Ketika keluar daripada kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (salah)
Ketika keluar dari kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (betul)
10. Kesalahan penggunaan kata jamak.
Contoh;
Kebanyakan guru-guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar (salah)
Kebanyakan guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar (betul)

11. Kesalahan penggunaan kata ganda.


Contoh;
Perdana Menteri-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Bangkok. (sa
lah)
Perdana-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Bangkok (betul)
12. Kesalahan penggunaan kata imbuhan.
Contohnya;
Kerajaan sedang memperbesarkan jalan raya di kampung itu (salah)
Kerajaan sedang memperbesar jalan raya di kampung itu (betul)

Contoh-Contoh
Penggunaan Kata, Frasa Dan Ayat
· Ada berbagai barang di kedai itu. (salah)
· Ada berbagai-bagai barang di kedai itu. (betul)
· Ada pelbagai barang di kedai itu. (betul)
· Ali dihadiahkan sebuah buku harian. (salah)
· Ali dihadiahi sebuah buku harian. (betul)
· Di antara mereka yang hadir. (salah)
· Antara mereka yang hadir. (betul)
· Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura (salah)
· Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura (betul)
· Banyak perbezaan di antara bilik Ali dengan bilik Kasim (salah)
· Banyak perbezaan antara bilik Ali dengan bilik Kasim (betul)
· Bangunan itu adalah Daya Bumi (salah)
· Bangunan itu Daya Bumi. (betul)
· Banyak orang datang. (salah)
· Banyak orang yang datang. (betul)
· Berbincang masalah. (salah)
· Berbincang tentang masalah itu. (betul)
· Berdasarkan kepada perkara itu. (salah)
· Berdasarkan perkara itu. (betul)
· Bergantung kepada. (salah)
· Bergantung pada. (betul)
· Berhubung itu. (salah)
· Berhubung dengan itu. (betul)
· Berkait itu. (salah)
· Berkait dengan itu. (betul)
· Berkaitan itu. (salah)
· Berkaitan dengan itu. (betul)
· Bersama. (salah)
· Bersama-sama. (betul)
· Beda. (salah)
· Beza. (betul)
· Bola itu Ali tendang. (salah)
· Bola itu ditendang (oleh) Ali. (betul)
· Bola itu ditendang oleh saya. (salah)
· Bola itu saya menendang. (betul)
· Bola itu saya tendang. (betul)
· Buku itu dihadiahi kepada Ahmad. (salah)
· Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad. (betul)
· Buku itu dia hantar ke perpustakaan. .(salah)
· Buku itu dihantar ke perpustakaan. ( betul )
· Buku itu dimasukkan dalam laci. (salah)
· Buku itu dimasukkan di dalam laci. (betul)
· Buku itu disimpan dalam laci. (salah)
· Buku itu disimpan di dalam laci. (betul)
· Di dalam hal itu. (salah)
· Dalam hal itu. (betul)
· Di dalam peperiksaan itu. (salah)
· Dalam peperiksaan itu. (betul)
· Dari Kedah hingga Sabah. (salah)
· Dari Kedah ke Sabah. (betul)
· Dari masa ke semasa. (salah)
· Dari masa ke masa. (betul)
· Dari semasa ke masa. (salah)
· Dari semasa ke semasa. (betul)
· Daripada segi. (salah)
· Dari segi. (betul)
· Dato’ Sri. (salah)
· Dato’ Seri. (betul)
· Datuk Sri. (salah)
· Datuk Seri. (betul)
· Dengan lain perkataan. (salah)
· Dengan perkataan lain (betul)
· Dalam bilik itu. (salah)
· Di dalam bilik itu. (betul)
· Dia belajar dari pengalaman. (salah)
· Dia belajar daripada pengalaman. (betul)
· Dia datang bila dipanggil. (salah)
· Dia datang apabila dipanggil. (betul)
· Dia memandang pada saya. (salah)
· Dia memandang kepada saya. (betul)
· Dia memandang saya. (salah)
· Dia berikan anaknya pelajaran.(betul)
· Dia memberi anaknya pelajaran. (salah)
· Dia berikan saya sebuah buku. (betul)
· Dia memberi saya sebuah buku. (salah)
· Dia memberi buku kepada saya. (betul)
· Dia memberikan buku kepada saya. (salah)
· Dia memberi pelajaran kepada anaknya.(betul)
· Dia memberi anaknya pelajaran. (salah)
· Dia mempelajari daripada pengalamannya. (betul)
· Dia mempelajari perkara itu daripada pengalamannya. (betul)
· Dia memperisterikan Aminah. (salah)
· Dia memperisteri Aminah. (betul)
· Dia memperisteri anaknya dengan anak guru besar. (salah)
· Dia memperisterikan anaknya dengan anak guru besar. (betul)
· Dia menaiki bendera. (salah)
· Dia menaiki bendera. (betul)
· Dia menceburkan diri di bidang perniagaan. .(salah)
· Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan. ( betul )
· Dia mengambil apa sahaja. (salah)
· Dia mengambil apa-apa sahaja. (betul)
· Dia menolehkan pandangannya kepada saya. (salah)
· Dia menolehkan pandangannya pada saya (betul)
· Dibincangkan di dalam mesyuarat itu. (salah)
· Dibincangkan dalam mesyuarat itu. (betul)
· Dia merindukan anaknya. (salah)
· Dia merindui anaknya. (betul)
· Jangan memijak rumput. (salah)
· Jangan pijak rumput. (betul)
· Jauhilah daripada dadah. (salah)
· Jauhilah dadah. (betul)
· Berkesanan. (salah)
· Keberkesanan. (betul)
· Kedua belah pihak. (salah)
· Kedua-dua belah pihak. (betul)
· Kepimpinan. (salah)
· Kepemimpinan. (betul)
· Kereta itu melalui di jalan besar. (salah)
· Kereta itu melalui jalan besar. (betul)
· Letaklah di mana yang sesuai. (salah)
· Letaklah di mana-mana yang sesuai. (betul)
· Letaknya antara Kuala Lumpur dengan Kajang. (salah)
· Letaknya di antara Kuala Lumpur dengan Kajang. (betul)
· Maksudnya yang asalnya. (salah)
· Maksudnya yang asal. (betul)
· Melawat ke Eropah. (salah)
· Melawat Eropah. (betul)
· Melihat kepada/pada keindahannya. (salah)
· Melihat keindahan. (betul)
· Membincangkan tentang perkara itu. (salah)
· Membincangkan perkara itu. (betul)
· Menduduki di tempat kedua. (salah)
· Menduduki tempat kedua. (betul)
· Beg itu mengandung. (salah)
· Beg itu mengandungi. (betul)
· Mensiakan tanggungjawab. (salah)
· Mensia-siakan tanggungjawab. (betul)
· Mengunjungi ke Eropah. (salah)
· Mengunjungi Eropah (betul)
· Mereka memberitahukan saya perkara itu. (salah)
· Mereka memberitahu saya perkara itu. (betul)
· Mereka memberitahu perkara itu kepada saya. (salah)
· Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya. (betul)
· Mereka-mereka. (salah)
· Mereka. (betul)
· Oleh kerana itu.(salah)
· Oleh sebab itu. (betul)
· Merujuk kepada surat tuan (salah)
· Merujuk surat tuan (betul)
· Di masa (salah)
· Pada masa (betul)
· Pada pendapatan saya (salah)
· Pada pendapat saya (betul)
· Pada satu hari (bilangan)
· Pada suatu hari (tak tentu harinya)
· Para wartawan-wartawan/ para-para wartawan (salah)
· Para wartawan (betul)
· Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri (salah)
· Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri. (betul)
· Pergilah ke mana pun (salah)
· Pergilah ke mana-mana pun. (betul)
· Perkara itu ialah benar (salah)
· Perkara itu adalah benar (betul)
· Pilihlah mana yang sesuai (salah)
· Pilihlah mana-mana yang sesuai (betul
· Ramai orang datang (salah)
· Ramai orang yang datang (betul)
· Sebahagian wangnya didermakan (salah)
· Sebahagian dari wangnya didermakan. (salah)
Sebahagian daripada wangnya didermakan (betul)
Sehubungan itu (salah)
Sehubungan dengan itu (betul)
· Selain dari/ daripada itu (salah)
· Selain itu (betul)
· Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya (salah)
· Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya (betul)
· Semoga rohnya dicucurkan rahmat (salah)
· Semoga rohnya dicucuri rahmat (betul)
· Seperti yang kita telah katakan (salah)
· Seperti yang telah kita katakan (betul)
· Sri. (salah)
· Seri (cahaya) (betul)
· Setengah orang (salah)
· Setengah-setengah orang (salah)
Sesetengah orang (betul)
· Surat dari Dewan Bahasa dan Pustaka (salah)
· Surat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (betul)
· Takutkan hantu. (salah)
· Takut akan hantu (betul)
· Tan Seri itu (salah)
· Tan Sri. (betul)
· Tanyalah siapa pun (salah)
· Tanyalah sesiapa pun (salah)
· Tanyalah siapa-siapa pun (betul)
· Tiap orang / setiap-tiap orang (salah)
· Tiap-tiap orang / setiap orang. (betul)
· Tiga ayam. (salah)
· Tiga ekor ayam (betul)
· Yang mana (salah)
· Yang (betul)
· Melaporkan dari (salah)
· Melaporkan berita dari (betul)
· Amat pandai (salah)
· Amat pandai sekali (betul)
· Sangat kukuh (salah)
· sangat kukuh sekali (betul)
· sungguh gagah (salah)
· sungguh gagah sekali (betul)
· terbesar sekali (salah)
· terbesar (betul)
· besar sekali (betul)
· paling kuat sekali (salah)
· paling kuat (betul)
· kuat sekali (betul)

Contoh Soalan Peperiksaan,


1. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti ke
salahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa me
ngubah struktur dan maksud asalnya.
i. Kesediaan kertas kerja paling penting sekali dalam apa-apa jua projek agar pe
rlaksanaannya dapat berjalan lancar.
ii. Bahasa Melayu dapat menjadikan teras penumbuhan kebudayaan nasional di dalam
negara yang berbilang kaum.

Jawapan,
i. Penyediaan kertas kerja paling penting dalam apa-apa jua projek agar pelaksan
aannya dapat berjalan lancar.
ii. Bahasa Melayu dapat dijadikan teras pertumbuhan kebudayaan nasional di negar
a yang berbilang kaum.

2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti ke
salahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa me
ngubah struktur dan maksud asalnya.
i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun itu memperolehi hadiah khas k
erana kemampuannya menguasai bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).
ii. Perabut yang dibeli oleh saya itu diimport daripada luar negeri.
Jawapan,
i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun setengah itu memperoleh anugerah khas
kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi Komunikasi dan Maklumat ( ICT ).
ii. Perabot yang saya beli itu diimport dari luar negeri.

3. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti ke
salahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa me
ngubah struktur dan maksud asalnya.
i. Kain sutera-kain sutera yang terjual di butik itu sangat cantik sekali.
ii. Baju kurung yang emak jahit itu saya akan pakai di pagi hari raya.
Jawapan,
i. Kain-kain sutera yang dijual di butik itu sangat cantik.
ii. Baju kurung yang dijahit oleh emak jahit itu akan saya pakai pada pagi
hari raya.
Latihan 1
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesal
ahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah st
ruktur dan maksud asalnya.
1. Ali ditugas sebagai Pengarang di akhbar Utusan Melayu semenjak lapan tahun ya
ng lalu.
2. Hana berkecimpung di dalam bidang peternakan itik, rusa dan Angsa sejak kecil
lagi.
Latihan 2
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesal
ahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah st
ruktur dan maksud asalnya.
1. Asean dianggota oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai, Vietna
m, Singapura,
Laos, myanmar, dan kemboja.
2. Menurut percayaan masyarakat Melayu, sang kancil adalah binatang yang pintar.
Latihan 3
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesal
ahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah st
ruktur dan maksud asalnya.
1. Tabeat merokok bagi wanita hamil akan bahayakan kesihatan dan keselamatan bay
i yang
di kandung.
2. "Keahlian aku di dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam tahun," be
rkata
pensyarah tersebut.

Latihan 4
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesal
ahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah st
ruktur dan maksud asalnya.

1. "Sekolah saya akan adakan satu persembahan anekaragam," kata Alias kepada ibu
nya.
2. Kami hendaklah senantiasa berwas pada terhadap anasir negatif kalangan ahli p
ersatuan
ini.

Latihan 5
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesal
ahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah st
ruktur dan maksud asalnya.
1. Kita bagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangun ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik dan
perfileman
tanahair.
Latihan 6
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesal
ahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah st
ruktur dan maksud asalnya.
1. "Dimanakah awak letakkan gergaji yang telah gunakan tadi?" tanya Ramzi kepada
anaknya.
2. "Engkaulah Wakil Jualan yang perlu saya tunggu-tunggu?" kata Linggam kepada l
elaki itu.
Latihan 7
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesal
ahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah st
ruktur dan maksud asalnya.
1. Pastikan awak mencatit nama dan angka giliran pada kertas jawap tersebut.
2. Pengurus Pemasaran akan sentiasa membantu engkau di dalam melaksanakan tugas-
tugas tersebut.

Jawapan
Latihan 1
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesal
ahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah st
ruktur dan maksud asalnya.
1. Ali ditugaskan/bertugas sebagai pengarang di Akhbar Utusan Melayu semenjak la
pan
tahun yang lalu.
2. Hana berkecimpung dalam bidang penternakan itik, rusa dan angsa sejak kecil l
agi.
Latihan 2
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesal
ahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah st
ruktur dan maksud asalnya.
1. Asean dianggotai oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai, Vietn
am,
Singapura, Laos, Myanmar, dan Kemboja.
2. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, Sang Kancil adalah binatang yang pinta
r.
Latihan 3
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesal
ahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah st
ruktur dan maksud asalnya.
1. Tabiat merokok bagi wanita hamil akan membahayakan kesihatan dan keselamatan
bayi
yang dikandung.
2. "Keahlian saya dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam tahun," kata
pensyarah tersebut.
Latihan 4
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesal
ahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah st
ruktur dan maksud asalnya.
1. "Sekolah kami akan mengadakan satu persembahan aneka ragam," kata Alias kepad
a
ibunya.
2. Kita hendaklah senantiasa berwaspada terhadap anasir negatif di kalangan ahli
persatuan ini.

Latihan 5
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesal
ahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah st
ruktur dan maksud asalnya.
1. Kami sebagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangunkan ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh melumpuhkan industri seni terutamanya industri muzi
k dan
perfileman tanah air.
Latihan 6
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesal
ahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah st
ruktur dan maksud asalnya.
1. "Di manakah kamu letakkan gergaji yang telah digunakan tadi?" tanya Ramzi kep
ada
anaknya.
2. "Engkaukah Wakil Jualan yang perlu kami tunggu-tunggu?" tanya Linggam kepada
lelaki
itu.
Latihan 7
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesal
ahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah st
ruktur dan maksud asalnya.
1. Pastikan kamu mencatat nama dan angka giliran pada kertas jawapan tersebut.
2. Pengurus pemasaran akan sentiasa membantu kamu dalam melaksanakan tugas-tugas
tersebut.
Soalan 3e (Peribahasa)
Peribahasa
· Soalan jenis ini menguji pengetahuan peribahasa
· Soalan menguji sama ada dari segi memberi makna atau penggunaannya
· Empat jenis peribahasa
o Simpulan Bahasa (anak angkat; batu api; serkap jarang)
o Perumpamaan (pucar lesi umpama ayam lengit; seperti bahat dengan penukul)
o Pepatah (ada padi semua kerja jadi; ada beras semua kerja deras)
o Bidalan (sambil menyelam minum air; ukur baju di badan sendiri)
A. Memberi Makna dan Membina Ayat daripada Peribahasa
Beri makna simpulan bahasa di bawah ini dan kemudian bina ayat berdasarkan simpu
lan bahasa tersebut:
1. hati bugis
Makna : seorang yang berani
Ayat : Hang Tuah terkenal sebagai seorang pahlawan Melayu yang mempunyai
hati bugis.
2. Orang dapur
Makna : orang perempuan
Ayat : Sudah lama Mak Ngah teringin untuk mendapat orang dapur kerana
semua anaknya lelaki.

B. Membina Ayat daripada Peribahasa


Bina satu ayat berdasarkan peribahasa yang diberikan di bawah.
1. jauhari juga mengenal manikam
Bertanyalah kepada orang yang arif tentang undang-undang kerana jauhari juga men
genal manikam
2. Belakang parang diasah lagikan tajam
Walaupun sudah berkali-kali gagal dalam peperiksaan, namun Mahani yakin bahawa
belakang parang diasah lagikan tajam

C. Menyatakan Peribahasa Berdasarkan Pernyataan


Berdasarkan pernyataan yang berikut, berikan satu peribahasa yang paling sesuai.
1. Ramasami memberikan pelbagai alasan apabila rakan-rakannya mengajaknya pergi
ke perpustakaan
(hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih)
2. Pak Cik Mahadi memiliki ilmu yang tinggi tetapi dia tidak mahu mengamalkan se
mua ilmu yang ada padanya itu.
(laksana pohon kayu tidak berbuah)
D. Mengemukakan Peribahasa Berdasarkan Petikan
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.
Razali menceburi bidang perniagaan. Perniagaannya maju tetapi dia lupa akan peng
orbanan dan kesusahan yang dialaminya sewaktu hendak memulakan perniagaan dahulu
. Setiap bulan keuntungan yang diperoleh dibelanjanya sehingga dia tidak dapat m
enyimpan wang walaupun sedikit. Dia akhirnya menyesal apabila perniagaannya bank
rap kerana dia tidak dapat membayar hutang piutang kepada pihak bank.
1. lupa daratan / lupa diri
2. berniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap
3. menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
Posted by cikgu wan at 9:47 PM 3 comments
Strategi Menjawab Soalan Rumusan SPM
PETIKAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-fa
edah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan he
ndaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan
dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyaraka
t merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semngat kejiranan dapat memainkan p
eranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala
perkara yang berlaku pada diri kita terlbih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh i
tu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan petolongan pada saat kita
ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kece
masan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang b
erbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan ma
nfaat yangbbesar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kem
ahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat d
an bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman se
perti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.
Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat d
icegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial se
perti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika ji
ran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuas
a. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga se
ndiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang b
uruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam
suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya d
apat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsi
a kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap s
esama jiran.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, nega
ra akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup d
alam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik se
sama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi,
saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya
hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang
akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran da
lam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang m
akmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang le
bih gemilang pada masa akan datang.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan
Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria,
Utusan Malaysia, Jun 2003)

A: STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSURAT


STRATEGI 1
Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi sekurang-kurangnya 2 kali,
· Bacaan kali pertama untuk dapatkan gambaran keseluruhan petikan.
(masa dicadangkan 2 minit)
· Bacaan kali kedua untuk dapatkan pemahaman
(masa dicadangkan 5 minit)

STRATEGI 2 :
Tentukan kata tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan gariskan perkataan-pe
rkataan tersebut.
· Fokus 1 = Isi tersurat
· Fokus 2 = Isi tersirat
Sebagai contoh dalam petikan contoh 1 Fokus 1 iaitu faedah-faedah hidup berjiran
merupakan fokus untuk isi tersurat manakala Fokus 2 iaitu cara-cara memupuk sem
angat kejiranan pula merupakan fokus untuk isi tersirat.

CONTOH 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-fa
edah hidup berjiran [ISI TERSURAT] dan cara-cara memupuk semangat kejiranan.
[ISI TERSIRAT] Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

STRATEGI 3
Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat u
ntuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faed
ah-faedah hidup berjiran.
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemamtapan dan keutuhan hubungan
dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarak
at merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan
peranan yang amat penting dalam (menjana kehidupan setempat yang aman dan harmo
ni).
[ISI 1]

Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat u
ntuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faed
ah-faedah hidup berjiran.
Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala
perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh
itu, jiran merupakan orang yang paling (mudah memberikan pertolongan pada saat k
ita ditimpa bencana) [ISI 2]. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pa
da masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara.
(Jiran yang berbeza latar belakang) pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan
(memberikan manfaat yang besar kepada kita)[ISI 3]. Hal ini kerana (mereka memi
liki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama).[ISI 3-PILIH
AN 2] Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu (mampu menjamin kesela
matan setempat) [ISI 4] daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahguna
an dadah dan budaya samseng.
Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat u
ntuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faed
ah-faedah hidup berjiran.
(Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat
dicegah)[ISI 5] dengan semangat kerjasama dan keperihatinan seama jiran. (Gejala
sosial) seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah (dapat diben
dung)[ISI 6] jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya
kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak meni
mpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum te
rjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jir
an yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lai
n sudah semestinya (dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masya
rakat setempat).[ISI 7] Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan d
an persefahaman yang mantap sesama jiran.

Baca perenggan 4 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat u
ntuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faed
ah-faedah hidup berjiran.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, nega
ra akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup d
alam keadaan aman dan damai. (Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik s
esama jiran).[ISI 8] Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya (memupuk semangat
toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka).
[ISI 9] Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bib
it permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Baca perenggan 5 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat u
ntuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faed
ah-faedah hidup berjiran.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran da
lam (menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara)[ISI 10] Hanya nega
ra yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembanguna
n yang lebih gemilang pada masa akan datang.

STRATEGI 4
Senaraikan FOKUS 1 (isi-isi tersurat) yang terdapat dalam petikan tersebut dan k
ira jumlah perkataannya.
Isi Tersurat : faedah-faedah hidup berjiran
1. Dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni [ 8 ]
2. Mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. [ 8 ]
3. Jiran yang berbeza latar belakang memberikan manfaat yang besar kepada kita.
[ 11 ]
Atau
Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka [ 8 ]
4. Mampu menjamin keselamatan setempat. [ 4 ]
5. Dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyara
kat. [ 9 ]
6. Gejala sosial dapat dibendung. [4 ]
7. Dapat menjana program yang menyumbang kabijakan kepada masyarakat setempat. [
9 ]
8. Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ]
9. Memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pi
ntar sesama mereka. [ 11 ]
10. Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. [ 6 ]

STRATEGI 5
Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan yang lengkap.
PERINGATAN:
1. Maksimum isi untuk fokus 1 ialah 6 isi. Oleh itu anda tidak perlu memasukkan
kesemua isi kerana jumlah perkataan yang agak terhad. Adalah dicadangkan jumlah
perkataan untuk fokus 1 ialah 60 – 65 patah perkataan
2. Anda perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalam ayat pertama perenggan isi
tersurat.
CONTOH:
Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman da
n harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, k
ita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjir
an mampu menjamin keselamatan setempat, dapat membendung gejala sosial serta mel
ahirkan perpaduan sesama jiran. [ 46 patah perkataan ]

B : STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSIRAT


STRATEGI:
1. Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam
petikan
yang diberikan. Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah: cara-cara memupuk semangat
kejiranan.
2. Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan i
si tersurat
dan fokus 2 dalam arahan soalan.
3. Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi ter
sirat.
4. Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi te
rsirat.

STRATEGI 1
Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat berdasarkan fokus 2 iaitu cara-cara memu
puk semangat kejiranan.
CONTOH :
1. Mengadakan majlis gotong royong / aktiviti kemasyarakatan / bersedia memberi
pertolongan / tolong menolong [ konsep: bekerjasama ]
2. Mengadakan rumah terbuka / majlis keraian / ziarah menziarahi / perihatin ata
u ambil
berat hal ehwal jiran / bertanya kabar / pelihara hubungan kejiranan / bertegur
sapa /
saling mengenali [ konsep : Interaksi tidak formal ]
3. Membuat rondaan bersama pada waktu malam / rukun tetangga.
4. Mengadakan tabung kebajikan / kursus/ kempen kejiranan / tabung khairat .
5. Mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat / tubuhkan sektor rukun tetangga /
persatuan belia / JKKK [ Konsep : Interaksi formal ]
6. Mengadakan hari keluarga / sukaneka / riadah / pertandingan
7. Mengikis sikap negatif dalam diri individu / jangan mementingkan diri / tidak
sombong /
berbaik sangka dengan jiran .

STRATEGI 2
Membina perenggan isi tersirat.
CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT
Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-roy
ong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-me
nziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan. [ 23 patah perkataan ]

C : STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN.


STRATEGI :
1. Fahami maksud keseluruhan petikan yang diberikan.
2. Kenal pasti fokus 1 petikan tersebut kerana berdasarkan fokus 1 itulah penfah
uluan rumusan karangan dapat kita hasilkan.
3. Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat yang anda bina itu menjadi ay
at anda sendiri.
4. Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.
5. Mulakan ayat pendahuluan dengan ; Petikan membincangkan / membicarakan …….

CONTOH PENDAHULUAN:
Fokus 1 : Faedah-faedah hidup berjiran
Pendahulaun:
Petikan membincangkan peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat di negara kita
.
atau
Petikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan / manfaat / hidup berji
ran dalam masyarakat
D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN.
1. Kaji semula fokus soalan sama ada Fokus 1 dan Fokus 2.
2. Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan fokus soalan tersebut.
3. Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda terhadap fokus tersebut berserta
kesan atau akibat cadangan / harapan tersebut.
4. Anda juga perlu menghubungkan antara cadangan / harapan dengan kesan atau aki
bat cadangan dengan menggunakan kata hubung, ‘agar, supaya, demi’.
5. Gunakan penanda wacana atau rangkai kata, frasa yang menunjukkan bahawa ayat
tersebut merupakan ayat kesimpulan.
Contoh : Kesimpulannya, ….Justeru, …

CONTOH KESIMPULAN:
1. Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahte
ra dapat diwujudkan
Atau
2. Justeru, semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab mereka dalam masyarakat
dengan berkesan agar sebuah komuniti yang sejahtera dapat diwujudkan.

CONTOH PETIKAN RUMUSAN YANG LENGKAP


Petikan membincangkan kebaikan hidup berjiran dalan sesebuah masyarakat.
Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman da
n harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, k
ita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjir
an mampu menjamin keselamatan setempat, serta dapat membendung gejala sosial dan
melahirkan perpaduan sesama jiran. Hidup berjiran juga dapat mencegah perkara y
ang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.
Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-roy
ong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-me
nziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan.
Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera
dapat diwujudkan.
[ 100 patah perkataan]
Posted by cikgu wan at 9:37 PM 2 comments
KERTAS SATU : BAHAGIAN B : ULASAN
Aspek Yang Dinilai Dalam Karangan B:
a. Penilaian dibuat secara holistik berpandukan kriteria dan peringkat yang dite
tapkan.
b. Penggunaan pelbagai jenis kata atau kosa kata yang luas dan tepat.
c. Penggunaan pelbagai ayat majmuk.
d. Ejaan dan tanda bacaan.
e. Penggunaan laras bahasa yang sesuai.
f . Idea yang relevan dengan tugasan dalam soalan yang diberikan.
g. Kematangan idea dan contoh yang sesuai.
h. Pengolahan yang menarik dan berkesan serta pemerengganan yang sesuai.
i. Wacana yang lengkap dan ada kesinambungan idea.
j . Penggunaan unsur bahasa yang bervariasi.
k. Penggunaan gaya bahasa yang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan
ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
l . Format karangan

Contoh soalan karangan:


Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius
sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda bagaimanakah kita hendak membendung m
asalah ini daripada menjadi semakin buruk.
bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk =
TUGASAN
Contoh Perenggan
Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah pera
nan institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat dengan re
maja. Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan ins
titusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institus
i keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan
asas kepada kehidupan berkeluarga. Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihind
arkan sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang m
embina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama. Pakar mo
tivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan e
ntiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja. Sejajar denga
n itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institu
si keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalanga
n remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan instit
usi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja.

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah pera
nan institusi keluarga = ISI UTAMA
elemen = KOSA KATA MENARIK
Sehubungan itu = PENANDA WACANA
ibarat isi dengan kuku = UNGKAPAN MENARIK
Selain itu = PENANDA WACANA
rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga = FRASA MENARIK
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga mer
upakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja =
AYAT CONTOH
Sejajar dengan itu = PENANDA WACANA
Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan sat
u cara bagi membendung masalah sosial remaja. = AYAT PENEGAS
Posted by cikgu wan at 9:19 PM 1 comments
Panduan Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM
KERTAS SATU : BAHAGIAN A : ULASAN
Menulis Karangan
a. Karangan yang ditulis mestilah berasaskan tema bahan rangsangan yang diberika
n.
b. Bahan rangsangan boleh terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri, iklan
, graf,
carta, poster dan sebagainya.
c. Karangan yang ditulis mesti mempunyai pengenalan atau pendahuluan. Bahagian
ini amat penting kerana mencerminkan isi yang ditulis seterusnya.
d. Pendahuluan mesti membincangkan tema bahan rangsangan secara khusus dan mesti
ditulis ringkas, padat serta ditulis dalam satu perenggan (anggaran 20 patah pe
rkataan).
e. Pelajar perlu menyatakan 3 isi yang relevan dengan tema dan mesti diolah deng
an baik.
f. Isi mesti berkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (anggara
n 70 patah perkataan setiap satu isi).
g. Isi mesti disusun mengikut kepentingan dan disusun rapi.
h. Kesimpulan mestilah ditulis dalam satu perenggan (anggaran 20 patah perkataan
). Ia mestilah ringkas, padat dan dapat merumus tema yang dibincangkan.

Ciri-ciri Karangan Yang Baik


a. Tema bahan rangsangan dihuraikan dengan baik dan jelas.
b. Isi yang ditulis mestilah berkaitan dengan tema dan sebaik-baiknya isi tersir
at.
c. Perenggan mesti kemas dan sesuai.
d. Satu perenggan, satu isi dengan huraian isi serta contoh.
e. Perenggan dan isi mesti berkaitan dengan yang sebelumnya.
f. Susunan ayat mesti lengkap dan mudah difahami.
g. Penggunaan bahasa mesti dipelbagaikan.
h. Gunakan peribahasa, cogan kata atau ungkapan yang menarik.
i. Gunakan penanda wacana yang sesuai.
j. Isi diolah dengan baik untuk menunjukkan kematangan.
k. Mesti mengelakkan penggunaan bahasa pasar.
l. Tulisan mesti jelas dan mudah dibaca.

Kriteria Pembahagian Markah


a. Kefahaman dan kebolehan pelajar memahami tema bahan rangsangan yang diberikan
sama ada relevan atau tidak.
b. Keupayaan pelajar mengemukakan sekurang-kurangnya 3 isi dan setiap isi harusl
ah disertakan dengan huraian lanjut dan contoh yang sesuai.
c. Setiap isi, fakta dan contoh yang dikemukakan harus juga sesuai dengan keadaa
n semasa dan mempunyai kematangan fikiran.
d. Aspek bahasa pelajar pula akan dinilai dari segi penulisan yang lancar dan ke
mas, tiada kesalahan tatabahasa yang berat, perenggan yang betul dan kemas, meng
gunakan tanda bacaan dan huruf besar yang tepat.

Aspek-aspek Yang Dinilai


a. Karangan menepati tema bahan rangsangan.
b. Pengolahan isi, gaya bahasa, penyampaian isi dan kematangan isi dikembangkan.
c. Ejaan dan struktur ayat.
d. Isi yang ditulis sama ada yang tersurat atau tersirat.
e. Peribahasa, cogan kata atau ungkapan menarik yang digunakan.
f. Pendahuluan atau pengenalan.
g. Penutup atau kesimpulan karangan.
h. Tulisan yang jelas.
i. Pemerengganan.
j. Kesantunan bahasa.

Kelemahan Calon
a. Pengenalan tidak menarik.
b. Isi tidak menepati tema.
c. Isi tidak dihuraikan.
d. Huraian yang tidak bertepatan dengan isi pokok.
e. Perenggan tidak disusun dengan sempurna.
f. Banyak kesalahan ejaan.
g. Tulisan buruk sehingga sukar dibaca.
h. Bahasa yang berbelit-belit dan ayat terlalu panjang.
i. Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad.
j. Isi yang diulang-ulang.
k. Hanya menghuraikan isi tersurat sahaja.
l. Kesalahan tatabahasa seperti sendi nama di, dari dan daripada.
Posted by cikgu wan at 9:11 PM 1 comments
Subscribe to: Posts (Atom)
Blog Archive
* ▼ 2007 (4)
o ▼ August (4)
+ Strategi Menjawab Soalan Tatabahasa SPM
+ Strategi Menjawab Soalan Rumusan SPM
+ KERTAS SATU : BAHAGIAN B : ULASAN Aspek Yang D...
+ Panduan Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM
About Me
cikgu wan
View my complete profile

You might also like